Dalam kesibukan kita  membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidliadha atau Raya Haji, usah lupa untuk mengambil peluang melakukan lebih amalan ibadat menjelang hari raya korban ini.

Biarpun ada antara kita belum berpeluang menunaikan ibadah haji, rukum Islam kelima pada tahun ini, namun kita masih tetap mampu mendapat manfaatnya iaitu berdoa waktu para jemaah haji wukuf di Arafah dan berpuasa Arafah.

Tinjauan daripada perkongsian beberapa media sosial, Majalah Keluarga nyatakan beberapa informasi yang berguna untuk kita siap sedia meraih pahala sempena hari wukuf pada hari ini.

Moga kita muhasabah diri menjadi mukmin terbaik.

Ikuti panduan ini:

Hari Ini Jemaah Haji Wukuf Di Arafah, Waktu Mustajab. Ini Himpunan 31 Doa Boleh Dibaca.

WAKTU WUKUF, MUSTAJAB DOA

Hari ini (8/7.2022), jemaah haji wukuf di arafah lepas zuhur dan waktu di Malaysia bermula 5:27pm hingga 12:27malam.

Sila ambil kesempatan untuk berdoa untuk kejayaan dan kebaikan dunia dan akhirat.

31 PERMOHONAN DOA

Marilah kita sama-sama berdoa sempena Wukuf di Arafah In Shaa Allah

Allahhumma Shollialla Muhammad waalla’ali Muhammad

  1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar – selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus

 

  1. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman.. yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.

 

  1. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw).

 

  1. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.

 

  1. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam ku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.

 

  1. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.

 

  1. Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Tetapkan hatiku di dalam islam dan ketaatan kepadamu. Selamatkan aku daripada kejahatan dan kesesatan.

 

  1. Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.

 

  1. Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi

 

  1. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.

 

 

  1. Ya Allah, masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.

 

  1. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaan Mu, kehebatan Mu dan kekuasaan Mu.

 

  1. Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw).

 

IKLAN
  1. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu

 

  1. Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.

 

  1. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.

 

  1. Oh Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.

 

  1. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.

 

  1. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.

 

  1. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.

 

  1. Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.

 

  1. Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.

 

  1. Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.

 

  1. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.

 

  1. Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.

 

  1. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.

 

  1. Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu..

 

  1. Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.

 

  1. Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.

 

IKLAN
  1. Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.

 

  1. Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari. Aamiin Aamiin Aamiin……

 

PUASA SUNAT ZULHIJJAH

PUASA TARWIYAH

(Hari Jumaat, 08 Zulhijjah / 8 Julai 2022)

PUASA ARAFAH

(Hari Sabtu, 09 Zulhijjah / 9 Julai 2022)

Puasa sunah Tarwiyah dan Arafah sangat digalakkan bagi umat muslim sedunia, agar kita dapat turut merasakan nikmatnya seperti yang dirasakan oleh para jemaah haji. Namun begitu, bagi jemaah haji sendiri haram hukumnya untuk berpuasa di hari Arafah 09 Zulhijjah.

 

Adapun yang dimaksudkan dengan puasa Arafah adalah (Mengetahui) puasa yang dilaksanakan pada hari Arafah yakni pada tanggal 09 Zulhijjah iaitu hari pada saat jemaah haji melakukan wukuf di padang Arafah.

 

Dan Puasa Tarwiyah adalah (merenung atau berfikir) puasa yang dilaksanakan pada hari tarwiyah yakni 08 Zulhijjah, hari sebelum hari wukuf.

 

Alangkah banyak keberkatan dan kebahagiaan yang Allah SWT berikan bagi orang yang menjalankan puasa Tarwiyah dan Arafah.

 

IKLAN

Semoga kita termasuk di dalamnya.

Hari Ini Jemaah Haji Wukuf Di Arafah, Waktu Mustajab. Ini Himpunan 31 Doa Boleh Dibaca.

NIAT Doa Niat Puasa Tarwiyah

ﻧﻮﻳﺖ ﺻﻮﻡ ﺗﺮﻭﻳﻪ ﺳﻨﺔ ﻟﻠﻪ ﺗﻌﺎﻟﻰ

“ Saya niat puasa Tarwiyah, sunat kerana Allah SWT Ta’ala.”

 

Do’a Niat Puasa Arafah

ﻧﻮﻳﺖ ﺻﻮﻡ ﻋﺮﻓﺔ ﺳﻨﺔ ﻟﻠﻪ ﺗﻌﺎﻟﻰ

“ Saya niat puasa Arafah, sunat kerana Allah SWT Ta’ala.”

Semoga amalan yang dikerjakan akan dapat keberkatan dan kebahagiaan dunia mahupun akhirat. Insya Allah.

 

Sumber: FB Perkongsian beberapa warganet & Zakat Malaysia

 

 

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

 

 

 

Hari Ini Jemaah Haji Wukuf Di Arafah, Waktu Mustajab. Ini Himpunan 31 Doa Boleh Dibaca.

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI