Mengabaikan kaki boleh menyebabkan pelbagai masalah termasuk jangkitan bakteria, kulat, kulit retak dan berbau. Cakna dengan masalah ini Larrie, jenama kasut tempatan popular dan dikenali sejak 1978 kini menawarkan penjagaan tapak kaki berteknologi tinggi kepada penggunannya.

Terbaharu, Larrie menyediakan insole yang selesa untuk setiap rekaan kasut. Ia memberikan rasa selesa dan nyah bakteria kepada pengguannnya. Antara kebaikkan  pemakaian insole ini untuk membantu  mengurangkan keletihan otot, memperbaiki postur badan dan menyelaraskan semula kaki jika mengalami overpronate (roll ini) atau supinate ( roll out).

Sehubungan itu, Larrie telah mengeluarkan dua jenis insole yang bersesuaian untuk pemakaian harian untuk lelaki dan wanita.

Larrie Perkenalkan Pelapik Kasut Baharu Untuk Kesihatan Kaki

Rebound Foam Foodbed direka khas untuk lelaki dapat membantu membentuk kaki anda serta mengagihkan berat badan secara rata untuk pengalaman berjalan yang selesa.

Selain terdapat lapisan anti bakteria yang mana untuk menyokong pemakaian sepanjang hari, Larrie Rebound Foam Footbed juga direka untuk mengurangkan tekanan semasa hentakan tumit dan mengurangkan keletihan kaki sewaktu berjalan.

Reka bentuk acuan tumit kasut yang berbentuk U juga mampu yang menstabilkan tumit dan mengurangkan ketegangan dan tekanan pada setiap langkah.

IKLAN

Bagi wanita pula, Larrie Women Extra Comfort Insole Arch Support Multi-Purpose Insoles sesuai untuk kaum hawa. Selain anti bakteria, setiap insole yang direka adalah free-size dimana setiap pembeli boleh memotongnya mengikut size kaki sendiri dengan mudah.

Penggunaan insole ini juga mampu mengurangkan sakit kaki ketika melakukan aktiviti riadah atau melancong. Selain itu sokong lengkung yang direka bersama insole ini juga dapat memberikan keseimbangan dan kestabilan pada kaki kita. Antara kelebihan lain adalah dapat memberi keseimbangan dan kekuatan kaki.

Sempena Larrie Insole Talk bersama Pakar Perubatan Sukan Dr Laston Choong di LaLaport Bukit Bintang City Center, Kuala Lumpur, Lenson Chong, Ketua Pengarah Pemasaran Larrie Corporation (M) Sdn Bhd menjelaskan Larrie mengikuti perkembangan fashion namun pada masa yang sama mementingkan rekaan selesa buat pembelinya.

Larrie Perkenalkan Pelapik Kasut Baharu Untuk Kesihatan Kaki

IKLAN

“Selain menitikberatkan rekaan yang berkualiti dan mengikut perkembangan fashion, kami juga sentiasa mementingkan keselesaan penjagaan kaki untuk setiap kasut yang direka.

Larrie Perkenalkan Pelapik Kasut Baharu Untuk Kesihatan Kaki

“Keselesaan pastinya menjadi faktor utama pembelian setiap kasut dan kerana itu juga setiap insole yang direka adalah melepasi ujian makmal yang ditetapkan.” jelasnya yang turut mencadangkan insole ditukar setiap enam bulan.

Dalam pada itu, dimajlis yang sama, Pakar Perubatan Sukan, Dr Laston Choong memberi nasihat mengenai pemakaian kasut yang betul.

IKLAN

Larrie Perkenalkan Pelapik Kasut Baharu Untuk Kesihatan Kaki

“Insole perlu dipilih dengan tepat dari segi material, fungsi dan rekaan disebabkan manusia memiliki saiz tapak kaki yang berbeza.

“Insole ini juga memberi keseimbangan dan kestabilan, juga material dapat membantu membentuk kaki dan mengimbangkan berat badan  secara rata untuk pengalaman berjalan yang lebih baik, ” jelasnya.

Kedua-kedua Larrie insole boleh dibeli secara berasingan atau berserta kasut dengan harga bermula dari RM39.00 sehingga RM99.00 di butik Larrie atau secara atas talian di www.larrieshoes.com

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI