Rindu yang paling sakit adalah rindu pada yang telah pergi meninggalkan kita. Hanya orang yang pernah merasai kehilangan orang tersayang sahaja akan faham perasaan itu.
Bukan hanya buat kita yang dewasa, malah anak kecil juga dapat merasainya.
Ini sebagaimana apa yang cuba diluahkan oleh seorang anak kecil yang telah kehilangan abang tersayang.
Melalui lukisan tersebut, tersirat 1001 perasaan dan sekali gus undang sebak warganet dan mendoakan agar keluarga ini terus sabar dan tabah.
Lukisan rindu seorang adik.
Dapat wassap dari guru tadika anak..
Ads
Guru meminta anak murid melukis apa sahaja di fikiran mereka. Bila melihat hasil lukisan si anak, hati saya sebak..
Gambar yang penuh makna tersirat
Lukisan hati seorang adik yang merindui abangnya.
Rindu yang diluahkan melalui sebuah lukisan
Si Abang yang sangat rapat dengannya.
Kini terpisah antara dua dunia.
Ads
Dalam gambar tu, semua gambar berambut..
Kecuali gambar yang di pusara itu
Botak tidak berambut.
Abang Adam tidak berambut kesan daripada kimo. Tapi si Adik langsung tak pernah mempersendakan rambut si abang yang tiada rambut.
Setiap malam tak pernah gagal sedekahkan al fatihah untuk si Abang.
Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew berkongsi tentang keadaan terbaharu bapanya menerusi hantaran di akaun facebooknya, memaklumkan status kesihatan bapanya yang kian merosot.
Rayunya, “Pohon doakan buat ayah saya ya. Dr kata kanser perut last stage. Menanti hari. Kanser dah merebak semua. Semoga Allah mudahkan buat ayah saya. Dapat izin tengok sekali je dan sekejap tapi full ppe dan test covid negatif. Terima kasih kkm. Lama lagi kuarantin.”
Ini memandangkan Ustaz Ebit Lew kini masih lagi menjalani kuarantin wajib setelah pulang ke tanah air selepas menjalani misi Bantuan Kemanusiaan Gaza Palestin.
“Maafkan ebit ye bapak. Ebit tak dapat jaga disaat begini. Terima kasih adik beradik semua yang menjaga. Terima kasih semua yang mendoakan.
“Hari tu masa sedar ayah saya cakap. Teruskan kerja sempurnakan misi membantu. Ya Allah angkatkanlah sakit dari ayah saya. Berilah yang terbaik buatnya. Ebit sayang mak. Ebit sayang bapak sampai bila-bila.
“Mak dah pergi dulu. Rindu mak. Rindu bapak. Terima kasih bapak atas segalanya. Ya Allah jika ada pahala atas sedikit kebaikan yang kulakukan. Alu hadiahkan semuanya buat bapak. Hilangkanlah sakitnya. Janganlah bapak rasa sakit tu. Terima kasih ya Allah.”
Melihat di ruangan komen, warganet turut berasa simpati. Ramai mendoakan agar dipermudahkan urusan dan sentiasa berada di dalam lindungan Allah. Antara yang terawal menitipkan doa di ruangan komen adalah dari Fahmie Majid “Semoga dipermudahkan urusan ustaz”, “Semoga Allah permudahkan segala urusan di beri kesembuhan dan kuat and tabah” ucapan daripada Azhar Ariffin. Begitu juga komen daripada Rozel Rose mendoakan ” Semoga ayahanda ustz ebit diberikan kesembuhan yg sempurna dan dipermudahkan urusan aamiinnn” dan ramai lagi tidak putus-putus menitipkan doa buat ustaz Ebit Lew sekeluarga.
Meninjau di Instagram, Ustaz Ebit Lew turut berkongsi video saat bertemu dengan ayahnya yang terlantar sakit. Cukup sayu hingga ada yang menitiskan air mata rasa bersimpati. Bersamalah kita doakan semoga dipermudahkan segala urusan buat ustaz kesayangan ramai ini. Amin.
Agak-agak apa perasaan anda sebagai ibu bapa bila dapat tahu anak tiba-tiba membuat pesanan makanan dalam kuantiti yang banyak secara online? Nak marah, menangis atau gelak?
Jika ketiga-tiga perasaan ini ada pada anda, bermakna itulah perasaan yang dialami oleh seorang ibu, Sharifah Nur Adleen apabila anak keduanya, Muhammad Azil Azeez, 4 tahun telah membuat pesanan makanan tanpa pengetahuannya.
Diam-diam anak buat pesanan makanan
Ketika kejadian, Sharifah memberitahu kejadian itu berlaku pada Jumaat lalu (13 November) ketika dia sedang menidurkan anak ketiga yang berusia setahun. Waktu itu, memang Azeez sedang tengok cerita kartun di telefon.
“Biasanya jika saya nak tidurkan adiknya, Azeez akan tengok sekejap cerita kartun di telefon saya untuk elak dia membuat bising. Cuma pada hari kejadian tu, dia ada beritahu “Mama, Azeez lapar..”
“Tapi saya kata tunggu adik tidur dulu baru saya akan baginya makan. Tak sangka pula dalam tempoh 15 minit tu, dia diam je sambil tengok telefon dan akhirnya tertidur dengan sendiri.
“Selepas dia tidur, tak lama kemudian tiba-tiba bunyi hon motosikal dari luar pagar rumah. Saya keluar untuk tengok siapa yang datang dan pelik tengok dua orang rider Food Panda datang untuk hantar makanan.
“Terkejut jugalah sebab nampak banyak plastik di tangan masing-masing. Saya cakap tak ada buat pesanan apa-apa pun. Jadi bila tengok saya macam keliru, mereka berdua tanya ini rumah Puan Sharifah ke? Saya kata betul..Tapi lagi sekali saya cakap tak ada buat pesanan.
“Waktu itu saya kata tunggu sekejap sebab nak tengok telefon. Bila saya ambil telefon di tangan Azeez yang sedang tidur memang sah dia yang buka aplikasi tu dan membuat tempahan,” katanya.
Perlu bayar lebih RM200
Tambahnya lagi, waktu tu terus terduduk depan pintu dan menjerit “MasyaAllah..Anak.. apabila tengok jumlah pesanan sekali dengan bayaran. Saya saling berpandangan dengan rider Food Panda.
“Dia orang siap tanya macam mana ni puan, banyak ni… Saya ingatkan orang yang beli ada buat kenduri ke sedekah ke. Masa tu saya terus tergelak sambil menitis air mata. Nak salah mereka pun sebab itu yang mereka dapat tempahan.
” Jadi saya tetap membayarnya dengan jumlah RM226.76 dengan 12 bungkus tomyam seafood, satu bungkus sup tulang, dua bungkus kerabu daging dan empat bungkus sup daging. Padai pula dia buat cash on delivery tu.”
“Mujurlah ada cash dalam beg dan kebetulan saya berniaga online. Kalau tak, memang tak tahulah. Nak marah Azeez pun sebab benda dah jadi.
Sharifah memberitahu dengan kuantiti yang banyak, memang tak mampu untuk dihabiskan satu keluarga. Jadi waktu itu, nasiblah ada jiran yang sudi membeli dan selebihnya saya sedekahkan.
“Sekarang memang saya dah uninstall aplikasi tu dulu untuk elak kejadian tak diingini lagi. Saya pun tak sangka dia boleh buat tempahan. Mungkin dia perhatikan setiap kali saya tekan untuk buat tempahan makanan mereka.
“Sebelum ini seminggu sekali saya akan reward anak-anak dengan makanan yang mereka minta kalau mereka buat sesuatu yang baik. Jadi selalulah guna aplikasi tersebut,” akhirinya yang menetap di Kuching, Sarawak.
Kata orang kalau masak menggunakan santan segar yang diperah, rasa masakan lebih enak berlemak.
Pun begitu, jika tidak pekat santan yang digunakan, bimbang juga masakan tidak terlihat sempurna. Nampak cair seperti menggunakan air sahaja. Sudahlah begitu, rasanya juga akan kurang berlemak.
Jadi ikuti tip yang sering dilakukan oleh Norsyahida ini dan semoga bermaanfaat untuk semua.
Tips di dapur. Tips supaya santan perahan lebih pekat.
Mungkin ada yang dah tahu tips ni dan biasa buat. Mungkin ada yang belum tahu.
Kepada yang biasa guna santan kotak di larang keras untuk ikut tips ni.
Untuk akak-akak atau mak-mak yang suka masak guna santan asli dari isi kelapa parut(orang utagha panggil kukoq nyoq) sebelum perah isi kelapa yang dah parut tu boleh blend dulu dengan air suam.
Air jangan terlalu banyak nanti santan tak berapa pekat.
Lepas tu tuang dalam penapis macam biasa dan hampas kelapa tu masukkan balik ke dalam blender. Then ulang langkah yang sama sampai dapat jumlah santan yang nak. InshaAllah, santan akan jadi lebih pekat.
Cara ni mak saya ajar masa mula-mul saya belajar masak zaman remaja dulu.
Alhamdulillah, sampai sekarang anak dah sorang masih ikut cara ni.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.