Lelaki Ni DIY Rak Tuppaware Isteri Guna Besi & Kayu Untuk Rumah Sendiri. Nampak Kemas, Cantik & Menarik!

Share

Dapur adalah ruang ‘berkarya’ buat kaum ibu. Di situlah dicurahkan segala kasih sayang dalam menyediakan hidangan buat keluarga. Pasti di sini juga menyimpan segala khazanah yang digemari oleh kaum ibu terutama sekali tuppaware. Ini antara koleksi yang wajib ada dan digemari oleh orang perempuan.

Bagi yang suka membeli pasti ada masalah untuk menyimpan. Perlukan ruang untuk menempatkan rak bagi meletakkan koleksi tuppaware yang cantik dan mudah untuk dicapai bila nak digunakan.

Izat Akmal
kongsikan cara buat rak menyimpan tuppaware  dengan kombinasi besi dan kayu. Nampak menarik, kemas dan cantik.

Assalam, siap rak tupperware wife..
Tk pandai tp berani cuba..
Ni projek ke 3 wife suh buat utk rumah sendiri..

Bahan-bahan

Besi hollow
Papan heveaboard
Tinggi 8×8
Cat mahogany

Jaring besi (diamond mesh) harga RM90, sekeping 4x8kaki.

Papan heveaboard boleh cari di kedai jual kayu-kayu perabot. Dalam shoppee/lazada pun ada search heveaboard.
Weld jenis ACO mig 3in1. Pakai gas boleh, pakai rod pun boleh, tapi saya pakai yang gasless, tak pedih langsung mata.

Saya memang zero. Saya tengok youtube, join fb group-group welding, tanya-tanya orang. Mesin ni pun beli bulan 3 awal pkp dulu. Tapi kena yakin dan berani cuba.

 

Sangat2 suke dgn kombinasi besi dan kayu..
Alhamdulillah,siap jgk walaupun seminggu lbh

Ukuran kaki, partition dalam tu saya main agak-agak je. Lebar dari depan ke belakang 1 kaki papan dia, so 1 kaki lebih sikit la campur frame.

Elehhh tipulah kalau org pompuan tk suke ada rak khas utk tupperware dia.. risau plak tupperware dia beranak pinak nnti.. kang kena tambah lg rak..huhu

Habis dalam RM800 lebih, modal besi dan kayu cat barang-barang pun tak habis guna sebab tak boleh beli sikit-sikit hehe,simpan je untuk next projek.

 

#tukangdihatiisteri

IKLAN