
Sebelum ini kisah dekorasi rumah atas air yang tampak begitu selesa dan kemas pernah viral di media sosial. Rata-rata warganet begitu terpegun dengan konsep kediaman yang dikongsikan oleh Puan Mariyah Ghazali di page Kelab Kaki Deco Kaison, Ikea, Romantika, Eco dan Mr DIY.

Apa yang mengujakan, kediaman tersebut walau hanya berdindingkan kayu dan beratapkan zink, namun punya auranya yang tersendiri. Cukup kemas dan sedap mata memandang!
Selain ramai teruja gaya susun atur kediaman ini, tidak kurang juga ada yang perasan periuk belanga yang disusun kemas di ruangan dapur. Nampak begitu bersih dan berkilat seakan baharu. Maka ramailah bertanya apa rahsianya dan menjawab persoalan tersebut sekali lagi, perkongsian Puan Mariyah Ghazali menarik perhatian warganet.
“Slam smua …sya ucapkan kepada semua sebab minat rumah yang saya hias dangan barang eko ye..ramai tanya pasal periuk. Saya guna sabun ape, dan saya minta maaf tak dan nak balas satu persatu sebab terlalu ramai sangat nak tau …jadi saya kongsi sini ye untuk semua tau”

“Alhamdulillah dari dulu saya memang setia dengan sabun ni je bertahun-tahun …periuk saya pon semua tu kebanyakan 8 tahun dah saya guna untuk masak…Alhamdulillah nampak MCM baru sebab guna sabun ni.”

Me
Melihat di ruangan komen pula, ramai yang memuji betapa rajinnya tuan rumah dan tidak kurang juga ingin ada yang ingin mencuba menggunakan sabun cuci yang disarankan.
Sumber : Mariyah Ghazali
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tengah Solat & Ibu Panggil, Apa Nak Buat? Ustazah Ni Jelaskan Agar Tak Keliru!

Adab seorang anak salah satunya bila disahut namanya segeralah menjawab dengan nada yang lembut dan menenangkan.
Pun begitu andai di dalam situasi sedang solat, bagaimana pula harus dilakukan oleh seorang anak. Hendak dijawab maka terbatallah solat, manakala jika terus tidak dihirau panggilan ibu, bimbang dianggap anak derhaka.
Memahami kekeliruan ini, ustazah Asma’ Harun berkongsi ilmunya untuk manfaat semua.
Ini perkongsiannya.
PANGGILAN ALLAH VS PANGGILAN IBU
“Assalamualaikum ustazah. Semoga ustazah sentiasa sihat walafiyat. Ustazah, boleh saya bertanya? Bila kita sedang solat, tiba-tiba ibu panggil, mana yang perlu saya utamakan? Adakah saya perlu menjawab panggilan ibu atau teruskan solat?”
JAWAPAN :
Waalaikumussalam. Subhanallah, terima kasih kerana mendoakan kesihatan buat saya. Moga doa ini berbalik buat Puan jua.
Masya-Allah, soalan yang sangat baik. Bagi menjawab persoalan ini, kita perlu melihat kepada jenis solat yang didirikan.
Sekiranya kita sedang mendirikan solat fardhu, maka para fuqaha’ bersepakat tidak boleh untuk seseorang itu membatalkan solat fardhunya dengan sengaja tanpa ada sebarang keuzuran. Mereka berdalilkan firman Allah S.W.T :
وَلا تُبْطِلُوا أَعْمَالَكُمْ
Maksudnya: “Dan janganlah kamu membatalkan amalan-amalan kamu.”
(Surah Muhammad : ayat 33)
Namun begitu, jika panggilan tersebut adalah di dalam keadaan darurat, seperti meminta pertolongan kerana terjatuh, urusan kecemasan melibatkan bahaya seperti nyawa dan seumpamanya, maka dibolehkan untuk membatalkan solat fardhu tersebut.
Manakala bagi solat sunat, para fuqaha’ menetapkan boleh menyahut panggilan ibu dan membatalkan solat sunat. Ini adalah berdasarkan hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA :
كَانَ جُرَيْجٌ يَتَعَبَّدُ فِي صَوْمَعَةٍ فَجَاءَتْ أُمُّهُ . قَالَ حُمَيْدٌ فَوَصَفَ لَنَا أَبُو رَافِعٍ صِفَةَ أَبِي هُرَيْرَةَ لِصِفَةِ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم أُمَّهُ حِينَ دَعَتْهُ كَيْفَ جَعَلَتْ كَفَّهَا فَوْقَ حَاجِبِهَا ثُمَّ رَفَعَتْ رَأْسَهَا إِلَيْهِ تَدْعُوهُ فَقَالَتْ يَا جُرَيْجُ أَنَا أُمُّكَ كَلِّمْنِي .
فَصَادَفَتْهُ يُصَلِّي فَقَالَ اللَّهُمَّ أُمِّي وَصَلاَتِي . فَاخْتَارَ صَلاَتَهُ فَرَجَعَتْ ثُمَّ عَادَتْ فِي الثَّانِيَةِ فَقَالَتْ يَا جُرَيْجُ أَنَا أُمُّكَ فَكَلِّمْنِي . قَالَ اللَّهُمَّ أُمِّي وَصَلاَتِي . فَاخْتَارَ صَلاَتَهُ فَقَالَتِ اللَّهُمَّ إِنَّ هَذَا جُرَيْجٌ وَهُوَ ابْنِي وَإِنِّي كَلَّمْتُهُ فَأَبَى أَنْ يُكَلِّمَنِي اللَّهُمَّ فَلاَ تُمِتْهُ حَتَّى تُرِيَهُ الْمُومِسَاتِ . قَالَ وَلَوْ دَعَتْ عَلَيْهِ أَنْ يُفْتَنَ لَفُتِنَ
Maksudnya: Juraij adalah seorang yang sangat kuat beribadat di satu ruang khususnya. Pada satu hari, ibunya datang ketika dia sedang mendirikan solat. Humaid (perawi hadith ini) berkata, Abu Rafi’ menggayakan perbuatan ibu Juraij tersebut seperti yang ditunjukkan oleh Abu Hurairah yang digayakan oleh Rasullah SAW sendiri. Ibu Juraij memanggil anaknya dengan meletakkan tapan tangan pada keningnya dan mengangkat kepalanya seraya memanggil: “Wahai Juraij, ini ibumu, bercakaplah denganku.”
Ibunya mendapati Juraij sedang solat, dan Juraij berkata dalam hati: “Ya Allah, ibuku memanggilku ketika aku sedang khusyuk dalam solat”. Dia memilih untuk terus solat, lalu ibunya pulang dan datang pada kali kedua dan berkata: “Wahai Juraij, ini ibumu, bercakaplah denganku.” Juraij berkata dalam hati: “Ya Allah, ibuku memanggilku ketika aku sedang khusyuk dalam solat”. Dia memilih untuk terus solat.
Ibunya berkata: “Ya Allah, Juraij anakku ini, aku berhajat ingin bercakap dengannya, tapi dia enggan. Ya Allah, jangan Engkau mematikannya hinggalah dia berjumpa (digoda oleh) pelacur. Sekiaranya ibunya mendoakan balasan buruk ke atas Juraij, nescaya dia akan ditimpa balasan buruk tersebut.”
(HR Muslim)
Imam al-Nawawi menyebutkan di dalam Kitabnya Syarh al-Nawawi ‘ala Muslim bahawa para ulamak menetapkan tindakan yang sepatutnya dilakukan oleh Juraij ialah menyahut seruan ibunya. Ini adalah kerana, solat yang didirikan adalah sunat. Ulamak juga menetapkan, meneruskan solat sunat hukumnya sunat bukan wajib, sedangkan menjawab panggilan ibu adalah wajib, dan perbuatan tidak menyahut panggilan ibu adalah derhaka sehingga jatuh pada hukum haram.
Berbalik kepada soalan Puan, kita mestilah mengetahui jenis solat yang didirikan.
1. Sekiranya solat yang didirikan adalah solat fardhu, maka tidak boleh untuk membatalkan solat tersebut.
2. Manakala sekiranya solat yang didirikan adalah solat sunat, maka boleh diberhentikan solat dan menyahut panggilan ibu. Namun jika keadaan jika ibu boleh menunggu tanpa menimbulkan rasa marah dan kecewa, maka meneruskan juga dibenarkan.
Wallahua’lam.
Sumber : Asma’ binti Harun
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ayam Kicap Viral Yang Laku Keras. Simple Caranya Tapi Sedap. Kuah Likat Buat Rasa Lebih Power. Ini Resipinya!

Siapa pernah makan nasi ayam kicap yang viral tu?
Kalau tak pernah makan jangan bimbang, ibu-ibu boleh cuba buat sendiri.
Resepi yang dikongsikan Nurul Hawa ni simple je.

Cara membuat:
1) Ayam perap dgn garam, serbuk kunyit dan serbuk kari sebelum digoreng
2) Masukkan hirisan bawang merah, cili api dan kentang ke dalam lebihan minyak goreng ayam tadi.

3) Kemudian masukkan bahan kisar (bawang merah, bawang putih dan jintan manis) – mak ajar klu nak masak kicap sedap dan beraroma kena masukkan jintan manis)
4) Tumis sampai naik bau dan baru masukkan cili kisar. Tumis sampai pecah minyak

5) Masukkan ayam, kicap lemak manis dan kicap ABC. Kacau sehingga likat dan kering sedikit. Perasakan secukupnya.

6) Klu tak ada kicap abc, boleh tambah gula sebab ayam masak kicap yang sedap kenalah masak sehingga melekit dan likat.

Selamat mencuba.
Feel free to follow my ig @hawanakkurus untuk perkongsian yg lain. ❤️
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Usah Kedekut Tunjukkan Rasa Sayang Buat Isteri, Nah 9 Cara Ni Suami Kena Buat Ya. Nombor 8 WAJIB Buat!

Cinta itu seperti angin, kita tidak mampu melihatnya tetapi mampu merasakannya. Dua watak peranan utamanya sahaja yang mampu menyedari akan setiap ‘rasa’ yang diberikan ini.
Pun begitu, ramai suami yang tidak pandai mempamerkan setiap ‘rasa’ ini kepada pasangan masing-masing. Bukahkah semua rasa ini hanya pinjaman yang diberikan Allah SWT kepada kita.
Mengapa kita perlu menyembunyikan semua rasa ini kepada pasangan kita, isteri kita yang dicintai. Buat lelaki bergelar suami, lepaskanlah..lepaskan semahunya untuk isteri kita.
Biarkan dia tahu bahawa waktu yang tersisa, pinjaman Allah SWT ini adalah untuknya seorang! Apa suami patut buat? Tip ini pastinya mampu membantu anda.

Jangan Ego
Jangan kalah pada ego seorang lelaki. Benar lelaki punya ego sendiri namun jika anda dapat mengetepikan rasa ego ini untuk pasangan pastinya anda terasa nikmat sebenar cinta. Rendahkanlah sedikit ego anda. Bukan untuk siapa tetapi untuk anda sendiri.
Tiada Lagi Hari Esok
Anggap sahaja seperti tiada lagi hari esok untuk anda menatap wajah isteri atau suami. Ajal maut di tangan Allah. Bayangkan andai hari esok Allah mengambilnya pergi daripada sisi anda. Berikan rasa itu sebaiknya setiap kali anda melihatnya. Jika anda tahu bahawa tiada lagi hari esok, pastinya hari ini anda akan cuba sebaiknya meluahkan setiap bait kata cinta yang pernah diluahkan satu masa dahulu. Tidak rugi anda mulakannya sekarang.

Luahkan Rasa
Tidak ada salahnya jika anda meluahkan rasa cinta saban hari untuk isteri. Ungkapan “I love You” atau “Sayang Awak” bukanlah terlalu susah untuk dilontarkan. Tidak mahu dengan mulut, pesanan ringkas pastinya lebih buat anda berani. Luahkan semahunya. Biar ringkas asalkan sampai maksudnya.
Belajar Kongsi
Tidak hanya anda, ajarlah anak-anak turut sama memberikan ungkapan sayang ini saban hari. Mulakan ungkapan I love you setiap pagi dan sebelum tidur di malam hari. Ajar anak-anak turut melakukan perkara yang sama. Bila sudah menjadi kebiasaan, lama kelamaan ia menjadi aktiviti wajib yang sukar untuk dilepaskan. Mulakan hari ini.

Sentuhan Fizikal
Jika anda tidak tahu caranya atau malu untuk memulakan segalanya, gunakan pendekatan berbeza namun ringkas. Cukup hanya dengan cara fizikal anda. Sentuhan tanda sayang jangan sekali-kali dilepaskan. Pautlah lengannya mesra setiap kali tidur. Biar hanya sedikit sentuhan tapi benar-benar memberi makna. Isteri pasti tahu anda menyayanginya.

Simbolik 2+1
Suami terutamanya sering menggunakan bahasa badan untuk menyampaikan rasa cinta dan sayang. Apa kata sesekali ubah cara ini. Sekalikan bahasa badan anda bersama ungkapan dan luahan rasa melalui ucapan. Simbolik 2+1 ini pasti buat hidup anda lebih bermakna. Percaya bahawa semua ini tidaklah mendatangkan kerugian.
Jangan Lokek Pujian
Pujian kebiasaannya diluahkan daripada lubuk hati yang dalam. Pujian daripada pasangan dianggap perkara paling manis untuk dikenang. Saban hari pasti buat anda tersenyum riang dek kerana pujian suami atau isteri. Jadi berusahalah untuk saling memuji sebagai salah satu tanda anda mencintainya sepenuh hati. “Sayang..awak nampak cantik hari ni.” Dah cukup buat isteri gembira!

Ringankan Tangan
Ringankan tangan bukan hanya untuk sebarang kerja rumah, sebaliknya ringankanlah tangan anda untuk mengirim sistem pesanan ringkas kepada pasangan setiap kali anda keluar bekerja. Cuba anda bayangkan jika tiba-tiba menerima ungkapan ‘I miss you’, bukankah ianya cukup membuatkan kita tersenyum sepanjang hari. Pasti hati berbunga riang. Cubalah.
Renungan Mesra
Pandangan mata seringkali membawa makna yang tersembunyi. Jadi belajarlah untuk memandang pasangan dalam apa jua keadaan pun. Pandanglah dia selagi dia di depan mata. Anggaplah seperti esok anda sudah tidak dapat memandangnya lagi. Kata orang, curi-curi pandang itu lebih terasa nikmatnya. Mulakan!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di

