Benar setiap yang bernyawa itu pasti mati. Ajal maut itu rahsia tuhan. Namun bukan perkara mudah untuk seseorang hadapi jika insan yang pergi adalah orang yang paling rapat. Apatah lagi jika dia adalah pasangan hidup kita.
Melalui pengalaman getir ini, telah dikongsikan oleh Encik Khairul Abdullah di akaun fbnya setelah isterinya dijemput Ilahi pada Ogos yang lalu.
Saya selalu membayangkan yang abah atau emak yang akan pergi dahulu. Lazimnya begitulah kerana faktor usia mereka yang semakin tua.
Jadi saya cuba bersedia dari segi emosi dan fizikal jika perkara itu terjadi. Saya sudah ada skrip tentang bagaimana ianya berlaku dan apa yang harus saya lakukan.
Namun, pemergian seorang isteri adalah perkara terakhir yang saya jangkakan. Tidak pernah membayangkan yang dia akan pergi secepat itu.
Demi Allah saya tidak bersedia.
Namun itulah hakikat yang saya dan anak-anak perlu terima. Setiap yang hidup pasti akan mati. Kami akur kami redha.
Sepanjang hidup saya, sudah ramai saudara mara dan sahabat handai yang telah pergi dahulu. Ramai juga yang telah saya bantu sempurnakan jenazah mereka hingga ke kuburan.
Sudah agak biasa bagi saya memandikan jenazah dan masuk ke liang lahad. Saya cuba menabur bakti buat kali terakhir untuk semua yang saya kenali dan sayangi.
Namun menguruskan arwah isteri adalah sesuatu yang diluar jangka.
Ads
Di dalam keadaan yang masih terkejut dan sangat berduka, saya mencuba yang sebaiknya. Memandikan jenazah isteri adalah suatu pengalaman yang sebolehnya tidak ingin sama sekali untuk saya lalui.
Pahit dan luluh melihat sekujur tubuh yang tidak lagi bernyawa yang pernah meneman siang dan malam saya selama belasan tahun.
Pilu ketika menggosok dan membersihkan tangan kaku yang pernah menyuapkan makan ke mulut ini, yang menggosok baju yang dipakai ini yang berpenat lelah menguruskan tiga anak kecil ini.
Pilu ketika membersihkan bibir yang pernah mengungkapkan kalimah cinta, yang pernah berjanji untuk bersama hingga ke akhir usia, yang pernah berpesan untuk menjaga amanahnya bila dia tiada.
Allahuakbar, hanya tuhan yang tahu betapa ingin saya memeluknya ketika itu dan menangis sepuasnya.
Namun saya tahan, saya gagahkan diri meneruskan hingga ke akhirnya.
Ads
Ketika selesai dikafankan, anak-anak saya di bawa masuk.
Saya kaget, gementar, berombak dada, tersekat nafas dan hampir longlai rasanya. Apakah yang harus dikhabarkan kepada si kecil bertiga bila melihat ibunya.
Khaleef tiada reaksi ketika saya menceritakan yang ibunya telah tiada. Sesungguhnya dia belum mengerti ketika itu.
Beliau hanya mencium dahi ibunya bila disuruh dan mengucapkan selamat tinggal.
“Goodbye mommy, I love you” ungkapnya apabila disuruh.
Ads
Begitu juga Khaleel, yang agak keberatan melihat dan mencium ibunya dan berat untuk mengungkapkan sebarang kata.
Ketika baby Khaleed diberikan kepada saya, kepiluan mula melanda. Namun saya cuba mengungkap kata. Cuba untuk memberitahu yang ibunya kini sudah tiada.
Namun, saya rebah.
Baby Khaleed segera disambar dari pelukan saya.
Allahuakbar, saya tidak kuat. Sesungguhnya saya tidak kuat untuk melihat bayi sekecil itu yang harus berpisah dari kasih sayang seorang ibu.
Kelam rasanya dunia.Kosong rasanya jiwa.
#diariseorangsuperdaddy
sumber : Khairul Abdullah
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Peritnya bila diuji dengan perasaan kehilangan, sama ada bagi suami mahu pun isteri meninggal dunia terlebih dahulu. Ia adalah situasi yang bukan mudah untuk dilalui. Apatah lagi telah terlalu banyak memori dicipta bersama. Mana mungkin mudah dilupakan begitu sahaja.
Ungkapan reda dan sabar mungkin mudah untuk diucapkan. Namun bagi sesiapa yang telah merasai kehilangan pasangan tentu tahu begitu payah untuk melaluinya. Bukan sehari dua, sebulan hatta bertahun-tahun lamanya perasaan rindu akan tetap bertapak di hati. Rindu pada yang tiada, itulah rindu paling menyakitkan!
Apa yang pasti, kehilangan pasangan hidup tidak akan sama perasaannya dengan kehilangan orang lain yang pernah kita kenali. Apa tidaknya, sudah terlalu banyak kenangan manis, suka, duka dicipta bersama. Ketika ketawa, menangis, hidup susah dan senang semuanya diharungi bersama-sama.
Tiba-tiba sampai masa dan ketikanya, dia sudah tiada lagi disisi.
Kematian Isteri Kehilangan Yang Perit Buat Suami
Berdepan situasi menerima ‘kepulangan’ isteri ke negeri abadi, ikuti perkongsian daripada Nazri Ahmad yang juga pernah merasai peritnya melalui detik-detik itu. Cubalah diselami setiap apa yang cuba disampaikan melalui perkongsiannya di facebook miliknya setelah terbaca berita Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos.
Bagi para suami, kematian isteri adalah satu kehilangan paling perit. Setakat sekarang, itu satu pengalaman hidup paling memberi kesan pada emosi saya dan sangat menyedihkan bagi saya sebagai suami.
Bagaimana baik pun tahap keharmonian rumahtangga anda bersama isteri, akan datang silih berganti penyesalan demi penyesalan of not doing good enough as a husband semasa hayat si isteri. Ini bukan kehilangan ibu atau bapa. Ini kehilangan pasangan hidup kita.
Kehilangan seseorang yang kenal kita sebagai suami isteri luar dalam, yang tersurat dan tersirat, kenal perilaku kita suami yang tidak dipamerkan ke umum, kenal kita suami semasa ups and downs.
Shuib akan lalui satu ketidaktentuan emosi lepas ni. Bukan mudah nak padamkan memori semasa mereka masih hidup. Hidup bersama memori-memori itu lah yang killing us inside.
Hargai Isteri Sepenuh Hati
Pesan saya ke saudara dan kawan-kawan, even sampai sekarang. Hargailah isteri anda. Jaga dan lindungi isteri. Kita suami ini lah pelindung isteri. Sayangi isteri sepenuh hati. Mereka ni tinggalkan ibu bapa, keluarga yang berpuluh tahun hidup bersama. Hanya untuk bersama kita dan lalui hidup berumahtangga bersama kita. Zalim lah diri suami andai gagal lindungi dan bahagiakan isteri.
Salam takziah Shuib. Semoga diterima segala amal ibadah dan diampuni segala dosa Siti Sarah.
Terus kuat ye Shuib Sepahtu demi diri sendiri dan anak-anak. Shuib mampu hadap semua ni. Shuib kuat, sebab tu Allah duga sebegini.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Waktu PKP ini pasti sedikit sebanyak membuatkan anak-anak terkurung di dalam rumah. Belajar pun sekarang semuanya dilakukan di rumah. Kalau sebelum ini pulang dari sekolah, banyak aktiviti yang boleh dilakukan oleh anak-anak. Bermain di padang bersama kawan-kawan dan sebagainya. Tetapi pasti tak berpeluang berbuat demikian.
Tetapi jangan risau, nak menghiburkan anak-anak tak perlukan modal yang banyak. dengan DIY dan modal yang sikit anak-anak pasti suka.
Penuhi aktiviti anak-anak dengan cuba membuat Giant Bubble. Hanya dengan bahan mudah ini, anda boleh buat sendiri. Jom ajak anak-anak tolong. Pasti lebih seronok.
Selain menjimatkan kos bukan saja anak teruja dengan aktiviti ini.
DIY GIANT BUBBLE.. Homemade!!
Tiap kali ke Teluk Cempedak anak-anak mesti duk kejar buih. Nak tak nak kena la beli jugak kan. Mama DIY giant bubble ni biar korang main sampai puas kat rumah. Nanti tak la leleh air liur tengok orang main😁#jimat
BAHAN-BAHAN
(AIR SABUN) 1)1.5 Liter Air 2)4 Sudu Tepung Ubi Kayu 3)250ml Pencuci Pinggan mangkuk
(BUBBLE WAND) 1) Tali Kain 2) Tape hitam 3) Hanger Besi 4) Gunting
CARA-CARA
1) Campurkan air, cecair pencuci dan tepung ke dalam bekas dan kacau. Siap dah air sabun kita😊 2) Ambil sebatang hanger besi dan bentuk menjadi bulat. 3) Lilit besi dengan tali kain untuk serap lebih banyak buih. 4) Kemaskan lilitan dengan pita pelekat.
Untuk dapatkan buih yang cantik guna pencuci pinggan Joy warna Hijau. Kalau pakai pencuci pinggan lain letak banyak sikit dari sukatan.
Patutlah tak jumpa anak di sekolah, rupanya salah sebut nama. Begitulah situasi mendebarkan yang dilalui oleh seorang bapa apabila anaknya dikatakan’hilang’ di sekolah.
Biarpun kejadian itu sudah berlalu 4 tahun, bapa ini masih mengingati kejadian itu. Dia yang tidak sempat mengambil anaknya di sekolah telah meminta pertolongan rakannya untuk mengambil anaknya.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Namun akibat salah sebut nama, rakannya tidak menjumpai anaknya di sekolah berkenaan. Hakikatnya anak tidak ke mana-mana hanya berada di sekolah menunggu kedatangannya.
Coretannya itu meraih perhatian wargamaya hingga ada yang cemas membacanya. Ikuti lanjut perkongsian ini.
Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.
Ini anak perempuan saya, Ericka El Zehra. Hari ini 1 Ogos hari ulang tahun kelahirannya yang ke 12.
Sempena hari ulang tahun kelahirannya hari ini, ada 1 cerita yang meruntun jiwa saya selaku ayah beliau ingin saya kongsikan kepada kalian pembaca.
Terima kasih kerana membaca.
Kejadian berlaku sekitar tahun 2018, sewaktu Zehra darjah 2. Masa tu saya bertugas sebagai perisik dengan menyamar sebagai pemandu teksi.
Hari Khamis, lepas turunkan dia di sekolah dalam jam 12 tengah hari, saya dapat penumpang pi airport. Dah turunkan penumpang kat airport saya pun terus masuk line Q untuk dapatkan penumpang yang keluar dari airport. Bajet saya mungkin jam 5 dapat la penumpang yang nak hala ke KL.
Kira sempat la nak pick up dia balik dari sekolah. Sekali, penumpang yang saya dapat tu nak pi Klang. Masa tu tak ada pulak penumpang lain yang nak pi KL. Kalau ada boleh swap dengan penumpang teksi lain. Tapi biasanya gagal main swap swap ni sebab jarang ada teksi yang sukarela nak pi Klang, melainkan rumah pemandu teksi tu belah-belah hala ke Klang.
Dah tak ada pilihan lain terpaksa juga ambil penumpang nak ke Klang tu. Masa tu memang tak sempat dah nak rushing balik sebelum 6.30 petang. Dalam perjalanan ke Klang tu mesej ke cikgu Zehra, minta cikgu maklumkan ke dia yang saya tak boleh ambil dia balik sekolah, sebaliknya kawan saya yang akan datang jemput dia.
Dalam masa yang sama mintak juga nombor fon Pak guard dari cikgu. Lepas tu cikgu reply kata ok dan cikgu forward nombor Pak Guard.
Lepas turun penumpang dekat Klang, nak setting cun cun ni. Call Pak Guard, cakap kawan saya akan jemput anak saya. Minta Pak Guard tolong tengokkan anak saya.
Lepas tu saya hantar gambar anak dekat Pak Guard melalui wasap. Kemudian call kawan minta tolong pick up anak saya. Tapi masalahnya kawan saya tak pernah pulak tengok anak saya. Saya pun bagi la gambar dekat wasap dia.
Lepas setting semua ok, saya berasa sedikit lega. 6.30 petang kawan saya wasap, cakap tak jumpa anak saya. Saya cakap ke dia tunggu sekejap sebab anak saya tu lepas habis kelas dia suka meronda dulu dalam sekolah dengan kawan dia.
6.40 petang kawan saya call, cakap anak saya tak ada dekat sekolah. Dia pass fon ke Pak Guard, Pak Guard pun cakap anak saya tak ada dekat sekolah. Saya dah menggelabah.
Bini saya?? Dia tak terlibat sebab dia dekat kelas Perkim. Kalau bagitahu dia, keadaan akan jadi semakin tak terkawal.
Sambung balik. Bayangkan, 6.40 petang saya melekat dekat Federal Highway. Saya dalam kereta dah meraung macam nak gila. Macam mana Zehra boleh tak ada dekat sekolah? Dia ikut siapa? Tak boleh nak explain dah macam mana perasaan masa tu.
Dipendekkan cerita. Lebih kurang jam 7 lebih saya sampai di sekolah. Ternampak Pak Guard dan kawan saya sedang berbual di luar pagar sekolah. Berdecit tayar teksi saya brek depan pagar. Lantas mendapatkan mereka berdua.
Belum lagi saya sempat saya buka mulut untuk mulakan perbualan, terdengar suara kanak-kanak dari belakang pondok guard.
“…Yeaaaa ayah kite dah sampai…”
Suara Ericka El Zehra.
Pak Guard dan kawan saya tercengang.
“.. Tadi Pakcik tanya kamu, kamu nama Zahra ke, kamu cakap ‘tak’…kenapa??” Soal Pak Guard kepada Zehra.
Dengan muka blur, hidung kembang kempis, Zehra pun balas, “..Kan name saye Zehra. Eje Z E H R A, ZEHRA. Tapi pakcik cakap ZAHRA, haa Z A H R A. Kan tak sama bunyinye, ZEH dengan ZAH tak same la..haa bukan saye la tu..”
Kami bertiga tepuk dahi.
Dalam kereta (teksi) dia sambung lagi.
“..Tadi kan Zehra dengan kawan kita orang sama-sama la tolong Pakcik Guard cari pelajar nama ZAHRA tu. Sampai dalam tandas kita orang cari, panggil ZAHRA ZAHRA ZAHRA tapi takde pun..”