Bagi keluarga yang suka makan pulut, tentunya menikmati kuih lopes ini dapat membangkitkan selera. Tentu enak dimakan ketika minum petang bersama keluarga.
Tidak dinafikan juga, menyediakan menu lopis ini lain orang lain caranya. Jadi buat yang belum pernah menyediakannya, jom pelajari teknik menyediakannya seperti ini.
Siapa suka kuih tradisi nenek moyang kita ni..meh munculkan diri..hehehehe..lain orang lain cara penyediaannya kan..saya share resepi cara saya
Kuih lopes
Ads
Beras pulut
Daun pandan
Air daun pandan
Pewarna hijau
Garam
Bahan untuk air gula merah
Gula merah(warna gelap)
Gula putih sedikit sahaja
Daun pandan
Ads
Daun pisang(balut pulut)
Benang(untuk potong pulut)
Kelapa putih(salut pulut)
Cara penyediaannya
Ads
1)Basuh beras pulut dan sukat air macam biasa..masukkan air daun pandan..masukkan pewarna hijau dan msukkan sedikit garam
2)Masak pulut dalam rice cooker..dan masak sejukkan
3)Layur daun pisang..ambil pulut kemudian buat bentuk silinder..saiz bergantung kepada selera masing-masing..ikat kemas dengan getah kiri dan kanan
4)Kukus seketika pulut yang telah dibalut tadi..sejukkan
5)Ikat benang pada besi atau paku..kemudian buat lilitan pada pulut dan tarik.. pulut akan terbelah dgn cantik dan tidak melekat
6)Kelapa putih yang telah diletak sedikit garam kukus seketika dan gaul pulut yang telah dipotong
7)Untuk air gula merah pula..masukkan gula merah..sedikit gula putih..air dan daun pandan..masak sampai pekat kemudian tapis..sejukkan dan sedia untuk dimakan
p/s:sukatan terpulang kepada banyak mana anda nak masak ye.selamat mencuba
Sumber : Boy Es Zu’echa via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bukan jer bantu hilangkan kesan minyak dan bau hanyir, malah homemade spray ini juga boleh bantu tanggalkan karat. Jom cuba!
Sebelum ni saya pernah share pasal homemade spray serbaguna untuk halau semut.. Baru² ni ada kawan tanya apa lagi kegunaan spray ni.. Jadi kali ni saya nak share kegunaan spray ni untuk memudahkan kerja² kat dapur.. Selain bersihkan dapur, saya gak gunakan spray ni untuk..
◾ Hilangkan bau hanyir Biasanya lepas bersihkan ayam & siang ikan, saya akan spray pisau, papan pemotong & sinki dengan spray ni untuk hilangkan bau hanyir (ikan terutamanya). Biarkan 5-10 minit sebelum cuci macam biasa
◾ Mudah tanggalkan kesan minyak Bila basuh bekas² makanan yang berminyak ni, penutup yang paling leceh sekali nak dibersihkan.. Selalunya saya spray je & biarkan sekejap sementara nak basuh.
◾ Masa baking – nak buat meringue atau pukul whip cream, mixer & bekas mesti kering dan tak berminyak. Kalau tak, alamatnya tak menjadi ler.. Boleh spray kan pada mixer & bekas sebelum direndam kejap dengan air panas untuk pastikan semua kesan lemak & minyak tanggal. Basuh & keringkan sebelum guna. Saya juga gunakan cara yang sama untuk basuh perkakas baking lepas guna. Sangat menjimatkan masa & menjimatkan sabun 😄
◾ Spray & rendam kain lap tangan, kain lap dapur & span basuh pinggan untuk tanggalkan kesan minyak. Sesetengah orang terus masukkan kain yang berminyak dalam mesin basuh. Sebenarnya kesan² minyak tu akan buat drum mesin basuh cepat kotor (kotoran melekit², melekat dicelah getah pintu & juga mendap dalam lubang drum). Untuk span basuh pinggan pun, biasanya bila malam saya akan spray larutan cuka ni & rendam air panas dalam 10 minit. Kemudian tos kering untuk elakkan span mudah berbau & jadi tempat pembiakan bakteria.
◾ Bersihkan blender & tanggalkan karat pada mata blender. Yang suka buat kek guna blender tu, elok sangatlah guna spray ni untuk bersihkan blender. Saya pernah beli kek choc homemade yang rasa pedas cili.. Terus tertutup selera nak makan 😅 Saya guna spray ni untuk kurangkan bau (bawang contohnya), pijar cili & boleh bersihkan mata blender gak.. Tapi kena rendam kejap la.. Jangan terus basuh lak.
◾ Bersihkan karat/mendapan dalam cerek elektrik. Untuk bersihkan karat/mendapan dalam cerek elektrik, gunakan bancuhan spray ni dalam 1-2 cawan, kemudian tambah air paip sehingga cerek ½ penuh je (jangan letak banyak sebab bila mendidih air akan melimpah²). Biarkan suam sebelum bersihkan. Kalau banyak sangat karat/mendapan, perlu ulang beberapa kali.
Saya buat spray ni dalam kuantiti yang banyak sebab memang selalu guna. Saya ada 3 botol spray untuk kegunaan dapur, untuk lap air tumpah/spray langsir bila bau asap & juga untuk toilet. Untuk spray langsir & toilet tu saya tambahkan essential oil (lavender & lemon) sikit supaya wangi. 😄
Kalau nak buat dalam kuantiti banyak macam saya ni boleh guna sukatan ni..
1½ cawan cuka 7½ cawan air 4-6 sudu sabun pencuci pinggan (kurangkan jika pencuci pinggan pekat)
Cara membuat:
Campurkan semua bahan, masuk dalam botol spray.
*pastikan spray sentiasa ditutup bila tak digunakan supaya kepala spray tak mudah rosak
*spray ni gak boleh digunakan untuk bersihkan tong sampah atau kurangkan bau hancing. Salah seorang kawan yang ada kedai makan gunakan spray ni untuk toilet kedai makan dia untuk elakkan bau ‘semerbak’ 😅
*kalau setakat spray untuk kurangkan bau² toilet yang tak diingini, taknak letak sabun pencuci pinggan pun takpe. Boleh je guna cuka+air je. Tapi kalau nak jadikan sebagai spray multipurpose (kot nak basuh sinki, kilatkan paip, tile dll) sabun tu bertindak sebagai pencuci yang lembut (sebab tu tak rosakkan permukaan perabot) & kuatkan fungsi cuka. Nak guna sabun mandi pun boleh.. Tapi jangan guna sabun pencuci yang kuat sebab sesetengah sabun ada bahan aktif yang boleh bertindakbalas dengan cuka.
Menyentuh tentang bab melipat kain baju ni, memang ramai antara kita boleh menghelah nafas yang panjang untuk menggambarkan betapa terasa bebannya untuk melakukan tugas yang satu ni.
Apa tidaknya melihat pakaian yang bertimbun-timbun di dalam bakul, memanglah terasa berat kerja tersebut. Pun begitu, lain pula pengalaman yang dirasakan oleh Puan Intan Suhana ini bila baru mengetahui ada cara dan teknik yang lebih menyeronokkan boleh dipraktikkan ketika melipat kain bersama anak-anak. Dan semua itu, dikongsikan di akaun fbnya dan bolehlah kita pula mempraktikkan cara ini. Jom semak.
Ada yang tengah merenung tajam ke arah timbunan kain baju yang tidak bersalah ke tu Nak tak kalau Kak Intan share kaedah melipat kain yang bakal membuatkan korang ketagih?
Bukan ketagih apa. Ketagih nak melipat. Pantang angkat baju dari jemuran terus rasa rajin nak melipat. Serius cara ni berkesan.
Enjoy je masa melipat tu. Anak-anak pun rajin nak tolong. Sebab depa suka part nak twist tu.
Kaedah ni dah lama dah rupanya. Hakak kau ni je baru tahu. Gara-gara tertengok video melipat baju seperti origami ni kat satu page baru-baru ni.
Bila Kak Intan cuba apply je teknik ni wahhh enjoy wei. Seronok je melipat baju. Tak terasa stress pun tengok kain baju yang bertimbun tu.
1. Sebab kita excited nak siapkan step yang last tu.
2. Lepas tu kemas dan senang je nak susun.
3. Anak-anak pun jadi rajin nak tolong lipat, nak tolong susun, dan kemas sendiri kain baju diorang.
4. Mak-mak akan happy je bila tengok anak-anak pakai baju yang dah di-matching-kan dengan elok siap-siap masa melipat tu.
5. Dah tak timbul isu anak-anak pakai baju tak semenggah, baju kaler merah seluar kaler hijau. Ish ish kan tak matching langsung tu. Hehe
6. Diorang pun senang nak pilih baju apa nak dipakai sebab nampak jelas trang tang tang mana satu baju mickey mouse nya, hello kitty nya, my mom rules nya, break the rules nya. Alahai macam-macam pesen baju budak-budak zaman sekarang.
Anak-anak Kak Intan duk panggil ini kaedah ‘bungkus hadiah’ katanya. Haha hentam sajalah budak. Asalkan kamu bahagia.
Cara-cara tengok gambar ye.
Step 1
Step 2
Step 3
step 4
step 5
Step 6
step 7
Kot tak clear tengok je la tangan kerepot ku dalam video yang daku buatkan khas untuk kalian wahai mak-mak yang gojes!
Jenuh tau den buat video ni sorang-sorang. Ambik kesempatan sementara Si Cupu masih tidur ?
Posted by Intan Suhana on Wednesday, August 14, 2019
Asyik makan kari dengan sambal tumis je mesti bosan kan. Petang ni apa kata tukar menu juadah berbuka. Cuba resipi Sup Tulang Sedap, perkongsian dari Azie Kitchen. Pasti membuka selera anak-anak petang nanti.
Macam biasa, Raya kedua dan ketiga kami dah jemu makan rendang. Maka ketupat lebih tu kami makan dengan sup tulang. Korg cuba la. Sedap gila! Letak kicap sambal! Power.
Bahan bahan: 1 kg tulang lembu ~ rebus dahulu hingga empuk 2 sudu besar minyak masak 1 sudu besar minyak sapi 1 batang kulit kayu manis 3 kuntum bunga lawang 5 kuntum bunga cengkih 3 biji buah pelaga 1 labu bawang besar – di hiris 1 peket kecil rempah sup – anggaran 2 sudu besar Air rebusan tulang secukupnya 1 batang lobak merah ~ dadu 2 biji kentang ~ dadu 1 sudu kecil lada sulah Garam secukup rasa 1 biji tomato – potong dadu 1 batang celery – hiris Daun sup dan daun bawang ~ hiris 3-4 biji cili padi – hiris Bawang goreng – tabur
Bahan Kisar: 5 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 1 inci halia 1/2 batang lobak merah 1 batang celery 1 batang leek
Cara cara: Kisar bawang merah, bawang putih dan halia. Ketepikan. Kisar pula karot, batang celery dan leek. Ini bermakna ada 2 mangkuk bahan kisar berasingan yang perlu ditumis nanti.
Panaskan minyak sapi dan minyak masak dalam periuk. Tumiskan rempah tumis ( kulit kayu manis, bunga lawang, pelaga dan cengkih) dan bawang besar yang telah di hiris hingga harum dan garing.
Masukkan bahan kisar (bawang merah, bawang putih dan halia) dan tumis lagi hingga garing dan terbit minyak. Masukkan pula lobak merah, celery dan leek yang telah di kisar halus. Tumis lagi hingga garing.
Kemudian masukkan rempah sup. Tumis lagi hingga rempah garing. Jika terlalu pekat boleh masukkan sedikit air.
Bila semua dah garing masukkan tulang dan air rebusan tulang. Jika kurang boleh tambah lagi air biasa. Kacau sebentar dan biarkan ia merenih.
Jika gunakan tulang yang tak di rebus awal, masak hingga tulang empuk. Mungkin proses memasak menjadi lebih lama kerana nak tunggu tulang empuk. Semasa proses merebus ni akan keluar minyak, buih-buih dan sedikit kotoran. Sendukkan dan buangkan semua kotoran, buih-buih dan minyak di permukaan sup, ini adalah kotoran dari darah dan minyak dari lemak pada tulang. Bila daging dah empuk, masukkan lada sulah dan garam secukup rasa.
Akhir sekali masukkan kentang dan lobak yang telah di dadu kecil. Bila kentang hampir empuk, masukkan juga daun sup, batang celery, cili padi dan bawang goreng. Tutup api dan sedia di hidangkan dengan sambal kicap. Tapi saya tak buat pun sambal kicap kerana anak anak tak suka pedas. Saya cuma letak cili padi yang dihiris.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.