Mungkin ramai sudah tahu dan ada yang amalkan bertahun-tahun lamanya dengan menggunakan bahan-bahan yang sedia ada di dapur sebagai salah satu cara untuk mencantikkan kulit wajah.
Pun begitu, pasti ada juga yang kurang arif apakah bahan-bahan yang boleh digunakan untuk merawat masalah kecantikan kulit wajah mereka. Untuk lebih khusus, di sini dijelaskan satu persatu beberapa bahan-bahan yang sesuai digunakan untuk diamalkan mengikut permasalahan kulit wajah anda. Selamat mencuba.
6 Bahan Yang Boleh Dijumpai Di Dapur Rumah Kita Ini Mampu Mencantikan Kulit Muka
Lemon
Untuk Melembapkan Kulit Muka
– Sapukan jus lemon yang segar ke seluruh muka dan leher. Biarkan 10 minit. Setelah cukup 10minit, bilas muka dan leher dengan air suam. Kemudian, ambil beberapa hiris timun, dan gosokkan keseluruh wajah. Lakukan setiap hari. Rutin ini boleh membantu melembapkan dan melembutkan kulit muka.
– Satu cara lagi, anda boleh juga campurkan jus lemon dengan 1 atau 2 sudu besar madu. Sapukan ke seluruh wajah dan biarkan selama 15 ke 20 minit kemudian bilas.
Kunyit
Untuk Pudarkan Jeragat
1 – Campurkan 1 sudu besar serbuk kunyit bersama jus buah nenas(secukupnya).
– Sapu bancuhan serbuk kunyit + Jus nenas tadi ke muka dan leher.
– Biarkan sehingga ia kering.
– Bilas dengan air suam
*Ulang 2 ke 3 kali seminggu untuk kesan terbaik memudarkan jeragat.
Ads
Untuk Hilangkan Parut Jerawat
2 – Campurkan serbuk kunyit + tepung kacang kuda (gram flour) + air atau susu.
– Sapukan ke seluruh wajah dan leher
– Biarkan sehingga kering kemudian bilas dengan air suam.
– Sambil bilas, urut muka dengan gerakan membulat.
*Lakukan rutin ini seminggu sekali untuk mencerahkan tona kulit dan menghilangkan parut/parut jerawat.
Madu
Nak Bagi Kulit Moist
Ads
– Ambik je madu dari bekas.
– Sapu kat muka dan biar sehingga kering.
– Dah kering tu, boleh lah bilas dengan air suam.
*Rutin ni akan buatkan kulit muka jadi lembut dan lembap.
Aloe vera Menbantu membunuh bakteria yang menyebabkan jerawat
– Ambik je beberapa batang Aloe Vera dan kopekkan sampai nampak isi kat dalam.
– Sapu je direct kat seluruh muka.
– Tunggu sehingga kering barulah bilas dengan air suam.
Ads
Baking soda Menbantu masalah jerawat dan jeragat
– Bancuh 1 sudu teh serbuk baking powder bersama 1 sudu teh air biasa atau jus lemon.
– Gosok muka menggunakan campuran tadi untuk membuang kulit mati.
– Setelah itu bilas muka menggunakan air suam.
– Lap muka dengan tuala bersih.
*Lakukan rutin ini dua atau tiga kali seminggu.
Timun
Menyegarkan kulit muka
– Hiris timun membulat.
– Sebelum tidur gosok timun hiris tadi ke seluruh muka. Biarkan semalaman.
– Esok baru bilas.
sumber : Petua Nak Cantik
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Di Malaysia, kita menjulang pelajar yang memperoleh semua A di dalam subjek ibarat raja. Pandangan stereotaip ini memberi impak kepada satu bentuk budaya yang mana ibu bapa hendak anak mereka memperoleh semua A sebagai penanda aras atau definisi lain untuk berjaya.
Sedar tak sedar, pertandingan antara ibu bapa dah lama berlaku dalam masyarakat kita. Anak siapa paling cepat dan pandai baca. Anak siapa yang boleh menghafal dengan sempurna. Anak siapa boleh jawab matematik dengan pantas. Anak siapa dapat straight A dalam peperiksaan. Nombor berapa dalam kelas. Sukan menang ke tak? No 1 ke 2?
Hukum mudah inilah menjadi fahaman dan pegangan bangsa Malaysia setelah sekian lama. Dulu boleh mengira 1 hingga 20, sekarang sampai tidak terkira bintang yang dikira. Dulu boleh hafaz Al-Fatihah sahaja, sekarang surah pendek lain dalam minda. Dulu boleh berjalan, sekarang mampu berlari sampai tak terkejar kita.
Bahan eksperimen
Hazhari Ismail
Hazhari Ismail, Pensyarah merangkap Ketua Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) mengakui ramai ibu bapa yang berlumba-lumba untuk memastikan mereka menang dengan persaingan antara rakan-rakan dan boleh menayangkan trofi ‘anak cepat membaca seawal 3 tahun’.
“Ini kesalahan ibu bapa, meletakkan anak-anak sebagai satu bentuk bahan uji kaji untuk eksperimen mereka sendiri. Jika kita bereksperimen, kadang-kala tujuan dan objektif eksperimen tidak tercapai. Maka, kita boleh melakukan eksperimen sekali lagi buat kali kedua, ketiga dan seterusnya. Namun, anak-anak ini jangan disamakan. Kita menggadaikan masa depan mereka yang tidak boleh diulang.
“Apalah gunanya jika anak bijak dalam perkembangan ilmu, tetapi tidak boleh mempercayai ibu bapa kerana sejak kecil asyik berenggang? Maka, jika kelas tambahan itu membabitkan aktiviti interaksi ibu bapa dan anak-anak, ia digalakkan. Tapi untuk seawal 2 tahun, ceriakanlah hari mereka di rumah, boraklah dengan mereka, rekreasi bersama dan sebagainya merupakan aktiviti terbaik sebagai cerminan seorang ibu bapa yang baik.
Apabila bercakap mengenai kelas tambahan, ia mempunyai definisi yang berbeza. Jika kelas tambahan itu merujuk kepada pendedahan skil seperti bermain piano atau instrumen muzik yang lain, atau kelas seni mempertahankan diri dan aktiviti fizikal yang lain; maka itu amat digalakkan.
“Atas dasar kelas seperti ini rata-ratanya tiada di sekolah. Menjadi kebimbangan hari ini ialah kelas tambahan yang diberikan seperti kelas membaca dan menulis di peringkat awal kanak-kanak sesuatu yang tidak perlu. Ia masih awal.
“Cadangannya, di peringkat pra sekolah atau tadika, mereka hanya diperkenalkan atau didedahkan konsep membaca dan menulis atau pra-membaca dan pra-menulis. Contoh aktiviti pra-menulis seperti melantunkan bola yang bertujuan untuk meningkatkan daya koordinasi tangan dan mata.
“Maka, apabila kanak-kanak bermula untuk memegang pensel dan menulis nanti, adalah mudah bagi mereka membiasakan diri. Atau pun menyambungkan titik-titik yang membentuk sebuah lukisan atau tulisan yang bermakna. Ini sepatutnya didedahkan kepada anak-anak. Malangnya, ibu bapa masih tidak faham,” ujar Hazhari lagi .
Ibu bapa guru pertama
Gambar sekadar hiasan
Kita tidak mahu melahirkan anak-anak bersifat robot, tiada jiwa dalam segenap ilmu yang dipelajarinya. Mereka perlu diberikan pembelajaran yang bersifat ‘welcoming’ anak-anak ini sedar menimba ilmu bukan suatu paksaan.
“Teringat saya akan cara Nabi Muhammad SAW menyarankan ibu bapa mendidik anak-anak untuk bersolat. Hanya seawal 7 tahun, kanak-kanak perlu didedahkan dan diajar untuk bersolat, dan selepas tiga tahun barulah mereka berhak untuk dihukum jika tidak menunaikan solat.
Tempoh 3 tahun ini Islam melihat sebagai tempoh untuk kanak-kanak mencuba,menerima, menghayati ilmu yang baru. Perkembangan seawal 7 tahun pada zaman nabi ketika dulu tidak pernah berubah di telan zaman, sama seperti kanak-kanak 7 tahun sekarang.
“Jadi, benarlah kita perlu percaya perkembangan anak itu secara kolektifnya adalah sama. Ibarat sebuah gelas yang berisi air, sebagai ibu bapa kita perlu mengisi air sedang elok dengan saiz gelas. Jika tidak, air akan tertumpah, dan mengotorkan sekeliling. Kita tidak mahu melihat anak-anak kita membesar sebagai insan sebegitu.
Di dalam kamus psikologi kanak-kanak, galakkan atau (reinforcement) adalah benda yang perlukan untuk membentuk tingkah laku kanak-kanak yang positif. Galakkan boleh jadi pelbagai seperti pelukan, ciuman dan pujian. Kadang-kadang ibu bapa tidak perlu gunakan wang ringgit untuk mengumpan kanak-kanak supaya berlaku baik. Tidak perlu memberi hadiah apabila mereka berjaya menghabiskan sesuatu tugasan.
Ibu bapa model terbaik
Gambar sekadar hiasan
Seterusnya ialah penglibatan ibu bapa. Ambil tahu apa yang anak-anak lakukan di sekolah. Letak kepercayaan kepada anak-anak tidak bermaksud memberikan mereka kebebasan sepenuhnya, tetapi tegas dan meletakkan disiplin sebagai asas utama.
“Jadilah pendengar yang baik kepada mereka. Kalau bukan kita, nescaya mereka akan mencari kawan-kawan dan ia akan berlanjutan sehingga peringkat dewasa di mana tiada lagi ruang untuk ibu bapa di hati mereka. Menjadi model yang terbaik di hadapan kanak-kanak, juga di belakang mereka.
Anak Ibarat Kain Putih
Guru pertama sepatutnya ibu bapa. Bukan guru di sekolah. Jangan serahkan bulat-bulat kepada guru tentang pendidikan anak-anak. Masuk campur. Biar anak-anak rasa dihargai. Tanya apa mereka belajar di sekolah ketika berada di rumah.
“Benarlah kanak-kanak itu ibarat kain putih. Ibu bapa yang mampu mencorakkannya. Saya suka konsep kerja rumah yang sebenar. Bukanlah kerja rumah seperti membuat latihan matematik lima muka surat, atau menulis huruf tertentu berulang kali, tapi kerja rumah yang dimaksudkan adalah kerja rumah bersama ibu bapa. Kerja rumah yang melibatkan ibu bapa dilihat mampu meningkatkan kepercayaan kanak-kanak dan mengeratkan hubungan antara ibu bapa dan anak-anak
Kanak-kanak itu berbeza, ada yang ketinggalan, ada yang belajar kerana terpaksa. Inilah yang dikatakan drilling. Kanak-kanak mendengar sahaja dan tiada interaksi antara murid dan guru.
“Mereka diajar teknik menghafaz dan apabila selesai menghafaz, kita katakan mereka sudah berjaya. Sedangkan, mereka tidak faham apa yang mereka pelajari dan tidak menggalakkan mereka untuk terus berfikir.
Anak bijak
gambar sekadar hiasan
“Bayangkan jika anak-anak terpaksa belajar subjek-subjek yang lain, sedangkan kemahiran asas masih belum dikuasai sepenuhnya. Ia akan membantut dan memburukkan lagi perkembangan mereka dan menutup niat untuk terus belajar. Tiada siapa suka konsep memaksa. Jadi, kenapa kita perlu memaksa? Nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.
“Begitu juga dengan konsep pengasingan kelas. Di peringkat tadika sampai lah ke peringkat universiti. Pengasingan kelas ini terbahagi kepada dua (2) bagaimana ia boleh diasingkan,iaitu secara choronological grouping (Umur) dan vertical grouping (perkembangan).
“Selalunya, dari peringkat prasekolah sehinggalah ke menengah, kita dibiasakan dengan konsep choronological grouping iaitu pengasingan mengikut umur. Kemudian, barulah kita guna vertical grouping iaitu kita asingkan ikut development (kepandaian).
Justeru, sebagai ibu bapa, anda mempunyai kuasa untuk menghentikan segala dogma yang mana anak yang bijak adalah anak yang memperoleh semua A di dalam semua subjek. Ini adalah pandangan yang tidak bijak dan tidak benar.
“Abaikan semua persepsi masyarakat, tidak perlu membanding bezakan pencapaian anak-anak kita dengan anak orang lain, juga di antara anak-anak kita sendiri. Percayalah, setiap anak itu berbeza. Maka, bukan tugas kita untuk membeza-bezakan mereka.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Anak-anak ibarat kain putih, kita sebagai ibu bapa yang mencorakkannya. Andai betul cara kita, maka betullah perjalanan hidup anak-anak. Kerana itu, dalam mendidik anak-anak perlu mengikut cara yang betul.
Tidak salah jika mahu memanjakan anak, tetapi biar berpada-pada, jangan sampai memijak kepala kita suatu hari nanti. Belajar berdikari dari awal itu penting supaya anak-anak tidak hanya bergantung pada ibu bapa sahaja dalam segala aspek.
Wanita bernama Nurul Ilyani berkongsi tip dalam mendidik anak-anak. Semoga ilmu yang diberikan ini bermanfaat untuk kita semua. Usah biarkan anak menjadi raja dan ibu menjadi hamba kepadanya. Didik dan tanamkan rasa tanggung jawab di hati mereka insyaAllah kelak pasti akan menjadi anak yang berguna.
5 tip didik anak ada common sense di rumah dengan cara mak ‘malas’.
Hakikatnya mak ‘malas’ bukan malas. Mak ‘malas’ nak bagitahu semua orang ada tanggungjawab. Mak ‘malas’ bukan kuli. Tak ada raja, tak ada permaisuri, tak ada kuli. Ini keluarga kita, tanggungjawab kita. Yang ada pembantu rumah lagi kena hati-hati. Anak kita ada tendency meraja?.
Justeru wahai ibu-ibu:
#1 Sebelum tidur, mak ‘malas’ tak sediakan barang sekolah anak dia. Dia galak anak dia yang kemas sendiri. Cari sendiri baju, seluar, seluar kecil.
#2 Anak makan. Mak ‘malas’ tak kemas meja makan. Mak ‘malas’ kata, “lepas makan kemas meja, basuh pinggan, itu tanggungjawab”. Budak kecil umur 3 tahun sudah kena selesai sendiri. Mak ‘malas’ cuma touch up kasi elok saja.
#3 Anak main Mak ‘malas’ tak penat-penat kemas semua. Dia panggil semua datang kemas. Semua kena stop main. Kena kemas. Kadang-kadang mak ‘malas’ memetir juga. Memetir dengan ayat berpengaruhlah, bukan berleter.
#4 Anak mandi. Baju sepah depan tandas, dalam tandas. Mak ‘malas’ tak kutip. Mak ‘malas’ kata, “baju kotor masuk bakul”. Yang kecil umur 3 tahun pun kena buat. Nasiblah dapat mak ‘malas’.
#5 Spring cleaning rumah. Mak ‘malas’ tak buat sendiri-sendiri. Mak ‘malas’ kata, “Anak-anak hari ini spring cleaning, Kakak sapu sampah, mop, abang dengan adik cuci toilet, abi buang sampah, kemas dapur”. Nasiblah dapat mak ‘malas’.
Pesan mak ‘malas’, Ummu Ilham
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Melihatkan perwatakannya Didie Alias yang bersuara lantang, tidak hairanlah jika ada yang menggelar dirinya artis yang ‘mulut laser’.
Bahkan, empunya diri juga tidak menafikan pernah bersikap sedemikian.
“Macam saya sendiri, kalau nak ikutkan fasal mulut ‘laser’ ni memang sudah dari azali orang tahu mulut Didie Alias ni memang puaka.
“Tapi ‘laser’ nya kena lah bertempat dan saya seorang yang jenis berterus-terang. Kalau saya kata tak boleh, maknanya tak boleh. Boleh kata saya ni bersikap tegas dengan menantu saya,” katanya.
Begitupun akuinya, hubungan antara mentua dan menantu, perlu ada sifat tolak ansur dan sentiasa berfikiran positif.
“Sebenarnya, hal ini sememangnya pernah berlaku dalam hidup saya dan sudah terjadi pada perkahwinan pertama saya sebelum ini.
“Masa tu saya sedang bercuti lama dalam industri, saya duduk bersama dengan bekas ibu mentua saya.
“Bagi saya, ibu mentua saya bukan seorang yang ‘laser’ sebab bila dia bercakap sangat lembut.
“Tapi kadang-kadang tu ada benda negatif datang kepada kita dan saya biarkan sahaja sebab pada saya ini adalah pilihan yang saya buat.
“Kalau saya bertindak secara meronta-ronta pada ketika itu, mungkin kita akan bergaduh dengan ibu mentua dan suami kita.
“Oleh itu, nasihat saya buat ibu mentua mahupun menantu kalau boleh sentiasa lah berfikiran positif dan fikir yang baik-baik sehingga ke akhir hayat,” katanya lagi.
Dia yang mengulas isu berkenaa ketika dijemput dalam temu bual bersama program Wanita Hari Ini bagi membincangkan topik ‘Mak Mentuaku Laser’, baru-baru ini.
Untuk rekod, Didie pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon popular era 90-an, Ridzuan Hashim sekitar tahun 1991 namun berpisah pada tahun 2000.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Nurdhaniyah, Muhammad Dhanial, Nur Dinie, Nur Dayini Ahza, dan Nur Diyana.
Didie kemudiannya berkahwin buat kali kedua bersama Norisham Ismail. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Dayyan, 6 tahun.
Aidilfitri semakin menghampiri, pastinya pelbagai juadah manis seperti kek, biskut, dan kuih raya menjadi hidangan wajib di setiap rumah.Antara kek yang semakin mendapat perhatian...