“Line Dah Clear, Comeback Lagi Power.” Tiga Kali Talian Terputus, Adik Lutfi Sempurnakan Bacaan Al-Quran Buat Ramai Sebak!

Share

Beberapa hari yang lalu, tular kisah adik Lutfi yang membaca potongan ayat di sebuah rancangan televisyen secara langsung.

Apa yang membuatkan penonton termasuk ahli panel dalam rancangan tersebut sendiri tidak dapat menahan rasa lucu bila mana ketika dia sedang membaca potongan ayat suci al-quran itu, talian terputus.

Lebih menghiburkan warganet adalah, taliannya terputus sebanyak tiga kali  pada potongan ayat yang sama.

Justeru, penerbit program berkenaan kemudiannya menghubungi adik Lutfi untuk membuat comeback di rancangan televisyen tersebut.  Kali ini, adik Lufi dihubungi menerusi panggilan video.

Pada episod terbaru rancangan tersebut, adik Lutfi  berjaya membacakan potongan ayat suci al-quran itu dengan sempurna sehingga lengkap.

Bahkan, Para panel dalam rancangan televisyen berkenaan tampak kagum dan memuji sikap, semangat serta kegigihan kanak-kanak yang baru berusia 9 tahun.

Namun menampakkan kesungguhannya dan minat dalam membacakan potongan ayat al-quran  dan menghafalnya.

Kisah adik Lutfi mendapat pujian ramai dan dimuat naik menerusi twitter baru-baru ini.

Dalam pada itu, ibu kepada Adik Lutfi berkongsi ucapan terima kasih atas doa dan keprihatinan ahli panel kepada anaknya itu.

Terima Kasih kepada seluruh ahli keluarga..Ustaz Ahmad Tarmizi Abdul Rahman ustaz Fakhrul UNIC ustazah Farhatul Fairuzah geng ngaji astro oasis…..semua yang mendoakan lutfi dan kakak lutfi. Hanya Allah yang membalas dengan kebaikan..aaminnn #lutfisayangsemua

Semoga semangat dan kegigihan adik Lutfi ini menjadi contoh kepada kita untuk bersemangat dalam membaca ayat suci al-quran.

Sumber: fakhrulunic/farhatulfairuzah

IKLAN