Upah jahit langsir untuk semua tingkap rumah memang kita tahu bukanlah murah.

Apatah lagi jika kita inginkan stail langsir yang menarik. Sah-sah boleh mencecah ribuan ringgit perlu diadakan.

Pun begitu, untuk lebih menjimatkan ada baiknya dicuba terlebih dahulu untuk lakukan DIY menjahit langsir yang dikongsikan ini.

Ianya nampak mudah dengan adanya penerangan secara bergambar yang dikongsikan oleh Amira Shakira ini.

Jom kita hadam terlebih dahulu dan kemudian mencuba untuk hasilkannya.

TUTORIAL JAHIT LANGSIR

(Stail ni terletak & kemas. Nak pasang pun mudah.. tak payah pasang hook remeh tu )

Berikut adalah cara-cara menjahit langsir Singapore / Pinch Pleat.. simple sangat.. boleh jahit sendiri sambil men-deko di rumah

P/s : mohon sedekahkan Al-Fatihah kepada Arwah Abah saya yg tersayang Mohd. Yahya..
moga berkat ilmu yg berterusan sampai amalan pahala kepadanya.insyaAllah. Amin!

Bahan² & barang yang diperlukan..
Ukuran frame tingkap /railing
Fabrik / kain langsir
Tape langsir biasa
Single hook (code: 101s)
Butang balut
Benang & Jarum (code: 18)
Gunting, pita pengukur, pembaris, marker, kalkulator

Note: kalau tak paham feel free to ask . I ll try my best to help uolss

Jom Kita mulakan STEP BY STEP

 

Step 1 : Sediakan kain & potong kain

Kiraan
Lebar langsir x 2+ 10cm (basi)
Ni untuk sekeping langsir.

Tips gunting:
Ikut bunga/ if tak ada bunga lukis
dengan kalur dan gunting utk garisan lurus, tak senget.

 

Step 2 : Jahit tape di bahagian dalam dulu (untuk elak senget)

 

Step 3 : Jahit bahagian atasnya pula.

 

Step 4 : Setelah siap jahit tape, langsir dilipat dua.

 

Step 5 : Tanda bahagian tengah (line kuning tu)

Step 6 : Mulakan dengan garisan tengah. Lukis jarak 2-2 semakin ke tepi, jadi 4 sampai lah hujung.

Temukan garisan dengan c&e,  a&b, f&g

IKLAN

 

Step 7 : Temukan garisan huruf tadi & jahit.

Jadinya seperti ini.

Ini view dari luar ..check lebar dia ngam dengan frame langsir kita.

 

Step 8 : Lipat 3 atau lipat 2 pun boleh.

Step 9 : Jahit mati di bawah separas tape …hati-hati jangan sampai terbatas langgar yang kita jahit temu tadi. 

IKLAN

Step 10 : Matikan jahitan sisi kain kira-kira 5cm each side.

Step 11 : Matikan pula jahitan bawah kira-kira 4 – 5 inci ( lagi berat lagi elok) langsir jatuh elok.

Ni view yang dah siap semua jahitan asas.

 

Step 12 : Matikan bahagian atas pleat (jahit tangan)

Step 13 : Jahit butang balut pula pada paras jahitan yang kita matikan tadi.

Step 14: Masukkan single hook

Dah siap.

sumber : Amira Shakira Mohammad