Tak boleh bayangkan zaman maju sekarang ini, masih lagi ada yang menggunakan kaedah khurafat iaitu sihir untuk melunaskan nafsu dan hasad dengki diri terhadap orang lain.

Tidak terkecuali dari terkena perbuatan sebegini, penyanyi, pengarah dan penyampai radio, Mawi berkongsi situasi ngeri yang dihadapinya akibat daripada terkena perbuatan terkutuk ini.

Memetik laporan Harian Metro, Mawi mendedahkan bahawa dia berdepan satu keadaan di mana dia seperti mati selama 15 minit dan keadaan itu membuatkan dirinya berasa insaf kerana hampir kehilangan nyawa yang berlaku tujuh tahun lalu.

“Ketika itu saya tidak sedarkan diri seolah-oleh mati selama 15 minit. Saya sedar semula apabila bahagian kepala terasa sejuk dan mendapati isteri saya, Ekin sedang membasahkan kepala saya.

“Ketika itu dia meraung dan menangis sambil mengelap darah yang berlumuran di seluruh badan saya. Kejadian ini turut disaksikan oleh kembar Ekin iaitu Ain dan bapa saudara saya yang berada di hospital ketika itu.

“Saya memang tak ingat apa yang berlaku,” ceritanya.

IKLAN

Sehubungan itu, dia hampir membuat keputusan untuk berhenti daripada dunia hiburan dan berasa trauma.

“Disebabkan kejadian itu, saya hampir membuat keputusan untuk berhenti daripada dunia hiburan. Rasa fobia juga selepas apa yang terjadi. Ekin pun minta saya berhenti menyanyi dan keluar dari industri hiburan.

IKLAN

“Saya berfikir juga tapi saya suka menyanyi, berlakon, buat filem dan sebagainya. Allah sudah letak saya di sini, jadi saya buat yang terbaik saja dan tawakal.

“Selepas kejadian itu saya suka menulis skrip dan mengarah. Saya lebih jadi seorang pemikir. Ketika itu juga datang tawaran mengarah. Sejak itu saya lebih ghairah dalam dunia pengarahan,” jelasnya.

Ekoran situasi yang dihadapinya, dia terpaksa ‘mendiamkan diri’ buat sementara waktu dan tidak mengesyaki mana-mana pihak yang membuat kerja sihir itu malah, memilih untuk memperbaiki diri sendiri.

IKLAN

“Saya tetap menasihatkan orang ramai untuk sentiasa berhati-hati terhadap sihir dan juga perkara ghaib. Kita tak tahu dan saya pun tidak pernah menuduh. Jujurnya, saya bersyukur Allah beri saya rasa semua itu dan saya akui semua itu menginsafkan saya.

“Sihir ini wujud, jadi kita sentiasa beringat. Selain solat sunat dan membaca Al-Quran, amalkan zikir seperti Asmaul Husna, Allah ada 99 nama, satu hari kita sebut satu nama berulang-ulang pun sudah memadai,” nasihatnya.

Sumber: Harian Metro

https://www.dailymotion.com/video/x8btswn

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI