Kreativiti yang ada sedikit sebanyak membantu dalam menghias kediaman baik dengan bajet sederhana atau mewah.
Waktu PKP begini, sesuai sekali kalau nak cuba cantikkan rumah. Sebagai contohnya jika mahu guna langsir jenis ring.
Dalam satu perkongsian, lelaki ini memuat naik cara mudah bagi yang ingin menggunakan langsir jenis ring. Selain mudah dipasang, kaedah ini juga tak menggunakan modal yang banyak. Barang yang digunakan pun mudah didapati dan murah harganya.
Ads
Ini antara langkah ringkas yang dikongsikan oleh saudara Shafiq Abdul Hamid.
Assalamualaikum.. kepada makcik2 pakcik2 abg2 akak2… Yg mna teringin nak pakai langsir ring mcm ni… Tpi x dak modai nak beli kayu tu… Boleh buat guna paip modai x mahai sngt…. Guna paip saiz 20mm k.. besi L tu boleh dpatkan di kedai eco yg lain2 tu kedai hardware langsir sy bli kat d.i.y aje…
Boleh dikatakan setiap dapur rumah mesti ada sekurang-kurangnya stok telur untuk dimasak jika perlu. Tambahan pula, telur menjadi antara menu kegemaran ramai walau hanya sekadar digoreng ringkas sudah cukup membangkitkan selera untuk dimakan bersama nasi dan kicap.
Pun begitu, bila menyentuh hal menyimpan stok telur tersebut sama ada di dalam peti sejuk atau pada suhu bilik, timbul sedikit kekeliruan antara kita. Ada yang mengatakan telur sebaiknya dibiarkan begitu sahaja di dalam tray dan ada juga yang menyarankan elok dicuci terlebih dahulu untuk tahan lama sebelum disimpan di dalam peti sejuk.
Untuk tidak terus rasa terkeliru, elok kita dengar apa kata doktor ini.
“Doktor, betul ke kalau nak telur tak cepat rosak, jangan cuci telur tu?”
Macam-macam pendapat, ada yang kata basuh dulu sebelum simpan sebab nak elak pencemaran dari tahi ayam. Ada pula yang kata jangan basuh dulu sebab nanti telur cepat rosak.
Mana yang betul? Jom lihat penjelasan pada kedua-dua pendapat ini.
JANGAN BASUH SEBELUM SIMPAN
Kalau kalian nak tahu, semasa proses bertelur ayam keluarkan sejenis cecair dikenali sebagai egg bloom atau cuticle.
Ianya umpama protective layer yang melitupi liang-liang di seluruh permukaan telur untuk elak kemasukan kuman ke dalam telur selain bantu kekal kelembapan dengan cara mencegah air dari meruap keluar dari kulit telur.
Jika basuh sebelum disimpan protective layer ni akan menipis / hilang. Inilah asas kepada pendapat yang tak galakkan telur dibasuh sebelum disimpan.
Tapi… kalau ada najis pada kulit telur, takkan nak simpan terus? Kotor dan berkuman, kan?
BASUH SEBELUM SIMPAN
Najis dan kulit telur boleh tercemar dengan kuman seperti Salmonella, dan ia boleh berpindah kepada makanan lain yang disimpan dalam peti sejuk.
Walaupun peti sejuk berada suhu yang rendah (4°C ke bawah) yakni bebas dari zon suhu bahaya (5°C-63°C), kita tetap perlu beringat!
Pada suhu itu, kuman tidak mati. Mereka hanya dorman(kurang aktif). Maka, kerosakan pada telur boleh berlaku walaupun pada kadar yang rendah.
Jadi perlu basuh buang najis pada kulit telur agar bersih dan tiada kontaminasi silang. Kalau simpan diluar pula, telur lagi akan cepat rosak.
AMALAN MANA YANG BETUL?
Tak usah gaduh-gaduh. Dua-dua betul dan boleh diamalkan. Kita ambil sikap diplomatik dan dasar terbuka. Kahkahkah macam politik pulak!
Kalau ada tahi yang jelas kelihatan, basuhlah telur-telur yang tercemar itu terlebih dahulu. Kita pun tak mahu peti sejuk kita dicemari kuman.
Tak perlulah sental kuat-kuat kulit telur tu sampai hilang semua protective layer-nya. Sekadar hilangkan najis. Kemudian simpan dalam bekas bertutup.
Bila nak memasak nanti, beri keutamaan pada telur yang telah dibasuh dahulu kerana ia lebih berpotensi dimasuki kuman dan rosak.
Telur yang tidak dibasuh sebelum simpan, hendaklah dibasuh sebelum digunakan. Nak sental sampai berkilat pun tak apa, asalkan tak guna wax kereta suami kalian.
✅ Oh ya! Pastikan masak telur dengan sempurna untuk elakkan keracunan.
Bagi penggemar cakoi memang kena cuba resepi kuih legand ini. Rasanya yang rangup dan sedap. Boleh dimakan dengan kaya manis atau dicicah dengan air kopi atau teh memang terangkat!
Dalam kalangan masyarakat Melayu ia kebiasaannya dijamah semasa waktu petang. Jom lihat resipi kuih cakoi paling simple ini. Sangat mudah penyediannya. Yang bestnya, bila dah sejuk tetap lembut dan gebu.
Resepi Cakoi Lembut dan Mudah
Bahan-bahan cakoi :
2 cawan tepung gandum
3/4 cawan air suam
1/2 sudu kecil yis
2 sudu besar gula
1 1/2 sudu besar minyak jagung
1/2 sudu kecil garam
Cara-cara :
Masukkan gula dan yis ke dalam air suam. Kacau dan biarkan yis kembang. Lebih kurang 15 minit.
Satukan tepung, minyak jagung dan garam ke dalam bekas besar.
Masukkan yis yang telah kembang tadi ke dalam bekas tepung. Uli adunan sehingga tidak melekat di tangan dan menjadi doh.
Perap doh sehingga naik 2 kali ganda lebih kurang 1jam.
Tumbuk doh yang telah kembang untuk mengeluarkan angin.
Canai doh secara memanjang. Tebal lebih kurang 1cm. Kemudian potong kecil-kecil secara melintang. Letakkan air di bahagian tengah doh yang telah dipotong kecil dan lapik dua.
Perap doh sekejap lebih kurang 5 ke 10 minit supaya lebih kembang.
Tarik doh memanjang dan terus goreng dengan api sederhana kecil.
Nota :
Jangan guna air yang terlalu panas untuk mengelakkan yis mati.
Uli lama untuk mendapatkan kuih yang lembut.
Boleh tambah sedikit baking powder dan soda bikarbonat jika suka.
💚Resepi Kuah Pandan untuk Cakoi (Ala Kaya Cakoi)💚
Bahan kuah pandan untuk cakoi :-
1 1/2 sb tepung kastard
1 cawan susu segar (guna santan pun boleh)
3-4 sb susu pekat manis (kalau takde, letak gula pun ok)
sedikit pandan paste (kalau takde, letak air daun pandan tu je)
Cara-caranya:
Masuk sumanya dalam periuk dan masak atas api sederhana. Kacau selalu sehingga sedikit pekat (cam kaya tu la..sama je). Angkat dan sejukkan.
Sedia dihidangkan bersama kuih Cakoi Sedap Sangat anda!
Sejak muncul juara Gegar Vaganza musim ke-6, nama Naqiu kembali meniti di bibir peminat seni tanah air. Bahkan, tawaran menyanyi diterimanya tidak putus-putus. Terbaru, dia dilihat berkongsi beberapa video menjalani penggambaran berlakon dalam drama.
Wajahnya yang ‘awet muda’walaupun sudah miliki lima orang cahaya mata. Tidak hairanlah apabila ramai yang memuji cara penyanyi ini menjaga penampilan diri memandangkan usianya baru 35 tahun.
Terbaru, Naqiu atau nama sebenarnya Wan Naqiuddin Mohd Najib memuat naik gambar dan video sambutan hari lahir anak sulungnya yang bernama Putri, 9 tahun.
Dalam perkongsian tersebut, Naqiu menitipkan ucapan yang cukup menyentuh hati.
Putri, anak sulung hasil perkongsian hidup Naqiu dan isterinya, Hanisah Zuhari.
Menurut Naqiu, kehadiran anaknya dalam rumah tangga mereka telah mengajarnya erti tanggung jawab seorang bapa.
Dalam masa yang sama, naqiu mengharapkan anaknya itu menjadi anak yang baik selain dapat menjadi contoh serta menjaga adik-beradik yang lain dengan baik.
Sambutan hari lahir anaknya itu dibuat secara sederhana dengan kehadiran mereka sekeluarga. Namun kemeriahan tetap terasa apabila mereka beramai-ramai menyanyikan lagu selamat hari jadi buat Putri.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata menitipkan doa dan memberikan ucapan selamat hari lahir kepada Putri. Tak kurang yang memuji Naqiu nampak seperti abang kepada anak-anaknya.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.