Lesung batu yang semakin kerap digunakan waktu bulan puasa ni buat ia semakin tumpul. Proses menumbuk bawang atau sambal belacan jadi tidak lancar gara-gara lesung dan anak lesungnya yang semakin tumpul.
Kalau tiap kali tumbuk sambal tapi susah nak hancur dan lumat, tu maknanya lesung batu kita dah tak berapa nak tajam. Proses tumbuk sambal patutnya sekejap saja jika batunya benar-benar tajam.
Jika anda mengambil masa yang agak lama ketika proses menumbuk, itu bermakna lesung batu kita dah kurang tajam dan tidak lagi berfungsi dengan betul.
Tau tak lesung batu yang terlalu lama juga akan mengakibatkan permukaan jadi licin dan haus. Macam mana nak tajamkan lesung batu ini? Jangan pandang mudah. Walaupun lesung batu bukanlah perkakasan utama tapi ia sangat membantu kerja-kerja memasak. Rasa pun sedap kalau ditumbuk.
Macam mana nak jaga dan tajamkannya?
BAHAN-BAHAN:
Garam kasar
Kulit Kerang
Ads
1. Caranya adalah mudah sahaja, ambil garam kasar yang bersaiz besar dan masukkan ke dalam lesung batu.
2. Golekkan dengan penumbuknya dan tumbuk garam ini lumat.
3. Cara kedua pula adalah dengan menggunakan kulit kerang. Tumbuk kulit kerang kerang hingga hancur dan bersihkan permukaannya.
4. Hasilnya permukaan lesung batu menjadi lebih tajam dan kasar. Cubalah.
Ads
Tip Jaga Lesung Batu
Siapa kata lesung batu tidak harus dijaga dengan baik. Untuk menjadikan lesung sentiasa bersih, tajam dan terjaga kondisinya, harus ada caranya. Cuba tip yang diberikan ini.
* Selepas digunakan, pastikan lesung batu dibasuh bersihbagi menghilangkan baunya.
Ads
* Jika perlu, gunakan sabun untuk hilangkan bau-bauannya.
* Keringkan di tempat yang di bawahnya berjaring seperti tempat letak pinggan. Ini bagi membolehkan bahagian bawah lesung lebih cepat kering dan hilang baunya.
* Selalulah menumbuk garam kasar di dalamnya bagi menajamkan matanya.
* Sesekali tumbuk sebarang jenis cengkerangbagi menajamkan lagi matanya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sebut mengenai stress, pastinya antara kita mengalaminya. Ia jika dibiarkan boleh menyebabkan pelbagai penyakit.
Lumrah, apabila kita terlalu kerap melakukan kerja tanpa rehat sehingga tidur lewat ia akan memudaratkan kesihatan.
Sebagaimana yang dikongsikan oleh seorang doktor bernama Dr. Muhammad Imran Bin Abdul Hafidz di akaun Facebook miliknya ini.
Menurutnya, terdapat seorang pesakit lelaki yang berumur 40-an telah terkena serangan jantung. Lelaki itu dikatakan tidak merokok, tiada kencing manis dan pelbagai lagi sebab yang boleh menjerumus kepada masalah jantung.
Seterusnya ikuti perkongsian beliau.
Boleh ke stress sangat sampai kena serangan sakit jantung? Ini kes yang saya buat pukul 1 pagi semalam. Lelaki berumur 40-an datang lewat malam dengan rasa loya dan pening.
Saluran right coronary artery ni tersumbat 100% di pertengahannya.(gambar di bawah)
Tekanan darah beliau ketika sampai di hospital hanya 70 mmHg sahaja. Ujian pertama iaitu ECG beliau menunjukkan serangan sakit jantung yang serius.
Saya bawa dia segera ke angiogram. Pergh… Salur darah sebelah kanan, “right coronary” atau RCA dia tersumbat solid 100% dengan darah beku..
Kita masukkan alat dipanggil “thrombus aspiration catheter” untuk menyedut darah beku ni..
Selepas darah beku disedut keluar, pengaliran darah kembali lancar…(gambar di bawah)
Alhamdulillah lepas dua tiga kali alat ni pengaliran darah dia lancar balik. Saya kemudian masukkan belon dan stent untuk mengekalkan saluran darah ni terbuka besar agar darah boleh terus lancar.
Pesakit ini tidak merokok, tiada kencing manis, tiada tekanan darah tinggi yang berlebihan dan tahap kolesterol beliau takde lah tinggi sangat. Tapi kerja dia sebagai bos besar sangat stress….
Darah beku yang disedut keluar. Macam tengah senyum pun ada (gambar di bawah)
Ini kot yang menyebabkan serangan sakit jantung dia.
Saya dah jumpa banyak pesakit muda yang kerja terlampau stress, tak cukup berehat, tak cukup tidur yang kena serangan sakit jantung pada usia yang muda.
Kesimpulannya? Pastikan cukup rehat, cukup tidur, jangan stress sangat, kalau bos suruh masuk meeting WFH bertubi-tubi, tegur dia sikit.
Tanaman pokok, baik sayur atau bunga jika tahu cara jaga pasti akan hidup subur. Selain memerlukan cahaya, air dan tanah untuk hidup subur, hakikatnya tanaman juga memerlukan baja sebagai agen penggalak kesuburan.
Jadi apa kata anda hasilkan sendiri baja organik lagi bagus kerana bebas bahan kimia, hasilnya pun segar dan sihat. Nak tahu cara buatnya mudah je ikut langkah yang dikongsikan oleh saudara Md Khalil Salleh ini.
Ok stok baja organik dh nk abih.. Jd kita proses bt lain.. Sesuai utk smua tanaman.. Modal RM pn ciput jaa nk bt baja ni.. Saya guna dh hampir 2 thn dh sejak belajar berkebun kt rumah dlm musim PKP ni.. Sayuran dn bunga2an saya blum pernah kena serangan serangga perosak sejak guna baja buatan sendiri ni lg…bagus kan💪💪👌😁
Cara membuat:
1. Sediakan 100gm MSG, sisa perut ikan 3kg, gula merah 3kg, bawang putih 5 labu atau lebih, kulit telur yang dikisar 500gm.2. Letak semua bahan ini dalam bekas dan campur air yang tiada klorin lebih kurang 10 atau 15 liter.3. Perap sebulan atau sekurang-kurangnya 2 minggu. Letak di tempat gelap tutup dengan plastik hitam.4. Selepas sebulan tapis dan boleh terus guna. Nak simpan dulu pun boleh.Ambil 10ml baja organik campur dengan 2 liter air tanpa klorin. Sembur pada daun dan pucuk pokok.Boleh juga siram pada pangkal pokok. Bagusnya baja organik ini semua untuk pokok sayur berdaun, berbuah dan juga pokok bunga hiasan.
Melihat raut wajah Haslizar Rozali,41 tahun bersama pasangannya Aitirah Hamim, 36 yang diuji dengan kurniaan permata hati Nurain Jannah, 6 tahun yang cukup teristimewa, disahkan menghidap Sindrom Marfan. Kedua-duanya terlihat tabah, sabar dan masih mampu mengukir senyum biar dugaan yang ditempuh bukan calang-calang mampu ditanggung.
Ikuti kisah keluarga ini yang pernah diterbitkan di dalam Majalah Keluarga.
Mudah Lentur dan Fleksibel
Sindrom Marfan, mungkin ia pertama kali didengari. Bahkan, ia dikategorikan di antara beberapa jenis penyakit yang jarang dijumpai. Kira-kira seorang dalam setiap 5,000 orang menghidap penyakit ini, tidak kira jantina mahupun bangsa. Kira-kira tiga daripada empat orang yang mendapat sindrom ini akibat faktor genetik. Pun begitu, sesetengahnya adalah yang pertama memilikinya di dalam keluarga.
Jannah, pertama dalam keluarganya yang menghidap sindrom ini. Tidak kedengaran sesiapa ahli dalam keluarga sebelum ini yang pernah menghidap sindrom yang menjejaskan tisu penghubung badan. Akibat kelainan pada tisu ini, tumbesarannya terganggu bahkan turut memberi kesan terhadap organ-organ lain di dalam badan.
Selain kelihatan berbeza dari bentuk fizikalnya seperti ketinggiannya, jari jemari, tangan dan kaki yang panjang, kurus serta cengkung, tubuh Jannah juga ‘mudah lentur’. Kakinya boleh ‘ditolak’ jauh ke belakang menghampiri betisnya. Sama juga halnya pada bahagian tangan. Fleksibel, seperti orang yang mengamalkan yoga.
“Kita yang melihat ini rasa ‘sakit’ tapi sering saya bertanya kepada Jannah. Sakit atau tidak. Katanya sedikit pun tidak sakit. Inilah antara ciri-ciri ketara dan mudah dikenal pasti bagi pesakit sindrom ini. Walaupun begitu, terdapat beberapa lagi komplikasi penyakit lain akibat sindrom ini. Kebanyakan kes yang diketahui, ia boleh memberi kesan terhadap mata, otak, jantung dan buah pinggang.
Dalam kes Jannah, dia mengalami masalah jantung di mana pembuluh darah pada jantungnya membengkak. Selain itu, terdapat komplikasi pada mata, dan masalah scoliosis (masalah tulang belakang),” ujar Haslizar lagi. Tambahnya, Jannah dilahirkan dengan ‘dada burung’, jadi paru-parunya tidak berkembang dengan baik. Setiap kali dijangkiti batuk-batuk Jannah dadanya berombak deras dan membimbangkan. Batuknya juga sukar baik.
Kekurangan Zat Makanan
Imbas kembali ketika melahirkan Jannah, Aitirah berkata dia sangat terkejut melihat keadaan bayinya. Boleh dikatakan seperti melihat tubuh yang hanya mempunyai tulang yang diselaputi kulit. Nampak rangka tubuhnya. Biarpun bayinya lahir dengan berat normal, iaitu 2.5 kg, tetapi keadaannya itu membuatkan dia sendiri tergamam.
“Pada awalnya doktor kata bayi saya mungkin kekurangan zat makanan. Walau apa yang dikatakan doktor, tempoh sebulan selepas itu perkembangan Jannah sungguh positif. Berat badannya naik sehingga 4 kg. Hinggalah apabila umurnya sebulan dan mendapat suntikan dalam pemeriksaan rutinnya, berat badan Jannah turun mendadak.
“Sejak itu berat badannya tidak nampak bertambah. Ketika umur Jannah tiga bulan, semakin ketara fizikalnya dengan bayi seusianya. Bahkan doktor juga kelihatan terkejut melihat keadaan Jannah. Lantas doktor sarankan kami rujuk kes Jannah ke hospital Temerloh, Pahang. Jannah terus diwadkan dan ketika itu umurnya mencecah tujuh bulan.
“Doktor mahu membuat pemeriksaan lanjut, bimbang terdapat komplikasi lain pada mata, otak, jantung dan buah pinggang Jannah. Doktor memberitahu kemungkinan dia menghidap sindrom marfan. Dalam tempoh itu, banyak darahnya diambil ketika pemeriksaan dan ujian. Bahkan ketika ingin menjalankan ujian echo bagi melihat adakah komplikasi terhadap jantung, bius yang diberikan pada Jannah tidak berkesan walaupun sudah diberi melebihi dos untuk bayi seusianya.
“Disebabkan Jannah menangis, sukar untuk melihat apakah masalah sebenar pada jantungnya. Melihat darahnya kerap diambil kami semakin tidak senang hati. Tubuhnya kurus melidi seperti itu, tetapi banyak darah yang diambil. Lantas kami ambil keputusan untuk bawa Jannah keluar dari hospital.
“Kemudian, kami bawa Jannah untuk dapatkan pendapat kedua. Kami disarankan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL). Keadaan yang sama berlaku sekali lagi. Di HKL, hasil ujian mendapati pembuluh darah Jannah bengkak. Itulah yang menyebabkan Jannah mudah penat. Macam-macam yang kami rasakan apabila sekali lagi siri ujian yang sama dijalankan terhadap Jannah. Sekali lagi, kami bawa Jannah keluar dari hospital.
“Kami memang tidak tahu di mana tempat untuk merujuk kes seperti Jannah. Oleh sebab itu kami tidak tahu apa yang patut kami lakukan. Selepas di HKL, kami cuba dapatkan lagi pendapat lain di hospital Gleneagles. Kali ini, rekod-rekod kesihatan dan ujian Jannah dibawa ke sana. Sama seperti pendapat doktor pakar di HKL, doktor di situ juga memberitahu pembuluh darah Jannah bengkak.
“Doktor ada beri ubat jantung pada Jannah, untuk atasi masalah pembengkakan pembuluh darahnya. Namun, doktor sendiri tidak pasti apakah ia akan berkesan. Kemudian, doktor sarankan juga kami dapatkan kepakaran dari doktor pakar di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Dan, kini kes Jannah sedang dirujuk di sana,” ujar Aitirah kronologi rawatan dan pemeriksaan yang telah dilalui oleh Jannah sejak bayi lagi.
Fokus Tambah Berat Badan
Tidak kira di mana-mana sahaja tempat yang disarankan oleh orang ramai untuk mengubati penyakit Jannah secara tradisional atau perubatan alternatif, Haslizar dan Aitirah akan berusaha untuk melakukannya.
“Sekarang, Jannah lebih aktif. Selera makannya sudah bertambah. Alhamdulillah, perubahan positif seperti ini membuatkan saya dan isteri sedikit lega. Apa yang kami tumpukan sekarang adalah untuk menaikkan berat badannya. Sekarang beratnya baru 12 kg. Jika berjaya tambah berat badan normal, barulah doktor akan lihat sisi lain untuk pembedahan.
“Andai terdapat banyak faedah, pembedahan untuk membetulkan masalah jantungnya akan dilakukan. Jika lebih tinggi risiko sehingga memudaratkan lagi keadaan kesihatannya, pembedahan tidak akan dijalankan,” ujarnya lagi.
Walau pun Jannah kekurangan dari segi fizikal, anak istimewa ini cukup bijak. Baru berusia setahun, menurut ibunya Jannah sudah pandai mengira dari satu hingga sepuluh. Pertuturannya juga lancar, sebutannya betul sebiji-sebiji. Tidak pernah pelat. Mungkin melihat kakak-kakaknya belajar membuatkan Jannah mudah ‘menangkap’ butiran pelajaran tersebut.
Aitirah memberitahu Jannah tiada masalah untuk bersekolah di aliran perdana. Cuma mungkin kondisi fizikalnya yang tidak mengizinkan membuatkan Aitirah berkira-kira untuk memberi home-school pada Jannah. Kakinya tidak kuat untuk berdiri betul, apatah lagi untuk terlalu lasak. Itulah yang membimbangkan kedua-dua pasangan ini.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...