Kulit Telur Dibuang Jangan. Rupanya Bila Buat Begini Boleh Suburkan Tanaman. Terbaiklah!

Share

Dikatakan kulit telur kering mengandung banyak khasiat dan bermaanfaat untuk dijadikan sebagai baja organik untuk tanaman.

Hasil analisis dalam kandungan tanah, kulit telur menunjukkan kandungan kalsium terdiri atas kalium, kalsium, fosfor, dan magnesium, masing-masing sebesar 0,121; 8,977; 0,394; 10,541%. Kalsium (Ca) pada tanaman berperanan  untuk merangsang pembentukan bulu akar, mengeraskan batang tanaman, dan merangsang pembentukan biji.

Atas sebab itu, tidak hairanlah ramai antara kita akana mengumpul kulit telur ayam untuk dijadikan baja untuk tanaman mereka. Cara ini bukan sahaja menjimatkan, malah terbukti mendatangkan hasil yang baik untuk tanaman.

Dan untuk mengetahui cara untuk hasilkan baja kulit telur ini, di sini dikongsikan langkah demi langkah untuk pemahaman bersama.

Step 1 : Kalau ada kulit telur jangan buang, kumpulkan.

Step 2 :Hancur-hancurkan kulit telur untuk mudahkan digoreng tanpa minyak di dalam  kuali.

Step 3 : Sangai sehingga kulit telur berubah warna. Kemudian biarkan sejuk.

Step 4 : Masukkan dalam mesin pengisar.

Step 5 : Kisar hingga hancur.

Step 6 : Siap. Bolehlah taburkan sesudu pada pokok tanamam

Sumber : Sham Zanna Vai Berkebun D Rumah

IKLAN