Apabila usia makin bertambah menginjak 40an, kebanyakan wanita mula risau apabila isyarat-isyarat penuaan mula muncul. Kulit makin kering, kedut-kedut halus pula mula kelihatan. Tahap keanjalan kulit juga makin berkurangan.

Usah terus mengeluh dan biarkan wajah kusam itu membelenggu diri anda sebaliknya ayuh mulakan sesuatu agar ia tidak mempengaruhi penampilan diri. Bagi anda yang berusia lebih 30 dan 40 tahun, anda harus ingat bahawa perawatan kulit anda tidak sama seperti anda dulu. Antara punca utama kulit menjadi kering ialah terdedah kepada sinar ultra lembayung. Pencemaran alam sekitar yang dipenuhi radikal bebas juga satu penyebab.

Lazimnya, tiga bahagian tubuh seperti muka, tangan, siku dan kaki antara yang paling terdedah dan bahagian-bahagian inilah yang berisiko menghadapi masalah kulit kering. Kulit mengalami proses penuaan dengan intensiti yang sama. Namun, bagi bahagian tubuh yang kerap terdedah ini proses penuaan boleh menjadi cepat atau dalam erti kata lain mudah dipengaruhi faktor dari pencemaran alam sekitar dan juga sinar matahari.

SOLUSI RAWAT KULIT KERING

  1. Elakkan cuci wajah terlalu kerap

Membersihkan wajah memang wajib tetapi cukup sekadar membuang kotoran yang melekat pada kulit wajah. Tidak bermakna anda perlu mencuci wajah dengan terlalu kerap kerana ia boleh menghilangkan kelembapan semula jadi kulit, seterusnya membuatkan kulit makin kering.

  1. Amalkan pola pemakanan yang sihat

Amalan pemakanan yang tidak seimbang  boleh menjadi sebab masalah kulit kering. Kekurangan nutrisi yang membantu dalam pembentukan sel dan mengembalikan kelembapan kulit boleh mengakibatkan kulit kelihatan kering dan terhidrasi.

IKLAN
  1. Kerap menggaruk atau menggosok

Kulit kaki tidak memiliki kalenjar penghasil minyak. Oleh sebab itu kulit kaki cenderung kering. Elakkan menggaruk atau menggosok kaki secara sembarangan kerana ia boleh mengikis sel kulit kaki anda.  Sel kulit kaki yang nipis membuatkan kaki semakin kering.

Kulit Kering Cabaran Buat Wanita 40an. Jadi Buat 10 Rutin Ni, Agar Tetap Nampak Berseri Di Mata Suami!

  1. Gunakan krim pelembap

Kulit wajah, tangan, siku dan kaki masing-masing mempunyai krim pelembap yang sesuai. Perawatan di bahagian ini memerlukan krim yang diformulasi khusus termasuklah yang mempunyai perawatan pelindung matahari sekurang-kurangnya dengan SPF 15.

IKLAN
  1. Banyak minum air putih

Air putih berperanan sebagai pelembap semula jadi yang memberi nutrisi kepada kulit dari dalam.  Ia juga berfungsi melarutkan zat-zat beracun dan melancarkan proses metabolisme dalam tubuh. Minum banyak air sekurang-kurangnya lapan gelas sehari agar kulit anda sentiasa segar, lembap dan berseri sekaligus melambatkan proses penuaan.

  1. Tentang radikal bebas

Radikal bebas dapat dikurangkan dengan mengamalkan pemakanan yang kaya antioksidan seperti anggur kacang-kacangan.

  1. Bantuan suplemen

Kulit usia 30an dan 40an memerlukan bantuan suplemen vitamin berbanding orang lain yang lebih muda. Ini kerana multivitamin ini membantu dalam mempertahankan kesegaran kulit dan menjadikannya lebih sihat. Anda juga boleh mengambil kolagen untuk meningkatkan keanjalan kulit dan menangani pelbagai masalah lain.

IKLAN

Kulit Kering Cabaran Buat Wanita 40an. Jadi Buat 10 Rutin Ni, Agar Tetap Nampak Berseri Di Mata Suami!

  1. Gunakan skrub

Sel kulit mati yang ada di permukaan kulit perlu disingkirkan supaya tidak membuat kulit menjadi kusam. Gunakan skrub halus pada kulit dua kali seminggu dan gosok perlahan-lahan. Hasilnya, kulit akan terasa lebih segar dan bersih.

  1. Krim pelindung UV

Biasakan diri anda agar sentiasa menggunakan krim pelindung uv sebelum mengenakan sebarang solekan, lebih-lebih lagi untuk aktiviti di luar rumah. Krim pelindung uv ini mampu melindungi kulit daripada masalah bintik-bintik hitam dan kekeringan kulit.

  1. Gunakan minyak zaitun

Anda boleh menyapu minyak zaitun pada siku, tumit kaki dan kulit wajah sebagai pelembap alami untuk mengurangkan kekeringan kulit. Sebagai contoh, titiskan atas tapak tangan dan oleskan pada seluruh wajah. Biarkan kira-kira 30 minit dan bersihkan dengan air hangat.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI