Kita seringkali membicarakan kecantikan wajah hingga terlupa menumpukan pada sepasang kaki yang kita miliki.

Bukan hanya wajah tapi masalah kaki seperti kulit kaki merekah juga buat kita rasa kurang keyakinan diri. Lebih-lebih lagi bila terpaksa membuka kasut dikhalayak ramai. Malu bila dilihat orang lain.

Kulit kaki memang berbeza dengan bahagian kulit yang lain. Teksturnya nampak keras tetapi lembut. Jangan rosakkan penampilan dan kurang keyakinan diri dengan kaki yang pecah-pecah, kering dan sebagainya.

Kulit tapak kaki yang lebih tebal berfungsi melindungi kaki ketika berjalan. Ia sangat lentur dan mengikuti pergerakan kaki. Sayangnya ketebalan itu tidak bermakna boleh selamanya melindungi kaki.

Berjalan kaki setiap hari membuat bahagian tapak kaki menjadi kering dan pecah-pecah. Ditambah pula dengan pemilihan kasut yang tidak sesuai atau alahan terhadap tapak kasut, alahan simen dan sebagainya.

Rawat Kaki Dengan Cara Begini

Jeli Petroleum

Jeli ini merupakan zat kimia yang diperoleh daripada minyak tanah yang berfungsi untuk melindungi kulit agar tidak kering dan pecah-pecah.

Sebelum mengoleskan jeli ini, cuci bersih tapak kaki anda serta jangan lupa untuk menggosoknya menggunakan batu apung untuk membuang sel-sel kulit mati.

Kemudian, sapukan jeli pada tapak kaki dan gunakan alas kaki supaya jeli dapat meresap dengan sempurna. Lakukan hal ini setiap malam sebelum tidur bagi memastikan kulit kaki anda kembali halus dan lembut seperti semula.

Indian Lilac

Bahan yang terdapat di dalam bunga Indian Lilac ini terbukti mampu mengatasi kulit pecah-pecah pada tapak kaki. Caranya mudah sahaja, ambil segenggam bunga Indian Lilac lalu ditumbuk hingga halus. Kemudian, campurkan dengan serbuk kunyit untuk mendapatkan krim perawatan kaki pecah-pecah.

Sapukan pada tapak kaki selama lebih kurang 30 minit sebelum dicuci dengan menggunakan air suam dan jangan lupa keringkan. Manjakan kaki anda dengan rawatan ini untuk mendapatkan tapak kaki yang lembut.

Minyak Zaitun

Aplikasikan minyak alami, seperti minyak zaitun atau jojoba setiap malam sambil mengurut bahagian kaki tersebut. Kemudian, biarkan semalaman. Gunakan losen atau body butter khusus untuk perawatan telapak kaki kering dan pecah-pecah.

Alas kaki

Pilihlah alas kaki yang nyaman dan melindungi dengan maksimal.

Gunakan batu apung

Anda juga boleh menggunakan batu apung untuk mengikis bahagian kulit yang mengelupas sehingga membantu memperbaharui kulit. Gosok dengan menggunakan batu apung tiga hari sekali ketika mandi.

Campuran lemon dan air suam

Rendam dengan menggunakan air lemon dan air suam, kemudian secara lembut gosok menggunakan loofah di bahagian keringnya untuk menghilangkan sisa-sisa sel kulit mati.

Hampas kopi

Scrub dengan menggunakan hampas kopi setiap hari untuk mendapatkan kelembapan dan kelembutan yang memuaskan.

IKLAN

Losyen badan

Pastikan untuk selalu mengaplikasikan losen badan juga setelah mandi. Dan saat berada di rumah, pakai sandal kamar yang akan membuat kaki tetap nyaman dan terlindungi.

Faktor Kulit Kaki Kering dan Merekah

• Kurangnya kelembapan

Kadar air di dalam tubuh dapat mempengaruhi penampilan kulit dan membuat kulit tapak kaki jadi kering dan kasar. Malah bahagian luarnya mengelupas dan pecah-pecah menyebabkan kaki terasa pedih.

• Tidak berlapik

Berjalan tanpa alas kaki meningkatkan risiko tapak kaki yang tergores dan tergesek benda atau lantai yang keras. Lantas, menyebabkan kulit jadi kering dan pecah-pecah.

• Salah pilih alas kaki

IKLAN

Alas kaki yang keras dan kurang memberikan perlindungan pada kaki juga meningkatkan risiko telapak kaki pecah-pecah. Debu dan kotoran juga akan tinggal menempel di sana dan menjadi penyebab kepada masalah lain.

Jika Kaki Berpeluh & Berbau

• Rendam dengan air garam

Sekali seminggu, rendam kaki dalam campuran 1 liter air suam dan 60 gram garam laut. Rendaman ini dapat membuat kaki lebih selesa dan membantu meredakan peluh yang berlebihan.

Pakai bedak khusus untuk kaki

Untuk mencegah bau kaki, gunakan bedak deodorant khusus kaki. Gunakan sebelum anda memakai alas kaki setiap hari.

• Gunakan pelapik kaki yang menyerap peluh

Memakai alas kaki adalah pilihan tepat untuk membuat peluh anda cepat diserap dan tidak menyebabkan rasa yang kurang selesa.

• Hindari alas kaki daripada plastik

Alas kaki yang diperbuat daripada plastik menyukarkan pori-pori kaki bernafas. Pilih kasut yang diperbuat daripada kulit atau gunakan alas kaki yang lebih terbuka. Rasa sejuk di kaki akan mengurangkan peluh yang berlebihan.

• Rawat alas kaki

Alas kaki yang sudah lama dipakai adalah sarang bakteria yang dapat menyebabkan bau kaki. Cuci alas kaki anda secara teratur. Jika tidak boleh dicuci, jemur di lokasi yang panas tetapi tidak terkena sinaran matahari secara langsung agar kelembapannya hilang.