Sebulan terlantar di hospital, Jahidah Nordin, 43, yang koma akibat keganasan rumahtangga kini diduga lagi apabila disahkan positif Covid-19.
Adiknya, Fauziah Nordin, 40, berkata, pihak hospital memaklumkan yang Jahidah dipindahkan ke wad Covid-19 Hospital Tuanku Jaafar(HTJ) Seremban pada petang Rabu.
Menurutnya, makluman itu agak mengejutkan dan membimbangkan keluarga lebih-lebih lagi dengan keadaan Jahidah yang tidak dapat bergerak dan bercakap.
“Saya pun pelik macam mana kakak boleh positif Covid-19 kerana penjaga pun tidak dibenarkan masuk dan orang yang keluar masuk hospital pun akan diperiksa.
“Kami sangat risau dengan keadaan kakak, dia alami demam turun naik serta keadaan kudis belakang badannya makin teruk,” ujar Fauziah lagi.
Lebih membimbangkan keluarga kata Fauziah, kakaknya juga masih belum divaksin.
“Kakak tak ada vaksin lagi,brain damage,koma dan sekarang hanya bole buka mata, tak boleh respon, demam sebab kuman tinggi dlm badan sekarang positif COVID.😢
“Kita tahulah orang kena Covid-19 ini macam mana.Orang yang sihat pun boleh jadi teruk inikan pula kakak yang bernafas bukan dengan cara biasa.
“Jadi kami berserahlah dan harapnya kakak akan pulih,” katanya.
Ads
Dalam perkembangan lain, si kecil Ehsan Nufail yang kini berusia 2 bulan tidak banyak ragam Namun kini kerap menangis. Seakan dapat merasainya dan mulai kerap menangis tidak seperti selalu.
“Nufail macam tau ibu dia sakit kuat…tak pernah dia meragam sampai tak nak susu..bukan nangis sebab nak susu,tapi mcm sedih ja muka dia ..bagi susu pun tak nak.
“Dodoi dia pun dia menangis..tapi nangis yg sebak bukan melalak..bila sebut ibu dia senyap..kesian nufail..tengok dia nangis kita pun ikut nak nangis 😢mungkin kak Jahidah bertahan sebab nak jumpa baby ??😌
Untuk rekod, pada 21 Januari lalu Jahidah dikejarkan ke hospital dengan ambulans selepas tahap kesihatannya dilaporkan tidak stabil akibat demam, muntah dan nafasnya turun naik.
Jahidah sebelum ini telah menjadi mangsa pukul suaminya di Johor Bahru sehingga mengalami kecederaan parah pada kepala dengan tengkorak terpaksa dibuang akibat pendarahan selain rahang, tulang belakang serta rusuk retak.
Ads
Dia telah dipindahkan ke HTJ dari Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah atas permintaan keluarga.
Melakukan perancangan kewangan untuk berhari raya walau ada yang menyifatkan seakan sukar untuk direalisasikan tetapi andai bijak diurus akan mudah kita menjalani kehidupan ini.
Melihat lebih detail, wanita ini kongsikannya contoh kira-kiranya untuk dijadikan panduan.
BAJET RAYA – NGABIHKAN BOREH JO…
Ada rakan sahabat mencadangkan akak untuk membebel tentang bajet raya. Baiklah akak cuba ya… Jika ada yang tertinggal, silakan saja tambah agar kita semua beroleh manfaat.
Bagi rakan sekerja yang mengenali akak tentulah terfikir, elleehh…. akak suami isteri bergaji Manager juga Senior Engineer. Lagi nak sembang pasal bajet raya!
Duhai sahabat,Jika anda membaca e-catatan “Pelabur Bilis Yang Rojak” pasti anda faham bagaimana akak sentiasa menulis daripada perspective rakan bergaji rendah juga pasangan muda.
Benar, pendapatan isi rumah kami hari ini mencecah lima angka. Namun di awal perkahwinan kami adalah miskin bandar.
Arrgghh.. Anda bacalah e catatan akak baru anda faham. Barulah anda tahu bahawa 13 tahun lepas akak pernah memakai ‘kasut’ yang sama seperti anda.
Okay, berbalik kepada persoalan bajet raya, akak berpegang kepada beraya lah mengikut kemampuan. Jika bergaji besar tidak mengapa.
Namun jika gaji isi rumah di bawah RM3,000 anda mungkin berkeluh kesah bagaimana mahu membina bajet bagi menyambut perayaan?
Maka ini adalah pandangan akak yang pernah bergaji kecil juga :
1 – Pecahkan jumlah bajet perbelanjaan raya tahunan kepada beberapa bahagian seperti gambaran di bawah.
2 – Bahagikan jumlah tersebut kepada kadar bulanan dan kemudiannya harian. Barulah nampak berapa kadar harian perlu di simpan.
3 – Daripada situ kita boleh nampak bahawa peruntukan raya adalah pada kadar di bawah RM5 sehari. Bajet begini sederhana tapi bahagia.
4 – Kalau kita mengamalkan tabung berwarna hijau, hal ini tidaklah menjadi masalah. Setakat baju raya tiga orang anak tentulah lepas. Beli jenama Hari-Hari dan Mydin pun okay juga. Janji selesa.
5 – Tambahan pula jika kita punyai dana kecemasan untuk kerosakan kereta, kesihatan juga ‘unforseen maintainance’. Jika tiada apa berlaku, pulangkan balik ke dalam tabung kecemasan.
6 – Pakaian raya jika Baju Melayu dan baju kebaya seharusnya selang dua tahun barulah beli. Suami isteri di hari lain pakai baju uniform pejabat.
7 – Ye la, bukannya setiap hari kita pakai baju Melayu juga kebaya. Terkadang time kenduri kendara atau majlis tertentu sahaja. Itupun kalau ada jemputannya…
8 – Bab duit raya juga berilah secukup rasa. Jangan malu jika envelop kita nipis. Sekurang2 kita guna wang simpanan, bukan wang pinjaman untuk beraya.
9 – Kuih raya dua tiga jenis dah cukup dah. Adik beradik lain pun bawa balik kuih ke kampung juga. Jika di combine dah dapat 5-6 jenis kuih. Kan meriah jika adik beradik berkongsi rasa?
8 – Dalam wassup group family bincang dengan abang kakak. Saya bawa balik kacang dan kerepek, abang bawa semperit, kakak bawa tart nenas dan adik bawa air cordial. Mak ayah tentu gembira lihat keakraban kita adik beradik saling bekerjasama.
9 – Lebih meriah jika sekeluarga berkongsi rasa. Sediakan juga sedikit wang untuk beli lauk pauk juga. Sesekali balik kampung jangan jadi buaya. Selamba membedal makanan langsung tak nak keluar belanja. Sorang seratus dua, 3-5 beradik dah tentu cukup belanja.
10 – Jika gaji tak cukup untuk bina tabungan raya, carilah pendapatan kedua. Target sehari mahu dapatkan minimum RM5 sebagai bajet raya tahunan.
11 – Bajet raya tahun ini seharusnya bermula semenjak lepas raya tahun lepas. Rancang awal mengikut kadar harian tidaklah pening kepala.
12 – Macam biasa, kalau malas cari pendapatan kedua ikat perut kurangkan belanja. Dah memang asas kewangan begitu. Samada tingkatkan pendapatan atau kurangkan belanja.
13 – Jauhi perangai bergaya sakan di hari raya, hutang peribadi tidak terkira. Pagi raya kemain suami isteri menangis keinsafan. Balik raya fikirkan hutang suami isteri menarik muka. Apa guna bergaya raya hingga hilangnya rasa cinta?
14 – Credit card pun jangan asyik diguna. Wang plastik itu bukanlah hak kita. Itu wang bank yang punya. Gaji ciput perlulah kita berkira-kira. Berbelanja dengan berjaga-jaga.
15 – Yang mertua ipar duai janganlah perangai syaitoon kembali di hari raya. Buang perangai membanding mengumpat sesama kita. Menantu ini bagi angpow sedikit menantu itu bagi banyak. Adoiii jangan jadi dasar mertua versi ‘mak kau hijau’
16 – Kita ini di zaman millenium. Masyarakat lebih pintar. Kita tak heran gaya kalau poket rabak di sini sana. Langsir, sofa dan balang kuih bukanlah keutamaan berbanding saling menziarah bertanya khabar sanak saudara.
17 – Biar kurang gaya asalkan buku akaun berderet angka, asset dan passive income sentiasa ada. Bila dikutuk, abaikan saja. Mereka tak nampak angka PNB, KWSP, TH, AHB, portfolio juga pendapatan sewa yang kita punya. Tak perlu pun kita heboh cerita. Asset kita tak perlu dijaja cerita kepada sesiapa.
18 – Ehhh tapi ingat, bajet pun bajet juga. Zakat fitrah bayar sekarang. Jangan asyik bertangguh sesaja. Takut nanti terlupa, sibuk gegarkan rumah kawan yang layak menerima di awal pagi raya. Ini menyusahkan semua.
19 – Akak cerita ini bagi yang bergaji kecil. Yang gajinya besar masa ini adalah musim kita bersedekah. Berilah mengikut kemampuan. Dalam rezeki kita ada hak kawan. Jangan kedekut hingga menewaskan rekod ‘Haji Bakhil’ pula.
20 – Dalam gambaran di bawah akak cuba bina cadangan bajet bagi isi rumah bergaji bawah RM3,000. Anda nilai dan selarikan ikut kesesuaian. Dah nama pun cadangan secara anggaran.
21 – Sekian dulu bebelan akak. Semoga sedikit memberi manfaat. Mulakan bajet raya seawal boleh ya.. Jangan too little money, too much to spend pula.
22 – Ehh! Lagi satu, beria-ria buat BAJET RAYA tapi tak kalau tak de disiplin nak patuh, lebih baik jangan buat bajet. NGABIHKAN BOREH JO…
Notakaki : Sila rujuk anggaran bagi mendapat sedikit idea cara mudah membina bajet raya. Asingkan mengikut kategori ya!
Jika pergi pasar, kunyit adalah bahan masakan yang wajib beli untuk digunakan ketika memasak di dapur.
Bagi yang minat berkebun, adalah lebih baik tanam sendiri di rumah. Cara untuk menanam kunyit ini pelbagai cara boleh diguna termasuk penggunaan baja.
Tular di media sosial, hasil tanaman kunyit lelaki ini yang begitu banyak telah menarik perhatian netizen.
Dalam satu rumpun akar, hasil kunyit begitu banyak. Begitulah perkongsian pengguna faceebook yang dikenali sebagai Ad Dk.
Rata-rata netizen kagum melihat hasil tanam kunyit yang besar dan banyak. Malah ada yang meminta tip tanaman yang digunakan.
Ikuti perkongsian beliau.
Alhamdulillah selepas menempuh masa berbulan-bulan awal bulan 2 hingga sekarang Dari sepokok anak benih kunyit berbuahkan hasil.
Ini cara tanam nak lebatkan isi kunyit.
Anak benih kunyit tanam dalam kolah yang di isi tanah
Hasil selepas tanam pada bulan 2.
Separuh Kita ambik separuh lagi bagi Kat teman-tanam. Jangan tunggu Masa berlalu pergi tanamlah apa juga jenisnya. Insyaallah sekurang2 ya ade juga hasilnya. Jom tanam dari sekarang.
Selamat mencuba!
Keluarga: Banyaknya hasilnya tuai, kemudian dibuat sedekah. Rezeki makin bertambah!
Selepas Allahyarham Siti Sarah Raissuddin meninggal dunia, hanya Shuib Sepahtu menjadi tempat anak-anak melepaskan kerinduan dan menumpang kasih.
Walaupun masih kecil, namun anak-anak pasangan ini cukup kuat dan tabah orangnya. Namun siapa sangka, disebalik kekuatan itu adakalanya akan ‘kalah’ dek kata-kata orang.
Demikianlah dengan Dzakira Talita Zahra atau lebih mesra digelar Dekta baru-baru ini diuji dengan gangguan oleh kawan-kawan di sekolah.
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik isteri kepada Raissuddin Hamzah itu, dia memaklumkan ketika pulang dari pejabat, Dekta telah mengadu yang dirinya diejek kerana sudah tidak mempunyai ibu lagi.
Anak kedua kepada pasangan Shuib Sepahtu dan Siti Sarah ini terlihat menangis kesedihan dan cuba ditenangkan.
Luahan Dekta membuatkan ramai yang bersimpati. Dalam masa yang sama berharap ibu bapa lebih alert dalam menasihati anak-anak supaya menjaga percakapan dan tidak menyinggung perasaan orang lain.
allahu..ayah ibu pls monitor adab anak2..😭😭
xpe dekta, dorang xthu pergi nya ibu dekta, satu dunia cemburu 😊 semoga dekta kuat ye 🤍
kwn2 pun satu hal….ibu meninggal bukan perkara yg kite mintak2🥺.kesian dekta😳
ni yg saya takut Klo anak2 saya salah kata menguris ht kawan2 atau org lain sbb depan mata kite Selagi boleh diajar adab dikwl dipantau.
dekta..budak tu x tahu kitorg ni 1 malaysia dh jd ibu dekta tau. sape yg cari psl ng dekta,netizen malaysia ni xkan duk diam.dekta kene kuat ye syg 🥰