Isu kenaikan harga minyak masak masih terus menjadi bualan ibu-ibu yang saban hari menggunakan minyak untuk memasak. Hal ini terjadi ekoran pemansuhan harga siling minyak masak botol pada 1 Julai yang lalu, apatah lagi ditambah pula kesukaran untuk mendapatkan minyak peket dalam pasaran. Ini sekali gus membuatkan ada yang mengeluh.
Minyak Mahal Pilih Menu Sihat
Atas masalah ini juga, sewajarnya kita sebagai ibu yang menjadi ‘menteri kewangan’ dan ‘chef profesional’ untuk keluarga, perlu mencari jalan penyelesaiannya dan bukannya mengeluh semata-mata.
Menerusi perkongsian Dzuriasikim Dzukifli, wanita yang juga bergelar seorang ibu memberikan pandangan dan idea untuk kaum ibu yang lain cuba untuk atasi masalah kenaikan harga minyak masak ini agar dapat mengurangkan penggunaan bahan masakan tersebut.
Diharapkan perkongsian ini dapat memberi manfaat untuk semua.
Jika minyak mahal, cubalah ambil lauk begini
Ikan panggang tanpa minyak, sayur celur (sayur yang direbus sebentar) makan dengan nasi panas dan sambal belacan atau budu atau cencaluk atau kicap dengan hirisan cili. Apa sahaja, asalkan kita kurang mengeluh.
Ianya tetap enak. Mengurangkan minyak dalam masakan adalah sangat baik. Masih ada banyak pilihan makanan lain seperti singgang dan rebus atau kukus yang boleh kita ambil.
Suatu masa dulu, saya tidak ada banyak pilihan untuk menyediakan makanan buat anak-anak. Kami akan makan seadanya sahaja. Tetapi masih tetap boleh makan. Masih tidak perlu berlapar. Cuma tidak dapat makan apa yang diinginkan sahaja. Saya masih bersyukur.
Ads
Mujurlah arwah ibu orang Kelantan dan kami sudah biasa dengan menu ikan singgang, daging singgang, ikan bakar, ikan rebus dan sayuran yang dicelur atau masak air sahaja. Oleh kerana daging mahal kami lebih kerap makan ikan. Ikan yang paling kerap saya beli waktu itu ialah Ikan Tongkol kerana harganya hanyalah sekitar RM10 untuk seekor yang bersaiz besar dan cukup untuk saya dan anak-anak. Jika saya beli 2 ekor ianya cukup untuk dijadikan lauk buat kami makan siang dan malam seramai 6 orang.
Bukan minyak masak sahaja sering tidak ada di dapur waktu itu, malah bawang pun tinggal yang kecil-kecil. Orang kata buat syarat sahaja, asalkan ada…
Saya senaraikan di sini pilihan menu yang mungkin kawan-kawan boleh guna untuk memasak tanpa menggunakan minyak atau dengan penggunaan minyak yang sangat sedikit:
IKAN:
Ads
Rebus.
Singgang.
Kari.
Masak lemak kuning.
Masak lemak nenas.
Masak lemak cili padi.
Masak kicap.
Asam pedas.
Pindang.
Asam rebus.
Asam Tempoyak
Ikan panggang.
Sup.
Sup bercampur tofu.
Kukus (boleh kukus limau atau halia)
Dan ada pelbagai lagi cara memasak lain yang boleh kita gunakan.
Kita tidak akan boleh lari dari masalah. Tetapi kita masih boleh terus bersyukur dan menikmati hidup dengan sangat baik. Lagi pula, pastilah sesuatu yang berlaku itu ada hikmahnya. Dan inilah waktu terbaik untuk kita menukar menu kita agar lebih sihat.
Semua ibu bapa di dunia ini mahu setiap anak yang dilahirkan, dapat dididik dan diasuh menjadi orang berguna serta berjaya dalam hidup.
Pun begitu, mengasuh dan mendidik tidak pernah menjadi sesuatu yang mudah. Sebaliknya kian mencabar dari hari ke hari.
Apatah lagi saat anak sudah meningkat remaja, kehidupan lebih terdedah dengan pelbagai permasalahan sosial dan pengaruh negatif yang sangat merunsingkan ibu bapa.
Memberi kesedaran tentang itu, andai Ibu bapa terjumpa botol macam ni di rumah, jangan tak tahu bahawa ini adalah alat untuk menghisap dadah ‘Batu’, ‘Syabu’, ‘Ice’, ‘Kaca’.
Kalau terjumpa dengan straw yang berisi seakan ‘garam’ ‘gula’ atau straw yang dipotong-potong kosong dalam bilik anak-anak, sila soal siasat anak anda ya.
Jangan pula percaya kalau anak beritahu ni adalah projek sains sekolah atau projek ubah suai botol.
Jangan dibiarkan, jangan ditunggu anak terjebak teruk baru nak dibawa pergi mendapatkan rawatan.
Jangan tunggu anak dah mula mengamuk, mula mencuri baru nak hantar ke pusat pemulihan.
Mencegah kan lebih baik dari mengubati.
Ok ni antara tanda-tanda anak menghisap dadah syabu adalah tak tidur malam 2-3 hari.
Kesannya pada otak anak-anak akan rosak dalam masa yang singkat. Boleh menyebabkan mereka menjadi gila. Dadah sintetik ini nampak biasa-biasa tetapi berbahaya tau !
disclaimer : Tujuan post ini adalah untuk memberi pengetahuan tentang bahaya dadah.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Menimang cahaya mata merupakan satu impian bagi setiap pasangan yang sudah berkahwin. Bukan yang sudah berkahwin sahaja, malah yang belum berkahwin juga mengimpikan mempunyai anak – anak yang comel jika berkahwin pada satu hari nanti.
Namun, ada sebahagian pasangan yang masih belum ada rezeki untuk menimang cahaya mata walaupun sudah mendirikan rumah tangga lebih daripada lima tahun. Hal ini disebut sebagai Trying To Conceive (TTC) ataupun wanita yang sedang cuba untuk hamil.
Nurul Yasmin Abdul Aziz atau dikenali dengan nama Min Yasmin, 35, baru ini berkongsi bahawa beliau telah hamil selama empat minggu di akaun Instagramnya. Berita gembira itu dikongsikan selepas hampir 10 tahun mendirikan rumah tangga dengan komposer tanah air, Julfekar.
“I know it’s too early to share this excitement and great news. But I alsp realised, it will never happen without Du’a & support of my beloved family, friends & my baby love fans. Alhamdulillah i’m naturally PREGNANT. After almost 10 years been married.
“Please dua’a for me & baby safety & health throughout the pregnancy. I even do 3 times test to really confirm it since i really don’t believe it at first but Subhanallah… The Miracle of Allah…” kata Min Yasmin menerusi keterangan di Instagramnya.
Min Yasmin juga mengucapkan Selamat Hari Bapa untuk para ayah di luar sana terutama untuk suaminya yang bakal menimang anak kelima. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada rakannya, Aylin yang telah membantu menguruskan kejutan sambutan Hari Bapa dan pemberitahuan kehamilan di Hotel Marriot ke Hotel Dreamtel.
Min Yasmin juga menasihati kepada siapa yang belum ada rezeki hamil untuk sentiasa tawakal dan berserah kepada Allah.
“To those who didn’t conceive yet, it’s okay just Tawakal to Allah. He knows the best for us at the best Time & Exact Moment for us to have child by our own. Never blame Allah but just think positive, exercise more, keep on trying, more sadaqah & Du’a. Take good care of your relations with Allah SWT. Your time will come sooner or later insya-Allah.”
Untuk rekod, Min Yasmin merupakan penyanyi wanita Malaysia yang mencipta nama di Filipina pada 2015 dan telah merakankan lagu dalam Bahasa Tagalog dan Sinug. Beliau kemudian berkahwin dengan composer dan penerbit lagu, Julfekar Ahmad Shah pada April 2014.
Usah buat main dengan duit nafkah untuk isteri, sudah menjadi tanggungjawab suami untuk menyediakan nafkah selepas wanita tersebut sah menjadi pasangan hidupnya. Nafkah yang dimaksudkan adalah menyediakan makan, pakaian, tempat tinggal dan perkara asas yang lain.
Pun begitu, perlukah seorang suami itu memberi wang tunai sebagai nafkah kepada isterinya?
Seperti perkongsian daripada seorang peguam yang dikenali sebagai Surianti Ghani menerusi posting di laman fb, berkongsi tentang tiga situasi sama ada perlu atau tidak perlu suami memberikan wang sebagai nafkah.
PERLUKAH SUAMI MEMBERIKAN WANG TUNAI KEPADA ISTERI SEBAGAI NAFKAH?
Perlu & tidak perlu..lihat kepada situasi:
1) Jika segala keperluan suami dah sediakan, cukup semuanya tak wajib lagi suami beri wang tunai kepada isteri
2) Jika apa pun keperluan tak disediakan, suami boleh beri wang tunai untuk digunakan oleh isteri membeli keperluannya
3) Jika sebahagianya telah disediakan oleh suami & sebahagian lagi tidak, suami boleh memberikan wang tunai untuk digunakan oleh isteri bagi mencukupkan keperluannya
Bagaimana pula jika nafkah yang diberikan oleh suami tidak mencukupi walhal suami mampu, si isteri berhak untuk meminta daripada suami untuk kecukupannya.
Pun begitu bagaimana pula andai setiap bulan tanpa culas suami akan memberi nafkah berupa wang namun nilainya hanyalah RM RM5? Mungkin ada antara kita yang tidak dapat membayangkan adakah ada suami yang melakukan sedemikian, memberi isteri hanya RM5 setiap bulan dan pemberian tersebut dianggap sebagai nafkah.
Ini sebagaimana satu kisah rumah tangga berkenaan nafkah yang dirujuk kepada peguam ini. Difahamkan si suami hanya memberikan RM5 dan paparan transaksi bank dijadikan bukti yang menunjukkan si suami memberi sebulan RM 5 kepada isterinya.
SEMOGA PARA SUAMI YANG LAIN TAHU BETAPA BERKATNYA MEMBERI NAFKAH KEPADA ISTERI
Apabila suami tidak tahu konsep keberkatan memberi nafkah kepada isteri..lagi banyak berbelanja untuk isteri semakin bertambah rezeki.. Realiti 1 kes di mahkamah syariah..setiap bulan hanya RM5 sahaja nafkah untuk isteri..itu sahaja, barang dapur tak beli, pakaian tak beli, tempat tinggal isteri bayar sendiri..yang banyak sikit bulan ni RM10 sebab bulan Ramadan kot..
Juruterbang wanita rugi hampir RM200K, terpedaya pakej haji palsu. Seorang juruterbang wanita dilaporkan mengalami kerugian melebihi RM190,000 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan membabitkan tawaran palsu pakej haji oleh individu tidak dikenali.