Rumah tangga yang bahagia dan harmoni lahirnya dari kejujuran dan keikhlasan di antara suami isteri. Bohonglah andai kata tiada perselisihan faham, sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri. Namun, dalam melayari alam rumah tangga kesetiaan dan kasih sayang antara keduanya disemai dengan sebaik mungkin.

“Wanita Diuji Di Saat Lelaki Tidak Mempunyai Apa-Apa & Lelaki Diuji Di Saat Dia Memiliki Segala-Galanya”

Di saat isteri sedang menanggung kesakitan, mengusung perut yang terisi dengan nyawa si kecil, namun tergamak nya si suami melafazkan cerai tanpa mengambil kira perasaan dan situasi insan yang sebelum ini pernah menjadi orang kesayangannya. Benarlah ada ungkapan yang mengatakan “wanita diuji di saat lelaki tidak mempunyai apa-apa & lelaki diuji di saat dia memiliki segala-galanya.

Saudara Firdaus Shakirin memuat naik perkongsian dan pandangannya mengenai isu berkenaan dari kaca mata seorang lelaki dan juga ayah. Hadamkan perkongsian ini!


[ Dari Lelaki Kepada Lelaki ]

Saya Bukan Daei…

Saya seorang lelaki biasa, seorang suami, dan juga seorang ayah kepada 3 cahaya mata…saya tidak menentang poligami, saya tidak mengharamkan apa yg halal utk kita buat sebagai seorang suami…

Nak kahwin lagi, nak berpoligami, ianya sunnah…

IKLAN

Ya, sunnah…Adakah Rasulullah s.a.w hanya meninggalkan 1 sunnah sahaja utk kita ikuti dan contohi? Tak kan…? Banyak lagi sunnah2 lain yg Baginda tinggalkan utk umat Baginda…
“Wanita Diuji Di Saat Lelaki Tidak Mempunyai Apa-Apa & Lelaki Diuji Di Saat Dia Memiliki Segala-Galanya”Menghargai isteri, menyayangi isteri, memahami isteri, menggauli isteri dgn baik juga merupakan sunnah Rasulullah s.a.w…

Berapa kerat lelaki yg mengamalkan poligami dlm keadaan mampu? Mampu utk berlaku adil, mampu utk memberi layanan yg sekata, mampu utk menyediakan nafkah yg sama…?

Tak ramai…dan bila tak ramai yg mampu, tp masih berpoligami, maka penganiayaan akan berlaku dlm rumahtangga itu…semuanya disebabkan ketidakmampuan si lelaki dlm menjadi seorang suami yg mengamalkan poligami…

Berapa kerat lelaki yg ingin berpoligami dan memohonnya di Malaysia serta berkahwin di Malaysia?

Tak ramai…byk yg ke luar negara utk bernikah, utk mendirikan rumahtangga…kenapa? adakah proses dan prosedur Pejabat Agama Malaysia tentang kebenaran berpoligami ini rumit?

IKLAN

Tak rumit, cuma dia takut permohonannya ditolak, dia takut isteri pertama dipanggil mahkamah dan membongkarkan segala perangainya di rumah…
“Wanita Diuji Di Saat Lelaki Tidak Mempunyai Apa-Apa & Lelaki Diuji Di Saat Dia Memiliki Segala-Galanya”Kenapa permohonannya ditolak?

Sbb pihak mahkamah syariah dapat menilai kemampuan si suami yg ingin berpoligami berdasarkan apa yg dia beri, apa yg isteri pertama ceritakan, lalu memutuskan bahawa DIA TIDAK MAMPU dlm segala segi…

Bila dah dapat yg baru, yg lama tak berguna lagi…

Kebanyakannya mcm tu…yg baru ditatang, yg bru disayang, apa yg baru kata, semuanya betul dan kena…bila yg lama bersuara, dia isteri derhaka…bila yg lama mengingatkan akan haknya, dia isteri yg tak tahu bersyukur…guna agama, tundukkan isteri lama, pertahankan isteri baru...
“Wanita Diuji Di Saat Lelaki Tidak Mempunyai Apa-Apa & Lelaki Diuji Di Saat Dia Memiliki Segala-Galanya”Dicanangnya punca dia berkahwin lagi sbb kelemahan, keburukan dan kekurangan isteri lama…Isteri lama lah penyebab dia berkahwin lagi…isteri lama lah yg tidak mahu berubah…isteri lama juga bukan isteri yg dia impikan selama ini…

IKLAN

Kau suami bro, klu seorang isteri pun kau xbleh nk perbaiki, inikan 2…

Niat nak tolong janda, nak bimbing janda…baik, suci dan murni nawaitunya…tapi disaat kau menjandakan isteri sendiri disebabkan janda yg ingin kau tolong dan bimbing, maka kau keji…

Kau lelaki tak guna…

Kau memusnahkan rumahtangga sendiri…kau tinggalkan isteri yg terima kau waktu kau bukan siapa2, tiada apa2…kau tiada nama, kau tiada harta…kau tin kosong sahaja…tapi dia, isteri kau terima kau seadanya diri kau…isteri kau letak harapan dlm diri kau…kau akan menjadi “seseorang” suatu hari nnt, kau akan berjaya suatu hari nnt…dan dia tulang belakang yg meletakkan kau dikedudukan itu…
“Wanita Diuji Di Saat Lelaki Tidak Mempunyai Apa-Apa & Lelaki Diuji Di Saat Dia Memiliki Segala-Galanya”

Benarlah kata pujangga ini, “Wanita diuji disaat lelaki tidak mempunyai apa-apa dan lelaki diuji disaat dia memiliki segala2nya…”

Lelaki, Kau Mudah Lupa & Terlena…

Ini Hakikat Yg Kau Sendiri Susah Nak Terima…

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI