Menjawat jawatan sebagai pensyarah di UiTM Kedah di Fakulti Art & Design, Hafiz Husin tidak jadikan itu penghalang buatnya untuk tetap melakukan hobi bercucuk tanam.
Malah apa yang lebih mengujakan, lanskap di laman rumahnya cukup indah. Nampak segar, bersih, cantik dan menghijau, sesejuk mata memandang!
Minat dari kecil
Saya mula ada minat bercucuk tanam sejak kecil lagi. Dari tolong ibu menanam, terus datang minat tu sehingga ke hari ini. Arwah datuk saya juga bekerja di pejabat pertanian satu ketika dahulu dan mungkin hobi ini juga turun kepada saya melalui arwah atuk.
Kena belajar
Nak buat apa-apa pun kena ada ilmu, jadi dalam hal berkebun di laman rumah saya banyak belajar dari YouTube, majalah, buku, page dan group-group Facebook.
Saya juga mengenali beberapa rakan dari sempadan Thailand yang banyak berkongsi tips dan teknik pertanian di media sosial.
Ads
Pokok Bunga Penyeri
Saya suka menanam sayuran dan buah buahan dan pokok-pokok bunga saya tanam sebagai hiasan di kebun.
Bagi saya yang penting ialah menanam pokok-pokok sayuran yang cantik dan pokok-pokok buah yang boleh dimakan seperti pokok tin, mangga, limau, mulberry, ciku, betik dan mata kucing.
Ads
Selain itu antara jenis sayuran yang ditanam adalah seperti sawi, bayam, kangkung, salad, kobis, terung, tomato. Banyak-banyak jenis yang ditanam, sayuran sawi paling mudah dijaga.
Rahsia Tanaman Subur
Rutin harian penjagaan tanaman saya ialah melakukan penyiraman sebelah pagi dan petang. Baja organik dari hampas soya saya berikan pada tanaman 2 minggu sekali.
Ads
Hasil tanaman sayuran saya tidak jual.. selain untuk kegunaan sendiri, saya beri pada jiran-jiran, rakan-rakan pejabat dan jika kuantiti tuaian terlalu banyak saya hantar pada satu pusat penempatan anak yatim dan miskin di Kedah sebagai stok tambahan di pusat itu.
Tip jadikan lanskap cantik dengan sayur
1. Meneliti keluasan laman yang ada dan membuat sedikit lakaran di atas kertas.
2. Rancang sudut-sudut tertentu untuk menanam sayuran, buah buahan dan pokok-pokok bunga hiasan dengan meneliti arah cahaya matahari kerana ada sesetengah pokok memerlukan cahaya matahari yang kuat dan ada sesetengah jenis sebaliknya.
3. Susun atur kedudukan pokok dalam sesuatu laman sangat penting di samping mencantas dahan-dahan yang tak diperlukan.
4. Kerap melakukan aktiviti mencabut rumput-rumput liar yang tumbuh melata di laman. Aktiviti ini sesuai dilakukan bersama keluarga.
Sebelum Kepulangannya ke sisi Yang Maha Pencipta, beliau telah meninggalkan nama dalam dunia pendidikan, ilmu hasil dari penulisannya sendiri untuk manfaat orang ramai dan Negara.
Keperibadiannya amat mementingkan pendidikan, sentiasa memberi motivasi, bimbingan dan harapan bahawa semua boleh berjaya dengan adanya ilmu dan pendidikan. Demikian sisi hebat figura bernama Professor Dato’ Dr. Hussein bin Haji Ahmad.
Perjalanan terakhir arwah Professor Dato’ Dr. Hussein sebelum menemui Yang Maha Esa diceritakan oleh dua orang anaknya, Hamizah Farhana dan Haliza.
“Waktu itu, kami ingat tidak ada yang serius, malah ayah sempat menyambut hari lahir yang ke 75 dan juga melancarkan Memoir Pendakian Seorang Pendidik dengan mempamerkan buku-buku penulisan beliau sepanjang hidupnya di Dewan Serbaguna, Masjid Kampung Tunku. Waktu sambutan Hari raya Aidilfitri 2017 juga tiada sebarang petanda.
Cuma, arwah ayah lebih banyak berehat di rumah, kurang aktiviti berziarah, kurang menonton televisyen, lebih banyak ke masjid terutamanya waktu subuh dan menghadiri mesyuarat Pakatan Islam Kampung Tunku. Dalam masa yang sama, arwah selalu bangun awal pagi mengerjakan solat tahajud dan membaca al-Quran.
“Sehinggalah Ogos yang lalu, ayah demam, tak lalu makan dan sangat lemah. Waktu ini, kami adik-beradik memujuknya ke hospital tetapi ayah enggan. Sehinggkan kami terpaksa mendapatkan Pakar Kardiologi Kanan, University Malaya Specialist Centre untuk memujuk ayah ke hospital. Kebetulan doktor pakar tersebut merupakan anak kepada kawan baik ayah. Doktor tersebut juga adalah sepupu sebelah suami. Begitu cantik perancangan Allah, urusan ayah dipermudahkan kerana adanya doktor ini.
“Ayah akhirnya mengalah dan bersetuju untuk pergi ke hospital. Keadaan ayah waktu itu, sangat lemah kerana terdapat komplikasi dalaman yang serius. Doktor yang merawat ayah tidak mengalah walaupun pakar organ dalaman yang lain sudah menyerah kalah dan mengatakan tidak mampu berbuat apa-apa.
“Setiap hari, doa anak-anak yang tidak pernah putus menemani ayah bertarung melawan penyakitnya. Semasa ayah sakit, kami turut sakit, semasa ayah bertarung, kami juga berjuang sehabisnya. Kami berusaha sebaik mungkin lebih daripada pakar-pakar di Hospital, kami menjaga ayah lebih daripada jururawat yang menjaga ayah, kami berdoa lebih dari ustaz-ustaz dan alim ulama.
Pertarungan ayah adalah pertarungan kami semua. Kami bergilir-ganti menemani ayah dan memastikan surah-surah pilihan sentiasa dibacakan kepada ayah bersertakan zikir-zikir mudah untuk diikuti ayah.
“Keadaan ayah yang semakin lemah menyukarkan percakapan. Kadang kala ayah lebih banyak tidur dari sedar. Setiap kali ayah sedar, dia memberikan isyarat untuk kami menyempurnakan hajat-hajatnya.
“Walaupun susah untuk memahami kehendak ayah kerana percakapan ayah juga terganggu kerana keadaannya, kami percaya Allah memberikan kemudahan dalam melalui ujian Allah ini. Intuisi dan gerak hati antara ayah dengan kami sangat kuat.
Kami juga memahami ayah seolah-olah mahu kami menyempurnakan hajat-hajatnya yang lain yang telah dirancang sebelum ini. Satu persatu berjaya kami rungkai dan kami sempurnakan semua hajat-hajatnya secepat mungkin.
Permintaan terakhir
Setiap hari ada cabarannya, kondisi Dr. Hussein tidak menentu. Dalam situasi kesihatan yang semakin menurun, ayah pula menyuarakan kehendak untuk pulang ke rumah.
Sebagai anak, kami berada dalam keadaan yang sangat hiba, keliru dan penuh dilema sama ada ingin berusaha sedaya upaya dan selagi boleh bersama-sama doktor yang mahu menyelamatkan ayah ataupun mengikut kehendak ayah untuk pulang ke rumah dan redha atas kesihatanya yang makin merosot.
“Sebagai anak, kami ingin menghormati permintaan ayah apatah lagi tatkala melihat mata ayah yang seolah-olah merayu untuk dibawa pulang, Walaubagaimanapun doktor mohon supaya kami tidak berputus asa sehingga tiada jalan keluar. Setiap hari kami berada dalam debaran menunggu jawapan dari doktor sama ada sempat atau tidak ayah berada dalam majlis yang dirancangnya sendiri.
“Sehinggalah tibanya raya Aidiladha, kami sambut dengan penuh hiba kerana walaupun sedar ayah berada didalam keadaan tenat. Kami solat subuh berjemaah bersama ayah,dimulakan dengan mengambil wudhu menggunakan renjisan air, dibisikkan niat solat ditelinganya, diimamkan oleh abang dan disudahi dengan takbir raya aidiladha bersama ayah. Kami masih menaruh harapan yang tinggi keajaiban akan terjadi, harapan supaya ayah kembali sihat seperti sediakala
“Namun, takdir mengatasi segalanya, apabila doktor memohon maaf dan mengatakan tidak mampu untuk melakukan apa-apa lagi. Keluarga diberi pilihan untuk mengekalkan ayah dihospital atau membawa pulang. Kami mengambil keputusan untuk membawa ayah pulang ke rumah pada pukul 3 pagi sebelum majlis yang dirancangnya sendiri keesokan harinya. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan kami’ Jelas Hamizah yang mengatakan cucu saudara ayah yang merupakan seorang jururawat PPUM menawarkan diri untuk menjaga ayah di rumah.
Koleksi al-Quran jadi ‘rebutan’
Biarpun ada yang memantau dan menjaga arwah di rumah, namun Hamizah dan adik beradik yang lain tidak pernah lekang dari sisi ayah mereka termasuklah membantu urusan memandikan dan membersihkan insan kesayangan mereka itu.
“Semua urusan dipermudahkan. Majlis Aidiladha yang dirancang sebelum ini diadakan seperti biasa walaupun penuh sayu dan hiba. Ramai keluarga dan saudara mara sebelah ayah hadir. Walaupun rancangan hanya diadakan untuk keluarga sebelah ayah, rumah kami tetap dibanjiri saudara mara, sahabat handai ayah, jiran tetangga, pelajar dan kenalan-kenalan ayah.
“Kami percaya majlis yang diadakan berjalan penuh barakah. Kerana orang ramai hadir bersama doa yang tidak putus dan diiringi dengan ayat-ayat suci al-Quran. Kami bersyukur kerana segala hajat ayah ditunaikan oleh kami, adik beradik.
Bukan itu sahaja, seorang ustaz dari Syria hadir dan membacakan surah-surah terpilih dan ayat-ayat suci Al-quran iaitu Surah Yasin, Al-Waqiah, Al-Fajr dan diakhiri dengan doa-doa untuk memberikan ayah kebaikan dan dipermudahkan segala urusannya.
Ustaz tersebut mengatakan inshaAllah, ayah mendapat pengakhiran yang baik (husnul Khotimah) kerana terpilih didengarkan surah-surah dan ayat-ayat al-Quran sebelum pergi menemui Ilahi.
“Ayah juga sempat solat berjemaah maghrib yang diimamkan oleh abang walaupun ayah sangat tenat, kami tetap memastikan solatnya dibimbing. Selepas solat maghrib, nafas ayah semakin lemah. Saya mengajarnya shahadah sehingga nafasnya yang terakhir. InshaAllah saya yakin ayah mendapat pengakhiran yang baik.
Ayah diimamkan oleh anak lelakinya sendiri di masjid yang dibanjiri orang ramai, kami juga sempat khatam quran buat ayah pada hari pemergian ayah. Semua anak-anak, menantu dan cucu berada di samping arwah ketika pemergiannya.
Begitu cantik perancangan Allah dan segala aturan yang telah tertulis. Setiap satu kelemahan kami sebagai anak yang mungkin lalai tentang penyakit yang ditanggung ayah, segala kekhilafan dari pihak hospital dan faktor- faktor lain hanyalah asbab untuk ayah kembali kepada Ilahi bertepatan seperti janji Allah, tidak cepat sesaat atau terlambat walau sesaat. Kami redha dengan pemergian ayah, walaupun kami sangat merinduinya.
“Walaupun kami kehilangan ayah, namun ada juga tersirat disebaliknya, selain hubungan kami adik-beradik makin kuat dan rapat, kami juga lebih dekat dengan Allah. Mengaji, solat dan membaca al-Quran zikir dan sebagainya yang dilakukan sepanjang bersama ayah masih kami teruskan. Bahkan, barangan kesayangan ayah seperti koleksi al-Quran menjadi ‘rebutan’ kami adik-beradik dan ia seolah-olah ‘kawan baik ‘ kami kini,”.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Entah di mana muculnya, secara tiba-tiba Keke Challenge mula mendapat perhatian masyarakat. Baik selebriti mahupun orang biasa mencuba tarian tersebut.
Ada yang melakukannya secara gurauan, ada pula yang nampak betul bersungguh-sungguh.
Walaupun nampak sekadar untuk suka-suka, namun tidak kurang yang menyelar perbuatan tersebut kerana kurang sopan dan tidak sesuai dengan budaya kita. lebih-lebih lagi wanita.
Trend tersebut seakan-akan menjatuhkan maruah kaum wanita. Lebih-lebih lagi ada yang sanggup menari dan berjoget dengan gaya lentik dan menampakkan susuk badan adalah tidak wajar.
Perbuatan tersebut mendapat respond dari PU Azman dan memberi nasihat padu buat kaum wanita di luar sana yang suka melakukan perkara sedemikian.
Nmapak bersahaja, tapi apa yang PU BAzman itu memang benar dan menusuk ke jiwa. Kalau tak faham juga tak tahulah nak cakap apa kan!
Menurut PU Azman, jika ada kaum wanita yang ingin berbuat demikian memadai rekod hanya untuk tatapan sendiri dan tidak perlu memuat naik di laman sosial kerana ia boleh mengundang fitnah.
Sedekah itu pembuka pintu rezeki. Sedekah dengan ikhlas akan menjanjikan ganjaran pahala buat kita. Bersedekahlah kita walau sedikit dengan seikhlasnya.
Sedekah digambarkan sesuatu yang sangat luar biasa termasuk mengekalkan dan menambah keberkatan harta, menyembuhkan penyakit, menghapus dosa dan memperkuatkan iman.
Sudah tentu ramai yang ingin bersedekah namun culas berbuat demikian sebagai rutin harian. Malah antara waktu terbaik untuk bersedekah adalah selepas solat subuh bagi mendapat doa mustajab dari malaikat.
Sebagaimana yang dipraktikan oleh pelakon Amar Baharin yang kini membintangi drama Ayat-Ayat Halal dan Derita Untuk Bahagia. Menerusi perkongsian di instagram miliknya baru-baru ini, beliau berkongsi video hasil sedekah terkumpul yang diletakkan dalam sebuah tabung yang dinamakan ‘Sedekah Subuh’.
Beliau dan isteri akan memasukkan wang dalam tabung berkenaan setiap subuh. Hasil terkumpul itu disalurkan kepada golongan memerlukan.
Suami kepada aktres cantik Amyra Rosli ini turut mendidik dua orang anaknya tentang amalan bersedekah. Malah caranya ini mendapat pujian daripada warganet
Tabung Sedekah Subuh
Anak-anak paling excited bila hari pembukaan tabung sedekah subuh ni. Bila ada rezeki lebih boh besar… bila “lockdown” tak kerja, boh seringgit. Nilai tu belakang kira.
Siapa tak nak malaikat mendoakan dia???Semoga bermanfaat Insyaallah
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu sesungguhnya Nabi Muhammad ﷺ bersabda:
“Tidak ada satu Subuh-pun yang dialami hamba-hamba Allah kecuali turun kepada mereka dua malaikat. Salah satu di antara keduanya berdoa: “Ya Allah, berilah ganti bagi orang yang berinfaq”, sedangkan yang satu lagi berdo’a “Ya Allah, berilah kerosakan bagi orang yang menahan (hartanya)” . (HR Bukhary 5/270)
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.