Lelaki Ni Kongsi Idea Bernas Guna Botol Minyak Masak Terpakai Tanam Sawi Kingkong. Mudah & Jimat Ruang!

Share

Tengok hasil yang diperoleh buat pemilik sayur sawi ini begitu teruja sekali. Manakan tidaknya, sayur itu bukan main segar dan besar lagi.

Perkongsian cara tanam sayur ini dimuat naik saudara Mohd Farhan Razali.

Jika anda teringin nak cuba boleh praktikkan tip yang dikongsikan ini . Yang penting, caranya cukup mudah  kerana hanya guna botol terpakai sebagai bekas tanaman. Jimat ruang pula tu.

Bagi yang nak belajar tanam sayur sawi sendiri, jom cuba cara yang dikongsikan ini. Cara yang mudah, malah hasilnya dapat sawi yang segar, cantik, bersih dan selamat.

Jom cuba tanam sawi dengan kaedah yang dikongsikan ini. Moga bermanfaat!

Assalamualaikum..sedikit perkongsian dr sy utk sahabat yg baru mula bercucuk tnm.gmbr lama hasil tanaman sy menggunakan botol minyak masak sbg bekas tanaman.mgkn ada yg pernah melihat gmbr² ni dlm group yg lain.

Tip tanam guna botol:

  • Botol yang  ada penutup tu biar ja tebuk 1 lubang untuk lebihan air keluar.
  • Dalam satu botol, letakkan 1-3 pokok.
  • Siram 2x sehari, jika cocopeat masih lembab tak perlu siram
  • Benih dah bercambah terus bagi kena panas pagi

Sawi kingkong..

Medium👉100% cocopeat

Baja👉AB

Cara tanam👉Semai pindah&semai terus dalam bekas tanam.

 

 

 

 

 

IKLAN