Gembira dan teruja, itulah yang boleh digambarkan perasaan penyanyi, Tajul apabila isterinya, Nurul Shamieza Eddie selamat melahirkan bayi perempuan yang juga anak sulung mereka, malam tadi.
Bayi diberi nama Adriana Carissa itu dilahirkan secara normal dengan berat 2.8 kilogram di Hospital Kajang.
Tajul atau nama sebenarnya Tajul Ariff Noor Md Shari, 21, ketika dihubungi Harian Metro berkata, dia teruja dan gembira kerana pertama kali merasa pengalaman bergelar seorang bapa.
Ads
“Alhamdulillah isteri selamat melahirkan anak sulung kami. Satu pengalaman yang menarik dan dalam masa sama rasa sedih melihat sakitnya dia ketika hendak bersalin.
“Saya sendiri ikut masuk ke bilik bersalin menemani isteri dan melihat bagaimana dia bertarung nyawa melahirkan anak kami dan ia membuatkan saya berasa insaf.
“Ia juga mengingatkan saya supaya lebih menghargai isteri kerana begitulah keadaan ibu kita ketika melahirkan kita,” katanya.
Ads
Tajul juga turut berkongsi berita gembira berkenaan di Instagram.
“Yeahh! Alhamdulillah anak daddy ADRIANA CARISSA @adrianacarissa_ selamat dilahirkan pda 16 November mlm tdi jam 11:56😘 kite lanje gambar dia skit, nti dia dh besar.
Sungguh menyayat hati, apabila keadaan dunia makin parah dengan wabak ini. Ia berleluasa sehingga ribuan meragut nyawa manusia.
Malaysia pula tidak terkecuali. Mengikut rekod kematian didapati meningkat hari demi hari. Setiap hari kita dapati ada laporan kematian, hati kita pasti sebak walaupun tidak mengenali mereka.
Penularan wabak ini membuatkan setiap hari kita bimbang, tertekan dan takut wabak COVID-19 ini makin meningkat. Jika pada awal hanya puluhan sahaja dijangkiti kini, KKM melaporkan sudah cecah ke seribu lebih dengan 14 kematian.
Lantaran itu, pada 18 Mac 2020 lalu KKM telah mengarah perintah kawalan pergerakan selama dua minggu di rumah sehingga 31 Mac 2020.
Lebih mengejutkan ada yang anggap perintah ini remeh temeh apabila pulang ke kampung halaman, bercuti, lepak dengan rakan-rakan tanpa menghiraukan arahan untuk mengelak jangkitan.
Ekoran ingkar sehingga kerajaan terpaksa melibatkan pihak anggota tentera.
JANGAN SEBARKAN PADA IBU BAPA DI KAMPUNG
Bayangkan kita masih BERDEGIL tetap mahu pulang ke kampung, tidak ikut perintah #stayathome, apa akan jadi kepada mereka yang berusia emas ini. Ibu bapa kita sendiri.
Sayangilah orang tua anda di kampung! Jika anda sayang mereka, TOLONGLAH jaga jarak anda dengan mereka buat sementara waktu( social distancing), jangan melawat kalau orang tua masih sihat dan berupaya. Jika rindu sangat boleh aje buat video call bertanya khabar.
Telefon mereka setiap hari. Jangan lupa nasihat ibu bapa di kampung mengenai cara pencegahan seperti jangan bersalam dengan sesiapa yang datang ke rumah, kerap minum air dan jaga kebersihan tangan dan kesihatan diri.
Ingatlah kita jauh hari ni, sebab kita nak jumpa hari esok.
Begitu juga mengenai perkongsian lelaki ini, Ammar Zahar di laman facebooknya yang sungguh meruntun jiwa. Apabila terlalu ramai rakyat Sepanyol dijangkiti wabak sehingga memaksa mereka ‘melepaskan’ pesakit warga emas untuk memberi peluang kepada pesakit lebih muda mendapat rawatan.
WARGA TUA ‘DILEPASKAN’ DEMI PESAKIT LEBIH MUDA.
“Di Spain 🇪🇸, seorang Dr yang menguruskan pesakit2 Covid membuat kenyataan menyedihkan.. 😭😭”
Terpaksa mencabut alat bantuan pernafasan pesakit berusia 65 tahun ke atas untuk memberi ruang kepada yang lebih muda.
“Dia beritau di Spain, mereka terpaksa mencabut alat bantuan pernafasan pesakit2 berusia 65 tahun keatas untuk memberi ruang kepada pesakit2 yang lebih muda.”
“Mereka (pesakit2 kritikal warga emas tersebut) hanya diberikan sedatif supaya mereka tak menderita.”
WARGA TUA ‘DILEPASKAN’ BILA TAK CUKUP ALAT BANTUAN PERNAFASAN
Tak Cukup Alat Bantuan.
”Ini semua gara-gara terlalu banyak kes kritikal Coronavirus di Spain sampai diorang tak cukup alat bantuan pernafasan 😭”
“Spain kini mempunyai 29,909 kes positive Coronavirus dan mencatat 1813 kematian.”
LINDUNGILAH IBU BAPA, KELUARGA DAN DIRI ANDA.
”Kita rakyat Malaysia 🇲🇾 jangan lupa pesan dan terus berpesan lebih-lebih lagi orang2 tua supaya duduk rumah diam-diam. Yang muda, tak payah bersalaman, berpelukan, dengan orang2 tua kita dulu. Jangan kerana kita, mereka positive Covid.”
“Kita taknak jadi macam Spain 🇪🇸 yang terpaksa memilih ‘siapa untuk diselamatkan’. 😭”
Semoga kita ikut arahan kerajaan #stayathome dan wabak ini segera dapat disisihkan dari dunia dan negara kita.
Khabar duka dikongsikan ibu kepada Ainul Mardhiah yang kini disahkan positif Covid-19.
“Doakan Ainul ya semua, Harini waktu lepas Ainul bangun tidur petang tetiba badan dia panas. Lepastu dia taknak bangun lemah je. Batuk sikit, terus buat covid test. Akhirnya kecundang juga. InshaAllah doakan Ainul cepat sembuh ye.”
Demikian perkongsian ibu si kecil yang menjadi kesayangan rakyat Malaysia. Berita itu dimuatnaik menerusi instastoriesnya.
Tambah Nurul Erwani lagi, walaupun positif namun keadaan kesihatan Ainul okay.
“Alhamdulillah Ainul okay je setakat ini. Dia tengah tidur je. Batuk tak teruk sangat, cuma badan panas. Tapi suhu tak tinggi. Setakat ini memang sentiasa pantau oksigen dan baginya ubat.
Sementera Itu, dalam Facebook milik ayahnya Ahmad Safiuddin turut berkongsi perkembangan anak sulungnya ini. Biarpun nampak tidak bermaya, namun tiada gejala batuk dan suhu badan juga normal.
Bacaan spo ainul waktu tidur (sekarang). Alhamdulillah semua ok. Cuma nampak ainul tak bermaya.
So far feeding dia ok, tak batuk, suhu badan normal. Harap-harap malam ni ainul tidur nyenyak. Kebiasaannya kalau ainul demam atau kena jangkitan kuman, dia tak akan boleh tidur malam. Walid doakan ainul lekas sembuh. Covid memang dah ada di mana-mana. Kita hidup sekarang memang sudah dikelilingi dia. Jika keadaan teruk, terus ke hospital.
Walaupun sedikit lega kerana dia dan isteri negatif selepas membuat ujian, namun kesihatan anak kedua mereka yang mula menunjukkan tanda-tanda positif membuatkan si ayah meluahkan rasa kebimbangan. Akhirnya apa yang ditakuti berlaku,
“Setelah Ainul demam dan positif Covid sebelah petang, malam ni si adik pulak flat. Dah mula demam. Harap saya dan isteri boleh bertahan. Kalau kami berdua pun collapse, memang agak mencabar. So far kami berdua masih ok. Malam ni kena pantau suhu mereka berdua,” kongsi Ahmad Safiuddin yang mendoakan semoga anak-anak kembali sihat dan aktif seperti biasa.
YA allah… Aku tidak ingin menangis lagi…aku tidak ingin kecewa lagi..bantulah aku Ya ALLAH..hanya padamu tempat aku berharap..hanya pada MU tempat aku mengadu segala isi hatiku..hanya pada Mu tempat aku meluahkan segala2 nya…kerana Engkau Maha Mengetahui segala-galanya…
Sesungguhnya hanya Engkau yang mengetahui segala isi hati ku…Ampuni lah aku Ya ALLAH…jika ini ujian dari Mu…jika Engkau memilih aku untuk menjalani ujian dan dugaan ini, aku mohon sangat-sangat kepada Mu Ya ALLAH….berilah aku kekuatan….berilah aku ketabahan,..berilah aku kesabaran……..Supaya aku terus mampu meneruskan kehidupan seperti hari-hari yang berlalu bersama orang-orang yang aku sayangi….
Membaca coretan dari seorang ibu di akaun fbnya, merintih setiap hari mohon didoakan kesejahteraan buat anak bongsunya yang kini terlantar di hospital tidak sedarkan diri. Setiap bait-bait katanya, cukup membuatkan orang ramai berasa simpati dan tersentuh pilu.
Kejadian berlaku bilamana Muhammad Hassif Daneal Muhammad Sofian, 12 terjatuh ketika menaiki basikal pulang dari mengaji. Dan siapa menduga, rentetan daripada kejadian tersebut menyebabkan kini anak kecil ini telah pun menjalani dua pembedahan serius bagi membuang darah beku di kepalanya dan masih tidak sedarkan diri.
Menurut laporan Sinar Harian, rutin setiap hari adik Muhammad Hassif Daneal, dia akan pergi mengaji dengan berbasikal bersama kawan-kawannya. Namun pada hari 17 Julai lalu, semasa pulang ke rumah dia terjatuh basikal.
Kemudian ibunya, Puan Ruzaini Bakar membawanya ke Hospital Gua Musang (HGM) setelah mengadu pening kepala dan muntah-muntah sebanyak empat kali. Kemudian membawanya ke Hospital Kuala Krai (HKK) dan doktor mengesan ada darah beku di kepalanya. Lalu, anaknya dihantar ke HUSM untuk rawatan lanjut.
Katanya yang juga ibu tunggal, meskipun pembedahan kedua selamat dilakukan semalam, namun Hassif masih tidak sedarkan diri dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.
Tambah Ruzaini, di saat getir ini, dia mengharapkan doa dari semua agar anaknya pulih seperti sedia kala.
“Tiada apa yang saya harapkan selain doa dari semua. Doakan kesembuhan anak saya,” katanya yang membesarkan empat anak dengan meniaga kuih di pasar malam. Sejak anaknya ditempatkan di hospital, Ruzaini mengakui, dia hilang punca pendapatan kerana perlu menemani Hassif.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.