Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati, cuma kita tidak tahu bagaimana dan bila akan tiba ajal datang menjemput. Bila masa sudah tiba ada si anak ditinggalkan ibu atau ayah, anak meninggalkan ibu bapa, suami pergi dulu, tinggalkan isteri dengan anak-anak masih kecil dan sebagainya. Yang pasti, kematian memang sesuatu yang tidak dapat dielakkan.
Bagi Noor Nadia Kamaludin, pilu hati sebagai seorang isteri hanya Tuhan yang tahu. Suami tersayang, Mohd Fatah Hashim, 34 keluar bekerja beberapa jam dalam keadaan sihat dan tiada ada sebarang perubahan akhirnya ditemui dengan jasad yang kaku.
Mohd Fattah antara anggota bomba yang terkorban dalam operasi menyelamat remaja terjatuh di lombong di Putra Perdana malam tadi.
Sukar menerima hakikat tersebut namun Noor Nadia yang masih terkejut dengan kejadian tersebut bagaimana pun reda dan pasrah. Masih terngiang-ngiang suara arwah suaminya sebelum keluar bekerja.
Noor Nadia, Isteri arwah Mohd Fattah.
Lebih memilukan sebelum itu, Noor Nadia atau mesra dipanggil Nadia bermimpi arwah suaminya meninggal dunia.
“Dua minggu sebelum kejadian, saya ada mimpi arwah meninggal dunia. tak tahu bagaimana dia meninggal tapi nampak dah meninggal. Saya ceritakan hal tu pada arwah, tetapi dia hanya senyum dan ketawa sahaja. Sehari sebelum tu, arwah sakit perut, jadi dia tak banyak cakap diam sahaja.
“Esoknya 9 hari kejadian arwah masuk shif pagi. Saya tak sangka benda tersebut jadi kenyataan. Tapi sebelum ke tempat operasi, arwah ada pulang ke rumah dan sempat jamah kuih yang saya buat. Sebelum ke tempat kerja, saya pelik bila arwah panggil lalu peluk dan cium anak-anak seolah-olah dah tahu dia nak ‘pergi’.
Ads
‘Sepatutnya waktu kerja arwah habis jam 8 malam tapi dia belum pulang pukul 8 lebih ada anggota bombda datang ke rumah dan sampaikan berita arwah lemas dan minta saya ke hospital untuk pengecaman jenazah,” ujar Nadia merupakan suri rumah tangga, yang mempunyai dua orang anak kecil berusia 3 tahun dan setahun lebih.
Arwah Mohd Fattah dan lima anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) lemas ketika terlibat dalam dalam operasi mencari dan menyelamat seorang lelaki yang dipercayai terjatuh ke dalam lombong di Taman Putra Perdana.
Ads
Menurut isteri Allahyarham, suaminya berkhidmat dalam Pasukan Penyelam Di Air (PPDA) sejak tujuh tahun lalu. Mohd Fatah merupakan salah seorang daripada anggota PPDA BBP Pelabuhan Klang.
Selain Fattah, lima lagi anggota yang terkorban adalah Izzatul Akma Wan Ibrahim, 32 ; Mazlan Omar Baki, 25 dan Yahya Ali, 24 dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang. Dua lagi anggota bomba yang meninggal dunia dari BBP Shah Alam iaitu Adnan Othman, 33 dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25.
Noor Nadia mengiringi jenazah arwah suaminya, Mohd Fattah pulang ke Kuantan.
Usai proses post mortem, semua jenazah di bawa ke Balai Bomba Dan penyelamat Seksyen 15 untuk disembahyangkan dan diberi penghormatan terakhir. Suasana pilu menyelubungi perkarangan balai berkenaan dengan kehadiran saudara mara dan rakan-rakan mangsa.
Ads
Alfatihah buat keenam-enam wira penyelamat ini. Semoga roh mereka dicucuri rahmat olehNya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Soalan: Bagaimanakah cara solat kami petugas hospital yang memakai PPE (Personal Protective Equipment) yang memakainya dalam tempoh yang lama? Pakaian tersebut menutupi keseluruhan tubuh kami. Tujuan pakaian itu bertujuan menyelamatkan kami daripada jangkitan. Dalam masa yang sama kami juga wajib memastikan keselamatan pesakit lain. Maka, kami tidak boleh berwuduk ketika berada dalam keadaan demikian. Apakah kami wajib mengulangi solat atau bagaimana?
𝑱𝒂𝒘𝒂𝒑𝒂𝒏:
Semoga Allah merahmati hamba-hambaNYA menjaga solat dan dalam masa yang sama berkhidmat dan berusaha menyelamatkan manusia lain dari ancaman penyakit. Dari soalan ini menzahirkan keprihatinan terhadap titah perintah agama. Berikut adalah perkara-perkara yang wajar diambil perhatian oleh mereka yang terlibat;
1. Para ulama berbincang tentang mereka yang tidak boleh berwuduk dan bertayammum disebabkan keadaan tertentu. Ini seperti ketiadaan air dan debu, terkena penyakit tertentu yang menghalang penggunaan air dan debu, atau halangan tertentu yang menghalang penggunaan dua bahan tersebut. Bab ini disebut Faqid al-Tahurain (فاقِد الطَّهُورَيْن) atau ‘Adim al-Tahurain (عادِم الطَّهُورَين) iaitu orang yang tidak mempunyai atau tidak mampu untuk melakukan kedua cara bersuci. Dalam Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari, al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani (meninggal 852H) menghitung sehingga lima pendapat dalam masalah kewajipan solat dan qada orang yang berada dalam keadaan sebegini (rujukan: Fath al-Bari, 1/585. Beirut: Dar-al-Fikr 1414H). Juga ada yang menghitungnya sehingga enam pendapat.
2. Berikut adalah ringkasan daripada pendapat-pendapat fuqaha (ahli fekah) yang disebut dalam pelbagai rujukan ulama sejak dahulu sehingga kini:
a) Solat dalam keadaan tanpa wuduk dan tayammum, dan tidak perlu qada (mengulangi solat). Ini pendapat al-Imam Malik bin Anas (meninggal 179H), al-Imam Ahmad bin Hanbal (meninggal 241H), al-Imam al-Muzani (meninggal 264H, merupakan anak murid besar al-Imam al-Syafii dan tokoh dalam Mazhab al-Syafii), qaul qadim (pendapat lama) al-Imam al-Syafi’i (meninggal 204H), Ibn al-Munzir (319H) dan lain-lain. Inilah juga pendapat yang ditarjihkan oleh Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah (meninggal 728H), Ibn ‘Uthaimin dan ramai lagi.
b) Solat dalam keadaan tanpa wuduk dan tayammun tapi wajib qada (ulang). Solat itu dilakukan bagi menghormati waktu. Ini pendapat kedua yang diriwayatkan dari al-Imam Malik, al-Imam Ahmad dan pendapat baru al-Imam al-Syafii.
c) Tidak wajib solat tapi wajib qada. Ini pendapat al-Imam Abu Hanifah (meninggal 150H), al-Imam al-‘Auza’i (meninggal 157H) dan al-Imam Sufyan al-Thauri (meninggal 161H). Antara alasan mereka ialah hadis: “Allah tidak menerima solat tanpa bersuci” (Riwayat Muslim).
d) Tidak perlu solat dan tidak perlu qada. Ini dinukilkan salah satu riwayat dari pendapat al-Imam Malik bin Anas dan golongan Mazhab Zahiriyyah (literalist).
e) Digalakkan solat dan wajib qada. Ini pendapat kelima disenaraikan oleh Ibn Hajar al-‘Asqalani dalam Fath al-Bari dengan dakwaan ia antara pendapat yang disenaraikan oleh al-Imam al-Nawawi.
3. Senarai pendapat di atas kita sebutkan sekadar memaklumkan mengenai khilaf (perbezaan pendapat) ulama dalam masalah ini. Namun, pendapat yang paling masyhur dalam pegangan Umat Islam ialah pendapat yang pertama (a) dan pendapat kedua (b).
4. Untuk meringkaskan pemahaman dan pengamalan awam, saya bersetuju dengan pendapat pertama iaitu yang mewajibkan solat dalam keadaan tersebut iaitu tanpa wuduk dan tanpa tayammum, dan juga tidak wajib qada (mengulangi solat). Antara hujah pendapat ini ialah, hadis al-Bukhari (no. 336) dan Muslim (no. 367) daripada ‘Aishah r.ha di mana sekumpulan para sahabat sahabat yang telah bersolat tanpa wuduk, kemudian Allah menurunkan ayat tayammum. Ertinya, mereka bersolat tanpa wuduk, dan juga tanpa tayammum kerana ayat tayammum belum turun. Namun, Nabi s.a.w tidak menyuruh mereka mengulangi solat. Al-Imam al-Bukhari juga meletakkan hadis ini di bawah tajuk: بَابُ إِذَا لَمْ يَجِدْ مَاءً وَلاَ تُرَابًا(Bab: Apabila Tiada Air dan Tanah).
5. Pendapat yang mewajibkan solat tanpa perlu qada dilihat lebih mendekati konsep umum ayat al-Quran dan al-Sunnah yang menyatakan Allah suka untuk meringankan beban dan agama itu mudah. Jika seharian bertugas, kemudian pada malam mesti menggantikan lima solat fardu yang telah pun ditunaikan dalam keadaan tersebut, maka ini membebankan. Firman Allah:
يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْر
(maksudnya): Allah mahu kamu beroleh kemudahan, dan Dia tidak mahu kamu menanggung kesukaran” (Surah al-Baqarah: 185).
6. Di samping itu, jika seseorang bertugas dalam pakaian PPE tersebut semasa waktu solat yang boleh dijamakkan iaitu Zohor dan Asar atau Maghrib dan Isyak, maka petugas boleh menjamakkan solat sekiranya terdapat bebanan atau kekangan waktu untuk menunaikan solat. Ini bererti, jika petugas ada ruang untuk solat pada waktu pertama (waktu Zohor atau Maghrib) maka bolehlah dilakukan jamak taqdim (solat dalam waktu pertama). Jika mempunyai ruang pada waktu kedua (Asar atau Isyak) maka bolehlah dilakukan jamak ta’khir (solat pada waktu kedua). Ini dilakukan tanpa qasar. Maksudnya, empat rakaat Zohor dihimpunkan bersama empat rakaat ‘Asar. Begitu juga tiga rakaat Maghrib dihimpun bersama empat rakaat Isyak.
7. Hujah yang digunakan dalam masalah ini ialah hadith yang diriwayatkan al-Imam Muslim, daripada Sa’id bin Jubair meriwayatkan daripada Ibn ‘Abbas, katanya:
صَلَّى رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الظُّهْرَ وَالْعَصْرَ جَمِيعًا بِالْمَدِينَةِ، فِي غَيْرِ خَوْفٍ، وَلَا سَفَرٍ قَالَ أَبُو الزُّبَيْرِ: فَسَأَلْتُ سَعِيدًا، لِمَ فَعَلَ ذَلِكَ؟ فَقَالَ: سَأَلْتُ ابْنَ عَبَّاسٍ كَمَا سَأَلْتَنِي، فَقَالَ: أَرَادَ أَنْ لَا يُحْرِجَ أَحَدًا مِنْ أُمَّتِه
“Rasulullah s.a.w bersolat Zuhur dan ‘Asar secara jamak di Madinah tanpa sebab ketakutan atau musafir”. Kata Abu Zubair: “Aku bertanya Sa’id mengapa Rasulullah s.a.w berbuat demikian?”. Jawabnya: “Aku pun pernah bertanya Ibn ‘Abbas seperti mana engkau bertanyaku, jawab Ibn ‘Abbas: “Kerana baginda mahu agar tidak beban sesiapa kalangan umatnya”.
Dalam riwayat Muslim yang lain, lafaznya:
جَمَعَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَيْنَ الظُّهْرِ وَالْعَصْرِ وَالْمَغْرِبِ وَالْعِشَاءِ بِالْمَدِينَةِ فِي غَيْرِ خَوْفٍ وَلَا مَطَرٍ
“RasululLah s.a.w solat Zohor dan Asr, Maghrib dan Isyak secara jamak di Madinah tidak kerana ketakutan, juga tidak kerana hujan”.
Hadis ini menunjuk Nabi s.a.w pernah menunaikan solat jamak bukan hanya disebabkan hujan ataupun ketakutan, juga disebabkan hal-hal yang lain.
8. Kata al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H) mengulas hadis di atas: “Sebahagian para imam (ulama) berpegang kepada keharusan menjamakkan solat ketika tidak bermusafir disebabkan sesuatu keperluan. Ini (diboleh) untuk sesiapa yang tidak menjadikannya kebiasaan. Ini pendapat (Muhammad) Ibn Sirin dan Asyhab dari pengikut (al-Imam) Malik. Al-Khattabi menyebut pendapat ini daripada (al-Imam) al-Qaffal al-Syasyi al-Kabir dari kalangan pengikut (al-Imam) al-Syafi’i, daripada Abu Ishaq al-Marwazi daripada sekumpulan Ahli Hadis. Pendapat ini juga yang dipilih oleh (al-Imam) Ibn al-Munzir. Ini disokong oleh apa yang nyata dari perkataan Ibn ‘Abbas “Kerana baginda mahu agar tidak beban sesiapa kalangan umatnya.” (al-Nawawi, Syarh Sahih Muslim, 5/335. Beirut: Dar al-Khair 1414H)
9. Maka kita dapati banyak kita fekah penuh memuatkan masalah ini, terutamanya dalam Mazhab al-Imam Ahmad bin Hanbal. Kata Ibn Taimiyyah: “Seluas-luas Mazhab dalam membolehkan jamak antara dua solat ialah Mazhab al-Imam Ahmad” (lihat: al-Fatawa al-Kubra, 2/348, cetakan Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).
Dr. Yusuf al-Qaradawi menyokong pendapat ini dalam Fatwa Mu‘asarah (1/245. Beirut: Dar Uli al-Nuha). Maka ini bukan perkara asing dan baru, kelonggaran ini bagi membolehkan semua pihak dalam apa keadaan pun tetap menunaikan solat.
10. Maka, 𝗸𝗲𝘀𝗶𝗺𝗽𝘂𝗹𝗮𝗻𝗻𝘆𝗮, para petugas yang memakai PPE yang tidak dapat untuk berwuduk dan bertayammum, mereka boleh solat tanpa wuduk dan tayammum. Mereka tidak perlu menggantikan solat, ini menurut pendapat yang dianggap rajih. Mereka juga, boleh menjamakkan solat, jika perlu melakukan hal itu.
Bukan mudah menjaga anak istimewa, lebih-lebih lagi yang sudah dewasa. Demikian juga dengan pelakon, Zarina Zainuddin. Beliau yang mempunyai anak kembar yang menghidap Autisme semalam ada memuat naik satu video berkenaan anaknya Azal.
Menurut beliau Azal telah meminta izinnya untuk keluar ke satu pusat Gym. Namun, apa yang berlaku adalah anaknya itu dikatakan berbaring sambil membuat kerja rumah di lantai pusat membeli belah berkenaan.
Di dalam video yang kini mendapat lebih 290 ribu tontonan, Zarina memuat naik kapsyen yang memberitahu hal sebenar.
“Video ni di rakam oleh pakcik saya @ridzokumura pagi tadi Azal selesai menyapu halaman rumah terus ke Empire pergi gym katanya. saya pun lepaskannya.
“Tapi bila tengok video ni saya sedih keadaan anak saya bila saya takde aktiviti shooting dia akan bawak diri takut jika dirumah dia akan bergaduh dengan abang azil ..dia cakap dia stress di rumah tanya ibu bila shooting .
“Saya cakap takde lagi ..dia macam frust ,dia memang taknak duduk dirumah. Kalau dia baring atas kerusi takpe ni baring atas karpet di shooping complex tentu orang cakap saya tak tahu jaga anak..orang nak cakap apa cakaplah apa yang saya lalui dan apa yang orang lain lalui tak sama..lepas ni saya akan cuba cari jalan lain.
Doakan yang baik2 InsyaAllah, Azal anak yang baik stress dalam hidup kami yang tiada kesudahan ini mencabar jiwa saya.. Kalau sorang saya boleh ikut sentiasa bila dua orang stress begini ssya terpaksa redha ..Allahuakhbar !!!
Luahan hati Zarina Zainuddin itu mendapat reaksi dari pengikutnya yang rata-rata memberi sokongan bagi menaikkan kembali semangatnya.
sakinazamriKakak.. xde yg anggap kakak bkn2. Kami sntiasa doakan kakak kuat n anak2 kakak diLindungi olehNya.. kakak kene percaya. 1001 hikmah Allah swt akn berikan.. @zarinazainuddin_
elyanaofficialSemoga kehidupan Kak Ina sekeluarga di permudah kan.. Semoga Kak Ina di berikan kesihatan yang baik dan umur yang panjang serta kekuatan untuk menjaga anak-anak dan keluarga..?
zannmelKesian Azal .. semoga Allah SWT senantiasa lindungi @zarinazainuddin_sekeluarga. Amin YRA
fathiaalisyaKak sy ske tgk azal ni…akk beruntung ada die…walaupon die mcm tu..die xde myusahkn sape2..xde sakitkn ati sape2..xde bust kje yg bukn2..tp tgk yg laen yg shat yg waras yg sht tbuh bdn..mereka xhargai ape yg Allah bg…merompak..merempit..walaupon seng nk jga yg sempurna mrka xhrgai pngrbanan kite..ble mk ayh dh xde br mrka nk hrgai..akk jga ssh pyh skrg…syurga buat akk..
yantieqaleesyaAllahuAkbar sedihnyer tgk video nie.. Azal mmg anak yg sgt baik.. die xnk ssh kn sis @zarinazainuddin_ takut duk lama kt rumah nnt bekelahi dgn azil.. tp sis xpe sis kate org boleh tolak tepi.. org berckp mmg xhabes.. tp masih ramai lg kami yg positve mcm sis nie sentiasa sokong sis.. apepn kami kagum dgn ketabahan sis.. sy follow ig sis n mmg tgu tiap kali sis upload video kehidupan harian sis.. sis mmg tabah sy mmg sgt kagum dgn sis.. sis sumber inspirasi sy.. apepn sy doakn sis diberi kesihatan yg baik utk terus membesarkn anak2 sis azal & azil dan terus diberi ketabahan dr Allah swt.. Aamiin3..
itsmeawangag02Inn Shaa Allah… moga akak @zarinazainuddin_ kuat.. inn Shaa Allah kak akan ada ganjaran bukan didunia inn shaa Allah di akhirat ?
hcsboutiqueeKagum dgn Zarina …bukan senang menjaga mereka namun apa yg Zarina terbaik untuk mereka..Semuga tabah menjaga ank2 syurga ini semuga dlm perlindungan rahmat Allah.
Pelakon yang satu ini memang jarang berkongsi hal peribadinya, termasuklah bab kehidupan peribadinya sepanjang empat dekad mencipta nama dalam bidang lakonan. Namun itu tidak bermakna Dian P Ramlee bebas daripada sasaran gosip.
Dian atau nama sebenarnya Salfarina Mum, 61,dikatakan pernah dua kali bernikah, selain dianggap janda gara-gara tidak berkongsi wajah suaminya, sedangkan rumah tangga yang dibina bersama Md Amanti Ahmad pada 28 September 1981 kekal utuh.
“Suami saya dari dulu sampai sekarang cuma seorang dan kami masih bersama. Kami berkenalan ketika usia saya 19 tahun dan setahun selepas itu, kami bertunang.
“Kami bernikah ketika saya berusia 23 tahun dan Alhamdulillah, rumah tangga kami bertahan hingga hari ini. Dalam hal peribadi, saya agak konservatif dan tidak suka gosip serta publisiti.
“Tetapi, masih ada yang buat cerita kononnya saya pernah dua kali kahwin, selain dikatakan janda apabila tidak berkongsi gambar bersama keluarga,” katanya.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Md Al Safrin, 36, Siti Arianti, 31, dan Siti Adianti, 24.
“Dahulu, suami saya bekerja sebagai pramugara, namun sudah pencen. Bayangkan, selepas berkahwin dan mengandung anak pertama, ada yang cakap kami sudah bercerai.
“Ketika melahirkan anak kedua, saya sekali lagi dikaitkan dengan perkara sama. Lahir anak ketiga pula, saya dikatakan berkahwin lagi. Hakikatnya, semua itu tidak benar,” katanya.
Dian berkata, ketika gosip mengenai rumah tangganya hangat diperkatakan, dia dan suaminya menjalani kehidupan seperti biasa hingga menyebabkan ada pihak keliru.
“Pernah kru yang terserempak ketika menghantar saya pulang ke rumah menyangka dia ialah suami baharu. Saya jelaskan kepada mereka, itu suami pertama dan terakhir saya. Suami saya hanya seorang!
“Suami pula bukan jenis suka dikenali ramai dan tidak pernah muncul bersama di dada akhbar serta majalah. Sepanjang berumah tangga, kami pernah menjayakan iklan jenama kicap bersama dengan tiga anak.
“Ketika itu, kelibatnya hanya samar-samar memandangkan dia terikat dengan polisi kerja dan tidak boleh terlalu menonjol di media massa,” katanya.
Dian berkata, dia juga tidak menggalakkan anaknya untuk mengikut jejak langkahnya dalam bidang seni.
“Biarlah hanya saya yang meneruskan perjuangan dalam bidang ini. Dahulu, ketika kegawatan ekonomi, anak lelaki saya ada melakukan kerja belakang tabir bersama ntv7.
“Saya bagaimanapun, berharap dia mendapat kerja di syarikat produksi besar dan bergaji tetap. Jika masih ingin bekerja dalam bidang ini, dia boleh melakukannya secara sambilan. Dia bagaimanapun, mendengar cakap dan memilih bekerja di luar bidang seni.
“Begitu juga anak perempuan yang menerima tawaran berlakon, tetapi saya tidak galakkan. Mujur dia tidak memberontak, tambahan pula suami sejak awal lagi sudah mengingatkan supaya mereka memberikan tumpuan pada pelajaran,” katanya.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.