Lima beranak termasuk empat kanak-kanak rentung selepas kediaman mereka di Jalan Bakti, Kampung Berangan 6, Umbai di sini, musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.
Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Sufian Abu Bakar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada jam 1.40 pagi daripada orang awam.
Beliau berkata, dua jentera bersama 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau dan Padang Temu dikejarkan ke lokasi bagi operasi pemadaman dan tiba jam 1.51 pagi.
Ads
“Setibanya di lokasi didapati benar terdapat kebakaran membabitkan rumah separuh kekal berkeluasan 20 x 60 kaki persegi terbakar 80 peratus.
Ads
“Terdapat seorang wanita dewasa bersama empat kanak-kanak perempuan ditemui rentung dan seorang lelaki ditemui masih bernafas.
“Kerja pemadaman masih dijalankan dan operasi terkawal,” katanya.
Ads
Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
— BERNAMA
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kes Syamsul Haris: Jasad dalam keadaan baik, bedah siasat kedua esok. Proses bedah siasat kedua ke atas jasad pegawai kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES), Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin, 22, akan dijalankan pada esok pagi.
Peguam keluarga, Datuk Naran Singh Ara Singh memaklumkan bahawa kerja penggalian semula kubur dilaksanakan oleh empat penggali bermula jam 8.45 pagi tadi, sebelum jasad berjaya dikeluarkan pada jam 9.22 pagi.
“Jasad dalam keadaan baik dan dibungkus dengan bungkusan khas disediakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum dibawa ke Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur (HKL).
“Beberapa prosedur akan dijalankan petang ini, manakala proses bedah siasat akan diadakan jam 9 pagi esok,” katanya ketika ditemui di kawasan Tanah Perkuburan Islam Kampung Rinching Hulu, Semenyih, hari ini.
Menurutnya lagi, pihak keluarga berpuas hati dengan kelancaran proses penggalian semula yang turut disaksikan oleh tiga pakar forensik IPFN HKL serta wakil pakar forensik keluarga, Datuk Seri Dr Bhupinder Singh.
Naran Singh turut menegaskan bahawa terdapat percanggahan kenyataan mengenai kecederaan yang dialami Allahyarham.
“Sebelum ini, ibunya, Ummu Haiman Bee Daulatgun, 45, ada melihat kecederaan pada mata, hidung berdarah, dada yang luka serta kesan lebam pada anaknya.
“Bagaimana Menteri Pertahanan (Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin) boleh maklumkan bahawa tiada kecederaan dialaminya (Syamsul Haris).
“Pastinya seorang ibu akan rasa sedih dan akan meneruskan perjuangn hingga mencapai keadilan,” katanya sambil menjelaskan pihaknya belum dapat mengesahkan tempoh masa yang diperlukan bagi melengkapkan bedah siasat kedua.
Menjawab spekulasi mengenai perkhidmatannya yang didakwa mahal, beliau menegaskan bahawa kes ini diambil secara percuma.
“Ada banyak khabar angin mengenai khidmat saya yang dikatakan mahal. Harus diingat bahawa saya lakukan ini (perkhidmatan mewakili keluarga Syamsul Haris) adalah secara pro bono (percuma).
“Ia adalah demi keadilan untuk semua tanpa mengira kaum, bangsa mahupun agama,” katanya.
Sementara itu, Ummu Haiman turut menyatakan rasa syukur kerana proses pagi tadi berjalan lancar.
“Alhamdulillah proses ini sudah selesai dan saya berpuas hati. Terima kasih atas sokongan orang ramai yang hadir dengan memberikan motivasi, tenaga serta doa.
“Selepas ini, proses bedah siasat akan dilakukan dan kita tunggu sahaja keputusan (bedah siasat kedua) nanti,” katanya.
Siapa yang tidak kenal dengan Neelofa, selebriti, usahawan, dan ikon fesyen terkenal di Malaysia.
Dikenali bukan sahaja kerana bakatnya dalam dunia hiburan, tetapi juga kejayaannya dalam bidang perniagaan, Neelofa kini semakin menonjol dalam peranannya sebagai seorang ibu.
Setelah bergelar ibu, kehidupannya lebih tertumpu kepada keluarga, dan terbaru, dia berkongsi pengalaman membeli barang keperluan di pasaraya, mencuri perhatian ramai dengan gaya keibuan yang semakin terserlah.
Neelofa menerusi perkongsian di Instagram (IG), video berdurasi lebih 1 minit itu memaparkan sedang mengambil bahan-bahan makanan kering dan basah.
Apa yang menarik perhatian, Neelofa turut menggunakan dua buah troli untuk kelengkapan bahan-bahan tersebut siap disusun kemas.
Biasalah, bila mak-mak masuk grocery, niat asal nak beli beberapa barang je, tapi akhirnya macam-macam masuk dalam troli. Dari barang dapur, keperluan rumah, sampai kudapan anak-anak semua diborong!
Apa yanh buat netizen terkejut, bukan sahaja troli tetapi resit pun jangan cakaplah, panjang berjela!
Meninjau diruangan komen meluahkan teruja melihat bekas pengacara meletop itu membeli barang dapur
Sumber: IG Neelofa
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Nora Danish bimbang penampilan berhijab dihakimi, dilabel munafik – “Tidaklah sempurna tapi lebih baik.” Pelakon Nora Danish seperti yang kita ketahui sudah berhijab. Wanita ini tampil berhijab dengan penampilan yang sopan setiap kali menghadiri pelbagai majlis.
“Dalam proses penghijrahan ini, saya tidak mahu orang melihat saya sebagai seorang yang suci atau terlalu alim. Itu yang paling saya takutkan, kerana apabila saya melakukan kesilapan, orang akan menilai saya sebagai munafik dan sebagainya.
“Saya juga sedang berusaha untuk menjadi seorang yang lebih baik. Tidaklah sempurna, tetapi sekurang-kurangnya lebih baik. Itulah yang sangat saya inginkan,” katanya.
Wanita berusia 43 tahun itu kerap dilihat menghadiri majlis-majlis ilmu agama, mengakui dirinya sedang berusaha untuk memperbaiki diri menjadi seorang muslimah yang lebih baik.
Pelakon Bukan Cinta Malaikat itu mula berhijab sekitar Jun tahun lalu. Menurutnya, niat untuk berhijrah sudah lama disimpan, dan dia memohon doa orang ramai agar dirinya kekal istiqamah.
“Saya membuat keputusan ini tanpa desakan atau paksaan sesiapa. Saya sendiri yang memilih untuk berhijab kerana saya sedar usia saya juga sudah tidak muda lagi.
“Saya percaya setiap wanita yang belum berhijab pasti ada keinginan yang sama. Apapun, terima kasih kepada semua yang mengambil berat dan mendoakan saya,” katanya.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.