Selamat menyambut cahaya mata ketujuh, penyanyi Datuk Jamal Abdillah memaklumkan dia dan isterinya Datin Zai Izzati membuat keputusan untuk ‘tutup kilang’.
Memetik Astro Gempak, Jamal berkata, dia dan isteri membuat keputusan untuk mengikat salur peranakan atau Bilateral Tubal Ligation (BTL) kerana merasakan sudah sampai masanya.
Tambah Jamal lagi, keputusan itu diambil bagi mengelakkan risiko tinggi jika hamil lagi apatah lagi isterinya sudah menjalani proses melahirkan secara Czer sebanyak lima kali.
Pun begitu katanya lagi, dia bersyukur kerana dianugerahkan zuriat lelaki dan perempuan yang ramai.
Ads
“Saya sebenarnya dah buat keputusan dengan isteri saya untuk mengikat salut peranakan. Maknanya tidak ada lagi, selepas ini tak ada anak lagi.
Ads
“Saya rasa dah cukup, lagipun isteri juga melahirkan secara czer sebanyak lima kali. Saya dan dia risau juga, takut kalau kali keenam czer juga takut pula. Alhamdulillah semuanya sempurna,” katanya.
Ads
Terdahulu Jamal dan isterinya selamat menimang cahaya mata kelima mereka, seorang bayi perempuan yang diberi nama Magdalena Yamani.
Jamal dan Zai mendirikan rumah tangga pada 1 April 2017. Pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata iaitu Nur Azura Yamani, 5; El Isaac Yamani atau Zack, 4; Iskandar Rayyan Yamani, 3 dan Rahil Laura Salsabila Yamani, setahun.
Menerusi perkahwinan terdahulu Jamal dikurniakan dua anak lelaki yang juga penyanyi, Osama Yamani, 21, dan Ahmad Zaki Yamani, 17.
SUMBER: Astro Gempak
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Selepas 46 hari melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semalam orang ramai berpeluang untuk keluar dari rumah selepas kerajaan melonggarkan sedikit PKP. Walaupun tidak sepenuhnya dilaksanakan memandangkan virus Covid-19 masih belum dihapuskan, namun demi memastikan ekonomi berjalan, membuatkan kerajaan mengambil pendekatan sedemikian.
Namun, pelbagai kisah sama ada yang gembira mahupun duka dikongsikan orang ramai di media sosia. Antara yang paling menyentuh hati netizen adalah gambar orang ramai yang sedang berbaris di hadapan kedai pajak gadai.
Perkara tersebut telah menimbulkan beberapa pandangan orang ramai mengenai nasib mereka yang berbaris itu. Apa tidaknya, ada yang berpendapat bahawa berkemungkinan mereka itu memerlukan wang untuk menyara kehidupan.
Menjengah ke laman Twitter, terdapat beberapa warganet yang berkongsikan suasana di pelbagai tempat yang menunjukkan orang ramai berbaris di hadapan kedai pajak gadai. Perkongsian warganet kebanyakannya telah mengundang pelbagai reaksi sedih.
Sedihnya lalu pekan Rawang tadi, ramainya beratur depan Ar Rahnu & Pajak Gadai.
Ada nampak Mak Cik Kiah tak? Manalah tau kot2 dia pun beratur depan Ar Rahnu & Pajak Gadai tadi. Kalau ada, bagitau Ayah Din bantuan kerajaan masih tidak mencukupi.
Suruh Ayah Din tingkatkan lagi bantuan. Dah apa gunanya kerajaan kalau tak dapat bantu rakyat??
Itu Pentingnya Simpanan Emas….
Masa Terdesak Macam Inilah Diperlukan..
Ada Duit Lebih Tu Belilah Emas…Nilai Emas Makin Naik …Rugi Tau ..
Haaa Nampak Tak Bini Aku Senyum Sebut Beli Emas…Bukan Main Lebar Dia Punya Senyum
Mungkin pada sesetengah orang, PKP ini tidak banyak memberi kesan memandangkan ada yang masih memiliki pendapatan dan sebahagian majikan membenarkan pekerja mereka untuk bekerja dari rumah. Jadi, secara tidak langsung, gaji tidak dipotong dan dibekukan.
Namun Ttidak bagi sesetengah yang lain terutama yang bekerja sendiri. Golongan ini terjejas teruk memandangkan selama ini mereka bergantung kepada gaji harian. Bila berlaku Covid-19, sumber pencarian mereka ini mungkin telah terganggu berikutan daripada pelaksanaan PKP yang berkuatkuasa pada 18 Mac 2020.
Ramai ramai beratur kt pajak gadai bukan suka suka tp terpaksa. Itu yg ada benda nak digadai. Yang takda 😔
Dalam pada itu, rata-rata warganet terkesan dan sebak tattkala melihat situasi tersebut yang mana seseorang individu memerlukan wang terpaksa bergadai untuk meneruskan kehidupan.
Sumpah sedih bila tengok gambar orang beratur dekat kedai pajak gadai. Ramai yang terdesak sampai terpaksa gadai barang kemas sendiri 😔😭 haish pic.twitter.com/ovNJ6KloV1
Kali pertama saya jejak kaki kedai pajak adalah masa nak posting ke Johor. Mak saya suruh gadai rantai pusaka dia. Berjurai air mata dr rumah sampai la dlm perjalanan.
Tuan, kalau ada yg berhajat nk gadai barang kemas, sy cadangkan pergi ke bank. Nilai lebih tinggi & upah lebih rendah. Arrahnu exchange @ agrobank. Pos malaysia pun ada (ikut caw).
Namun satu kisah seorang ibu tua yang terpaksa bergadai memandangkan duit bantuan belum di terima dan gajinya sebagai seorang tukang cuci harian sudah habis digunakan. Kisah mak cik ini dimuat naik seorang wanita menerusi Twitternya @theiliaqilah.
Menurutnya,makcik tersebut mempunyai anak menghidap penyakit asma yang semestinya memerlukan bantuan perubatan. Tambah gadis itu lagi, makcik berkenaan masih belum menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) oleh kerajaan dan hanya bergantung kepada pendapatan sebagai tukang cuci.
Sebak hati seorang ayah yang juga pemandu ambulans apabila melihat jasad yang terbaring kaku untuk dibawa ke hospital adalah anak sendiri. Itulah yang dihadapi oleh Mohd Taqwa Ismail, 49, selepas anaknya, Muhammad Aiman Mohd Taqwa, 21, terbabit dalam kemalangan di simpang kilang sawit di Kilometer KM 38 Kuala Terengganu menghala ke Kota Bharu, petang semalam.
Dia yang bertugas sebagai pemandu ambulans di Klinik Kesihatan Sungai Tong tidak menyangka mangsa kemalangan dalam kejadian itu adalah anaknya.
Dalam kejadian itu, mangsa yang merupakan kakitangan Unit Landskap Taman Tamadun Islam (TTI), Kuala Terengganu terbabit dalam kemalangan jalan raya selepas motosikal ditungganginya bertembung dengan sebuah lori kira-kira jam 4.30 petang.
Taqwa berkata, dia mendapat panggilan meminta untuk mengambil mangsa kemalangan di lokasi kejadian dan kemudiannya dihantar ke Hospital Setiu.
“Namun apabila sampai di situ, saya macam kenal motosikal itu dan apabila tengok nombor plat motosikal baru sedar rupanya anak sendiri menjadi mangsa kemalangan.
“Sejak saya bertugas menjadi pemandu ambulans kira-kira 21 tahun lalu, ini pengalaman pertama terpaksa berdepan situasi membabitkan ahli keluarga sendiri.
“Jujurnya hanya Allah sahaja yang tahu perasaan sedih saya ketika itu walaupun sebelum ini pernah mengambil mangsa kemalangan lagi serius tapi tidak terlalu beremosi seperti ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Dia berkata, Aiman baru sahaja lima bulan bekerja di TTI dan kerap berulang-alik dari tempat kerja dan pulang ke rumah di Sungai Tong.
“Selalunya Aiman bawa bekal ke tempat kerja tetapi semalam dia berjanji mahu pulang untuk makan petang bersama saya di rumah.
“Kebetulan malam sebelum kejadian, saya sempat memasak ikan lampam goreng yang dibawa balik dari Tasik Kenyir dan dia sempat makan serta meminta lebihan ikan itu disimpan untuk dimakan keesokan harinya,” katanya.
Katanya, Aiman anak kedua daripada lima beradik hasil perkongsian hidup bersama isterinya, Zulnilawati Idris, 47, adalah anak yang pendiam tetapi sangat disenangi ramai kerana pandai menyesuaikan diri.
“Arwah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Belara kira-kira jam 11.30 pagi tadi,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Afandi Hussin berkata, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan muka.
Katanya, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Sungai Tong di sini dari Kuala Nerus.
“Ketika tiba di lokasi kejadian, Muhammad Aiman yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 dikatakan cuba memotong sebuah kenderaan di hadapannya tetapi gagal.
“Lalu bertembung dengan sebuah lori yang datang dari arah bertentangan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Afandi berkata, pemandu lori berusia 30 tahun yang dalam perjalanan ke Hulu Terengganu dari Kok Lanas, Kelantan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Cara pemakanan yang diamalkan oleh Rasulullah SAW merupakan satu cara yang patut dicontohi. Sudah pastinya pemakanan yang diambil oleh Rasulullah SAW sangatlah mementingkan kesihatan.
Dalam al-Quran juga ada menyatakan bahawa makanlah makanan yang halal dan janganlah mengambil makanan yang sudah dilarang oleh agama.
Sebagaimana perkongsian wanita ini Mastura Rashid, dari grup Masak Apa Hari Ni.. (MAHN) yang menyediakan talbinah. Umumnya makanan ini adalah sejenis bubur lembut yang diperbuat dari tepung barli dan gandum yang berserta dengan kulitnya dicampurkan dengan air atau susu
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Semalam buat air barli. Harini saya buat talbinah dari barli yang dah masak semalam. Dan ini juga antara best natural remedy saya.
Setiap kali rasa down, saya akan makan talbinah kerana ia membantu stabilkan mood dan emosi saya selepas itu.
Dalam perubatan islam, talbinah berkhasiat untuk merawat kesedihan dan depresi, seperti yang rasulullah saw sarankan.
Mudah je nak buat kalau kita dah masak barli. Talbinah ni pun saya buat dari barli yang dah dimasak semalam.
CARA PENYEDIAAN
– Scoop 3 sudu besar barli – Tambah 2 cawan susu segar atau fullcream – Kisar hingga hancur – Masak dalam pot kecil dengan api perlahan. Tak perlu tambah apa-apa pemanis, garam atau bahan penyedap. – Okeh nampak je susu nak mendidih, terus tutup api ya. Masa nak makan, barulah saya akan tabur dengan kekacang, buah kering (kranberi, tin, kiwi, aprikot), pisang dan sedikit madu.
Kalau belum masak barli, boleh blend halus biji barli mentah, dan masak dengan susu segar atau full cream. Nampak susu nak mendidih, terus tutup api.
MANFAATNYA
Dalam perubatan cina, fungsi barli bagus untuk perut, limpa dan peparu. Mereka yang ada demam, batuk, fungsi perut kucar kacir, eloklah amalkan barli.
Ada yang tanya, boleh tak makan barli waktu mengandung dan menyusu? Dalam perubatan cina, barli tak boleh dimakan ketika mengandung.
Tapi saya makan dan amalkan hampir setiap hari waktu mengandung kerana air barlilah yang menjadi pengalas perut dan beri tenaga waktu morning sickness teruk beberapa bulan.
Waktu menyusu dan berpantang juga saya minum air barli. Minuman ni membantu saya dan baby tidur lebih lena tanpa berjaga kerap tengah malam. Alhamdulillah susu tak drop. In fact khasiat barli pun baby boleh dapat melalui susu kita.
Secara amnya, barli bagus untuk meredakan demam, mengurangkan gula dan kolestrol dalam darah, merawat sistem penghadaman, anti-kanser, atasi darah tinggi, atasi insomnia dan menguatkan sistem pertahanan badan.
Talbinah ni boleh diberi pada anak kecik ya. Seawal umur 7 bulan, bila anak dah boleh makan.
Untuk anak yang belum tumbuh gigi, saya sarankan bagi talbinah kosong. Barli dikisar lumat dan dimasak dengan susu segar. Tak perlu letak apa-apa pemanis atau perisa.
Kalau anak dah tumbuh gigi dan pandai makan bubur kasar, bolehlah blend kasar barli. Sama, bagi je talbinah kosong pada anak. Blend kasar tu untuk merangsang pertumbuhan gusi bila anak mengunyah-ngunyah.
Untuk orang yang ada depresi, darah tinggi dan kencing manis, jadikan talbinah makanan kesihatan. Kalau boleh amal setiap hari, amalkan je.
Stockup kekacang, buah kering dan madu asli di rumah untuk jadi penyedap talbinah.
InsyaAllah bila amalkan selalu, kita boleh nampak perubahan dari segi berat badan, saiz perut, bacaan gula & darah, dan emosi.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...