Apabila menghantar permohonan kerja tentu kita tertunggu jawapan daripada majikan. Kita mesti tertanya-tanya bila akan mendapat respon untuk menghadiri sebarang temuduga.

Tapi tahukah anda, bahawa untuk satu jawatan dalam syarikat itu anda perlu bersaing dengan ramai calon yang berkelayakan.

Jadi kena pastikan langkah pertama menghantar permohonan anda kepada syarikat adalah memberikan’first impression’ yang sangat sempurna. Bukan sekadar ‘send’ email sahaja.

Sebenarnya banyak kesalahan yang menyebabkan permohonan anda di ‘reject’ terlebih awal oleh syarikat.

Menarik tentang kesalahan yang kerap dilakukan oleh pemohon, pengguna Twitter, Azlan Sulaiman berkongsi tip dan panduan agar pemohonan dihantar dengan sempurna.

Lepas Baca 100 Lebih Email, Lelaki Ini Kongsi Sebab Permohon Susah Dapat Kerja, Tip Ni Boleh Bantu Baiki ‘Resume’.

Lepas Baca 100 Lebih Email, Lelaki Ini Kongsi Sebab Permohon Susah Dapat Kerja, Tip Ni Boleh Bantu Baiki ‘Resume’.

 

IKLAN

Aku baru habis baca 100+ email org mintak kerja. Yg lepas for next phase less than 10. Now, aku tak pelik kenapa ramai freshies menganggur
Aku akan share common mistakes + tips; job application, pre-interview, interview & post-interview. So, PLEASE BACA & HADAM. Esp student social science, mass comm, arts/design & yg sama waktu dengannya.

Ini kesalahan yang tak patut buat

Mistake 1: Email
Apa cb ko guna email zaman myspace?  Send la guna proper email. Nak je aku ss tapi aib pulak kang kawan ko kenal haha. Jgn guna nama email pelik2 macam emokid77, gadiskudalamkoma or nama panggilan korg spt amirpendekjb!

Mistake 2: Surat Cinta
Dik, masa abang sangat berharga. Awak tulis permohonan kerja panjang2 macam nak mintak pengampunan kat YDPA. Tulis 2-line short intro da cukup. Let your CV & portfolio speak 🙂

IKLAN

Mistake 3: Takda Effort
Kosong! Takda intro, takda apa dia, dia just bagi 1 attachment; CV. Then, ada pulak sorang tu dia just “Here’s my resume”. Hurm, patutlah korang susah nak dpt kerja elok. Intro la sikit dik. Like “ASL?” then aku reply “21, Boy, Tawau” gitu…

Mistake 4: Spamming
Please jangan attach files or link satu2 kalau benda ko send tu lebih dari 5 file/link. Rimas aku tengok. Masukkan kat dalam PDF kemas sikit. Tak pun buat masukkan semua in 1 website link. Klu ko kat depan aku dah lama aku laga muka ko kat tetek sajat 

Mistake 5: File berat/Xboleh access/corrupted
Pls jgn send pdf size 40mb. Kan ada pdf compressor. Klu share GDrive, tkar la setting ke ‘All With Link Can View’. Klu file kat cloud, always check if file still okay, kadang2 dia corrupt. Senang cerita aku malas nak bazir data donlot

Mistake 6: Takda portfolio

Lepas Baca 100 Lebih Email, Lelaki Ini Kongsi Sebab Permohon Susah Dapat Kerja, Tip Ni Boleh Bantu Baiki ‘Resume’.

IKLAN

Klu awak tak share portfolio macam mana org nak tau awak boleh buat kerja ke tak? Takda exp kerja? No prob! Buat la portfolio mockup. MAKE SOME EFFORT. Klu ada exp kerja sambilan mcm design & event masukkan je. Paling best buat in showreel or pdf

Mistake 7: Keluar tajuk
Contoh, ko study mass comm tapi nak jadi lawyer. Tak kena kan? Make sure you know the job scope & requirement. Klu ko dari aliran lain, please tunjuk portfolio yg ko pernah or boleh buat kerja tu. Jangan main send je. Maybe ni bukan rezeki ko. Takpe :’)

Mistake 8: Takda reference
Ko gebang ko hebat, boleh terbang, cepat belajar, itu ini, tapi tak lampirkan reference; lecturer & majikan ko sebelum ni. Then, macam mana aku nak tau ko blh terbang ke tak? And please bagitau kat dorang ko letak dorg as reference kat CV ko okay 🙂

Mistake 9: Grammar
If grammar ko so-so but understandable then we’re cool. Tapi kalau ko sendiri tak faham apa yg ko baca, please mintak tlg kat kawan yg terer BI check grammar kat ‘job application template’ korang and cover letter (klu ada). Jgn lupa belanja kawan makan okay!

Mistake 10: Kurang kelayakan
Know your skills & exp. Jgn apply position yg jauh dari kemampuan korg. Klu tak pasti, buat research dulu, position tu kat industri tu buat apa je. Apa skill and work exp yg ko perlu ada. Mampu? Apply. Non mampu? Cuba position lain
Ok that’s all for tonight. Banyak lagi mistake tapi ni antara yang aku jumpa masa check over 100+ job application semalam. Esok, aku akan share tips macam mana nak land a job. Trust me, it’s going to add % of you to land a job. Stay tuned.
Ok guys. Malam ni kita sambung pre-interview pulak; resume, cover letter, portfolio. Mungkin cara sesetengah org lain. Tapi ni cara aku 🙂
Resume microsoft office is so 1990. Steal the spotlight with your creative resume. Ni antara contoh yg ada. Buat simple je not too flashy. Tak reti design? Upah orang or beli template. Nak free pun ada tapi kena rajin cari. Google ‘Free creative resume template’

Contoh resume  

Lepas Baca 100 Lebih Email, Lelaki Ini Kongsi Sebab Permohon Susah Dapat Kerja, Tip Ni Boleh Bantu Baiki ‘Resume’. Lepas Baca 100 Lebih Email, Lelaki Ini Kongsi Sebab Permohon Susah Dapat Kerja, Tip Ni Boleh Bantu Baiki ‘Resume’. Lepas Baca 100 Lebih Email, Lelaki Ini Kongsi Sebab Permohon Susah Dapat Kerja, Tip Ni Boleh Bantu Baiki ‘Resume’. Lepas Baca 100 Lebih Email, Lelaki Ini Kongsi Sebab Permohon Susah Dapat Kerja, Tip Ni Boleh Bantu Baiki ‘Resume’.

Masa aku fresh grad dulu, aku pg career fair kat Mid Valley. Aku perasan takda org lain submit creative resume. Masa aku submit resume aku, almost semua staff kat booth ambil & tengok. Siap gali balik & ignore resume lain haha. Sbb menarik perhatian kot.
Aku submit resume kat 6-7 booth. All call pangil interview kecuali Petronas Dagangan hahahahaha! Hasil interview semua offer kerja kecuali 1 marketing company ni. Tp aku da agak dah xdapat sebab aku buat silap. Lupa research pasal job & company sbb tengah busy freelancing masa tu
Lepas resume, buat Cover Letter. Apa kena ada kat CL ni?
1. Your name & contact + the employer’s
2. Short intro about you & your current job
3. Jawatan yang kau nak apply
4. Why they should hire you? Apa kelayakan kau?
Penutup kena ajak dorang utk go through cv & portfolio
Tips untuk Cover Letter:
1. Make is simple, 3/4 page to full page.
2. Speak their language. Investigate the company. Klu swasta mostly English tau
3. Check typo
4. Double check! Ramai yg copy paste dari previous application siap lupa update info. OMG aku yg baca rasa awkward wei!
Now, move to Portfolio. Kalau yg kerja dalam bidang seni graphic design mesti familiar dengan benda ni. Tapi almost semua bidang boleh buat portfolio. Portfolio is your supporting file yg buktikan ko boleh buat kerja. Format:
1. PDF
2. Video showreel
Jangan attach JPEG banyak2 🙁
Ni ‘high class’ portfolio. Benda yg kena ada dalam portfolio:
1. Short intro about yourself
2. Contact
3. Case studies
Tak mampu nak buat lawa macam ni? Buka Microsoft PPT, buat kat situ je. Case study boleh letak assignment masa study, freelance exp, etc.
Lepas Baca 100 Lebih Email, Lelaki Ini Kongsi Sebab Permohon Susah Dapat Kerja, Tip Ni Boleh Bantu Baiki ‘Resume’.
Portfolio ni takda specific format. It’s up to you. Ni contoh kalau korang pernah manage event. Kalau ada experience buat kerja amal ke or your own side project pun boleh masuk. But, paling penting is hasil kerja yang berkaitan dgn kerja yang kau apply
Lepas Baca 100 Lebih Email, Lelaki Ini Kongsi Sebab Permohon Susah Dapat Kerja, Tip Ni Boleh Bantu Baiki ‘Resume’.
Oh aku lupa nak mention something kat part resume. Selain section basic yg perlu ada, jgn lupa masukkan achievement & jawatan yg korang pernah pegang masa study dulu. Leadership tu paling penting. Menyesal kan tak volunteer jadi MT masa kat U? Siap kutuk org gila pangkat lagi 😛
So, kepada sesiapa yang masih study tu belum terlambat lagi. Kalau ada opening untuk jadi MT, exco or even class rep, korang volunteer je. Biar la org ckp ko GP. Pengalaman lead org tu penting. Masa aku study dulu aku pegang more than 10 jawatan kot. Tp org yg calonkan la XD
Bila dapat interview
Lepas Baca 100 Lebih Email, Lelaki Ini Kongsi Sebab Permohon Susah Dapat Kerja, Tip Ni Boleh Bantu Baiki ‘Resume’.
Next phase pulak; interview. But before that nak explain sikit beza cv & resume sbb ada org tanya nak hantar mana satu? Resume is the summary of your cv. So, you kena study your industry, which one lagi familiar. Tak pasti?
Tapi kalau orang yg panggil interview tu dah specify nak which one, bawak je la apa dia mintak. My industry is creative advertising. So, I prefer resume. Your portfolio speaks louder than anything. Nak tahu beza cv & resume blh google. Takkan semua nak kena suap? 
Masa majikan panggil interview, dia akan set tempat & utk time pulak kadang2 dia tanya bila available, kadang2 dia da set kan? Kalau dia da bagi chance pilih timing sila study tempat nak jumpa tu & always avoid peak hours trafik.
Penampilan diri
Lepas Baca 100 Lebih Email, Lelaki Ini Kongsi Sebab Permohon Susah Dapat Kerja, Tip Ni Boleh Bantu Baiki ‘Resume’.
Untuk pakaian pulak biar bersesuaian dgn kerja yg korang apply tu + tempat nak jumpa. Aku pernah interview grafik designer utk company freelance aku. Aku ajak lepak mamak je. Dia boleh datang pakai kemeja & slack siap tuck in. Mcm nak kerja gomen. Chill bro -.-
And for girls.. I’m sorry to tell you this but some employers judge your appearance. So, your makeup game & grooming have to be strong. Lelaki jangan pakai mekap pulak. Aku laga muka kau kat tetek sajat nnt.
Masa nak interview tu, dia akan inform apa dokumen korang kena bawak. Kalau dia tak inform, please tanya siap2. So, nnt tak gelabah
Masa interview nak cakap English ke rojak or BM? Always start with proper English melainkan majikan tu mmg ckp BM je. Some interviews ada 2-3 interviewers kan? Speak their lingo. Be their friend. Jangan tunjuk rasa takut. Klu nervous, speak slowly but CLEAR so grammar tak fail .
Employer yg bijak takkan tanya soalan pasal pemimpin unless ada kaitan. “Siapakah anak menteri besar pahang yg ke-3?” So old school. Semua itu mitos. Takdanya korang kena hafal nama menteri bagai. Better pergi hafal nama rasul. But always know what’s trending in your community .
Kalau ada senior yg kenal majikan, sila siasat. Dia jenis yg macam mana & apa possible question yg dia akan tanya. But ada a few questions yg selalu majikan tanya even industry lain2
Antara soalan yg dia akan tanya; korang buat apa je masa lapang or apa je korang buat selain kerja? PLEASE JANGAN CAKAP MAIN GAME & TENGOK MOVIE/YT. Cuba jawapan seperti: baca buku, outdoor activity, bersenam, freelance, community service, etc.
Senang cerita kena gambarkan yg hidup korang sangat interesting & korang tengah cuba untuk improve diri korang or contribute kat komuniti
Here’s a tip kalau dapat soalan maut yg boleh buat susuk korang jatuh:
1. Buat2 tak dengar
2. Suruh employer ulang soalan
3. Fikir jawapan. Perlukan masa lagi?
4. Ulang soalan yg dia tanya tu as the opening of your answer
Macam mana nak tau ada chance ke tak dapat kerja ni? Most employers akan tanya 2 things:
1. When can you start?
2. How much is your exp salary
Kalau korang mmg perlukan kerja & boleh start asap, please inform. Because timing is everything. Manatau ada kerja urgent kena siapkan ke
Demand gaji
Lepas Baca 100 Lebih Email, Lelaki Ini Kongsi Sebab Permohon Susah Dapat Kerja, Tip Ni Boleh Bantu Baiki ‘Resume’.
Gaji pulak nak mintak berapa? Jangan main mintak 2k sebab kau terdesak nak kerja. Mesti korg da siasat standard salary for your qualification kan? Use that as your benchmark. Then + kos hidup betul2, investment & hutang. Make sure you ada baki to save. Jgn cukup2 makan je.
“What if lepas kira semua aku perlukan 3k. I’m a fresh grad!” Tell them straight, you’ve done your calculation & try to convince them. Certain area makan & cost of living tinggi tau. Make sure you mintak gaji yg cukup untuk cover. Don’t worry. Majikan pun ada otak dan perasaan.
This part fresh grads selalu fail; bila majikan cakap “do you want to ask us anything?”. Usually semua tak tanya. Please at least tanya:
1. Benefits; annual leaves, insurance, parking, bonus, etc
2. Work environment
3. Time masuk & balik kerja
Soalan lain boleh Google ok 
All in all, interview ni two-way communication. Speak their lingo & try to be their friend. Get to know them & ask them some questions too. Biar ada exchanges. Bukan dorang tanya, ko jawab all the way. Majikan nak cari teammate bukan kuli. Speak more & steal the show!
Klu tak terer BI, boleh practise dgn kawan or kat cermin. After a few weeks korang akan perasan confidence level korg makin tinggi even grammar tak perfect. Paling penting… Please berak siap2 before interview. Aku ingat lagi nervous dia mcm mana ms pg interview as a freshie.
Keluarga: Panduan yang menarik untuk rujukan. Kesilapan yang kita anggap biasa tetapi ia kesilapan yang besar bagi syarikat yang mahu mencari pekerja yang berkaliber. Kena ingat, ‘first impression’ itu paling penting. Selamat berjaya!
Sumber: Twitter Azlan Sulaiman
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI