Usahawan dan pelawak sensasi, Shuib Sepahtu mendedahkan sudah berangkat ke tanah suci untuk menunaikan umrah bersama isteri dan anak-anaknya.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Shuib di Insta Storynya, bapa kepada empat cahaya mata ini juga turut memohon doa agar perjalanan ibadahnya bersama keluarga dipermudahkan.
Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad turut dia memohon maaf kepada semua sekiranya dia melakukan kekhilafan sepanjang mengenalinya selama ini.
Jelas Shuib, dia hanyalah manusia biasa yang tidak terlepas daripada dosa dan meminta kepada orang ramai mendoakan agar urusannya dalam mengerjakan umrah dipermudahkan.
Ads
“Assalamualaikum, kami sekeluarga telah berangkat ke Kota Suci Makkah bagi menunaikan Ibadah Umrah.
“Maaf andai ada salah silap dari kami, terkasar bahasa, terguris rasa sama ada dalam keadaan sedar ataupun tidak.
“Mohon doakan agar segalanya dipermudahkan buat kami sekeluarga sepanjang berada di Tanah Suci,” tulisnya.
Ads
Melalui satu entri di Instagramnya, Shuib dan isteri serta anak-anaknya turut bergambar kenangan dengan busana sedondon serba kelabu.
Semoga perjalanan suci Shuib dan anak-anak dipermudahkan.
Sebagai ibu ayah, kita tak boleh paksa anak-anak belajar tanpa kita jelaskan kepada mereka kepentingan menuntut ilmu. Kadang-kadang bila terlalu disuruh-suruh membuatkan anak menjadi bosan dan menganggap waktu belajar sia-sia. Kalau boleh, tak naklah sampai anak rasa macam tu kan?
Anak-anak lebih mudah tertarik pada sesuatu yang menyeronokkan. Anda boleh mencuba pelbagai cara untuk membuatkan pembelajaran lebih menarik, seperti menggunakan permainan pendidikan, video interaktif, atau kad imbas.
Kena Ada Rutin Belajar
Penting untuk menubuhkan rutin harian yang tetap. Anak-anak lebih mudah belajar jika mereka tahu waktu tertentu yang dikhaskan untuk belajar setiap hari. Jangan lupa jadikan waktu belajar ini juga sebagai masa berkualiti bersama anak-anak. Anda boleh duduk bersama mereka, membantu jika perlu, dan beri mereka ruang untuk fokus dengan tenang.
Puji Anak Selalu
Pujian itu sangat penting dalam membina keyakinan diri anak. Apabila mereka mencapai sesuatu kejayaan, sekecil mana pun, berikan pujian yang tulus. Ini akan memberi motivasi untuk mereka terus berusaha. Elakkan memberi tekanan atau perbandingan dengan rakan sebaya, sebaliknya beri mereka sokongan berterusan agar mereka rasa dihargai.
Cipta Persekitaran Belajar Yang Selesa
Persekitaran yang tenang dan kondusif amat penting untuk fokus belajar. Pastikan anak mempunyai tempat yang selesa untuk belajar. Selain itu, pastikan juga persekitaran itu bersih dan teratur supaya mereka boleh belajar dengan lebih baik. Tahukah anda, penggunaan meja dan kerusi yang sesuai untuk anak juga boleh buat mereka lebih bersemangat nak belajar. Macam mana tu?
Pilihlah Set Meja dan Kerusi Impact Ergo-Growing!
Set meja dan kerusi Impact Ergo-Growing ini direka untuk berkembang mengikut usia anak anda, menawarkan persekitaran belajar yang ergonomik dan selesa.
Sesuai untuk kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas, set belajar ini mudah disesuaikan untuk memenuhi keperluan mereka yang sentiasa berkembang.
Ciri-ciri Meja:
Ciri-ciri Kerusi:
Set meja dan kerusi ini direka untuk memberi keselesaan dan sokongan optimum bagi anak-anak yang sedang membesar, sambil memastikan pengalaman belajar mereka menjadi lebih menyeronokkan dan sihat. Juga didatangkan dengan tiga pilihan warna iaitu biru, merah jambu dan kelabu.
Kenapa Ibu Ayah Perlu Dapatkan Meja & Kerusi Impact Ergo-Growing!
Untuk pengetahuan ibu ayah, set meja dan kerusi belajar ini mendapat sokongan dari Persatuan Chiropratik (Singapura) dan Persatuan Fisioterapi Singapura. Jenama ini juga menjadi finalis untuk Kategori Perabot Kanak-kanak Terbaik dalam Anugerah Pilihan Pembaca Expat Living 2024. Tak perlu ragu-ragu kerana Ergoworks mempunyai 20 tahun pengalaman dan kepakaran sebagai perintis dalam penyelesaian ergonomik secara holistik.
Selain itu, jenama ini juga yakin dengan kualiti produk yang ditawarkan:
Bulan madu umumnya lebih dikaitkan dengan percutian tradisi yang dinanti-nantikan oleh pasangan pengantin baru sebagai meraikan hubungan yang terjalin sebagai suami isteri.
Pun begitu bagi pasangan yang telah lama berkahwin, saat manis honeymoon ini semestinya amat dirindui dan berharap dapat dikecapi semula. Tidak hanya mengimpikan masa berdua-duaan dengan pasangan tercinta di negara-negara Eropah semata-mata. Malah semahunya ingin merasai hebatnya musim cinta di Kota Mekah.
Ini sebagaimana perkongsian daripada Encik Shauqi Hasan melalui satu postingnya di laman Facebook. Membacanya cukup terpanggil untuk segera mengerjakan umrah bersama pasangan demi mengecapi cinta di bumi barakah!
Suatu perkongsian kisah …
Ramai ahli dalam jemaah saya menjadi seperti pasangan yang baru berkahwin. Padahal ada yang dah nak masuk 30 tahun usia perkahwinan mereka. Ada yang dah bercucu pun. Semuanya bersemangat nak ber’dating’ di Baitullah.
Kena pula dengan kuliah Dhuha dan perkongsian santai saya yang wajib akan sentuh isu parenting dan kekeluargaan. Memang misi kita di Mekah adalah untuk menelusuri sejarah dan sirah. Sama-sama ingin memahami bagaimana Nabi Ibrahim a.s. berjaya mencipta watak Siti Hajar, isteri solehah. Sama-sama ingin menyingkap rahsia bagaimana membentuk anak yang taat sehebat Nabi Ismail a.s.
Ini semua adalah pendidikan jiwa dan koreksi diri yang tidak dapat di tempat lain kecuali di Mekah dan semua lokasi ziarah. Di depan Baitullah, perkongsian jiwa mampu membuka mata dan minda kita bagaimana untuk mencipta keluarga sakinah. Sama-sama berazam untuk kembali mengangkat al-quran dan sunnah sebagai ikatan di setiap jiwa ahli rumahtangga bagi membina jannah.
Di Haramain, rahsia alquran dibukakan dengan penjelasan dan huraian. Tujuannya agar kita faham akan tuntutan hidup, serta tahu memainkan fungsi dan peranan sebagai seorang SUAMI, ISTERI dan ANAK. Itulah kisah agung di sebalik ibadah umrah di Baitullah. Setiap ritual ibadah itu tersembunyi 1000 rahsia untuk menjadi pedoman membina SYURGA RUMAHTANGGA setelah pulang dari sana.
Kasih Kembali Bertaut
Di sinilah nawaitu menjadi penyatuan kepada hajat pasangan masing-masing. Ada yang sentiasa jalan berpegangan tangan apabila pulang dari masjid. Tak pernah lekang berdua dan sangat asyik berjalan bersama-sama.
Kenangan tawaf dan saie bersama suami isteri memang manis sekali. Biarpun dihimpit dan ditolak umat manusia di tengah-tengah mataf, masing-masing tetap berpegangan tangan dan gagah meredahnya.
Hilang dalam lautan manusia adalah antara ujiannya di sana. Ada yang mudah saja berjumpa semula tanpa perlu talipon dan bertanya ke sini sana. Tiba-tiba bertemu semula di mana-mana seperti sudah berjanji sejak mula.
Sikap sentiasa bersabar dan redha akan membuatkan hampir tiada perselisihan faham antara suami isteri di sana. Ye lahh, orang kata “sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri”. Tapi di sana insyaAllah, hubungan akan semakin erat dan perasaan kasih bertambah sayang.
Tulus Dari Hati
Jika ada yang merancang untuk pergi menunaikan umrah bersama pasangan suami isteri masing-masing, saya memang sangat-sangat menyokong! Memang wajib plan awal-awal. Kalau boleh, yang baru kahwin tu buat majlis ringkas-ringkas sajalah kendurinya. Lagi baik duit hantaran tu dijadikan modal untuk honeymoon di Mekah sana.
Saya bercerita tulus daripada hati kerana saya menyaksikan banyak kisah cinta di Mekah dan Madinah selama ini. Baik yang muda mahupun yang veteran, semuanya ada kisah dan sejarah cinta tersendiri yang sarat dengan pelajaran.
Doa saya, semoga yang berjaya baca sampai di sini berpeluang menunaikan umrah atau haji pula selepas ini bersama mak, abah, adik beradik dan keluarga mertua yang tercinta.
LANGKAH NAK TUNAIKAN UMRAH
1. Berdoa, berdoa dan terus berdoa kemudian berusaha keras.
2. Tetapkan target. Contohnya, tahun bila kita akan pergi. Bulan berapa?
3. Bayar deposit dengan travel agent. Dengan cara ni, kita akan istiqomah mengumpul duit. Buat yang dah ada simpanan, lagi bagus.
4. Buatlah saving setiap bulan secara istiqomah.
5. Banyakkan dengar ceramah, ‘blog hopping’ mengenai pengalaman menunaikan haji dan umrah supaya semangat kita akan lebih berkobar-kobar dan terpanggil untuk ke sana.
sumber : SHAUQI HASAN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kawasan paling banyak bakteria adalah bilik air. Tidak hairanlah apabila lambat dibersihkan, jubin di dalam bilik air mudah kelihatan kotor dan comot. Nampak seperti mudah untuk bersihkannya, tetapi sukar sebenarnya jika dibiarkan terlalu lama tak dicuci.
Kebanyakan pencuci yang ada di pasaran mengandungi bahan kimia. Bagi yang alah atau sensitif dengan bahan tersebut menyebabkan jari jemari jadi menggelupas. Nak tak nak, kenalah cari cara lain untuk mencuci jubin yang berlumut, tak kan nak biar nampak kotor, kan?
Apa kata anda cuba pencuci yang menggunakan bahan semula jadi ini, yang penting selamat untuk anda dan juga bayi! Anda cuma perlu sediakan:
Bahan-bahan:
• 7 cawan air
• 1/2 cawan soda
• 1/3 cawan jus lemon
• 1/4 cawan cuka
Caranya:
• Masukkan kesemua bahan ke dalam botol spray, goncang dan spray ke lantai jubin yang berlumut.
• 2. Biarkan 1-2 minit, kemudian gosok dan bilas.
Serius, anda boleh lihat sendiri hasilnya! Berkesan dan wangi dengan bau lemon.
Tip tandas sentiasa bersih dan wangi:
• Luangkan kira-kira 5 minit setiap hari sebelum mandi untuk mencuci bilik air dan tandas di rumah anda.
• Letakkan sahaja sedikit cecair pencuci ke atas span dan gosok dinding, sinki dan lantai bilik air.
• Gunakan berus untuk membersihkan mangkuk tandas.
• Gosok segala kotoran dari sinki dan mangkuk tandas sekurang-kurangnya seminggu sekali atau dua minggu sekali. Gunakan berus ketika menggosok dinding dan lantai tandas dan bilik air.
• Gantungkan pewangi yang sesuai di dalam tandas untuk menyingkirkan bau yang kurang menyenangkan.
Panduan Menghias Bilik Mandi:
• Sediakan rak untuk meletakkan ubat gigi, berus gigi, syampu dan sabun.
• Pasang cermin muka di dinding bilik air.
• Sediakan penyangkut untuk menggantung tuala dan pakaian
• Hias dinding dengan bunga plastik atau daun hijau untuk menyerikan lagi ruang bilik air.
Petua Membersihkan Mangkuk Tandas Yang Kotor Dan Berkerak:
• Tuang cuka ke dalam mangkuk tandas dan biarkan untuk beberapa jam.
• Gosok mangkuk tandas menggunakan berus.
• Selepas kesemua kotoran berjaya ditanggalkan, siram dengan air bersih.
• Selain daripada cuka, boleh gunakan satu tin air coke. Cara pembersihan adalah sama.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.