Selalunya kalau carrot atau bahasa melayunya lobak merah kecut atau lembik dek lama sangat dalam peti, mesti anda akan pilih untuk buang je kan? Ye la, nak masak pun dah tak elok dan tak sedap.
Tapi tahu tak, sebenarnya kita boleh keraskan dan segarkan semula lobak merah tu semula macam baru beli, percaya tak? Haaa percaya ke tidak, kena tengok tip yang akan kami kongsikan hasil dari perkongsian seorang pengguna aplikasi Tiktok, Munirah Jamaludin. Jom tengok caranya!
Cara Segarkan & Keraskan Semula Kalau Carrot Dah Lembik
Cara-caranya:
1. Kupas/buang kulit carrot yang sudah lembik.
2. Potong kecil carrot tersebut dan rendam dalam semangkuk air. Biarkan seketika.
Ads
3. Hasilnya carrot akan jadi segar dan keras semula. Boleh digunakan untuk masak seperti biasa.
Elak dari perkena serangan jantung, jom ikuti perkongsian dari Dr Zubaidi ni!
Ads
Comel betul adik-adik BK buat Challange kumpul marshmellow!
Tayang bahagia di social media, realiti ke fantasi? Nak tahu, jom tengok!
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menu yang menarik pasti membuatkan anak-anak suka untuk menjamahnya. Bagi ibu-ibu yang nak sediakan sarapan mahupun minum petang buat anak kecil, mungkin resipi ini sesuai disajikan. Bukan hanya anak, ahli keluarga lain pun pasti suka ni.
Jom admin kongsikan resipi air tangan dari puan Syafieqa Ieka
Cuma guna 4 bahan jer.. boleh hasilkan menu yang menarik untuk anak2 anda..
Masakan berasaskan sotong sudah tentu menjadi kegemaran ramai. Selain sotong goreng, sotong masak sambal atau sotong masak sos tiram, anda juga boleh mencuba resipi Sotong Siram Petang.
Menariknya resipi ini, cara penyediannya seperti ala thai termasuk mengunakan bahan serai, limau purut dan limau nipis membuatkan resipi ini memberikan aroma yang menyelerakan. Menerusi perkongsian Noor Sabrina Amran, resipi berkenaan adalah daripada mak mertuanya. Penyediaan yang mudah dan menyelerakan.
IKUTI PERKONGSIAN
Sotong Siram Petang (resepi mak mertua kak sab). Buat untuk berbuka ni, sedap! laju je nasi bertambah! keluarga memang suka! anak2 fav!
Bahan-bahan : Sotong Cili padi Serai Halia Bawang putih Bawang merah Daun limau purut Limau nipis / lemon Sos cili thai Minyak masak
CARA PENYEDIAAN:
Cara-cara masak ada pada setiap gambar yer. Campak-campak je!
Basuh sotong dan toskan. Potong ikut citarasa masing-masing.Bawang putih, bawang merah, halia, serai, daun limau purut dan limau nipis dipotong awal.Gaul sotong dengan garam dan kunyitGoreng sekejap separuh masak. Angkat dan toskan.Dalam kuali lain. Panaskan minyak. Tumis bawang putih, bawang merah dan serai sehingga naik bau.Masukkan sos cili thai. Kacau sebatiMasukkan cili padi, perahan limau nipis dan daun limau purut.Masukkan sotong dan kacau sebati. Jangan masak lama-lama nanti sotong liat.Rasanya masam manis dan pedas.
Selamat menikmati. Memang sedap!
Kredit: Noor Sabrina Amran
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Puding lumut ni memang menjadi salah satu pemanis mulut turun-temurun dari zaman dulu. Setiap kali puasa ke raya ke puding ni memang wajib ada lah.
Selalu makan puding lumut warna hijau je kan, dah bosan. Jom cuba puding lumut warna biru. Wahh nak makan pon tak tergamak sebab comel sangat.
Kombinasi warna biru gelap dengan biru cair tu dah macam awan dengan laut. Jom kita tengok resepi yang dikongsikan oleh dapurdee di Cookpad.
RESEPI PUDING LUMUT BUNGA TELANG
BAHAN A:
-5 g serbuk agar-agar
-200 ml air
-100 ml air ekstrak bunga telang segar
-60 g gula pasir
-1 sb susu pekat
-1 ketul gula batu
BAHAN B:
-100 ml santan kotak
-100 ml air ekstrak (bunga telang)
-1 esen vanilla
-Secubit garam
CARA MEMASAK:
1. Didihkan satu cawan bunga telang segar dengan 1 cawan air kemudian tapis ekstrak.
2. Masukkan bahan A ke dalam periuk dan kacau rata. Panaskan hingga mendidih.
3. Campurkan bahan B kedalam satu periuk. Kacau rata. Apabila bahan A mendidih, masukkan campuran bahan B bersama bahan A. Biar mendidih dan kacau sekali jika nak hasil buih besar. Jika nak hasil buih kecil kacau 3-4 kali. Tutup api.