Menjaga kesihatan amat penting bagi semua orang. Ia membantu mengelak serangan pelbagai penyakit termasuk darah tinggi, kencing manis dan serangan jantung.
Namun untuk kekal sihat bukan suatu yang mudah. Ia mempunyai kaitan dengan cara hidup.
Sebagaimana perkongsian Dr Mazliana Mazlan. Boleh jadi panduan untuk kekal sihay.
Bacaan kolesterol baik hanya 1.18
Jarang-jarang sekali saya jumpa keputusan darah kolesterol pesakit cantik macam ni.
Beliau tiada apa-apa masalah kesihatan, tidak mengambil apa-apa ubatan. Saya kira, mungkin hanya akan jumpa 1 dalam 50 orang saja tahap kolesterol cemerlang begini.
Bila pesakit dah ada depan mata, saya cubalah kutip apa yang patut dari beliau.
Umur dah 51 tahun, tapi nampak macam 40-an saja usianya. Badan yang fit, cergas dan awet muda lagi.
Saya kongsikan di sini 10 perkara yang beliau kongsi dengan saya.
Ads
1. Puasa Isnin dan Khamis tak pernah tinggal, puasa-puasa sunat lain juga beliau amalkan.
2. Nasi hanya makan 1 kali sehari, cukup untuk isi perut yang lapar, bukan untuk mengenyangkan.
3. Makan bila lapar, bukan makan bila ada makanan. Berhenti sebelum perut rasa kenyang.
4. Makanan favourite adalah ulam-ulaman, sejak kecil diajar makan ulam oleh ibu ayahnya.
5. Kopi, teh dan milo tak pernah ambil sejak usia muda remaja. Beliau tahu ada kopi dan teh yang baik, tapi beliau tak minat. Katanya, kopi 3 in 1 betul-betul rosakkan badan.
6. Jarang sangat ambil air manis. Seminggu sekali pun susah.
7. Sentiasa ada buah-buahan di rumah walau 1 biji. Bila lapar, cari buah dan bukan biskut.
8. Setiap tahun beliau wajibkan diri buat ujian darah untuk lihat tahap kesihatan diri. Bila ada keputusan yang tidak cantik, beliau usaha belajar dan cari ilmu untuk kawal dengan pemakanan.
Ads
9. Beliau tak percaya langsung dengan iklan makanan dan minuman yang ada di TV, sebab kebanyakannya adalah makanan tinggi gula. Banyak mata telah dikaburi.
10. Buat sesuatu, sentiasa fikir kebaikan dan keburukan. Apa kita nak makan dan minum, fikir dulu samada ia baik atau buruk untuk tubuh badan kita.
Ini gaya ayah-ayah yang nasihatkan anak. Saya belum mampu buat sepenuhnya apa yang beliau berjaya buat sejak usia muda.
Seawal beliau masuk ke bilik, saya siap tanya lagi, “Encik makan ubat kolesterol ke?” Sebab cantik sangat kolesterol beliau, sangsi pula saya kot ada ambil ubat kolesterol dari farmasi.
Rupa-rupanya, ada cerita menarik tentang gaya pemakanan beliau yang perlu kita contohi.
Berhadapan dengan pelbagai ragam dan kerenah anak-anaknya bukannya mudah, itu yang dialami Mia Ahmad.
Berkongsi luahan menerusi laman Instagramnya, jelas isteri kepada pemain Bola sepak JDT,i semua Itu pengalaman yang dilalui secara bersendirian beberapa minggu kebelakangan ini.
Ketiadaan suaminya, Izham Tarmizi memberikan cabaran buat dirinya lebih-lebih lagi untuk menjaga dua orang anaknya yang masih kecil.
Menurut Mia, Izham kini sedang menjalani latihan pra musim bersama pasukan JDT di Dubai.
“Selepas beberapa minggu suami tak ada, not easy but taught me a lot. The struggle is so real.
“Anak-anak menangis serentak, berebut barang, tarik telekung time mommy solat, Issa nangis sakit perut tengah-tengah malam,” ujarnya lagi.
Tambahnya lagi, pengalaman menjaga dua orang anaknya semasa ketiadaan suami di sisi membuatkan dirinya kagum dengan semangat dan kekuatan yang ada dalam diri setiap ibu tunggal yang sentiasa ingin memberikan yang terbaik buat anak-anak mereka.
“Macam-macam experienced that makes me think macam mana dengan single mom yang boleh survive kat luar sana.
“Kudos to all the single moms who have always been strong,” kongsinya lagi.
sufiahdheartyYa betul sgt… Hebat ibu ibu yang menjaga anak2 seorang diri.. moga Allah ganjari kalian dengan sebaik balasan di dunia dan di akhirat sana…n❤️
gerobook_sabellaThe struggle is real. Moga syurga buat mummy sekaliann❤️
lidawatymohdnoor_8677Mmg pun..rase cam nak nangis melayan kerenah anak2..mcm sy ade 5 org..tp, Itulah yg akan dirindui..😁
niaessentialcareStruggle ya betul.. doakan sy pjj dgn suami dpt stay together ya. Sy handle anak anak plus parents yg Tak bape sihat perlu ke hospital selalu.. alhamdulillah bersyukur jalan ini yg perlu dilalui mengajar Sy byk pengalaman hidup. Mmg positive circle Dan berfikiran positive tu sgt perlu.doakan ya Ada rezeki ke hadapan ini dpt stay dgn suami sebumbung semula ❤️
Bagi yang suka menanam sayur-sayuran di tepi rumah, hanya mereka sahaja yang tahu betapa seronok dan puasnya jika tanaman yang ditanam hidup subur dan berbuah lebat.
Namun buat anda yang pertama kali ingin mencuba menanam bendi, bolehlah ikut cara yabg ditunjukkan ini dan nikmati hasil tanaman yang memuaskan hati.
SOP Semaian Bendi Untuk Tanaman Polybag
1. Pilih benih berkualiti keluaran Leckat, Baba atau Green World.
2. Rendam semalaman dalam air tanpa klorin dengan campuran larutan hydrogen peroxide.
3. Buang biji benih rosak yang timbul di permukaan air.
4. Semai dalam tray semaian guna potting soil.
5. Letak di tempat redup tapi bercahaya dengan pengudaraan yang baik.
6. Siram 2 kali sehari.
7. Pindah ke polybag 16×16 dengan medium 3 in atau 6nin 1, atau buat campuran sendiri topsoil, cocopeat, pasir dan tanah bakar.
Ekstra info
Kalau nak rendah dan buah lebat pangkas pucuknya. Yang gambar atas ni benih dari kedai eco rm2.10.
Pangkas masa saiz ketinggian 1.5 kaki ke 2 kaki sebelum berbuah.
Kena buat kawalan serangga dan perosak seminggu sekali untuk buah bendi yang elok seperti ini.
Lama tidak mendengar khabar pelakon putih melepak ini. Jika dahulu wajahnya sering menghiasi ruangan drama. Watak antagonis yang dibawakannya tidak pernah mengecewakan.
Namun seiring dengan kemunculan muka-muka baru, kelibatnya jarang kelihatan.
Terbaru, Zila Bakarin mengejutkan ramai pihak apabila tampil dengan berhijab. Dia menarik perhatian ramai apabila berkongsi gambar memakai tudung menerusi akaun Instagramnya buat tatapan umum. Menurut Gempak, pelakon ini mendedahkan dia telah berhijab sejak sebulan yang lalu.