Kehilangan anak yang disayangi nyata memberi kesan mendalam dalam hidup ibu dan ayah. Apatah lagi bila pemergian anak tersebut berlaku di depan mata tanpa kita sendiri mampu untuk membantu anak di saat yang sukar tersebut. Pun begitu, apa lagi daya yang boleh dilakukan oleh seorang ayah ini, bila mana anak yang sering menemaninya menemui ajal akibat diseret lembu sejauh 50 meter.
Ini sebagaimana memetik laporan di Harian Metro, Raja Abdul Wafi, 6, maut akibat diseret lembu sejauh 50 meter, di Kampung Rahmat, Jeli, jam 6.40 petang semalam.
“Lembu itu sudah seperti rakan karib anak, dan menjadi binatang kesayangannya sejak dua tahun lalu.
“Saya tidak sangka ajalnya berakhir disebabkan lembu berkenaan,” luah Raja Hishamuddin Raja Yusuf, 29.
Lelaki itu adalah bapa kepada Raja Abdul Wafi, 6, yang maut akibat diseret lembu sejauh 50 meter, di Kampung Rahmat, Jeli, jam 6.40 petang semalam.
Bapa kepada dua cahaya mata itu berkata, sudah menjadi rutin setiap hari anak sulungnya itu akan mengikutnya ke padang untuk mengambil lembu peliharaannya.
“Setiap petang kami berdua akan bersama-sama ke padang mengambil 13 ekor lembu yang ditambat di lokasi berkenaan kira-kira satu kilometer dari rumah.
Gambar Hiasan : Photo by Lê Tân on Unsplash
Walau Sedih Namun Reda
“Lembu itu memang menjadi kesayangan anak saya kerana sudah dua tahun kami menjaganya sejak Abdul Wafi berusia empat tahun,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Katanya, ketika kejadian seperti biasa dia akan mencabut tunggul lembu berkenaan serta yang lain untuk melepaskannya, sementara dia dan Abdul Wafi akan mengikut dari belakang dengan motosikal.
“Bagaimanapun ketika itu, saya yang berada tidak jauh dari lokasi tiba-tiba terkejut melihat Abdul Wafi sudah diseret lembu berkenaan, namun saya tidak boleh mengejarnya kerana bimbang lembu berkenaan lari lebih laju.
Ads
“Saya tidak tahu bagaimana lembu berkenaan boleh lari, mungkin ketika itu anak saya sedang bergurau dengan lembu itu menyebabkan binatang itu berlari dalam keadaan tali terbelit pada kaki Abdul Wafi.
“Saya hanya menghampiri anak selepas lembu berkenaan berhenti berlari dan ketika itu Abdul Wafi sudah tidak sedarkan diri,” katanya sambil menahan sebak.
Raja Hishamuddin berkata, walaupun sedih dengan kehilangan mengejut anak kesayangannya itu, namun dia reda dengan ketentuan takdir.
Merajuk Jika Tak Bawa
“Sejak kebelakangan ini Abdul Wafi begitu prihatin terhadap lembu berkenaan dan jika saya ke padang tanpa membawanya, dia akan mengamuk serta merajuk.
Ads
“Lembu itu juga sangat jinak dengan anak saya dan apa yang berlaku itu memang mengejutkan kami sekeluarga.
“Malah sehingga kini keadaan emosi isteri saya masih tidak stabil, lebih-lebih lagi dalam keadaan mengandung,” katanya sambil memaklumkan jenazah anaknya dikebumikan di Tanah Perkuburan Air Lanas, Jeli.
Dalam kejadian jam 6.40 petang semalam, Raja Abdul Wafi meninggal dunia di Hospital Jeli akibat kecederaan parah di kepala berikutan diseret lembu sejauh 50 meter.
Kejadian berlaku ketika mangsa ke lokasi kejadian bersama bapanya untuk mengambil lembu peliharaan mereka.
Tular di media sosial premis gedung pasaraya besar Mydin “dirompak” oleh mangsa banjir susulan kekurangan bekalan makanan dan sebagainya dan kekangan mendapatkan bantuan asas.
Ekoran daripada Itu, Pengarah Urusan Mydin Holdings Berhad, Datuk Ameer Ali Mydin menghalalkan mereka yang melakukan perkara tersebut demi kelangsungan hidup.
Dalam satu kenyataan hari ini, Ameer menjelaskan beliau tidak menyokong perbuatan mencuri, namun dalam keadaan darurat, mungkin mangsa banjir tiada pilihan dan terpaksa melakukan perbuatan tersebut.
“Saya ingin memberi maklum balas mengenai insiden pecah masuk ke premis Mydin Mart yang hangat dibincangkan di media sosial, media tempatan dan sebagainya.
“Sejujurnya saya tidak menyokong perbuatan mencuri, namun dalam keadaan darurat mungkin mereka tiada pilihan dan terpaksa melakukan perbuatan tersebut demi kelangsungan hidup.
“Dengan seikhlas hati, saya menghalalkan mereka yang melakukan perbuatan tersebut dengan niat meneruskan kelangsungan hidup akibat bantuan yang tiba lambat dan bukan dengan niat yang sebaliknya,” jelasnya.
Dalam masa yang sama, beliau turut menzahirkan rasa simpati dengan insiden bencana banjir teruk yang melanda terutama ketika negara masih bergelut dengan pandemik COVID-19.
Cawangan Mydin Mart, Sri Muda, Shah Alam turut musnah akibat banjir pada 18 Disember 2021 dan mengakibatkan kerugian jutaan ringgit.
Beliau turut memohon rakyat Malaysia untuk memanjatkan doa kepada Allah SWT agar mangsa terselamat dan bencana banjir dan pandemik pulih seperti biasa.
Nak cantik jawapannya mudah sahaja. Kena rajin. Kalau malas guna produk mahal pun tetap tidak berguna.
Lebih-lebih lagi bagi anda yang sudah bersuami jangan malas usahakan pelbagai cara untuk kekal cantik. Bukan cantik sahaja tetapi paling penting kita kena jaga kesihatan
dalaman untuk diri kita sendiri.
Rutin wajib yang semua wanita kena amalkan salah satunya adalah mengamalkan jus detoks. Jus detoks rahim pula adalah bonus untuk wanita.
Suami pun tumpang sekali gembira. Mana taknya, selain dapat bersihkan rahim, miss v juga bertambah ketat dan tak berbau lepas amalkan jus detoks ringkas ni.
Cuba amalkan resepi homemade yang ringkas ini setiap kali lepas haid. Resipi ini dikongsikan oleh Fyza Shah.
Tak sukar nak buatnya, campakkan kesemua bahan dalam periuk dan biarkan mendidih
sahaja. Senang!
Bahan-bahan:
3 inci halia
3 inci kunyit
2 batang serai
2 helai daun pandan
3 biji manjakani
Air asam jawa sikit
Gula merah atau boleh ganti madu atau gula batu
Caranya:
1. Rebus semua herba dalam periuk hingga airnya bertukar warna kuning.
2. Tambahkan air asam jawa dan gula merah.
3. Biarkan mendidih sekejap dan tutup apinya.
4. Biarkan air rebusan menjadi suam dan terus diminum.
Lebihannya bolehlah disimpan di dalam peti sejuk. Jangan takut untuk amalkan jus ini kerana rasanya tidak pahit malah baunya juga harum disebabkan ada
serai dan daun pandan.
Mahu lebih hebat lagi, anda juga disyorkan untuk tambahkan daun sireh atau daun kencur. Bagi ibu yang menyusu pula, boleh tambahkan sedikit halba atau
habbatus sauda. Selamat mencuba!
Kehilangan juruukur di Pelabuhan Johor yang dalam perjalanan dari kediamannya di Kemaman, Terengganu ke Pasir Gudang pada Ahad terjawab, selepas kenderaan yang dinaikinya ditemui dalam gaung.
Kenderaan yang dipandu mangsa, Zahari Zakaria, 62 ditemui di Kilometer 25 Jalan Kota Tinggi – Mersing pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edrward Nuing berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam pada pukul 9.10 pagi yang ternampak kereta Perodua Myvi berwarna biru itu di dalam gaung berkenaan.
“Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Mersing telah terima makluman dari orang awam menyatakan terdapat sebuah kereta berwarna biru telah terbabas dan jatuh ke dalam gaung di laluan tersebut.
“Mangsa Zahari Zakaria, 62 telah dilaporkan hilang oleh anak mangsa sehari selepas pergerakan beliau dari Kemaman, Terengganu ke arah Pasir Gudang. Mangsa tidak dapat dihubungi setelah 24 jam dan anak mangsa telah membuat laporan polis.
“Dalam kejadian Ahad lalu mangsa dipercayai telah terbabas ketika melalui jalan jenis selekoh di laluan tersebut,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Jelas Edward Nuing, akibat kemalangan itu kenderaan mangsa telah terbalik di tempat kejadian dan mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pakar perubatan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana cuai memandu dan menyebabkan kemalangan maut.
“Kes masih dalam siasatan polis. Pihak polis menasihatkan pemandu jalanraya lebih peka terhadap pemanduan ketika melalui jalan gelap, cuaca hujan dan berselekoh agar kemalangan dapat dielakan,” katanya.
Sebelum itu, Siti Nurfaezah Zahari dilihat memuat naik posting meminta bantuan untuk kesan si ayah yang tidak dapat dihubungi selepas bergerak dari Kemaman ke Johor Bahru semalam dengan kereta.
Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, dengan menggunakan kod KELGST5 di sini
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di