Kulit Kering Selepas Beraya, Masker Kentang Penyembuhnya, Sila Buat Segera!

Share

Tak hanya punya kuasa luar biasa dalam masakan, kentang juga kalau nak tahu baik untuk kecantikan kulit. Terbaru, kentang dimanfaatkan untuk menghilangkan garis-garis halus dan kedutan pada wajah, memperbaiki tekstur kulit, mencerahkan, dan menegangkan kulit. Wow!

Disebabkan itulah ramai yang mencuba masker kentang ini sendiri di rumah. Kos pun jimat. Jom ikut cara menyediakan masker kentang yang dikongsikan oleh Anis Roduan

di facebooknya.

Kentang selain sedap dimakan, elok jugak buat masker tau uols. Kalau korang ada masalah kulit kering, cepat cuba tips ni. Sesuai juga untuk semua jenis skin. Selamat mencuba.

Bahan-bahan:
1 biji kentang – kisar hingga hancur (tambah 1/4 cawan air kalau perlu)
Sebiji telur – ambil putih telur sahaja

Cara pakai:


1. Campurkan kentang yang dikisar dengan putih telur.

2. Sapukan pada seluruh muka. Biar kering selama 30 minit.

3. Cuci dan bilas muka dengan air suam atau sejuk.


Kebaikan Masker Kentang:
1. Mengatasi kulit kering dan membuang sel kulit mati/menggelupas.
2. Menghilangkan jerawat & bekas jerawat
3. Mencerahkan kulit wajah secara semulajadi
4. Menghilangkan blackhead/whitehead
5. Merawat kulit sunburn
6. Mengurangkan kedutan pada kulit muka
7. Mengatasi kulit berminyak

Kredit: Anis Roduan

IKLAN