Tidak dinafikan kalau kita rajin dan ada sedikit kreativiti, macam-macam benda boleh dihasilkan dengan menggunakan paip PVC.
Ini sebagaimana perkongsian daripada Puan Siti Nor Mohamed, di mana bukan satu produk telah dapat dihasilkan untuk kegunaan seisi keluarga, bahkan pelbagai sejak 2016 lagi.
Di sini turut dikongsikan untuk inspirasi bersama.
Saja la nak share hasil keje pvc mokcik…dari tahun 2016 sampai la yg terkini….
Masa tu mokcik beli pvc kat kedai hardware je…mana la nak ada 3-ways ke 4-ways tu sume….so,kena kretip la nak konar tang mana…
Ads
Pvc tu pon mokcik guna semula je dari rumah kucing jadi ampaian, pastu bertukor jadi rak periuk…akhir sekali dia bertukor jadi rak bunga plak….macam transformer plak die ek…
Ads
Yg jadi rak mesin basuh tu tak bertuko, cuma dia pindah tempat je….duduk atas tong sampah plak…
Ads
Yg jadi meja tu, mokcik buat masa pkp ritu…anak nak kelas online takde meja…so memalam buta mokcik selongkar stor …maka,terhasil la meja tu….
Kutu menjadi sebahagian masalah anak perempuan yang sukar dibendung. Tidak tahu di mana puncanya, secara tiba-tiba anak dihinggapi makhluk yang satu ini dan menggaru kepala setiap masa.
Rungsing pula dibuatnya bila anak mengalami masalah ini. Lebih-lebih lagi ia mudah berjangkit biarpun ketika mereka berada di sekolah.
Jika tidak dibendung, habislah satu rumah pula yang akan diserang kutu-kutu ini.
Selain mencuba rawatan dan ubat kutu khas yang dibekalkan oleh doktor, ada baiknya anda cuba beberapa petua tradisional ini. Ia sangat membantu!
1. Bawang Merah
Bahan:
5 biji bawang merah
Caranya:
1. Basuh bersih bawang merah.
2. Kisar bawang merah ini hingga halus.
3. Kemudian ratakan bawang kisar pada seluruh kepala. Kenakan pada kulit kepala dan kawasan sekitarnya.
4. Bungkus kepada dengan tuala bersih dan biarkan selama satu jam.
5. Bilas dengan air bersih.
6. Pakai syampu dan cuci rambut seperti biasa.
* Bau bawang yang kuat disertakan dengan gas-gasnya buat kutu tidak dapat bertahan lama dan akan keluar dengan sendirinya.
2. Bawang Merah & Minyak Kelapa
Bahan:
5 biji bawang merah
3 sudu makan minyak kelapa
Caranya:
1. Kisar bawang merah hingga halus.
2. Campurkan dengan minyak kelapa dan gaul sebati.
3. Sapu dan lumurkan pada kepala anak hingga rata.
4. Ambil tuala bersih dan tutupkan kepala. Biarkan selama satu jam atau lebih.
5. Kemudian basuh kepala dengan bersih.
6. Cuci dengan syampu biasa.
3. Cuka & Lemon
Bahan:
1 biji lemon
Sedikit cuka
Caranya:
1. Hiris lemon nipis-nipis.
2. Gaulkan lemon bersama cuka.
3. Lumurkan bahan ini kepada kulit kepala anak dan seluruh kawasan kepala.
4. Tutup kepala dan biarkan seketika selama 1 jam.
5. Bilas bersih dan cuci semula dengan syampu.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Meraikan hari lahir anak, kalau boleh semuanya biarlah sempurna dan meriah dengan pelbagai pilihan menu yang enak, kek yang cantik, ada doorgift buat tetamu dan tidak lupa juga dekorasi yang menepati tema dan menarik dipandangan mata.
Menyentuh tentang mengadakan backdrop untuk majlis hari lahir, nyata ia adalah ruang yang cukup istimewa. Di sinilah semua mata tetamu tertumpu dan tidak keterlaluan ia juga menyuntik mood untuk keseluruhan majlis yang berlangsung.
Menyedari kepentingan backdrop ini, juga sebagai tempat terpenting untuk kita bergambar sebagai tanda kenang-kenangan sepanjang berlangsungnya majlis. Jadi wajarlah dihias indah dan menarik.
Ini sebagaimana apa yang dilakukan oleh ibu ini saat meraikan sambutan hari lahir anaknya. Semuanya nampak indah dan menarik, malah apa yang lebih istimewa, semua itu dihasilkan dengan bajet yang rendah. Nak tahu bagaimana, jom semak perkongsian ini.
Assalamualaikum. Memandangkan ramai yang tanya backdrop besday beli barang kat mana dan buat macam mana. Hari ni Mar nak kongsi dengan hampa kot-kot sapa-sapa yang ada plan nak buat untuk besday anak hampa yang penting modal rendah.
1.
Backdrop polkadot pink putih kat belakang. Beli kat Mr. diy. Sekeping RM2.70, mar perlukan 2 kpg = RM5.40
2. Tag Happy Birthday
Buat sendiri. Beli kertas hitam 20 keping RM4.00 (popular)
Riben pink putih untuk RM2.10 (eco).
Mickey besaq nama Marissa – kotak terpakai pastu tampai kertas manila kad ( 2keping hitam,1 keping pink) RM3.00
= RM9.10
3.Belon
Belon pink putih beli Mr.Diy 8 bungkuih RM1.70 x 8 = RM13.60 ( kalau nak murah hampa beli kat shoppee)
4. Shoppee
Chain gantung belon RM2.45, belon polkadot hitam pink + belon no 2 palkadot pink putih RM5.00. Stand gantung belon polkadot RM4.48 x2 = RM8.96.
5. Belon Mickey Mouse Besaq beli kat Shoppee juga RM3.40 x 2 = RM6.80
Anak adalah anugerah yang terindah dalam kehidupan berumah tangga. Ada pasangan miliki anak ramai, ada yang sebaliknya.
Kuantiti anak bukan pengukur sama ada keluarga itu bahagia atau tidak. Ada pasangan rezekinya anak ramai dan ada yang anak sikit tapi rezekinya dalam hal lain. Tuhan sebaik-baik perancang dan pasti ada hikmah disebalik kejadian tersebut.
Sebab itu, ibu bapa yang punya anak ramai jangan terlalui berbangga kerana di sebalik anugerah tersebut, anda menggalas tanggung jawab yang cukup berat.
Berikut beberapa faktor yang dikongsikan. Moga kita mendapat manfaat daruipadanya.
KENAPA ANAK TIDAK RAMAI?
Macam aku sendiri alhamdulillah sudah dikurniakan dua orang cahaya mata comel, Maryam Deen dan Aisyah Deen. Setakat ini belum lagi memiliki perancangan untuk tambah anak. Meramaikan anak ialah sesuatu yang dianjurkan sahaja.
Kalau tidak ramai, tiada masalah, dan tidak dicela pun dalam syarak. Tetapi memanusiakan, menginsankan, dan mengkhalifahkan setiap orang anak adalah sesuatu yang wajib. Jika tidak tertunai, ia dicela oleh syarak.
Zaman sekarang sudah tidak sama dengan dulu, aku akan cuba huraikan kenapa tidak perlu ramaikan anak jika tidak boleh bagi yang terbaik kepada setiap daripada mereka.
1. Kualiti lebih utama dari kuantiti
Kita hidup di zaman yang penuh cabaran dan dugaan. Anak-anak perlu dijaga dan dibentuk dengan sebaik mungkin sejak mereka masih kecil. Dikhuatiri dengan bilangan anak yang ramai membuatkan kita gagal memastikan pembentukan (tarbiah) yang baik khususnya dalam hal pendidikan sempurna bagi setiap dari mereka. Kita tidak mahu anak-anak kita sekadar menjadi buih-buih di lautan.
2. Anak yang lebih berjaya
Biarlah anak tidak ramai, tetapi kita akan pastikan satu hari nanti mereka akan ada ribuan orang yang bekerja di bawah mereka. Dengan perhatian dan pembentukan individu lebih sempurna pasti akan membawa impak kepada pembentukan anak yang lebih hebat.
3. Kos yang makin mahal
Tidak dinafikan kos untuk membesarkan seorang anak pun sudah sangat mahal. Apatah lagi buat yang tinggal di kawasan bandar yang mana kos pendidikan, jagaan, perkakasan yang jauh berganda dari harga biasa. Hal ini memang perlu dipandang serius. Kerana kegagalan dalam merancang ekonomi keluarga akan membawa kepada kesan negatif yang lebih teruk kepada pembentukan anak-anak.
4. Masa yang berkualiti
Aku yakin masa ialah antara aspek terpenting dalam pembentukan anak-anak. Masa dan perhatian yang kita berikan kepada mereka ialah sinonim dengan kasih sayang yang dicurahkan. Bahkan tidaklah keterlaluan jika aku katakan, tanpa masa, maka makin kuranglah kasih sayang dan perhatian yang boleh dicurahkan. Jika kedua-dua ibu bapa sibuk bekerja, keadaan pastinya makin tidak baik, dan bayangkan jika anak pula ramai. Pasti tidak terkejar, dan anak yang kehausan kasih sayang cenderung menagihnya dari tempat lain.
5. Isteri bukan kedai makan
Kalau dulu kita boleh suka-suka order anak sampai 11 orang untuk cukupkan satu team bola. Namun apabila memikirkan risiko yang isteri hadapi seperti emboli udara, rahim pecah, pendarahan dan banyak lagi perlu dirisaukan. Pasti membuatkan kita tidak sanggup untuk membebankan isteri tersayang. Bahkan setiap kali mengandung, sebenarnya dua nyawa berhadapan risiko, iaitu nyawa isteri dan juga anak yang dikandung. Belum lagi cerita tentang depresi yang sering terjadi kepada ibu-ibu selepas bersalin.
6. Zaman sudah tidak sama
Kalau dulu, kita kerja mungkin dekat dengan rumah. Saudara mara juga ramai yang tinggal berdekatan untuk membantu sekiranya diperlukan. Zaman sekarang, ramai yang hidup berdikari dengan keluarga yang baru dibina jauh dari ahli keluarga terdekat. Semuanya bergantung pada mereka, jika balik kerja lambat, tiada yang boleh tolong ambilkan anak. Jika ada kecemasan, tiada yang boleh tolong tengokkan anak. Bilangan anak yang ramai ditambah dengan kekangan masa pasti akan memberi kesan negatif kepada pembentukan anak-anak.
7. Suami yang tak rajin bantu isteri
Masih ramai golongan ini (suami) yang masih mempunyai tanggapan bahawa kerja-kerja rumah dan kerja-kerja menguruskan anak ialah kerja isteri sepenuhnya. Membantu isteri jauh sekali, dan ini akan memberi bebanan kepada mental dan fizikal isteri jika memiliki anak yang ramai. Anak ramai bermaksud tanggungjawab yang makin besar dan perlu dipikul bersama suami dan isteri. Jika sikap masih bermalasan dan suka untuk tengelam dalam dunia (game) masih wujud, maka memiliki anak ramai bukanlah pilihan bijak.
Apa-apa pun ini hanya sudut pandang aku yang tinggal di ibu kota dan mempunyai pasangan yang memilih untuk tutut bekerja. Konteksnya mungkin berbeza mengikut keadaan yang berbeza. Apa-apa pun, kita tahu apa yang terbaik untuk keluarga kita masing-masing.
p/s : Biarlah anak tidak ramai yang penting kita mampu beri yang terbaik kepada setiap dari mereka. Kita hidup di zaman orang berlumba-lumba jadikan anak masing-masing terbaik. Sanggupkah kita biarkan anak kita ketinggalan?
Follow dan See First Najmi Nawawi untuk tidak ketinggalan tips kekeluargaan baru yang sering dikongsikan. Semoga bermanfaat.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.