Benar, kita tidak tahu bagaimana ujian yang bakal kita tempuhi di hadapan kelak. Menyedari keadaan itu, pempengaruh dan usahawan, Hafiz Mahamad sentiasa bersikap terbuka dengan isterinya.
Malah kata Hafiz lagi, dia juga meminta isterinya, Syafiqah Aina untuk tidak terlalu mempercayai dirinya dan meminta telefon bimbitnya sentiasa diperiksa isterinya.
Semua ini dilakukan bagi mengelakkan isu kecurangan dalam rumah tangga mereka.
“Saya selalu beritahu Aina, ‘sayang, lelaki ini dekat mana-mana ujian dia adalah itu. Mungkin hati dia dan sebagainya. Tapi selagi abang bernafas, InsyaAllah akan jaga’.
“Saya cakap juga dekat isteri, kalau saya diuji macam itu, tolong tarik saya.
Ads
“Tapi saya usaha, kita tak tahu takdir Allah macam mana, ujian itu kita tak tahu dan sekuat mana orang lelaki itu boleh tempuh ujian itu,” katanya berkongsi.
Bahkan kata Hafiz lagi, dia sendiri sering berpesan kepada isterinya untuk tidak meletakkan kepercayaan yang terlalu tinggi buat dirinya.
“Walaupun saya hanya ada Aina, tapi saya selalu cakap dekat dia ‘jangan percaya sangat abang, kena check juga… phone kena check’. Yela, pekerja dan usahawan saya pun ramai wanita.
Ads
“Walaupun saya tak buat pun, tapi saya nak dia check telefon supaya sekurang- kurangnya ada perasaan takut,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Hafiz dan Aina yang mendirikan rumah tangga pada November 2017. Pasangan ini dikurniakan dengan dua orang cahaya mata.
Kesibukan dengan urusan kerja membuatkan pasangan suami isteri jarang ada masa bersama. Begitu pun tidak bermakna anda harus membiarkan hubungan tersebut hambar. Silap hari bulan itu boleh jadi punca perbalahan dan lama-kelamaan timbul masalah dalam rumah tangga.
Selebriti bernama Aidid Marcelo baru-baru ini ada berkongsi pandangan tentang betapa pentingnya suami isteri dalam menjaga hubungan supaya sentiasa aman dan bahagia. Salah satunya adalah memastikan ada masa untuk bersama pasangan. Tidak kira sibuk bagaimana sekali pun kena ‘curi masa ‘ bersama.
“Kadang2 aku pk, penat gila kerja cari duit. Kerja dan besarkan family mmg 1 tanggungjawab penting sebagai ketua keluarga. Tapi, kadang2 aku pk jugak, kerja rajin penat nak mati pun…dan habiskan setiap saat dengan kerja tanpa pandai curi masa berharga utk yang tersayang, bagi aku, xda maknanya hidup.
“Jadi, selagi kaki masih terdaya menapak dan berdiri, selagi ada kedrat utk kesana sini… curilah masa terbaik utk yg tersayang, yg menjadi tulang belakang dan pembakar semangat dalam apa jua kerja kita!!!
“Harap you @norziepwchappy dengan apa yg i buat utk you, walaupun i x mampu nak bawak u cuti ke USA, balik kampung pun jadilah… mana tau maybe kita habiskan usia tua kita disini? tulis Aidid di ruangan kapsyennya.
Komunikasi dalam rumahtangga amat penting, bukannya hanya menjadikan medium sosial untuk berinteraksi antara satu sama lain.
Apabila menjadikan medium sosial dan gajet sebagai komunikasi, istilah pendengar setia semakin pupus.
Lantaran wujudnya pasangan gagal menjadi pendengar setia. Sebagaimana yang dipaparkan oleh saudara Muhammad Yusof ini.
Hari tu aku ada lepak dengan sorang cikgu. Orang lama. Kebetulan dia ajak jumpa. Aku memang suka lepak dengan cikgu-cikgu otai ni sebab banyak benda yang kita boleh belajar daripada dorang.
Depan meja aku ada pasangan muda, mungkin baru kahwin kot, dua-dua dok ralit tengok henset.
Cikgu aku kata ‘Cuba ko tengok pasangan tu. Mungkin dorang sembang dalam whatsup kot..’
Aku gelak. Situasi ni aku jumpa banyak kali terutama kat kedai makan. Malam ni kali ke 205, aku jumpa situasi macam ni.
‘Sekarang ni ramai suami gagal jadi pendengar yang baik. Sebab tu sekarang banyak kes cerai sebab masalah komunikasi.’
‘Pernah tak bini ko asyik ulang cerita benda yang sama padahal dia dah 20 kali cerita benda yang sama kat ko?’
Aku angguk.
Itulah perempuan. Bila seorang perempuan tukar title jadi isteri, kawan yang tinggal hanyalah suami dia sebab kawan-kawan dia yang lain pun akan alami benda yang sama.
So, pada suamilah dorang nak bercerita, nak berkongsi, nak bergurau, nak makan bersama, nak gosip dan nak bercerita pasak rakan sekerja.
Tapi itulah, ada suami yang tak berapa faham tentang benda ni. Ada suami yang acuh tak acuh je layan bini. Tapi bila sembang dengan kawan-kawan punyalah meriah tak ingat dunia.
Yang pelik lagi kadang-kadang, masa layan henset lagi lama daripada masa layan bini bual.
Kita yang dah jadi suami ni kena beringat isteri kita adalah separuh jiwa kita.
Suami memang la tak berapa nak rasa tensyen dalam perkahwinan sebab boring-boring dorang keluar ngeteh, boring-boring dorang pi main futsal, boring-boring dorang beli moto waiyuki atau nvx pi jalan-jalan cari makan.
Jadi isteri ni tensyen woo. Tensyen kat tempat kerja lagi. Tensyen kat rumah lagi dan takde banyak aktiviti yang dorang boleh buat untuk realesekan tension dorang sebab keterikatan dorang terhadap komitmen perkahwinan.
So, nak salah satu cara dorang realesekan tensyen(selain shopping) adalah dengan BERCERITA/BERKONGSI/BERBUAL.
Sebab tu bila dalam kereta, bila balik kerja, bila makan kat kedai makan, bila nak tidur, isteri akan cari suami sebab nak bercerita tentang apa yang mereka tak puas hati hari tu. Nak berkongsi masalah, nak luah perasaan.
Pada mereka, dengan bercerita pada suamilah, mereka dapat realese segala yang terbuku dalam jiwa dorang jadi bila mereka dapat cerita dan dapat luahkan perasaan, mereka rasa lega dan dapat tidur lena pada malam tu.
Tapi itulah, ramai suami yang terlepas pandang benda ni.
Dorang fikir isteri mereka just nak membebel je kat telinga. Boring. Baik dorang menghadap henset.
Allah, Allah.
Dah apa guna berkahwin kalau isteri just SENDIRI? Buat kerja rumah SENDIRI, makan SENDIRI, jaga anak SENDIRI, sampaikan nak luahkan perasaan pun berSENDIRIan.
Satu perkara lagi, tolong jangan bagi isteri simpan masalah terbuku lama sangat kerana ia boleh akibatkan isteri stress. Paling penting, suami kena peka dan kena pandai selesaikan hal-hal melibatkan stress isteri ni. Jangan buat tak tahu sahaja. Bahaya!
Pada aku benda ni realiti apa yang berlaku sekarang. Dan nasihat cikgu aku ni betul-betul kena batang hidung semua pasangan suami isteri yang nakkan kebahagiaan sampai ke Syurga.
Benda-benda gini aku kena kongsi pada korang semua. Mana yang baik kita ambil pengajaran, mana yang buruk kita tinggalkan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Jika sebelum ini solat terawih kita akan lakukan di masjid. Hanya mengikut imam setiap hari. Kini berbeza semasa dalam tempoh PKP.
Ingin tahu penjelasan lanjut mengenai ibadah terawah di rumah. Ustaz Nur Mohamad Hadi jelaskan mengenai hal ini menerusi perkongsiannya di facebook miliknya.
Bulan Ramadhan merupakan bulan yang dilipat gandakan rahmat kepada sekalian alam. Bagi mereka yang ingin kembali kepada Allah maka pada bulan ini dibuka seluas-luasnya pintu rahmat dan ditutup serapat-rapatnya pintu neraka.
Ramai dikalangan kita yang ternanti-nanti akan kehadiran bulan yang penuh dengan keberkatan dan kasih sayang untuk melakukan dan merancakkan lagi pelbagai ibadah. Antara kebiasaan yang dilakukan oleh masyarakat kita apabila tibanya Ramadhan ialah menunaikan Solat Terawih secara berjemaah sama ada di masjid atau di surau.
Solat Terawih ialah ibadah solat sunat yang dilakukan pada waktu malam di Bulan Ramadhan. Bermula waktunya selepas solat isya’ dan berakhir dengan masuknya waktu subuh. Dinamakan Terawih kerana orang yang melakukannya akan berehat selepas empat rakaat iaitu dua rakaat dua rakaat.
Bagi mereka yang mendirikan Solat Terawih maka ganjaran yang cukup besar disediakan Allah seperti mana di dalam sebuah hadis sabda Rasulullah :
Sesiapa yang berdiri (beribadat) pada malam Ramadhan kerana iman dan mengharapkan ganjaran (daripada Allah), diampunkan dosa-dosanya yang telah lepas.” [HR Muslim 759]
Menjadi persoalan yang amat penting ialah bagaimana cara untuk melakukannya dan apakah hukum meninggalkan bacaan zikir selepas dua rakaat atau empat rakaat solat terawih jika kita tidak mengetahuinya.
Maka disini DR HD akan menjelaskan secara mudah mengenai Solat Terawih yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja dirumah.
PERTAMA : Kita perlu mengetahui dengan jelas hukum menunaikan Solat Terawih. Solat terawih hukumnya sunat mu’akad, iaitu amalan sunat yang amat dituntut.
KEDUA : Solat Terawih boleh dilaksanakan secara berjemaah atau bersendirian. Berjemaah adalah lebih afdal. Namun jika menghadapi kesempitan untuk melaksanakannya secara berjemaah maka dibolehkan melaksanakannya secara bersendirian.
KETIGA : Solat terawih boleh dilaksanakan dalam jumlah lapan atau dua puluh rakaat diikuti dengan solat sunat witir. Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan solat terawih sebanyak 20 rakaat tetapi ada juga yang hanya menunaikan sekadar 8 rakaat. Terpulang kepada masing-masing untuk menunaikan ibadah ini mengikut kemampuan dan keikhlasan diri sendiri terhadap Pencipta.
KEEMPAT : Solat terawih dilakukan dengan 2 rakaat 2 rakaat sehingga 8 rakaat atau 20 rakaat. Ini berdasarkan hadis nabi Sabda Rasulullah : Solat malam ialah dua rakaat, dua rakaat.[HR Bukhari 936]
KELIMA : Niat bagi solat Sunat Terawih dihati sewaktu takbiratul Ihram dengan niatnya berbunyi seperti ini: Sahaja aku solat sunat tarawih 2 rakaat imam/makmum kerana Allah.
KEENAM : Bacaan pada setiap rakaat. Pada setiap rakaat wajib membaca Surah Al-Fatihah ini kerana tanpa membaca Surah Al-Fatihah maka kita telah meninggalkan rukun dan bagi mereka yang meninggalkan rukun maka solatnya tidak sah. Selepas membaca Surah Al-Fatihah kita boleh membaca apa sahaja surah hafalan yang mudah bagi kita sama ada yang pendek mahupun panjang.
KETUJUH : Ketika selesai daripada mengerjakan 2 rakaat Solat Terawih yang pertama maka bolehlah berzikir seperti kebiasaan bagi mereka yang mampu ataupun bagi mereka yang tidak mampu dek kerana tidak menghafal atau tidak mengetahui bacaannya maka boleh sahaja berdoa atau berzikir dengan apa yang mereka tahu. Ini kerana bacaan-bacaan zikir itu bukan lah satu kewajiban yang harus dilakukan dan ianya tidak memberi sebarang kesan terhadap ibadah terawih yang kita lakukan.
KELAPAN : Selepas selesai mengerjakan Solat Sunah Terawih sama ada 8 rakaat atau 20 rakaat maka kita bolehlah pilih sama ada mahu terus melakukan Solat Sunat Witir atau dilakukan pada 2/3 malam nanti. Lafaz niat Solat Witir dihati ialah : Sahaja aku solat sunat witir satu rakaat imam/makmum kerana Allah.
Dengan penjelasan di atas seharusnya tidak ada lagi alasan yang boleh kita berikan untuk tidak mengerjakan Solat Sunat Terawih di rumah. Beruntunglah bagi mereka yang mencari redha Allah di mana pintu-pintu syurga dibuka seluas-luasnya dan ditutup serapat-rapatnya pintu neraka. Bulan Ramadhan merupakan bulan kita melipat gandakan amalan kebajikan kita serta melatih diri untuk sentiasa mentaati perintah Allah.
Jika diluar Ramadhan kita selalu menyalahkan syaitan dek kerana sentiasa menghasut manusia untuk melakukan kejahatan tetapi di Bulan Ramadhan ini Allah merantai syaitan-syaitan seperti mana sabda Rasulullah : Apabila datang Bulan Ramadhan maka akan dibuka pintu-pintu syurga, akan ditutup pintu-pintu neraka dan akan diikat syaitan-syaitan. [HR Muslim 1793]
Jadi jika di Bulan Ramadhan rutin maksiat kita masih berjalan seperti biasa dan masih lagi jauh dari Allah maka persoalan yang patut dikemuka dan difikirkan ialah : Siapa syaitan yang sebenarnya?.
Sumber: Nur Mohammad Hadi
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di