Sekian lama hidup bersama dengan suami tentunya kita terus mengharapkan kebahagiaan yang dirasai terus berkekalan. Saling sayang menyayangi dan berlembut hati di antara satu sama lain jika ada berselisih pendapat.

Pun begitu, tidak dinafikan kadang kala dipihak suami ada egonya dan bagi mengelakkan berlaku ketegangan elok kiranya sedari awal sebagai isteri lakukan 3 amalan yang dikongsikan ustaz ini agar hati suami dapat dilembutkan.

Ini perkongsiannya.

Mak pesan, nak lembutkan hati suami ni banyakkan selawat untuk dia.

Selawat tu bukan panggil dia duduk depan muka, pastu panggil kawan semarhaban, palu kompang selawat! Bukan!

Ads

Cukup masa ingat suami, masa pandang suami selawatlah untuk dia.

Lembutkan Hati Suami, Lakukan Perkara Mudah Ni.

 

Ads

Kedua belajarlah minta pandangan suami. Walaupun kita sebagai isteri tahu semua benda, tanyalah pandangannya. Walaupun dalam perkara kecil.

Kalau suami buat tak tahu saja, takpe. Yang penting berkat tu kita dah dapat.

Dan last doakan kesalahan dia. Nampak je suami salah, doakan pada Tuhan.

Ads

Lembutkan Hati Suami, Lakukan Perkara Mudah Ni.

Mak kata,”Isteri bukan Tuhan nak ubah suami.”

Isteri ni tak ada kuasa yang Allah bagi dekat dia, tapi kelebihan yang Allah bagi pada isteri, redhanya pada suami dapat mengubah neraka menjadi syurga”

Sumber : Abu Hurairah Asifa

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI