Bergelar ibu , banyak yang perlu dikorbankan. Bukan hanya tenaga, masa dan wang ringgit, malah ada masanya kita terpaksa lupakan seketika apa yang ingin dilakukan. Semuanya demi anak-anak dan keluarga.
Tiada lagi istilah untuk membuang masa, bahkan setiap minit begitu berharga untuk seorang ibu. Lebih-lebih lagi yang bergelar suri rumah. Tidak keterlaluan andai dikatakan mereka lebih banyak berkorban dibandingkan yang lain.
Begitu juga dengan ibu yang bekerjaya. Pulang dari kerja, terus ke dapur untuk menyediakan sajian seisi keluarga. Tanpa rehat namun tidak merungut jauh sekali mengeluh kerana apa yang dilakukan itui adalah demi kasih sayang kepada suami dan anak-anak.
Luahan ibu bernama Hajar Akma Mohd Rawi begitu menyentuh hati. Memang benar, ladang pahala seseorang itu berbeza, namun Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk seorang ibu. Jom baca perkongsian ibu ini.
Sejak jadi ibu, tak pernah lagi solat terawih kat masjid.
Semalam rasa frustrated sangat. Tengah solat, si Aman dok depan konon nak jadi imam. Husna tengah bising dok main playdoh. Dengar satu-satu okay dia cakap apa. Hanaa’ tengah memanjat.
Ads
Baru bukak Al Quran, ada yang berak, ada yang nak air, nak susu.
Nak tunggu Encik Suami selesai solat, masa tu mesti dah mengantuk dan sibuk nak siapkan makanan sahur.
Ads
I was like, come on, Ramadan sekali je setahun. Tahun depan belum tentu jumpa Ramadan lagi. Bagi la can nak beribadah dengan khusyuk dan tenang. Masa tu memang sedih dan frust.
Tapi bila tengok muka anak-anak, well I guess my ladang pahala is different now. Mungkin Ramadan seorang ibu itu Allah uji dengan sabarnya melayan karenah anak-anak.
Mungkin Ramadan seorang ibu itu walau hanya sempat solat sunat 2 rakaat ketika malam, disempurnakan dengan ikhlasnya dia menyediakan sahur buat keluarga.
Ads
Mungkin Ramadan seorang ibu itu walau hanya semuka sahaja Quran sempat dibaca, Allah lipat gandakan pahalanya kerana nak baca semuka tu pun struggle.
It’s okay dear moms. You’re not alone. Allah Maha Kaya. Allah Maha Tahu.
Betulkan niat, ikhlaskan hati. Peringatan utamanya untuk diri sendiri ?
Apabila bergelar ibu bapa banyak cabarannya dalam mendidik anak. Mendidik anak seharusnya dimulakan dengan ibu bapa dari rumah, sejak mereka dari kecil lagi. Ia termasuk mendidik anak mencintai Al-Quran. Dengan mulai mengajarkan anak mengaji sejak masih kecil. Jangan bertangguh untuk mendidik anak.
IBU BAPA HARUS JADI ORANG PERTAMA AJAR ANAK CINTAI AL-QURAN
Renungan Kalam Langit Buat Para Ibunda
Usahakan agar anak-anak anda belajar Al Quran daripada anda, kerana hal ini akan memberi kesan yang paling mendalam bagi jiwa anak-anak anda kelak.
Lalu perlihatkan diri anda kepada anak-anak anda sebagai pencinta Al Quran kerana itulah salah satu metode terbaik agar anak-anak anda cinta terhadap Al Quran.
Suara merdu anda ketika membaca Al Quran di hadapan anak-anak anda menjadi suara terindah bagi anak-anak anda kelak ketika mereka dewasa.
Keikhlasan anda mengajarkan al-quran kepada anak-anak anda akan menciptakan keajaiban keajaiban dalam hidup anda yang anda sendiri tidak menyangka sebelumnya. Itulah keberkatan Al Quran.
5.Maka, janganlah anda berkeluh kesah dan patah semangat terhadap anak-anak anda yang susah payah memperbaiki bacaan Al Quran. Kerana boleh jadi hal itu akan menjadi tangga menuju kemuliaan hidup anda kelak. Allah tidak akan mensia-siakan hasil usaha anda.
Mungkin anda akan merasakan kepenatan dan keletihan ketika mengajarkan Al Quran kepada anak-anak anda, sehingga anda pun bosan, jenuh, emosional dan kecewa. Namun, ketahuilah bahawa jerih payah anda pasti akan dibayar mahal oleh Allah.
Maka…, wahai para ibunda!
Ketika anak-anak anda berangkat sekolah di pagi Hari, tataplah kedua bola matanya, pandanglah wajahnya, lalu panjatkan doa untuknya dengan keikhlasan walaupun hanya dengan ucapan “rabbi habli minas salihin” wahai Tuhanku, kurniakanlah aku anak yang soleh.
Lalu mohonlah agar Allah menjadikannya sebagai ahli Quran, kemudian hembuskanlah ke ubun ubunnya Dan ulangi tindakan itu secara istiqamah.
Wallau A’lam.
UIA
*Disadur dari renungan Kalam Langit karya Dr. Ahsin Sakho Muhammad
Tentunya setiap antara kita yang berkeluarga ingin memiliki rumah sendiri, walau kecil asalkan bukan menyewa akan terasa kepuasan memiliki kediaman tersebut. Jadi bagi yang berangan-angan untuk membeli rumah di masa terdekat ini, elok kiranya fahami penerangan dalam proses membeli serta tip bermanfaat daripada penasihat hartanah ini.
Semoga perkongsian di akaun twitternya ini dapat memudahkan kita untuk terus merialisasikan impian keluarga tercinta dalam pemilikan rumah atas nama sendiri. Jom semak.
Ni thread ni untuk PEMBELI RUMAH PERTAMA. First time nak beli rumah ni mesti korang macam blur-blur sikit kan. Jadi lepas baca thread ni, harapnya korang dapat la idea sikit flow beli rumah dari niat sampai la dapat kunci.
Kita pecahkan kepada 3 fasa supaya tak pening sangat:
1 – Fasa persediaan
2 – Fasa pembelian
3 – Fasa tukar nama
FASA PERSEDIAAN
Bila korang dah ada niat nak beli rumah, benda first sekali korang kena buat adalah SEMAK KELAYAKAN LOAN DENGAN BANK (unless korang nak beli cash la kan) Bank akan tengok 3 benda untuk bagi loan dekat kita: –
Income
Formula dia = (KOMITMEN LAMA + KOMITMEN RUMAH YANG BARU NAK BELI NI) / NET INCOME x 100 Kalau lebih 70%, dia akan reject application korang.
Scoring
Scoring ni maksudnya kau ni ada ciri-ciri orang boleh bayar hutang tak. So bank nak tengok kerja korang stabil atau tak, permanent ke contract, korang ada degree tak etc. Benda-benda ni semua add value dalam application.
CCRIS
Ccris ni record kalau ada commitment dengan bank. Kalau ada commitment dengan bank, kena la bayar ikut time.
“Bang, kalau takde record langsung, boleh apply ke?”
Boleh Jep. Tips dia: JANGAN FULLY UTILISE THE LOAN. Contohnya: Kalau lepas amik loan 300k, amik la 250k je. Lagi satu, attach sekali semua dokumen – degree ke, ada simpanan tabung haji ke, simpanan apa2 ke. Boleh add value!
Document apa yang wajib bank nak?
1 – Salinan IC korang
2 – Payslip
3 – Bank Statement
4 – EPF Statement
5 – Employment Letter boleh je mintak tolong agent checkkan kelayakkan loan korang. Biasanya agent akan liase terus dengan banker. Bagi je korang punya document tu.
Settle hal loan, kita cerita pasal deposit pulak. Deposit biasanya kena prepare 10% dari harga rumah. Contoh: Harga rumah 200k. So kena ready deposit RM 20k.
“Kalau tak cukup boleh ke bang?”
Boleh. Cara dia – MARKUP LOAN. Beli rumah RM200k, ambik loan RM220k. TAPI, bila markup loan, instalment korang akan tinggi sikit la. Dan bayaran lain-lain macam legal fees semua akan ikut harga markup tu.
Lepas tahu berapa loan korang boleh amik, korang kena PLAN. Plan pasal rumah tu. – Nak duduk atau sewakan – Nak duduk lama or sekejap – Dalam masa 5 tahun lagi ada nak beli rumah lain tak – Ada plan nak kahwin dalam masa terdekat ke – Ada nak beli kereta ke Etc etc..
Sebab apa kena plan? Sebab bila korang amik loan, komitmen kena bayar SETIAP BULAN. Perbelanjaan korang pun akan berubah sikit. Yela nak bayar hutang bank. Lepas dah ada proper plan, barulah korang dah settle fasa pertama. Which means, korang dah sedia lah nak beli rumah. Yeay!
FASA PEMBELIAN
Dah masuk fasa ni, refer dulu dekat PLAN korang masa fasa persediaan tu. Then, bolehlah ‘window shopping’! Carilah rumah yang match dengan plan dan berkenan.
Dah jumpa rumah yang berkenan, kenalah bayar booking untuk proceed. Payment MESTILAH kepada property agency ATAU law firm. JANGAN bank in kepada akaun personal. Harga booking ialah 3% dari harga rumah tu.
Contoh: Harga rumah RM200k 3% x RM200,000 = RM6000
Bila dah book, owner akan sign form. Form tu nanti attach sekali dengan document-dokumen untuk loan tadi. Then korang submit la dekat bank untuk apply loan. Agent pun boleh tolong hantarkan.
Kalau document semua lengkap, dalam masa seminggu dah boleh dapat approval loan. Bila loan dah approve, agent akan inform lawyer untuk prepare Sales & Purchase Agreement (SnP). Dalam masa 2 minggu dah boleh sign.
Masa sign SnP ni kena bayar balance deposit. Booking tadi dah bayar 3% kan. So ada lagi 7% balance. 7% x RM200,000 = RM14,000 Kalau markup loan tak perlu la bayar benda ni. Owner la yang kena tunggu semua selesai baru dapat duit. SELESAI FASA PEMBELIAN!! Happy tak?
Jadi, bila dah settle semua, lawyer akan panggil korang untuk check rumah. Korang datang la tengok rumah tu. Kang tiba-tiba pintu takda pulak boleh la claim. Kalau semua okay, boleh la ambik kunci dari lawye.
So tadaaa! Dah dapat la kunci rumah pertama anda!! Biasanya rumah pertama ni mesti korang sayang lebih sikit. Sebab korang susah payah kan nak beli. Next time korang nak beli rumah lagi, mesti dah mudah sikit dah. Sebab dah ada experience kan.
Bila baru ingin mencuba bercucuk tanam, tidak dinafikan tidak semua anak benih yang yang ingin ditanaman dapat disemai dan hidup dengan subur. Terkadang dicuba beberapa kali, namun gagal juga hingga ada yang patah semangat untuk meneruskan hobi bercucuk tanam.
Pun begitu, buat yang masih ingin mencuba buat sekian kalinya untuk menanam cili dan sawi dengan menggunakan semaian biji benih, bolehlah mencuba teknik yang dikongsikan oleh Liyana Mohd Poad ini. Semoga usaha kali ini berjaya untuk anda memiliki pokok cili dan sawi, serta dapat menuai hasilnya bila telah matang.
Untuk itu, jom hadam langkah demi langkah yang dikongsikan ini.
Saya tau ramai yang dah berjaya tanam sawi dan cili. Jadi pos saya ni special untuk mereka yang gagal menyemai sawi dan cili dari peringkat awal sahaja kerana ‘kejayaan itu bermula dari kegagalan’.
Step step yang saya bagi sangat mudah. Sawi dan cili anda semua takkan jadi kutilang lagi. Media semaian dan tanaman yang paling senang untuk diperoleh di semua nursery.
Good luck.
Step 1 : Ini semua bahan yang mesti ada.Tanah organik, cocopeat, baja organik(tinja ayam atau kambing atau arnab) biji benih, bekas plastik dan air. Kos dlm RM12 semua sekali.
Step 2 :Ini 3 media tanaman yang paling penting untuk dicampur. Tanah organik + cocopeat+baja organik(ayam /kambing /arnab).Baja perlu dihancurkan. Nisbah 3:2:¹/².Tanah 3 mangkuk kecil, cocopeat 2 mangkuk kecil dan baja ¹/² mangkuk kecil.
Step 3 : Masukkan baja ke dalam bekas yg berisi 3 mangkuk tanah.
Step 4 : Masukkan 2 mangkuk kecil cocopeat ke dalam tanah yang dah dicampur baja. Gaul sebati kesemuanya.
Step 5 : Bekas plastik perlu ditebuk bawahnya. Perlu supaya air tidak bertakung.
Step 6 : Masukkan tanah yang sudah digaul sebati ke dalam dua bekas ini. Buat lubang dalam 0.5cm shj.
Step 7 :Masukkan benih cili. Satu lubang dua biji.
Step 8 : Ini biji sawi. Ambik tak perlu banyak. Anggaran dalam 30 biji.
Step 9 :Masukkn benih sawi ke dalam lubang. Anggaran 0.5 cm juga, sama dengan cili
Step 10 : Kemudian tutup lubang tadi. Alas nipis dgn cocopeat.
Step 11:Spray kedua dua bekas bg basah. Satu botol spray 500ml bahagi dua bekas. Air sama byk.
Step 12 : Ni paling penting. Benih jadi kutilang sebab tak dapat cahaya. Saya letak atas batu dekat gate supaya cahaya pagi dpt tembus. Tak perlu tunggu benih bercambah baru bagi cahaya. Letak terus atas ni, cahaya pagi dapat terus masuk 8-12 tengah hari. Matahari petang tak dapat takpe. Rajinkan siram pagi dan petang, jangan bagi kering. Media mesti basah. Result kita tunggu lagi beberapa hari untuk sawi dan seminggu -10 hari untuk cili.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...