Seorang lelaki meluahkan rasa terharu apabila lelaki warga emas yang bukan beragama Islam menjadikan hafalan surah Yassin sebagai amalan.
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, memaparkan seorang lelaki sedang menaiki sebuah kenderaan e-hailing yang dipandu oleh lelaki warga emas berbangsa Cina.
Paling menarik perhatian adalah pemandu tersebut boleh menghafal ayat Al-Quran dan menjadikannya sebagai amalan untuk mendapatkan kesihatan yang baik.
“Kisah petang tadi saya ambil Grab dari Batu Belah ke Aeon ke Bukit Tinggi. Pemandu berbangsa Cina ini berumur 71 tahun dan masih sihat.
“Apabila saya bertanya tentang rahsianya, dia menjawab dia berdoa hari-hari dan membaca 17 ayat pertama dari surah Yassin.” tulisnya.
Ads
Dalam pada itu, penumpang tersebut turut berasa sebak apabila mendengar warga emas berkenaan dapat menghafal dua kalimah syahadah.
Ads
“Ini semua hasil pergaualannya bersama rakan-rakan berbangsa Melayu sewaktu bekerja dahulu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji kehebatan hafalan lelaki tersebut selain mengagumi dirinya yang masih gigih mencari rezeki pada usia senja. Malah mereka juga tidak lupa untukmendoakan kesejahteraan warga emas berkenaan.
Setiap hari tentu ibu ayah risau anak-anak asyik mengadap gajet. Puas ditegur, tak menjadi.
Memang boleh naik angin bila anak-anak duduk main gajet tanpa melakukan sebarang aktiviti yang berfaedah. Lebih risau lagi, apabila boleh menganggu penglihatan anak.
Saudara Khairul Abdullah berkongsi trik supaya anak tak ketagih gajet.
KAWAL ANAK KETAGIH GAJET
Macamana aku kawal anak dari ketagihan gajet?
Bukan tak nak bagi anak-anak guna langsung sebab ini zaman dia dan banyak benda dia belajar dari situ. Cuma nak elakkan dari dia melekat terus dengan benda alah tu.
Taknak sampai kalau tak dapat dia akan meraung macam dunia nak kiamat esok.
Antara 5 benda yang aku praktikkan adalah:
1. Jangan jadikan benda tu hak anak.
Maksudnya gajet tu aku pinjamkan kat dia. Aku punya tetapi dia pinjam. Dia tak boleh rasa benda tu hak mutlak dia, jadi senang nak kawal sikit. Aku mintak dia kena bagi sebab barang tu bukan dia punya.
2. Kempimpinan melalui teladan.
Kalau aku asyik pegang phone jer, dia pun nak jugak. Kalau aku cakap tak boleh dia akan tanya kenapa aku boleh dia tak boleh? Kalau aku cakap aku kena buat kerja, dia pun nak buat kerja, nak siapkan bangunan apa ntah kat game Minecraft tu.
Jadi kurangkan penggunaan phone depan diorang. Mujur aku ni sibuk yakmat kat rumah, jarang dapat pegang phone. Dapat bercinta dengan phone hanya waktu diorang dah tidur.
3. Tegaslah sikit.
Aku garang oihh. Kalau aku cakap no maka no lah. Aku dah terang kat depa rules macamana, so depa dah faham. Dalam kes-kes tertentu aku tewas lah jugak. Namun selalunya aku menang. Bila aku minta depa confirm akan bagi dan takde kes meraung-raung atau berguling-guling.
4. Hadkan penggunaan.
Budak-budak ni hanya boleh guna sejam lebih sehari di dalam rumah tidak termasuk bilik tidur. Sesekali aku benarkan, tetapi rules dia masuk sahaja bilik tidur gajet diharamkan. Hujung minggu aku bagi extra time.
Diluar rumah pula hanya dalam kereta aku benarkan, itupun kalau long distance dan laluan rutin. Itupun aku bagi bila diminta sahaja. Di rumah orang, di majlis, di restoran, mall dan semuanya aku tak bagi kecuali dalam keadaan terdesak sahaja.
5. Selalu puji
Aku selalu puji anak aku (yelah nak puji anak siapa lagi kan?) bila dia ikut rules yang aku tetapkan. Bila aku minta off semua dan serahkan pada aku dan diorang patuh maka aku akan peluk dan puji dia, gosok-gosok belakang dia, usap kepala dia dan doakan serta cium dia.
“KERANA aku sendiri dalam keadaan yang memerlukan,”….. Siapa sangka bait ayat ini merupakan antara perkongsian terakhir penyanyi, Allahyarham Adibah Noor di Twitter baru-baru ini.
Menerusi Twitternya, ucapan itu dipercayai ditujukan buat kenalannya.
“Maaf. Kali ni aku tak dapat tolong. Kerana aku sendiri dalam keadaan yang memerlukan. Moga Allah permudahkan urusan,” coretnya.
Maaf.
Kali ni aku tak dapat tolong.
Kerana aku sendiri dalam keadaan yg memerlukan.
Moga Allah permudahkan urusan mu.
Antara ciapan lain arwah juga adalah ucapan takziah buat pelawak legenda, Allahyarham Hamid Gurkha, 90, yang menghembuskan nafas terakhir akibat penyakit tibi dan beberapa komplikasi lain pada 14 Jun lalu.
“Salam takziah untuk seluruh ahli keluarga dan sahabat handai arwah. Moga roh Pak Hamid ditempatkan bersama orang-orang yang beriman,” tulisnya.
Salam takziah utk seluruh ahli keluarga dan sahabat handai arwah.
Moga roh pak hamid ditempatkan bersama org2 yg beriman.
😔 https://t.co/net2oTUAmn
Ozlynn Waty pernah terima nafkah RM1, kisah susah senang bersama Johan jadi inspirasi apabila pelakon dan personaliti itu berkongsi perjalanan awal rumah tangganya yang penuh ujian, namun berjaya ditempuh dengan sabar, doa dan rasa percaya terhadap pasangan.
Dalam sesebuah perkahwinan, bukan semua pasangan terus hidup senang sejak hari pertama bergelar suami isteri. Ada yang terpaksa bermula dengan serba kekurangan, mengikat perut, berjimat dalam banyak perkara dan belajar menerima ujian hidup dengan hati yang reda. Itulah realiti yang pernah dilalui oleh Ozlynn Waty bersama suaminya, Johan.
Perkongsian jujur Ozlynn tentang kehidupan mereka sebelum ini benar-benar menyentuh hati ramai. Bukan kerana kisah mereka penuh drama, tetapi kerana ia menggambarkan realiti sebenar rumah tangga, bahawa kebahagiaan yang dikecapi hari ini selalunya dibina daripada air mata, pengorbanan dan kesetiaan ketika susah.
Menurut Ozlynn atau nama sebenarnya Rozlinawaty Ismail, ada fasa dalam hidup mereka apabila keadaan kewangan sangat sempit. Malah, ada masa mereka terpaksa melalui hari-hari dengan keadaan yang begitu sukar sehingga tidak tahu apa yang hendak dimakan.
Namun begitu, Ozlynn tidak pernah menjadikan keadaan itu sebagai alasan untuk menyalahkan suami atau mempertikaikan tanggungjawab Johan. Sebaliknya, dia memilih untuk memahami keadaan yang sedang dihadapi dan terus berdiri teguh di sisi suaminya.
Apa yang paling mencuri perhatian ramai apabila Ozlynn berkongsi bahawa dia pernah menerima nafkah hanya sebanyak RM1 daripada Johan. Walaupun jumlah itu kecil, dia tetap menerimanya dengan penuh ikhlas dan senyuman. Situasi ini menjadikan kisah Ozlynn Waty nafkah RM1 semakin menyentuh hati ramai.
Katanya, pada ketika itu dia tahu suaminya tetap berusaha untuk menjalankan tanggungjawab walaupun dalam keadaan yang sangat terbatas.
“Hidup dengan suami aku dulu kais pagi, malam kadang tak ada apa nak makan. Tapi sebab kerja aku bagus, dapat tolong suami. Sampai pernah dia bagi nafkah dekat aku RM1 saja.
Aku ambil duit itu dan cakap, ‘Saya terima’ sambil senyum,” kongsinya.
Bagi Ozlynn, yang paling penting bukanlah nilai nafkah tersebut, tetapi usaha seorang suami yang tetap mahu memberi walaupun dirinya sendiri sedang bergelut mencari rezeki. Dalam keadaan itulah, seorang isteri perlu melihat dengan hati, bukan hanya dengan mata kasar.
Ozlynn juga mengimbau satu detik yang cukup emosional apabila Johan memintanya untuk mendoakan agar Allah mempermudahkan urusannya mencari rezeki. Permintaan itu membuatkan Ozlynn tidak dapat menahan air mata.
Dia mengakui terus masuk ke bilik air dan menangis sendirian hingga sakit tekak. Namun air mata itu bukanlah kerana kecewa dengan jumlah nafkah yang diterima, sebaliknya kerana dia terlalu tersentuh melihat suaminya.
“Dia suruh aku tolong doakan semoga Allah bantu dia. Aku terus masuk bilik air. Aku menangis sampai sakit tekak.
Bukan sebab jumlah nafkah, tapi cara dia rendahkan maruah depan aku.
Aku nampak usaha dia cari rezeki. Maka aku doa minta Allah bantu. Alhamdulillah sekarang dia senang dan tak pernah lupakan aku,” ujarnya lagi.
Perkongsian ini membuka mata ramai bahawa kekuatan dalam perkahwinan bukan hanya terletak pada kewangan, tetapi pada sokongan emosi dan spiritual antara suami isteri. Kisah Ozlynn Waty nafkah RM1 jelas membuktikan bahawa doa memainkan peranan penting dalam menghadapi ujian hidup.
Menurut Ozlynn, antara perkara yang paling banyak membantunya melalui ujian rumah tangga ialah doa yang tidak pernah putus kepada Allah. Dia sentiasa memohon agar dikurniakan hati yang kuat, sabar dan reda menerima setiap ujian yang datang.
Baginya, kesusahan bukan sekadar beban, tetapi juga satu bentuk nikmat yang mendidik hati untuk lebih bergantung kepada Allah. Itulah sebabnya dia percaya bahawa setiap ujian pasti hadir bersama hikmah.
“Tips saya dari dulu tak pernah putus doa pada Allah minta Allah kuatkan hati saya, bantu saya supaya dapat sabar dengan ujian Allah.
Sebab ujian juga adalah satu nikmat dari Allah,” katanya.
Untuk rekod, Ozlynn mendirikan rumah tangga bersama Johan pada 25 Julai 2009 dan kini mereka dikurniakan enam orang cahaya mata. Melihat kehidupan mereka hari ini, ramai yang menjadikan pasangan ini sebagai contoh bahawa kesenangan tidak datang dengan mudah.
Kisah Ozlynn Waty nafkah RM1 bukanlah tentang kecil atau besar jumlahnya. Sebaliknya, ia adalah kisah tentang hati seorang isteri yang memilih untuk menghargai usaha suami, walaupun ketika hidup sedang diuji dengan serba kekurangan.
Sememangnya, perjalanan susah senang Ozlynn dan Johan ini cukup memberi inspirasi. Dalam dunia yang sering menilai segala-galanya dengan wang ringgit, kisah mereka mengingatkan kita bahawa kekuatan sebenar rumah tangga terletak pada kasih sayang, kepercayaan, pengorbanan dan doa yang tidak pernah putus.
Humairah dan Umar cemerlang dalam pelajaran serta dipuji guru kerana sahsiah yang baik. Nurul Shuhada meluahkan rasa syukur dan bangga terhadap pencapaian membanggakan kedua-dua anaknya.