Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memaklumkan pihaknya terpaksa menangguhkan pengeluaran kad pengenalan kanak-kanak selama enam bulan. Keputusan itu dibuat susulan kekurangan bekalan mikrocip yang kini sedang melanda seluruh dunia.
Bagaimanapun, Ketua Pengarah JPN, Datuk Ruslin Jusoh berkata pihaknya masih meneruskan proses pendaftaran bagi permohonan MyKid seperti biasa.
Jelasnya lagi, JPN akan melakukan pengeluaran MyKid secara berperingkat dengan menggunakan bekalan sedia ada dengan mengutamakan kes-kes tertunggak.
Dalam pada itu, Ruslin mengatakan JPN kini sedang berusaha menyelesaikan tunggakan pengeluaran MyKid sejak industri mikrocip seluruh dunia berdepan dengan krisis akibat pandemik COVID-19 yang berlaku.
Ads
“Kita dalam proses untuk menyelesaikan tunggakan permohonan disebabkan masalah kekurangan mikrocip di peringkat global kerana MyKid ini menggunakannya.
“Jadi, JPN bercadang dalam tempoh masa ini kita akan membuat penangguhan sementara pengeluaran MyKid.
Ads
“Bagaimanapun, proses ini pasti dilaksanakan juga setelah perolehan bekalan mikrocip dapat diselesaikan dalam tempoh enam bulan,”katanya.
Ads
Tambah beliau, ibu bapa boleh menggunakan dokumen surat beranak bagi urusan harian anak-anak mereka seperti permohonan sekolah kepada mereka yang masih belum mempunyai kad pengenalan kanak-kanak (MyKid).
Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam sidang akhbar selepas Program Serahan Kad Pengenalan MyKad kepada orang kurang upaya (OKU), Nur Aleeya Ammar di Bukit Godek, Melaka, hari ini.
Sumber: Bernama
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ibu bapa yang memiliki anak istimewa sebenarnya cukup bertuah. Biarpun diduga dengan ujian dari Yang Maha Esa, namun kegigihan dalam membesarkan anak syurga tanpa give up akhirnya membuahkan hasil.
Pengorbanan meninggalkan kerjaya demi menumpukan perhatian kepada anak syurganya bernama Annas Ikhwan nyata berbaloi apabila si anak mendapat keputusan yang cemerlang dalam pelajaran baru-baru ini.
“Harungilah dengan kuat dan anggap kita ada 1 kelebihan dari orang lain..hidup untuk dinikmati bukan untuk diratapi. Kebahagian datang dalam berbagai cara. Tak semestinya anak kita normal, dia 100% pasti berjaya. Tanpa usaha tidak bernilai. Anak istimewa satu anugerah.
“Jangan banding cara orang dengan cara kita didik dia. Annas dibesarkan ikut cara didikan ummi dan abah…yang penting cari ilmu dan jangan terlalu menunggu setiap info datang sendiri pada kita..i syaAllah we can do it !!
Itu antara perkongsian ibu bernama Che Marsinah Murnie dalam mendidik anaknya.
“Terima kasih guru2 Annas. Ummi hafal semua bab dalam buku P.Islam supaya dpt ajar Annas sepertimana seorang guru di rumah. Ummi proud of you sayang !!
“Annas berada di tahun 2 arus perdana..tahun lepas masa tahun 1 hampir2 ditolak ke ppki. Tapi ummi fight until Annas berada di kelas mainstream biasa. At last akhir tahun 2017 dia top 10 excellent student di sekolah.
“Percayalah yang kekuatan ibu bapa mampu mengubah anak istimewa kita. Little fighter will never give up. Kanak2 istimewa juga mampu,”ujar Che Marsinah lagi.
Selain itu, dia juga turut memberikan beberapa tip buat ibu bapa yang memiliki anak istimewa sepertinya. Moga bermanfaat kepada ibu-ibu yang lain!
⚘ANAK ISTIMEWA HADIAH DARI TUHAN ⚘
Annas bersekolah di aliran perdana bersama kanak2 normal lain sejak tahun 1 pada 2017. Bukan mudah bila kawan2 tidak memahami dia dan akibatnya sepanjang 2017 saya setiap minggu turun naik sekolah demi memperjuangkan dia di aliran perdana. Akhirnya dia antara 10 pelajar cemerlang pada hujung tahun. Itu kisah tahun lepas. 2018 membuka lembaran indah bila Annas ditempatkan di antara kelas yg terbaik.
Tiada keindahan yg datang semudah angin lalu..semua perlukan pengorbanan. Apa yang boleh saya kongsikan sebagai ibu bapa kepada anak Mild Autism & Asperger ialah :
1. Pengorbanan – saya tinggalkan kerjaya dan jadi penjaga dia 24 jam. Saya juga jadi guru, pengantar ke sekolah, tukang masak masakan kegemaran dia, jururawat peribadi dia, kawan dia dan segalanya..
2. Awal tahun saya akan buat rujukan dan belajar the whole books dari Bab 1 sampai habis. So saya dpt ajar dia umpama seorang guru di rumah.
3. Sentiasa berhubung dgn guru2 dan paling penting bersahabat dgn mereka. Guru amat gembira bila kita bekerjasama membantu anak2 kita.
4. Dari bulan Jan – Dec, Annas hanya menonton tv pada bulan 5 (cuti sekolah penggal 1) dan bulan 11(cuti sekolah penggal 2). Itupun hanya 1 jam. Saya xpaksa tapi dia sendiri xberminat.
5. Pemakanan sgt penting. Annas xminum sebarang minuman bergula tinggi. Dia kuat minum susu dan mengamalkan vitamin susu kambing. Dia jarang sakit jugak.
6. Dia tidak berminat dgn kawan2 yang ligat bermain di kawasan residen rumah. Jadi setiap 2 kali sebulan dia akan bermain di kid’s gym yg khas utk kanak2 autism (we rock the spectrum kid’s gym)
7. Dari kecil saya latih ttg kebersihan dan adab. 2 asas ni sgt rapat dgn dia. Setiap kali waktu balik sekolah kawan2 dah turun kelas tp dia akan kutip semua sampah dikelas dan matikan semua suis lampu dan kipas.
I syaAllah kita mampu mengubah hidup mereka cuma byk pengorbanan perlu dilakukan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bila hendak menentukan lokasi percutian keluarga, perkara pertama yang terlintas difikiran kita sebagai ibu ayah tentunya memikirkan lokasi yang menyeronokkan anak-anak. Sama ada ke pantai, ke air terjun atau paling tidak mesti ada kolam mandi.
Maklumlah, anak-anak dengan acara mandi mandanya tidak boleh dipisahkan jika bercuti. Itulah tempat yang boleh membuatkan mereka rasa gembira dan seronok!
Jadi tidak hairanlah ibu ayah sudah faham dan sebab itu juga akan pastikan menempah hotel yang ada kolam mandi jika tidak pergi ke taman tema air sekali pun. Itu sudah memadai buat anak-anak berasa puas bercuti.
Pun begitu, sebagai ibu ayah kita perlulah lebih berhati-hati dan biarlah dikatakan cerewet dalam membuat pilihan tempat mandi anak-anak. Kita tidak mahu, lepas anak-anak mandi manda di tempat yang bersesak sesak dengan orang lain ada yang demam, cirit birit atau kegatalan dan macam-macam kejadian yang tidak diingini terjadi.
Untuk itu, ada baiknya anda baca saranan doktor Ahmad Luqman Bukhari sebelum membawa anak-anak mandi kolam agar kejadian-kejadian tersebut dapat dihindari daripada berlaku kepada anak-anak dan keluarga kita.
Mandi Kolam, Boleh Jejaskan Kesihatan Anak
“Daddy, jomlah kita pergi mandi kolam. Lama dah kakak dengan Maryam tak main air kat sana.”
Lemah betul bila budak dua beradik ni dah mula merayu hari tu. Cepat-cepat saya call owner KEKOTAKstay Port Dickson nak set tarikh yang kosong. Tak nak lah duk bersesak dengan orang lain.
Lagi pun saya tahu kat situ kolamnya bersih dan terjaga.
Biarlah cerewet sikit bab nak bagi anak-anak mandi kolam ni. Bukan apa, risau sangat kalau dia orang tiba-tiba demam dan jatuh sakit lepas balik dari mandi di kolam renang.
Takut-takut terkena penyakit Recreational Water Ilness (RWI) yang berpunca dari kuman dan bakteria kat dalam air kolam.
Kuman seperti Cryptosporidium, E. Coli dan Naegleria fowleri, ni antara yang kerap sangat dijumpai dalam air kolam yang tercemar tau.
Kalaulah masa mandi tu, si kecil kita tertelan air kolam yang penuh dengan kuman tadi lalu masuk ke saluran penghadaman, dia mungkin akan mengalami gejala muntah-muntah dan cirit birit.
Sakit tekak, batuk dan selesema pun boleh terjadi sekiranya jangkitan tu berlaku di saluran pernafasan. Jika berjangkit ke telinga dan mata pulak, mulalah mata pun jadi merah menyala dan pedih memanjang.
Nak tak nak, cek lah dulu betul-betul tempat kat mana nak bawak anak-anak mandi kolam atau bermain air ni.
Kena hati-hati sungguh lagi-lagi kalau kolam awam. Memanglah dibubuh klorin. Tapi kalau dah kolam tu penuh dengan air kencing, najis dan kotoran, payah nak hapuskan semua kuman dalam tu.
Sambil-sambil tu pesan jugak pada ahli keluarga kita supaya:
1.Elakkan daripada kencing atau berak kat dalam kolam renang
2.Sebolehnya sebelum masuk ke kolam, bersihkan dulu badan di bawah pancuran air. Lepas selesai mandi kolam pun sama.
3.Jangan minum atau berkumur guna air kolam tu.
4. Mana anak yang tak sihat, demam, muntah atau cirit birit, tolong jangan benarkan mereka mandi dalam kolam.
5. Cek jugak tubuh anak kita tu. Elakkan masuk kolam kalau ada luka pada anggota badan. Bahaya sangat sebab kuman tu semua boleh masuk terus ke pembuluh darah anak kita.
6. Lagi bagus kalau kita pakaikan lampin pakai buang khas untuk berenang bagi si kecil yang masih tak pandai nak control najis.
Sambil tu kita pun kenalah cek pampers tu setiap 30-60 minit dan tukar terus jika ada najis.
Tolong #share info penting ni dengan mak ayah yang lain jugak ye. Sekarang ni memang ramai yang ambil peluang bawak anak ke kolam mandi dan taman tema air. At least kita semua akan lebih berjaga-jaga lepas tahu tentang ilmu ni.
Pernah dengar tentang Middle Child Syndrome? Middle Child Syndrome merupakan keadaan psikologi anak tengah yang selalu merasa diri seperti dipinggirkan dan terabai dalam keluarga.
Urutan kelahiran dan jumlah saudara kandung dapat mempengaruhi perkembangan keperibadian, psikologi dan potensi anak.
Tanda-tanda Middle Child Syndrome:
1. Rasa tidak pernah dihargai dan diabaikan oleh ibu bapa/keluarga.
2. Sentiasa inginkan keadilan.
3. Mencari perhatian daripada keluarga dan orang lain.
4. Rasa diri tidak pernah cukup untuk orang lain.
5. Rasa macam kena bersaing dengan adik beradik.
Jika anak anda ada salah satu daripada ciri di atas, ada kemungkinan mereka alami Middle Child Syndrome. Jika tiada perubahan sikap daripada ibu bapa, sindrom ini akan berlarutan sehingga anak meningkat dewasa.
Jika mereka tidak mendapatkan perhatian daripada ibu bapa mereka sendiri, mereka akan mencari perhatian dan penghargaan daripada orang lain. Anak yang kurang mendapatkan perhatian semasa kecil akan mudah melekat atau mudah terjatuh cinta dengan orang baru yang memberikan sedikit perhatian, walaupun orang yang baru mereka kenal.
Cara untuk mencegah anak tengah daripada terkena sindrom ini:
1. Berikan perhatian dan layanan sama rata untuk anak-anak.
2. Jangan bandingkan anak dengan adik beradik atau orang lain.
3. Luangkan waktu untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan anak tengah.
4. Berikan pujian dan penghargaan atas setiap pencapaian.
5. Buatkan anak merasa penting dalam keluarga.
6. Beri peluang untuk anak tengah bersuara, dengar mereka dan tunjukkan perhatian.
*INGAT! Jangan didik anak terlalu keras. Mereka ingin disayangi dan dilindungi, bukan untuk menjadi kuat dan berani tanpa didikan yang lembut.
Anak Nasir Bilal Khan bertunang dan mencuri perhatian ramai apabila wajah manis bakal pengantin wanita menerima pelbagai pujian netizen. Majlis sederhana itu turut dibanjiri doa dan ucapan tahniah.