Kesan tumisan minyak yang memercik bukan hanya dipermukaan dapur malah dinding dapur juga turut terkena. Biasanya kita akan mengelap dengan kain pengelap dan barulah membersihnya dengan span dan sabun bagi menghilangkan minyak hingga bersih.
Pun begitu, kotoran sebenarnya masih lagi tertinggal. Walaupun nampak bersih namun dapur kita tidaklah berkilat dan cantik seperti baru.
Petua yang dikongsikan oleh Rohaslizawati Ibrahim di facebook ternyata sangat hebat. Dengan hanya gunakan ubat gigi, dapur gasnya tampil berkilat seperti baru. Hebat!
Nak kongsi cara saya bersih dan kilatkan dapur gas guna ubat gigi. Daki kat celah-celah semua hilang.
Langkahnya:
Ads
1. Sapu ubat gigi di permukaan dan celah-celah dapur.
2. Kemudian gosok guna tuala atau tisu lembab.
Ads
3. Kalau tempat yang degil tu letak banyak sikit ubat gigi.
4. Bila dah siap, gosok dan lapkan dengan tisu atau tuala basah.
Biasanya di rumah kita pasti ada bermacam-macam jenis bahan pembersih untuk digunakan untuk tujuan yang khusus.
Tapi menariknya perkongsian ini, wanita ini sediakan sendiri bancuhan bahan pencuci dirumahnya untuk digunakan dengan pelbagai tujuan.
Ternyata cara ini pastinya lebih menjimatkan dan tiada lagi masalah penstoran berkaitan bahan-bahan pencuci yang pelbagai jenis dan kegunaannya itu.
Ini perkongsiannya.
Sebelum ni saya pernah share pasal homemade spray serbaguna untuk halau semut..
Baru-baru ni ada kawan tanya apa lagi kegunaan spray ni..
Jadi kali ni saya nak share kegunaan spray ni untuk memudahkan kerja-kerja kat dapur.. Selain bersihkan dapur, saya gak gunakan spray ni untuk..
◾ Hilangkan bau hanyir
Biasanya lepas bersihkan ayam & siang ikan, saya akan spray pisau, papan pemotong & sinki dengan spray ni untuk hilangkan bau hanyir (ikan terutamanya). Biarkan 5-10 minit sebelum cuci macam biasa.
◾ Mudah tanggalkan kesan minyak
Bila basuh bekas-bekas makanan yang berminyak ni, penutup yang paling leceh sekali nak dibersihkan.. Selalunya saya spray je & biarkan sekejap sementara nak basuh.
◾ Masa baking
– nak buat meringue atau pukul whip cream, mixer & bekas mesti kering dan tak berminyak. Kalau tak, alamatnya tak menjadi ler.. Boleh spray kan pada mixer & bekas sebelum direndam kejap dengan air panas untuk pastikan semua kesan lemak & minyak tanggal. Basuh & keringkan sebelum guna. Saya juga gunakan cara yang sama untuk basuh perkakas baking lepas guna. Sangat menjimatkan masa & menjimatkan sabun.
◾ Spray & rendam kain lap tangan, kain lap dapur & span basuh pinggan untuk tanggalkan kesan minyak. Sesetengah orang terus masukkan kain yang berminyak dalam mesin basuh. Sebenarnya kesan² minyak tu akan buat drum mesin basuh cepat kotor (kotoran melekit², melekat dicelah getah pintu & juga mendap dalam lubang drum). Untuk span basuh pinggan pun, biasanya bila malam saya akan spray larutan cuka ni & rendam air panas dalam 10 minit. Kemudian tos kering untuk elakkan span mudah berbau & jadi tempat pembiakan bakteria.
◾ Bersihkan blender & tanggalkan karat pada mata blender. Yang suka buat kek guna blender tu, elok sangatlah guna spray ni untuk bersihkan blender. Saya pernah beli kek choc homemade yang rasa pedas cili.. Terus tertutup selera nak makan Saya guna spray ni untuk kurangkan bau (bawang contohnya), pijar cili & boleh bersihkan mata blender gak.. Tapi kena rendam kejap la.. Jangan terus basuh lak..
◾ Bersihkan karat/mendapan dalam cerek elektrik. Untuk bersihkan karat/mendapan dalam cerek elektrik, gunakan bancuhan spray ni dalam 1-2 cawan, kemudian tambah air paip sehingga cerek ½ penuh je (jangan letak banyak sebab bila mendidih air akan melimpah²). Biarkan suam sebelum bersihkan. Kalau banyak sangat karat/mendapan, perlu ulang beberapa kali.
Saya buat spray ni dalam kuantiti yang banyak sebab memang selalu guna. Saya ada 3 botol spray untuk kegunaan dapur, untuk lap air tumpah/spray langsir bila bau asap & juga untuk toilet. Untuk spray langsir & toilet tu saya tambahkan essential oil (lavender & lemon) sikit supaya wangi.
Kalau nak buat dalam kuantiti banyak macam saya ni boleh guna sukatan ni..
1½ cawan cuka
7½ cawan air
4-6 sudu sabun pencuci pinggan (kurangkan jika pencuci pinggan pekat)
Campurkan semua bahan, masuk dalam botol spray.
*pastikan spray sentiasa ditutup bila tak digunakan supaya kepala spray tak mudah rosak
*spray ni gak boleh digunakan untuk bersihkan tong sampah atau kurangkan bau hancing. Salah seorang kawan yang ada kedai makan gunakan spray ni untuk toilet kedai makan dia untuk elakkan bau ‘semerbak’ .
*kalau setakat spray untuk kurangkan bau² toilet yang tak diingini, taknak letak sabun pencuci pinggan pun takpe. Boleh je guna cuka+air je. Tapi kalau nak jadikan sebagai spray multipurpose (kot nak basuh sinki, kilatkan paip, tile dll) sabun tu bertindak sebagai pencuci yang lembut (sebab tu tak rosakkan permukaan perabot) & kuatkan fungsi cuka. Nak guna sabun mandi pun boleh.. Tapi jangan guna sabun pencuci yang kuat sebab sesetengah sabun ada bahan aktif yang boleh bertindakbalas dengan cuka.
Gagal menurunkan berat badan dalam tempoh berpantang antara yang ditakuti oleh semua wanita yang baru melahirkan anak. Maklumlah bimbang berat kekal dan tidak dapat mencapai berat berat lama.
Masalah kedua terbesar pastinya perut yang tidak mahu rata seperti zaman anak dara. Perut yang buncit dan menggelebeh selepas bersalin buat hati rasa tak tenang. Mengamalkan diet berkala dan amalan mengambil minuman berdetoks bagi membuang toksin adalah langkah bijak mengempiskan perut.
Jika anda tergolong dalam ibu-ibu yang gemar berdiet, syabar diucapkan. Tapi bila diet seringkali gagal ada baiknya anda cuba petua yang disarankan oleh Farah Addyan di facebooknya ini.
Petua kempis perus dan buang angin yang dikongsikan olehnya ini menarik untuk kita cuba. Nampak mudah.
Jamu Tradisional Dari Dapur
Saya nak kongsi satu jamu yang mudah disediakan. Bahan-bahannya pula boleh dapat dari dapur sahaja. Paling penting murah, jimat dan berkesan. Inshaallah yang penting konsisten amalkannya.
Saya baru 55 hari lepas bpantang anak ke-7 dan hampir 2 tahun amalkannya sejak melahirkan anak ke-6. Alhamdulillah serasi dan sangat baik untuk ibu-ibu ketika atau selepas berpantang.
Bahan-bahan:
Halba
Lada hitam
Habatussauda
Manjakani
Bawang putih
Halia
Kunyit
Caranya:
1. Sangai kering kesemua bahan.
2. Sangai bawang putih hingga masak.
3. Satukan kesemua bahan dan kisar dengan sedikit minyak hingga sebati.
4. Gentelkan bulat-bulat seperti maajun.
Amalkan jamu maajun ini setiap pagi sebelum makan dan malam, sebelum tidur.
Jamu ini selain memanaskan badan ibu yang ketika dalam pantang, baik juga untuk membuang angin dan mengecutkan peranakan. Paling
penting dapat kempiskan perut dan atasi masalah sakit badan serta kebas-kebas kaki.
KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong melawat Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur. Perkongsian ini dimuatnaik menerusi laman instagram Istana Negara.
Lawatan ini sungguh bermakna dan mengamit memori buat Baginda Sultan kerana kali terakhir baginda menjejakkan kaki ke sini adalah sekitar tahun 1970 ketika usianya 11 tahun. Turut serta dalam lawatan tersebut adalah cucundanya, YAM Tengku Zayn Edin Shah Tengku Abu Bakar Ahmad.
DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat melawat Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur pada petang hari ini.
Dalam lawatan selama dua jam ini, Seri Paduka Baginda berdua berkenan meluangkan masa beriadah bersama cucunda, YAM Tengku Zayn Edin Shah Tengku Abu Bakar Ahmad.
Lawatan ke Taman Tasik Perdana ini juga amat bermakna buat Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong kerana ianya mengimbau kembali detik nostalgia kepada Baginda.
Ini adalah kerana kali terakhir Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berangkat melawat Taman Tasik Perdana ialah ketika Baginda berusia 11 tahun, iaitu pada tahun 1970.
Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda berdua Taman Tasik Perdana pada jam 5 petang hari ini disambut Datuk Bandar Kuala Kumpur, Datuk Seri Haji Mahadi Bin Che Ngah.
Seri Paduka Baginda berdua turut berkenan meluangkan masa beramah mesra dan bergambar bersama pengunjung-pengunjung di Taman Tasik Perdana.
Selain rakyat dapat beramah mesra dengan Tuanku berdua, apa yang lebih mencuri tumpuan ramai adalah gelagat Tunku Azizah melayani cucundanya bermain permainan di taman.
Tuanku Permaisuri yang sememangnya dikenali rakyat seorang yang humble orangnya dilihat cukup sporting apabila turut sama bermain buaian dan gelongsor.Gelagat spontan tuanku Permaisuri dirakan lensa kamera meraih tumpuan ramai. Rata-rata memuji sikap humble Tuanku yang selamba bermain buaian dan gelongsor.
Noryn Aziz berkongsi rahsia gaya hidup sihat apabila berjaya meninggalkan makanan segera selama bertahun-tahun, mengurangkan pengambilan nasi dan mengamalkan kawalan kalori setiap hari.