Lesung batu biasanya memang akan ada kesan-kesan kunyit dan cili yang melekat tebal. Memang agak payah untuk menghilangkan kesan tersebut seakan sudah sebati. Kesannya bila hendak tumbuk ramuan masakan lain seperti rencah untuk sayur, nasi goreng, habis semua berwarna kuning.
Ada cara yang boleh dipraktikkan bagi menghilangkan kesan kunyit tebal yang melekat pada permukaan lesung batu. Secara tidak langsung, lesung batu yang lama kelihatan macam baru.
Bahan yang diperlukan:
Pes cuci pinggan
Sebenarnya jenis pes pencuci pinggan apa pun boleh. Jangan pilih pes cuci pinggan jenis terlalu keras. Nanti susah hendak menyental. Jom tengok cara membersihkan kesan kunyit dalam lesung.
1. Ambil pes sesudu pes pencuci pinggan dan masukkan ke dalam lesung.
Ads
2. Gesekkan pes basuh pinggan dalam lesung tanpa letak air. Tapi, pastikan pes sabun yang digunakan lembut.
3. Gosokkan sampai pes pencuci pinggan tadi menjadi kekuningan. Pes tadi akan bertukar menjadi seperti inai.
Ads
Ads
4. Kemudian cuci dengan air sampai bersih. Jika masih ada kesan kunyitnya dan anda tidak berpuas hati, ulang lagi langkah menggesek sehingga bersih.
5. Beginilah hasilnya. Nampak macam lesung batu baru.
Sejak semalam, pihak media bertungkus lumus dan bersengkang mata demi mendapatkan maklumat selepas berlakunya ketidakstabilan dalam landskap politik negara.
Tanpa menghiraukan makan minum dan juga rasa penat yang melanda diri, yang dipentingkan adalah mereka tidak ketinggalan untuk menyalurkan maklumat kepada orang ramai.
Menyedari akan penat lelah para wartawan di Malaysia yang telah berkampung di Istana Negara sejak jam 7 pagi tadi lagi (rata-rata mereka hanya sempat makan coklat untuk menahan lapar), pihak Istana membawakan berpuluh kotak KFC untuk mereka menjamu selera.
Itulah keindahan hati Agong dan Permaisuri kita. Daulat Tuanku!!
Nak berjaya dalam pelajaran? Ini nasihat Tun Dr Mahathir buat anak muda. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, menitipkan nasihat bermakna buat generasi muda yang ingin cemerlang dalam akademik dan kehidupan, jangan cepat putus asa jika tercicir dalam pelajaran. Sebaliknya, terus berusaha dan ulang kaji pelajaran berkali-kali.
Nak Berjaya Dalam Pelajaran? Ini Nasihat Tun Dr Mahathir Buat Anak Muda
Dalam episod khas Podcast Dr M sempena ulang tahun kelahiran beliau yang ke-100, beliau berkongsi pengalaman sewaktu menuntut ilmu, termasuk kisah ketika bergelar pelajar perubatan. Menurutnya, walaupun pernah ketinggalan dalam pelajaran berbanding rakan sekelas yang lain, beliau tetap gigih mengejar dan memperbaiki diri.
“Masa belajar perubatan, saya rasa saya agak tertinggal sebab kelayakan saya tak setanding pelajar lain. Tapi saya tak biarkan perkara itu halang saya. Saya ulang baca buku teks berkali-kali, bukan sebab nak hafal semua isi… tapi bila dah baca banyak kali, kita mula faham,” katanya.
Ulang Kaji Rahsia Ingatan Kekal
Tambah Dr Mahathir, proses membaca berulang kali menjadikan pemahaman terhadap pelajaran lebih mendalam dan mudah diingati, terutama ketika menjawab soalan dalam peperiksaan.
Beliau juga percaya, apa jua kemahiran boleh dikuasai jika dilakukan secara berterusan. Perkara ini turut dibandingkan dengan situasi mengenali seseorang, kita tidak hafal wajah mereka, tetapi kerana sering bertemu, wajah itu melekat dalam ingatan.
“Macam kita kerap jumpa kawan. Kita kenal muka dia bukan sebab kita hafal, tapi sebab selalu tengok. Ilmu pun macam tu. Kita akan nampak bila selalu baca,” jelas beliau.
Dr Mahathir turut berkongsi bahawa minat terhadap membaca menjadikannya lebih gemar meneroka pelbagai jenis bahan bacaan, termasuk di luar skop pelajaran.
“Kalau ada buku lain yang saya rasa menarik, saya baca juga. Lagi banyak kita baca, lagi banyak yang kita tahu,” katanya.
Ulang Kaji Jangan Sekali Saja
Menurutnya lagi, ulang kaji bukanlah sesuatu yang boleh dibuat sekali lalu. Ia memerlukan usaha yang konsisten. Sama seperti hubungan sosial, seseorang hanya akan diingati bila kerap bertemu.
“Kalau kita hanya jumpa orang tu sekali, mungkin kita tak ingat pun. Tapi kalau kita jumpa dia hari-hari, sampai bunyi batuk dia pun kita kenal,” ujarnya sambil tersenyum.
Dalam perbandingan lain, beliau menyentuh hobinya mengukir kayu. Katanya, hasil ukiran pada awalnya mungkin tidak cantik, namun selepas latihan yang berterusan, hasilnya akan semakin baik.
Kesimpulannya, kejayaan dalam pelajaran bukan semata-mata bergantung pada kebolehan semula jadi, tetapi datang daripada kesungguhan untuk belajar dan mengulang pelajaran. Nasihat Dr Mahathir ini membuktikan bahawa disiplin dan usaha yang konsisten adalah kunci utama untuk mencapai kecemerlangan.
Bakal menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat, hari ini pelakon jelita Mira FIlzah selamat melangsungkan majlis khatam al-Quran di kediamanya di Bangi pagi tadi.
Bakal melangsungkan perkahwinan dengan Wan Emir Astar, anak kepada Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datin Mastura Mohd Yazid, Mira berkata dia tidak mengadakan majlis berinai kerana tidak digalakkan keluarganya dan ia digantikan dengan majlis khatam al-Quran.
“Alhamdulillah, majlis secara sederhana ini berjalan lancar. Ia diadakan atas permintaan keluarga dan kehendak bersama. Keluarga tak menggalakkan membuat majlis berinai. Lagipun majlis khatam al-Quran lebih baik untuk diadakan sebelum menuju ke gerbang perkahwinan,” katanya.
Dalam masa sama, Mira masih merahsiakan tarikh rasmi majlis pernikahannya dengan Wan Emir yang dijangka akan berlangsung dalam waktu terdekat ini.
Pada majlis khatam al-Quran yang hanya dihadiri keluarga terdekat itu, Mira mengenakan persalinan jubah berwarna merah jambu.
Menurut Mira, majlis turut diadakan bersama adik bongsunya, Nur Aina Fadhilah yang akan melangsungkan pernikahan esok.
“Majlis ini adalah gabungan saya dan Aina kerana dia bakal melangsungkan pernikahan esok. Jadi kami mengambil peluang untuk adakan majlis ini serentak memandangkan kakak sulung yang menetap di New York dapat pulang ke Malaysia untuk menyaksikan majlis penting kami. Dia juga tidak boleh berada di sini dalam tempoh yang panjang kerana kekangan kerja,” katanya.
Terdahulu, Mira menerusi satu rakaman bual bicara santai bersama Ustazah Asma’ Harun mendedahkan sudah bertunang dengan seorang jejaka pilihan hatinya.
Manakala, pada 16 Julai lalu ketika ditemui media, Mira mengakui kini tunangan orang dan bakal melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat.
Sumber : Hmetro
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di