Benar, kita tidak tahu bagaimana ujian yang bakal kita tempuhi di hadapan kelak. Menyedari keadaan itu, pempengaruh dan usahawan, Hafiz Mahamad sentiasa bersikap terbuka dengan isterinya.
Malah kata Hafiz lagi, dia juga meminta isterinya, Syafiqah Aina untuk tidak terlalu mempercayai dirinya dan meminta telefon bimbitnya sentiasa diperiksa isterinya.
Semua ini dilakukan bagi mengelakkan isu kecurangan dalam rumah tangga mereka.
“Saya selalu beritahu Aina, ‘sayang, lelaki ini dekat mana-mana ujian dia adalah itu. Mungkin hati dia dan sebagainya. Tapi selagi abang bernafas, InsyaAllah akan jaga’.
“Saya cakap juga dekat isteri, kalau saya diuji macam itu, tolong tarik saya.
Ads
“Tapi saya usaha, kita tak tahu takdir Allah macam mana, ujian itu kita tak tahu dan sekuat mana orang lelaki itu boleh tempuh ujian itu,” katanya berkongsi.
Bahkan kata Hafiz lagi, dia sendiri sering berpesan kepada isterinya untuk tidak meletakkan kepercayaan yang terlalu tinggi buat dirinya.
“Walaupun saya hanya ada Aina, tapi saya selalu cakap dekat dia ‘jangan percaya sangat abang, kena check juga… phone kena check’. Yela, pekerja dan usahawan saya pun ramai wanita.
Ads
“Walaupun saya tak buat pun, tapi saya nak dia check telefon supaya sekurang- kurangnya ada perasaan takut,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Hafiz dan Aina yang mendirikan rumah tangga pada November 2017. Pasangan ini dikurniakan dengan dua orang cahaya mata.
Patutlah tak jumpa anak di sekolah, rupanya salah sebut nama. Begitulah situasi mendebarkan yang dilalui oleh seorang bapa apabila anaknya dikatakan’hilang’ di sekolah.
Biarpun kejadian itu sudah berlalu 4 tahun, bapa ini masih mengingati kejadian itu. Dia yang tidak sempat mengambil anaknya di sekolah telah meminta pertolongan rakannya untuk mengambil anaknya.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Namun akibat salah sebut nama, rakannya tidak menjumpai anaknya di sekolah berkenaan. Hakikatnya anak tidak ke mana-mana hanya berada di sekolah menunggu kedatangannya.
Coretannya itu meraih perhatian wargamaya hingga ada yang cemas membacanya. Ikuti lanjut perkongsian ini.
Ini anak perempuan saya, Ericka El Zehra. Hari ini 1 Ogos hari ulang tahun kelahirannya yang ke 12.
Sempena hari ulang tahun kelahirannya hari ini, ada 1 cerita yang meruntun jiwa saya selaku ayah beliau ingin saya kongsikan kepada kalian pembaca.
Terima kasih kerana membaca.
Kejadian berlaku sekitar tahun 2018, sewaktu Zehra darjah 2. Masa tu saya bertugas sebagai perisik dengan menyamar sebagai pemandu teksi.
Hari Khamis, lepas turunkan dia di sekolah dalam jam 12 tengah hari, saya dapat penumpang pi airport. Dah turunkan penumpang kat airport saya pun terus masuk line Q untuk dapatkan penumpang yang keluar dari airport. Bajet saya mungkin jam 5 dapat la penumpang yang nak hala ke KL.
Kira sempat la nak pick up dia balik dari sekolah. Sekali, penumpang yang saya dapat tu nak pi Klang. Masa tu tak ada pulak penumpang lain yang nak pi KL. Kalau ada boleh swap dengan penumpang teksi lain. Tapi biasanya gagal main swap swap ni sebab jarang ada teksi yang sukarela nak pi Klang, melainkan rumah pemandu teksi tu belah-belah hala ke Klang.
Dah tak ada pilihan lain terpaksa juga ambil penumpang nak ke Klang tu. Masa tu memang tak sempat dah nak rushing balik sebelum 6.30 petang. Dalam perjalanan ke Klang tu mesej ke cikgu Zehra, minta cikgu maklumkan ke dia yang saya tak boleh ambil dia balik sekolah, sebaliknya kawan saya yang akan datang jemput dia.
Dalam masa yang sama mintak juga nombor fon Pak guard dari cikgu. Lepas tu cikgu reply kata ok dan cikgu forward nombor Pak Guard.
Lepas turun penumpang dekat Klang, nak setting cun cun ni. Call Pak Guard, cakap kawan saya akan jemput anak saya. Minta Pak Guard tolong tengokkan anak saya.
Lepas tu saya hantar gambar anak dekat Pak Guard melalui wasap. Kemudian call kawan minta tolong pick up anak saya. Tapi masalahnya kawan saya tak pernah pulak tengok anak saya. Saya pun bagi la gambar dekat wasap dia.
Lepas setting semua ok, saya berasa sedikit lega. 6.30 petang kawan saya wasap, cakap tak jumpa anak saya. Saya cakap ke dia tunggu sekejap sebab anak saya tu lepas habis kelas dia suka meronda dulu dalam sekolah dengan kawan dia.
6.40 petang kawan saya call, cakap anak saya tak ada dekat sekolah. Dia pass fon ke Pak Guard, Pak Guard pun cakap anak saya tak ada dekat sekolah. Saya dah menggelabah.
Bini saya?? Dia tak terlibat sebab dia dekat kelas Perkim. Kalau bagitahu dia, keadaan akan jadi semakin tak terkawal.
Sambung balik. Bayangkan, 6.40 petang saya melekat dekat Federal Highway. Saya dalam kereta dah meraung macam nak gila. Macam mana Zehra boleh tak ada dekat sekolah? Dia ikut siapa? Tak boleh nak explain dah macam mana perasaan masa tu.
Dipendekkan cerita. Lebih kurang jam 7 lebih saya sampai di sekolah. Ternampak Pak Guard dan kawan saya sedang berbual di luar pagar sekolah. Berdecit tayar teksi saya brek depan pagar. Lantas mendapatkan mereka berdua.
Belum lagi saya sempat saya buka mulut untuk mulakan perbualan, terdengar suara kanak-kanak dari belakang pondok guard.
“…Yeaaaa ayah kite dah sampai…”
Suara Ericka El Zehra.
Pak Guard dan kawan saya tercengang.
“.. Tadi Pakcik tanya kamu, kamu nama Zahra ke, kamu cakap ‘tak’…kenapa??” Soal Pak Guard kepada Zehra.
Dengan muka blur, hidung kembang kempis, Zehra pun balas, “..Kan name saye Zehra. Eje Z E H R A, ZEHRA. Tapi pakcik cakap ZAHRA, haa Z A H R A. Kan tak sama bunyinye, ZEH dengan ZAH tak same la..haa bukan saye la tu..”
Kami bertiga tepuk dahi.
Dalam kereta (teksi) dia sambung lagi.
“..Tadi kan Zehra dengan kawan kita orang sama-sama la tolong Pakcik Guard cari pelajar nama ZAHRA tu. Sampai dalam tandas kita orang cari, panggil ZAHRA ZAHRA ZAHRA tapi takde pun..”
Petola ni orang tua jer minat. Budak budak muda tak berapa suka. Nak masak pun tak tak susah. Paling mudah masak air saja. Letak udang sikit. Siap!
Ikuti perkongsian, Pakar Otak Dr Rizal mengenai khasiat petola dalam masakan anda. Jangan buat main, walapun masak simple je, khasiatnya memang superb!
Khasiat petola
Mungkin kalau orang tahu bab nutrien petola baru minat nak makan. Siapa sangka kan petola ni kaya dengan:
1) Vitamin A
.
2) Riboflavin
.
3) Vitamin B
.
4) Manganese
.
5) Potassium
.
6) Vitamin C
.
7) Magnesium
.
8)Kalsium
Selain tu petola juga sarat dengan anti oksida phenolic macam carotenes, lutein dan crypto-xanthins. Semua ni penting untuk baiki sel dalaman.
Kajian sebut vitamin A bagus untuk kesihatan mata. Terutama musim anak anak mengadap gajet berjam jam setiap hari.
Manganese pula penting hasilkan enzim pencernaan bantu diabetes. Enzim ni yang bertanggungjawab dalam proses yang dinamakan sebagai gluconeogenesis. Ia bantu hasilkan insulin dan kuatkan mitokondria dalam tubuh.
Kalau ada sakit sendi boleh cuba makan petola. Kajian sebut petola boleh redakan arthritis.
Kalau nak kulit cantik boleh juga try petola ni. Vitamin C dalam petola tinggi. Kalau rajin migrain pun bagus ambil petola. Sebab banyak magnesium natural.
.
Boleh cuba. Bermesra dengan yang alami. Jadikan makanan sebagai ubat. Jom jihad sihat!
KELUARGA TALK: Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridzwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Terkini: E-TOUR KE FARM IN THE CITY. ENJOY!
MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.
MedicKeluarga: Obesiti dalam keluarga atasi cara selamat.
MedicKeluarga: Berapa lamakah luka jahitan czer atau caesarean akan pulih? Bilakah masa sesuai untuk memulakan hubungan intim?
MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kediaman yang dihiasi hamparan permaidani memang nampak menarik, kemas dan cantik. Namun, agak leceh untuk menjaganya, lebih-lebih lagi jika anda mempunyai anak kecil. Pantang leka susu tertumpah, terkena air kencing dan sebagainya lagi.
Nak mencucinya bukan mudah, jika mahu hantar ke dobi mahal dan leceh untuk mengangkutnya. Jika dibiarkan boleh menjejaskan kesihatan seisi keluarga dek habuk dan kotoran yang melekat padanya.
Selain menggunakan khidmat dobi, sebenarnya ada banyak cara yang boleh kita lakukan sendiri demi memastikan permaidani atau karpet kita terjaga dengan cantik tanpa habuk yang memudaratkan kesihatan. Boleh buat sendiri saja di rumah. Karpet pun nampak sentiasa cantik, bersih dan tidak cepat rosak.
Langkah-langkahnya:
1. Bersihkan permaidani sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dengan menggunakan penyedut debu atau vakum.
2. Cuci permaidani menggunakan sabun khusus sekurang-kurangnya enam bulan sekali bagi menghilangkan bau hapak dan mengembalikan kesegaran.
3. Elakkan permaidani daripada terdedah kepada sinaran matahari langsung kerana ia akan memudarkan warna pada permaidani.
4. Ubah kedudukan permaidani dua atau tiga bulan sekali. Dengan cara ini, bahagian yang kerap dipijak atau menjadi laluan akan berganti kedudukan.
5. Untuk menghilangkan bau hapak pada permaidani, ambil sedikit serbuk soda dan taburkan di atas permaidani. Biarkan selama kira-kira setengah jam dan bersihkan mengguna vakum.
6. Jika bau lebih teruk atau sisa makanan atau cecair, larutkan 20ml cuka dalam campura air secukupnya kemudian cuci.
7. Cuci dengan cara mengelap menggunakan kain yang dibasahkan dengan larutan tadi. Elak menggunakan berus. Bersihkan kotoran atau bau secepat mungkin kerana semakin lama ia dibiarkan, semakin sukar untuk membersihkannya.
8. Bagi permaidani baru, pastikan tempat dan permaidani benar-benar bersih sebelum dipasang atau dibentangkan bagi mengelak kesan sampingan seperti alahan.
9. Permaidani yang dipasang melapisi keseluruhan ruang, pastikan terlebih dahulu pengudaraan persekitaran ruang benar-benar dalam keadaan baik. Buka pintu atau tingkap jika perlu. Pastikan juga ia tidak berdekatan punca lembap seperti berdekatan bilik air atau tempias hujan. Elakkan menggunakan ruang berkenaan sekurang-kurangnya tiga hari selepas pemasangan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.