Lebatkan Rambut Dengan Minyak Buah Keras Homemade, Lebih Asli & Begini Langkah Pembuatannya!

Share

Menyentuh tentang rambut gugur dan nipis tentu ada yang mengalami masalah ini. Selain menggunakan pelbagai produk yang sedia ada di pasaran untuk merawat dan melebatkan kembali rambut, ada satu cara tradisonal yang cukup popular dan berkesan boleh diamalkan. Bahkan cara ini lebih jimat dan tidak memerlukan kos yang tinggi.

 

Hanya dengan menghasilkan sendiri minyak yang diperbuat daripada buah keras atau juga dipanggil buah kemiri, ia diamalkan oleh nenek moyang kita dahulu untuk mengatasi masalah rambut gugur, gatal-gatal kulit kepala atau pun rambut bercabang dapat di atasi. Bahkan ia menjadikan rambut terlihat sihat bersinar.

Jadi buat anda yang ingin menggunakan  minyak buah keras ini yang dihasilkan secara homemade, bolehlah membuatnya sendiri. Cara ini lebih menyakitkan anda kerana keaslian pembuatannya dapat dikekalkan.

Menurut perkongsian Amanda atau juga dikenali sebagai Amoi Jamu di media sosial, untuk menghasilkan minyak Buah Keras ini tidak menggunakan bahan herba lain untuk hasilkan minyak yang asli, cukup hanya menggunakan buah keras semata-mata.

Nak tahu detail ikuti langkah demi langkah pembuatannya.

Minyak Buah Keras

Bahan-bahan:
1 kg buah keras
Air

Cara Penyediaan :
1. Ambil buah keras dan tumbuk kasar buah keras dengan menggunakan lesung batu.


2. Setelah itu, masukkan buah keras yang telah ditumbuk ke dalam pengisar.


3. Sebelum dikisar, tambahkan air hingga menutupi buah keras dan pastikan buah keras tidak dimasuk sekali gus. Buat berulang-ulang kali untuk pastikan ianya dapat dikisar halus.

4. Kisar hingga halus


5. Kemudian hasil kisaran buah keras tadi, dituangkan ke dalam kuali dan rendam selama 24 jam. Ini penting untuk proses melembuatkan buah keras dan membantu mengeluarkan minyak buah keras ketika dimasak nanti. Pastikan ianya tidak direndam terlalu lama, bimbang akan berbau kurang enak. Memadai sehari semalam sahaja.


6. Kemudian masak selama 30 minit di atas api yang kecil dan selalu dikacau agar tidak hangus. Selepas itu biarkan sejuk.


7. Langkah seterusnya, perah bahan tersebut. Untuk dapatkan hasil perahan yang baik, gunakan kain untuk memerahnya.


8. Kemudian masak air perahan buah keras di dalam kuali dan proses ini mengambil masa 2-4 jam atau hingga terhasilnya minyak. Pastikan sentiasa dikacau.


9. Apabila minyak sudah terbentuk, asingkan hampas dan kemudian ditapis untuk asingkan minyaknya.

Sudah siap

Atau untuk anda yang ingin mengetahui lebih detail lagi cara pembuatan minyak buah keras ini. Boleh juga tonton video ini.

Selamat mencuba.

 

 

 

 

IKLAN