Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Semenjak tercetusnya beberapa isu salah guna kebenaran rentas negeri, dilihat pihak berkuasa kini semakin mengetatkan syarat dan hanya memberi kelulusan pelepasan bagi urusan yang mendesak seperti kematian, kecemasan serta pasangan PJJ.
Pun begitu, ramai akui walau ada dokumen-dokumen sokongan dilampirkan bagi membuktikan adanya hal kecemasan, namun ada juga yang sukar mendapatkan pelepasan rentas negeri.
Ini sebagaimana pengalaman yang dilalui sendiri oleh seorang anak yang dikenali sebagai Aida Najwa, berkongsi ceritanya yang pernah cuba memohon kebenaran rentas negeri atas alasan abah di kampung tidak sihat dan abah meminta untuk dibawakan ke hospital untuk mendapatkan rawatan dialisis. Namun permohonan ditolak hingga perginya abah ke negeri abadi tanpa sempat untuk dia bersua muka.
Sungguh, saat membaca perkongsian luahan hati Aida Najwa ini cukup menyentuh perasaan. Ada yang sedih, pilu dan tidak kurang juga ada yang marah dan terkilan. Bermacam-macam perasaan dirasai oleh warganet.
Untuk itu, bersama kita sedekahkan alfatihah untuk abah Aida Najwa, almarhum Nasir Nordin semoga ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman, amin.
Ini dia perkongsian penuh dari Aida Najwa.
16 Ramadhan 1442H
اِنّا لِلّٰهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَاجِعُوْن
Perginya Abah. Ke negeri abadi. Selamanya.
Abah yang sakit tapi masih mampu untuk bergurau senda dengan anak2. Sungguh, along rindukan Abah.
Setiap kali lepas solat, bibir Abah tak pernah lekang mendoakan anak2 dan keluarganya. Tiap kali call, tak pernah miss ‘I love you’ sebelum end call. Selalu call tanya khabar kami. Duit cukup tak? Makan apa tadi? Waa sedap nyaa. Nanti boleh la masakkan untuk Abah. Aku rindu semua tu.
Aku sangat terkilan sebab tak dapat jumpa Abah minggu lepas. Hari Sabtu Abah call. Abah kata ‘Along, tolong hantar abah pergi hospital. Abah kena betulkan tapak dialisis. Jarum tu dah tercabut. Pusat dialisis ni tak boleh buat dialisis’
Ads
Aku pun kata ok. Sebab aku ada kat KL, so aku kena la pergi mohon interstate travel dari polis. Aku sampai je pondok polis, polis tanya ‘Cik nak pergi mana?’
Aku pun jawab saya nak amik Abah saya dari pusat dialisis kat Nilai lepastu nak bawak pergi hospital kat Seremban. Masa tu aku belum dapat surat refer ke hospital. So tak dapat nak tunjuk polis. Cuma aku cakap nak amik Abah dari pusat dialisis lepastu nak hantar hospital. Aku mengharapkan polis faham. Sebab dialisis ni sangat penting untuk kelangsungan hidup. Hidup mati Abah.
Ok lepas tu polis tanya ‘selalu siapa hantar dan amik?’ Aku cakap makcik saya. Then polis cakap ‘habis tu makcik mana? Dah mati?’
Allah je tahu rasa hati macam mana. Kau dah la taknak bagi orang rentas negeri walaupun bagi aku, tu satu kecemasan. Pastu soalan pun nak tanya dengan biadab. Aku cuba sabar sebab aku kat balai polis. Kang apa apa, susah.
Aku pun cakap ‘makcik saya ada kecemasan jadi dia balik kampung. Jadi dia minta saya tolong minggu ni’.
Aku tolong Abah pun bukan selalu. Mmg selalu makcik yang hantar dan amik Abah dari pusat dialisis tu. Sekali sekala bila aku free and nak ringankan beban dia, polis tak lepaskan. Itu Abah kandung aku. Bukan orang lain. Memang patutnya jadi tanggungjawab aku adik beradik untuk jaga Abah. Tapi yang aku dapat hanyalah perli manusia yang tak memahami.
Ads
Ok pastu polis cakap ‘awak takde adik beradik lain ke yang boleh tolong?’ Aku jawab ‘Tak. Adik saya kerja. Satu lagi tak boleh drive’.
Polis pun dengan selamba ‘Kalau tak pandai drive, takkan book grab pun tak pandai?’ Ya Allah aku rasa nak lempangkan aje polis ni. Aku masih sabar. Aku cakap ‘Encik, Abah saya OKU. Susah sikit nak jalan’. Pada fikiran aku, apalah salahnya bagi anak yang buat tanggungjawab tu? Bukan nak jalan2. Nak membantu Abah untuk tujuan perubatan..
Polis pun sambung ‘Takde jiran ke yang boleh tolong?’ Aku terkebil2 pandang polis tu. Macam tak percaya dia boleh suruh jiran instead of anak sendiri. Aku bukan tak lampirkan bukti Abah sakit. Aku print surat dialisis Abah, IC Abah, kad OKU Abah.. Semua aku bagi. Tapi tak dapat jugak.
Polis pun cakap ‘Awak tak boleh rentas negeri lah dik. Bukti tak cukup kukuh’.
Aku rasa sedih gila. Plus hampa dengan layanan polis yang seakan memandang rendah urusan aku. Pastu aku call Abah. Aku kata Abah, sorry tak dapat balik minggu ni. Tak dapat hantar abah pergi hospital. Polis tak bagi. Abah merajuk. Abah kata sukatilah. Aku sedih sebab abah merajuk untuk benda yang bukan salah aku.
Ads
Dan akhir sekali, aku tak dapat pun jumpa Abah sampai lah akhir hayat dia…
Betul lah orang cakap. Zaman sekarang ni. Nak jumpa mak ayah walau mereka sakit pun tak boleh. Dah meninggal baru dapat jumpa.
Dapatlah aku jumpa Abah yang dah kaku. Yang roh dah terpisah dari jasad. Yang tak mampu bercakap dan bergelak ketawa lagi. Yang dibalut dengan kain serba putih dari hujung kaki hingga ke hujung kepala.
Memang aku tahu jodoh ajal semua Allah dah tentukan. Cuma aku sedih sebab tak dapat nak ada dengan Abah di saat saat akhir dia. It would be different if I have met him last week, takde la aku rasa macam ni sangat.
Apa yang mampu aku lakukan sekarang hanyalah berdoa untuk Abah dan memperbaiki diri. Moga kebaikan Abah menjadi asbab untuk Abah ditempatkan di Syurga Allah. Perginya pada bulan mulia, bulan Ramadhan.
Untuk keluarga yang dah susah payah jaga Abah, along ucapkan terima kasih banyak2. Along takkan mampu balas jasa semua. Hanya Allah yang boleh membalas segala kebaikan kalian. Along juga minta maaf sebab tak mampu nak bagi komitmen 100%, terpaksa serahkan tanggungjawab ni kepada ude Iza dan keluarga.
Moga Abah tenang di sana. Along sentiasa doakan Abah. Along cuba kuat untuk adik2. Berehat lah. Along sayang Abah.
Moga kita berjumpa di Syurga kelak. Al Fatihah.
Nasir bin Nordin
28-06-1969
28-04-2021
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya. Bukan mudah menggalas tangungjawab sebagai ibu bapa untuk menjaga anak yang mengidap penyakit kronik, terutama yang berdepan pada tahap akhir. Selain tetap terus berusaha merawat penyakit, doa menjadi ayat keramat dipohon agar diberi kesembuhan olehNya.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Begitulah ujian hidup yang perlu dilalui oleh pasangan suami isteri, Mohammad Azhar Arzemi, 30 dan Nurul Izzati Adawiyah Mohd Zaidi, 25, dalam menjaga anaknya Bilal berusia dua tahun yang menghidap Alobar Holoprosencaphly iaitu kecacatan tempurung kepala. Lebih-lebih lagi kini penyakit yang ditanggung oleh anaknya itu memasuki tahap akhir.
KEPALA BILAL MEMBESAR
Berat derita ditanggung Mohammad Bilal Yusra Mohammad Azhar yang menghidap Alobar Holoprosencaphly iaitu kecacatan tempurung kepala berikutan penyakitnya semakin kronik.
Bapanya, Mohammad Azhar Arzemi, 30, berkata, penyakit anaknya yang berusia dua tahun dan mesra disapa Bilal berada pada tahap akhir dan kepalanya juga semakin membesar dengan kini mencapai berat 28 kilogram.
Bilal memerlukan penjagaan rapi yang menyebabkan Mohammad Azhar mahupun isterinya, Nurul Izzati Adawiyah Mohd Zaidi, 25, tidak dapat bekerja tetap walaupun kesempitan wang.
PELBAGAI MASALAH KESIHATAN LAIN
Lebih menyedihkan, Mohammad Azhar berkata, Bilal juga ada masalah jantung berlubang selain tidak dapat melihat dan sumbing sejak lahir.
“Sebelum ini, tangan dan kaki Bilal kerap bergerak tetapi kini dia tidak lagi aktif macam dahulu.
“Bilal juga semakin kerap menangis pada waktu malam kerana kepalanya semakin membesar, jadi saya dan isteri memang ‘tidur ayam’ sahaja kerana perlu bergilir-gilir memantau keadaannya.
“Sebagai ayah, saya sedih lihat keadaannya menanggung derita itu pada usia kecil. Kalau boleh biar saya yang sakit, jangan dia,” katanya ketika dihubungi, semalam.
KOS PERBELANJAAN BULANAN TINGGI
Menurutnya, setakat ini dia ada menerima bantuan bulanan zakat sebanyak RM200 selain RM500 sebulan sumbangan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Bagaimanapun jumlah diterima itu tidak mencukupi kerana kos perbelanjaan bulanan Bilal sahaja dianggarkan mencecah RM2,500.
“Saya pernah bekerja sebagai tukang rumah manakala isteri pembantu di klinik pakar kulit.
“Bagaimanapun kami terpaksa berhenti dan tidak lagi bekerja sejak Bilal lahir.
“Sumber pendapatan kini hanya daripada jualan barangan makanan sejuk beku namun pendapatan kini agak teruk dan adakalanya tidak cukup.
“Kami sampai ke tahap jual barangan peribadi dan barang rumah untuk dapat duit kerana malu untuk minta sumbangan orang.
“Tak banyak yang kami dapat tetapi ada juga hasil untuk langsaikan sewa bulanan rumah sebanyak RM350 dan membeli keperluan Bilal terutama susu walaupun harganya mahal,” katanya.
TEMPUH DENGAN CEKAL
Mohammad Azhar berterima kasih kepada mereka yang pernah menyumbang kerana prihatin dengan Bilal dan mahu meringankan keluarganya.
“Terima kasih sangat saya ucapkan, hanya Allah sahaja dapat membalas jasa kalian.
“Cuma saya kesal apabila ada scammer (sindiket penipuan) ambil kesempatan menyalahgunakan gambar hingga tiada lagi yang menziarahi Bilal kerana menyangka dia sudah meninggal dunia.
“Mereka yang lakukannya mungkin tidak rasa apa kami lalui tetapi apa boleh buat, ini semua dugaan yang kami perlu tempuh dengan cekal demi anak,” katanya.
Orang ramai yang berhasrat membantu boleh menghulurkan sumbangan ke akaun bank CIMB milik Azhar, 7047468689.
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Akmal Nizam Salleh menerusi satu hantaran di Facebook tampil menceritakan rumah yang dibelinya telah dicuri individu yang tidak bertanggungjawab. Difahamkan, dia telah membayar rumah kayu berkenaan.
Kejadian tersebut berlaku penghujung bulan Disember tahun lalu. Alangkah terkejutnya setelah mendapati rumah yang dibelinya hanya tinggal tangga batu sahaja.
KISAH ANGAN2 TAK MENJADI Pertengahan tahun 2021 saya beli rumah kayu ni utk dibuka dan pasang semula di kebun. 3 hari lepas saya bersama sekumpulan tukang pergi utk buka. Malangnya dah tinggal tangga batu sahaja, rumahnya di curi orang… Zaman banjir ni bukan setakat microwave ja org curi, Rumah pun orang boleh curi… Semoga Allah gantikan yang lebih baik… Aminnn
Laporan polis
Menurutnya laporan polis telah dibuat dan meminta pertolongan sekira ada mengetahui mengenai kejadian itu.
Dia juga berharap kejadian itu ada hikmah yang baik. Dalam pada itu, warganet meluahkan rasa pelik kejadian yang menimpa lelaki itu. Bagaikan tidak masuk dek akal, rumah pula yang dicuri!
KISAH ANGAN2 TAK MENJADI Pertengahan tahun 2021 saya beli rumah kayu ni utk dibuka dan pasang semula di kebun. 3 hari lepas saya bersama sekumpulan tukang pergi utk buka. Malangnya dah tinggal tangga batu sahaja, rumahnya di curi orang… Zaman banjir ni bukan setakat microwave ja org curi, Rumah pun orang boleh curi… Semoga Allah gantikan yang lebih baik… Aminnn
Sebelum kecurian
Selepas kecurian
Pelbagai spekulasi yang diberikan oleh warganet.
Luahan lelaki berkenaan itu dinyatakan di grup RKRDP MALAYSIA (Rumah kebun / rumah dusun / dangau / pondok Malaysia) telah mengundang pelbagai spekulasi yang dinyatakan oleh warganet.
Mereka seakan tidak keruan dan tidak percaya rumah kayu kena curi! Antaranya ada yang mengatakan ia dihanjutkan oleh banjir dan ada pihak ketiga.
Malah ada yang mencadangkan membina yang baru seperti rumah asal, namun pemilik mengatakan kos akan menjadi tiga kali ganda dan bentuk dengan air tangan tukang lama tidak sama. Berikut antara komen warganet.
UPDATE TERKINI
Update terkini daripada milik menjelaskan bahawa dengan bantuan sahabat dan anggota polis, kejadian itu dapat diselesaikan.
Menurutnya rumah berkenaan hilang namun duit pembelian dipulangkan kembali. Pada masa yang sama dia juga turut mendapatkan rumah kayu baru lain sebagai pengganti.
Moga urusah saudara ini dipermudahkan.
UPDATE RUMAH DAN PELAKU DAH DAPAT DENGAN BANTUAN SAHABAT2 DAN ABAM PULIS. RUMAH DAN KAYU LEBUH, DUIT DAPAT BALIK FULL.. setelah lebih 3 tahun mencari, alhamdulillah dapat yg terbaik, cuma belum rezki untuk dibawa ke kebun dan pasang sudah dicuri orang… Mohon doa dari sahabat2 dalam group ni doakan saya dapat yg lebih baik. Pagi ni sy cucuk booster, lepas zohor InsyaAllah nk g tgok rumah kayu di hujung Kampung, doakan barang cun dan dapat dibeli dgn harga yg berpatutan
Buat kudapan makan sambil menonton atau berborak, tak sedar boleh habis sebalang ni. rasanya yang spicy di tambah dengan kerangupan pasti buat anak-anak tertarik. Nah cuba resipi Kacang goreng crispy spicy dari puan Zita Samat
Sedap giler. Nah ada yg tnye resepi tadi. 3 bahan je.. Semudah ABC. 15 minit je siap bleh telan trus 🤣🤣
3 bahan utama :
-Kacang tanah ( basuh dan keringkan dlu )
-telur sebiji
-tepung bestari pedas
Cara membuat:
Gaulkan kacang dengan telur hingga rata
Masukkan tepung sikit demi sikit dan gaul rata
Panaskan minyak
Goreng dalam minyak panas , api sederhana
Rajin2 kacau supya masak sekata dan xhangus.
Angkat dan toskan minyak
Wajib biarkan sejuk dlu, dan tos minyak supaya rangup
Dah sejuk bru makan dan simpan dalam bekas kedap udara
Taraaaaaaa….. Untuk yg diet jangan buat ! Siyesss ni 🤣🤣🤣
Edit tambahan : boleh tambah sdikit gula kalau nk rs manis2.. Sy mmg xletak sbb nk mkn masin2 pedas… Tepung ni da masin ye jgn tmbah garam dah..
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di