Kebiasaannya, bagi ibu-ibu yang bekerja, pulang sahaja ke rumah, mula menyibukkan diri di dapur. Hendak menunggu ayam dan daging lembut mengambil masa yang agak lama. Daging terutamanya mengambil masa yang agak lama untuk benar-benar lembut. Selain mengeluarkan daging daripada tempat beku pada awal pagi, sebelum keluar bekerja, sebenarnya salah. Ini yang dikongsikan menerusi page Public Health Malaysia.
Mungkin ada yang meletakkan daging/ ayam beku di singki pada waktu pagi… dan membiarkan ia seharian (melebihi 4 jam) untuk daging beku cair dan boleh dimasak. Kaedah ini perlu dielakkan kerana ada risiko keracunan. Daging dan ayam mentah , jika dibiar lama diluar adalah syurga buat kuman dan bakteria. Untuk keselamatan, letakkan daging beku di ruangan peti sejuk (bukan beku) seharian atau gunakan fungsi defrost ketuhar gelombang mikro untuk mencairkan ais sebelum ia boleh dimasak.
Selain kaedah di atas, ada cara pantas untuk melembutkan daging ini.
Caranya:
Ads
1. Terbalikkan periuk yang pertama.
2. Letakkan daging yang ingin dilembutkan atas permukaan belakang (bahagian punggung) periuk tadi.
Ads
3. Letakkan periuk yang satu lagi di atas daging tadi. (Kedudukan daging diapit oleh dua periuk)
4. Isikan air ke dalam periuk tersebut.
Ads
5. Tunggu sehingga daging beku tersebut menjadi lembut. Masa yang diambil bergantung kepada ketebalan daging. (Biasanya 5- 10 minit)
Ektra Tip, Cara Empukkan Daging:
Ketika memasak daging, hanya masukkan daging ke dalam periuk atau kuali tanpa air dan biarkan ia masak sendiri. Daging mengeluarkan airnya sendiri dan ia akan lebih cepat masak.
Ketika menggoreng daging atau merebus, letakkan sedikit serbuk perasa seperti ajinomoto ke dalamnya. Sangat membantu!
Perap daging yang telah dipotong dengan sedikit cuka makan selama lebih kurang 15 minit. Toskannya hingga kering dan masak seperti biasa dengan api kecil.
Gaul daging bersama tepung dan perapkan dengan kicap selama 30 minit sebelum dimasak.
Tumbuk lumat buah keras, lalu masukkan ke dalam ramuan gulai daging. Daging akan lebih cepat empuk.
Cara lain, boleh juga carik-carikkan daun pisang dan masak sekali bersama daging.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kisah tertukar bayi yang berlaku ini ibarat cerita sinetron, namun itulah kenyataannya yang benar-benar yang berlaku kepada dua keluarga.
Apa yang lebih tragis lagi, bayi keluarga ini tertukar 20 tahun lalu dipercayai akibat kecuaian petugas kesihatan sebuah hospital di Kota Bharu, Kelantan.
Apa yang lebih memilukan, ia hanya disedari apabila Adryani Iwani Ibeni Yanin, 20, ‘kembarnya’ Adryana Iwani, 20, dan kembar sebenarnya Noratirah Husin, 20, pada September tahun lalu selepas ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dilakukan.
Kejadian ini terbongkar apabila dia berada di tingkatan empat sewaktu mengikuti kem motivasi apabila secara tidak sengaja berjumpa dengan pelajar dari sekolah lain yang mendakwa mukanya seiras dengan rakan sekolah mereka, Noratirah.
Saya kemudian meminta gambar Noratirah daripada pelajar itu sebelum dia berkongsi akaun Instagram (IG) Noratirah yang dikatakan seiras dan sebaya dengan saya.
“Apabila saya maklumkan perkara itu kepada kakak, dia mengiakan persamaan ketara wajah kami, namun mama (panggilan untuk ibu) berpandangan sebaliknya menyebabkan saya tidak ambil peduli selepas itu dan menganggapnya seperti pelanduk dua serupa,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Bagaimanapun bagaikan sudah ditakdirkan, mereka akhirnya bertemu buat kali pertama secara bersemuka di Karnival Jom Masuk U di sebuah pasar raya di Kota Bharu pada Mac 2019 menyebabkan masing-masing terpana apabila melihat persamaan yang ketara dari segi wajah dan bentuk badan.
“Saya terkejut, sebelum ini hanya dengar daripada kawan-kawan kata ada orang muka sama dengan saya, sekali tengok, eh…betullah ada orang muka serupa dengan saya. Belum pernah lagi saya berhadapan dengan perkara sedemikian,” katanya.
Menurutnya, akibat terlalu terkejut masing-masing hanya berpandangan antara satu sama lain dan berlalu tanpa menyapa, namun perkara itu disedari oleh rakan-rakan yang lain.
Katanya, kejadian itu tidak berakhir di situ dan ia berlarutan hingga Ogos tahun lalu apabila seorang rakannya memaklumkan tarikh lahirnya sama dengan Noratirah iaitu pada 19 Ogos selepas dia memuat naik dalam media sosial gambar majlis sambutan hari lahirnya yang diadakan di rumah.
Menurutnya, Noratirah kemudian menghubunginya melalui IG dan bertitik tolak daripada itu, banyak perkara dibincangkan dan mendapati terlalu banyak persamaan untuk disifatkan sebagai kebetulan menyebabkan mereka mengambil keputusan untuk melakukan ujian DNA.
“Selepas berbincang, kedua-dua keluarga sepakat melakukan ujian DNA di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan bagi mengenal pasti sama ada terdapat pertalian antara kami,” katanya.
Pelajar Diploma Kejururawatan berkenaan menjelaskan, ujian DNA itu dilakukan menggunakan sampel darah membabitkan dirinya, ibunya (Siti Aminah Ismail, 66), Adryana Iwani, Noratirah dan ‘bapa’ Noratirah, Husin Omar.
“Apabila keputusan keluar, kami amat terkejut terutama mama yang terduduk dan menangis selepas mengetahui keputusan ujian DNA ialah 99.99 peratus menunjukkan saya dan Noratirah ialah pasangan kembar, anak kepada Ibeni Yanin Mohd Salleh dan Siti Aminah.
“Adryana Iwani yang sebelum ini didaftarkan sebagai pasangan kembar saya pula ialah anak kandung kepada Husin Omar dan Rahmah Isa (meninggal dunia pada 2018) yang sebelum itu membesarkan Noratirah,” katanya.
Sementara itu, kakak Adryani Iwani, Ayu Haryani, 42, pula berkata, ibu mereka memaklumkan, doktor yang bertugas tidak pernah memaklumkan sama ada kembar yang dilahirkan ketika itu adalah kembar seiras atau sebaliknya.
“Tetapi disebabkan tag nama di kaki kedua-dua mereka nama mama, jadi keluarga kami tidak pernah terfikir tentang perkara itu dan beranggapan mereka kembar tidak seiras,” katanya.
Ayu Haryani berkata, berdasarkan rekod pada sijil kelahiran, Noratirah dilahirkan pada 1.14 pagi, diikuti Adryana Iwani (1.27 pagi) dan kemudiannya Adryani Iwani (1.34 pagi).
Menurutnya, apabila diketahui keputusan ujian DNA, ibu mereka tidak dapat menerimanya dan pada peringkat awal, perkara itu juga tidak didedahkan kepada sesiapa kerana risau ia memberi kesan psikologi terutama kepada Adryana Iwani.
Katanya, walaupun keputusan ujian DNA sudah diketahui, Ayu Haryani berkata, keluarganya itu tetap menganggap Adryana Iwani sebahagian daripada sembilan adik-beradiknya dan akan memintanya untuk terus tinggal bersama memandangkan adik-beradik kandungnya yang lain semuanya sudah berkahwin.
“Ibu kandungnya pula sudah tiada manakala ayahnya meninggal dunia selepas dua bulan ujian DNA diketahui,” katanya dan menambah mereka sekeluarga melantik peguam dan kini dalam proses mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang berkenaan.
Pada masa sama juga Noratirah yang sebelum ini tinggal bersama ‘ayahnya’ di Kampung Pulau Kundur, Kota Bharu sudah berpindah dan tinggal bersama keluarga kandungnya di Kampung Langgar, Kota Bharu sejak Januari lalu.
Biasanya resipi singgang menggunakan ikan sebagai asas masakan, namun kali ini resipi singgang ini menggunakan ayam.
Resipi Ayam Singgang Kelantan ini tular hingga 18K share! Buat yang nak cuba lakukan, pasti makan bertambah.
RESEPI AYAM SINGGE KELATE
Bahan-bahan:
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Lengkuas
Serai
Rempah ketumbar
Lada kering
Lada burung
Asam keping
Garam
Gula
Budu
(Anggaran berapa banyak bahan-bahan rujuk gambar.)
Cara penyediaan:
Semua bahan-bahan di campur sekali bersama ayam. Serai dan ketumbar ditumbuk terlebih dahulu. Juga wajib letak budu. Kemudian gaul rata sampai (rujuk gambar di bawah). Seterusnya letak budu, garam gula sekali dan gaul lagi. Jangan lupa masukkan air paras ayam. Renehkan hingga ramuan sebati dengan ayam. Tambahkan air panas ikut keperluan kuah yang kita inginkan.
Ni hah bahan-bahan yang mekyaa sebutkan tadi. Serai dan ketumbar tumbuk yer. halia..lgkuas kna kurg ckit..lbhkn haliaWajib letak budu tau
Masukkan semua bahan-bahan tadiGaul rata sampai jadi cam niLetak budu, garam gula sekali n then gaul lagiiTaraa..siap untuk dihidangkan. SEDAP, CEPAT DAN MUDAH
P/s Dalam setiap masakan pastikan lebihkan bawang merah dari bawang putih untuk menambahkan kesedapan dalam setiap masakan
Mekyaa suka masak campak-campak jerk. Mudah, senang, cepat dan pasti sedap.
Sumber:Myra Edora
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Terbaca perkongsian daripada wanita ini yang dikenali sebagai SCha EllCha Lee di laman sosial cukup mengujakan. Berjaya menurunkan berat badannya daripada 82kg menjadi 58kg. Pastinya bukan kerja mudah!
Menariknya juga, perkongsian cara yang diamalkan tersebut membuktikan ramai telah berjaya sepertinya dan turut dikongsikan di akaun fbnya. Ini pastinya menambahkan lagi keterujaan kita yang ada masalah berat badan untuk mencuba teknik yang diamalkannya.
Untuk itu, jom kita semak apa langkah-langkah yang perlu diambil untuk kembalikan berat badan ideal kita. Jom semak.
TIPS KURUS SAYA FROM 82KG++ to 58KG!
Progress dulu, sekarang maintain ja. Sebab active dan tetap jaga makan.
BMR : 1546.5
DCR : 2126.43
DCI : 1594.80
Tinggi : 158cm
Berat Asal : 82kg+
Berat 2016 : 58kg
Tempoh : 10 bulan
Loss 25kg dalam masa 10bulan. Sebulan lost 2-3kg macam tu. Pada yang minta tips dan contoh menu² sepanjang journey saya, ok hari ni saya share antara menu² saya. Ni antara menu² breakfast, lunch dan dinner saya.
Kalau suka dan nak follow silakan. Semoga Bermanfaat untuk semua.
1. Kurangkan garam dan minyak. kalau boleh, elakkan makanan bersodium tinggi, gula, processed food, dan fast food.
2. Makan sumber-sumber semulajadi. Seperti ayam, ikan, telur, tauhu, tempe, buah-buahan dan sayur-sayuran.
3. Makan kerap tetapi dalam portion yang betul. Suku suku separuh.
4. Kurangkan pengambilan karbo. Setiap main meal ambil segenggam sahaja karbo.
5. Lebihkan sayur-sayuran. kalau rasa nak mengunyah, kekacang adalah sumber lemak yang baik. (cukup sekadar 10 hingga 12 biji) sekali snack, atau boleh ambil buah buahan atau sayur sayuran sebagai healthy snack.
6. Perlu tahu maksud DIET yang sebenar. Kerana ada sesetengah persepsi beranggapan bahawa diet itu perlu berlapar. TIDAK! Saya sendiri makan 6-7kali sehari.
7. Lupakan terus air bergas atau berkarbonat. Banyakkan minum air kosong atau green tea.
8. Paling penting, 80% kurus adalah dari penjagaan makanan, 20% dari senaman akan membantu mempercepatkan proses penurunan. Maknanya andai kita bersenam setiap hari pun tapi pemakanan harian tidak dijaga, sememangnya agak slow sedikit progress nya.
9. Rajinkan diri untuk membaca info-info berkenaan kesihatan dan diet yang betul. Kalau rasa nak mengalah, cepat-cepat baca kisah kejayaan orang yang dah berjaya! (jika mereka boleh, takkan kita tak boleh kan).
10. Jangan terlalu memaksa badan untuk cepat kurus. Ini akan menyebabkan badan cepat berasa bosan dan stress. Apabila stress, proses penurunan berat akan terganggu. Kena ingat, kita gemuk bertahun-tahun takkan nak kurus dalam masa seminggu kan? Sabar.
11. Tidur mesti cukup 6-7jam sehari, tidur yang berkualiti baik untuk kesihatan.
12. Minum air putih sehingga Urin anda berwarna jernih. Bila Urin warna jernih, InsyaALLAH badan kita cukup air.
13. Bersenam. Saya tak bersenam hari², cukup 3-4kali seminggu. Janji konsisten. Jangan buat seminggu lepas tu cuti sebulan. Heheh bersenam. Saya suka cardio. Tapi saya mixedkan macam² senaman supaya saya tak bosan. Selamat mencuba. Slowly but surely
Selain itu di dalam posting berlainan, turut disertakan cara mudah diet Dalam diet Mami, diamalkan untuk dijadikan rujukan bersama.
yang Mami pentingkan portion. 1/4 Carbs, 1/4 Protein dan 1/2 Fiber. Senang cerita boleh amal macam diet yang KKM sarankan tu. Suku Suku Separuh. Mudah faham.
Guna piring kecil
Untuk permulaan, u gaiss boleh cuba makan jaga portion dulu. Then makan dalam piring yang lebih kecil supaya kita rasa makanan tu banyak sangat. Jadi otak pun akan set makanan tu cukup untuk buat kita kenyang.
Mulakan 1 gelas air
Kunyah perlahan, Badan ambil masa lebih kurang 20 minit untuk sampai kan signal kenyang ke otak, jadi kunyah perlahan. Mulakan dengan air kosong dahulu 1 gelas sebelum makan.
Cuba kurangkan makanan dan minuman yang manis². Banyakkan minum air kosong. Untuk permulaan boleh cuba dulu tips mudah yang MamiScha sarankan tu ok.
Pilihan menu
Dalam post ni Mami share beberapa menu MamiScha. Tak perlu ikut sebijik sebijik pun. U gaiss boleh ubah ikut kemampuan masing², kalau betul² follow InsyaALLAH boleh loss 3-5kg sebulan ikut badan masing² ya. Menu² ni boleh makan untuk breakfast, lunch dan dinner ikut keperluan masing².
Oh ya, Mami makan 6-7kali tau. Bergantung kepada keperluan mami untuk hari² tertentu. Jangan lupa snacking ya gaiss, snacking boleh ambil 2-3jam antara main meal. Boleh ambil healthy snack seperti buah buahan, kekacang, ubi keledek atau sumber protein seperti telur rebus.
sumber : scha ellcha lee
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di