Jangan bimbang dan buntu nak hidangkan juadah untuk tetamu bila mana balang biskut raya semakin ringan. Ada baiknya anda sambut tetamu yang datang berkunjung dengan sebiji kek buatan sendiri atau sediakan puding istimewa.
Melihat sahaja puding yang disajikan di atas meja pasti gembira tetamu yang berkunjung. Puding Laici Susu antara penyuntik bangkit selera buat semua.
Resipi perkongsian Puan Mastura Razali ini nampak sedap dan ringkas. Jom cuba!
Ads
Puding laici susu…semudah a b c. Layan time sejuk baru terangkat .
PUDING LAICI SUSU
Ads
Bahan-bahan:
1 peket serbuk agar-agar (10g)
5 cawan air (cawan metrik)
3/4 cawan gula
1 tin susu cair
1 tin laici
Ads
Caranya:
Kisar 1 tin laici dengan 1 cawan air laici.
Kisarkan sekejap jangan sampai halus.
Baki air laici simpan, jadikan kuah semasa makan puding.
Satukan semua bahan dalam periuk dan biarkan hingga mendidih.
Bila semua dah hancur, tuangkan ke dalam acuan.
Biarkan mengeras.
Kredit: Mastura Razali
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Semakin bertambah usia seseorang, segala macam penyakit yang mula menjengah. Badan berangin, lenguh sana sini dan sebagainya lagi. Lebih teruk lagi bila salah makan, makin mengundang macam-macam masalah pada tubuh.
Buat ibu-ibu yang ada masalah sakit badan, angin dan lenguh-lenguh badan, boleh cuba petua ini. katanya dapat membantu menghilangkan angin dan lenguh badan.
TIP BUANG ANGIN GASTRIK . Adui….. angin masuk ! Sakit terguling guling. Bulan puasa ini memanglah tersilap memilih makanan masa berbuka dan bersahur akan menyebabkan angin dan gastrik terutama yang berempah ratus dan berminyak juga pedas. . Dulu ini perkara biasa adik bongsu saya dipanggil , Achu. Memang sakit gastriknya paling kuat. Sampai sudah menjadi ulcer dalam saluran ususnya dan ada luka bila di scope pada 3 tahun lepas di Kuantan Medical Centre. . Setelah tahu punca masalah sakitnya, saya dan emak cuba memberikan Achu rawatan dengan menggunakan jintan manis.
. “Jintan manis ni bagus untuk masalah angin , gas asid semua tu sekali dengan cuci usus..kalau amalkan boleh kempis perut jugak ” terang emak kepada Achu sambil mengambil periuk nak merebus Jintan Manis. . “Eloklah Dik minum ni. Memang dah lama dengar pasal khasiat jintan manis ni. Orang tak tahu sangat khasiat pasal tak belajar bab bab herba rempah ratus ” saya menambah bagitahu adik. . Bermulalah episod adik saya mencuba dan minum air rebusan jintan manis ini. Sebelum ini Achu mengambil ubatan hospital hanya untuk kelegaan sementara sahaja. Cara yang di amalkan oleh Achu seperti yang di ajarkan oleh emak :
Ambil 1 sudu jintan manis Dan direbuskan dengan 3 gelas air sehingga mendidih. Di minum 3 kali sehari dengan 1 gelas setiap kali minum di waktu pagi , tengahari dan malam. Selama 21 hari berturut turut.
Seminggu pertama proses neutralization buat Achu jadi banyak membuang angin dan berpeluh peluh. Setelah di buat pemeriksaan semula ( scope ) ulcer dan keradangan sudah pun hilang. Leganya hati kami.
Sehingga sekarang ini masalah gastrik dan angin tiada lagi mengganggu Achu. Ceria sentiasa. Kalau tidak asyik moody sahaja.
Sesekali menjadi amalan kami bila berkumpul sekeluarga minum Teh Misai Kucing yang di campur dengan secubit Jintan Manis.
Begitulah kisah kami yang suka bahan alami dan mudah dapat di dapur. SuzyHoney Berkongsi dari pengalaman Semoga memberi manfaat.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Paling ‘mahal’ kalau nak mencari pisang atau cempedak goreng tepi jalan semestinya kriuk kriuk atau bancuhan tepungnya itu. Jika dapat kedai yang sedap, semestinya akan ulang beli lepas ni!
Tapi…. Sesekali buat sendiri apa salahnya untuk makan satu keluarga, betul tak?Ikut je resipi peniaga ni, katanya dah guna resipi ni untuk berniaga hampir 20 tahun! Fuhh lama tu.. Jom ikuti perkongsian dari saudara Yayar B. Awang Noh di bawah.
Resipi Bancuhan Cempedak Rangup & Pisang Goreng
Tepung bancuhan ini yg keluarga saya buat niaga hampir 20 tahun. Jom makan petang bertemankan cempedak goreng. Untuk cempedak bancuh kasi pekat sedikit dari pisang..
Bahan-bahan:
Tepung beras 2 cawan (apa-apa cap)
Tepung gandum suku cawan
Serbuk kunyit setengah sudu
Kapur makan secubit
Gula sesudu besar
Garam sesudu @ secubit
Telur ayam atau itik sebiji
Cara-cara:
1. Satukan semua bahan.
2. Kacau sehingga sebati. Kalau nak sedap boleh tambah kelapa parut dan bijan.
3. Masukkan cempedak ke dalam adunan dan gaul hingga bersalut rata.
4. Sedia untuk digoreng sehingga rangup.
Kalau hendak diikutkan menu ikan goreng jika dimakan bersama sambal belacan dan ulam-ulaman, ianya sudah cukup untuk membangkitkan selera. Rasanya sungguh padu!
Pun begitu untuk mendapatkan hasil gorengan ikan yang sedap, ada teknik yang betul dipatuhi supaya ikan yang digoreng tidak melekat pada kuali dan seterusnya isi ikan terasa juicy.
Seorang pensyarah kimia, Fatimah Salim berkongsi tip gorengan ikan yang betul dan juga penerangannya daripada sudut sains.
“Ramai pasti tahu yang rasa ikan goreng dipengaruhi oleh jenis ikan, kesegarannya dan bahan perapannya. Tahukah anda rasa ikan goreng juga disumbangkan oleh cara memasak serta kawalan suhu semasa memasak?
“Masalah yang sering timbul ialah untuk mendapatkan hasil gorengan yang cantik (tidak melekat pada kuali) dan ‘juicy’ (rangup di luar dan lembap di dalam). Mari kita selamai sains disebalik menggoreng ikan,” ujarnya.
Menurut pensyarah ini ada sebab kenapa ikan melekat pada kuali apabila digoreng.
“Ikan melekat pada kuali kerana permukaan ikan basah yang bersentuhan dengan permukaan kuali. Semasa mengoreng, api akan memanaskan kuali dan minyak.
“Ikan yang bersentuhan dengan permukaan kuali lalu menyebabkan ikan terus mengering pada kuali dan menyebabkannya melekat. Keadaan ini akan menyukarkan proses menterbalikkan ikan dan sebahagian daripada isinya akan melekat pada kuali,” terangnya panjang lebar.
Turut dikongsikan tips untuk mengelakkan ikan melekat pada kuali.
-Untuk mengelakkan perlekatan ikan dengan permukaan kuali, panaskan minyak secukupnya (agak2 sehingga SEDIKIT berasap) kemudian masukkan ikan.
-Disebabkan tidak larut bersama, perlanggaran antara molekul-molekul minyak dengan molekul-molekul air pada ikan akan menghasilkan bunyi gorengan yang kuat.
-Minyak yang cukup panas ini akan menyebabkan air pada permukaan ikan meruap dengan cepat dan menjadikannya kering dan rangup. Maka, permukaan ikan yang bersentuhan dengan kuali tidak akan melekat.
Tidak dengan itu turut dikongsikan rahsia untuk mendapatkan isi ikan yang juicy.
-Permukaan ikan yang rangup tadi akan menjadi selaput penghalang untuk air di dalam ikan daripada meruap seterusnya mengekalkan kelembapan (juiciness) dalam isi ikan.
-Ikan haruslah dimasak SEKEJAP sahaja kerana struktur kimia ikatan protein isi ikan adalah longgar jika dibandingkan dengan daging ayam dan lembu. Maka ianya tidak memerlukan masa yang lama untuk dimasak.
-Memasak ikan terlalu lama akan menyebabkan lembapan dalam isi ikan meruap, seterusnya menjadikan isinya keras. Ini sesuai untuk mereka yang sukakan ikan yang rangup dan garing.
Nota: Mereka yang menggunakan kuali kali lekat tidak akan mengalami masalah perlekatan semasa menggoreng kerana teknologi selaput pelinciran telah membantu.