Hati ibu mana yang tidak sentuh apabila melihat anak tersayang telah membesar dan menjalani kehidupan yang sempurna. Lebih syahdu, apabila anak melangsungkan perkahwinan.
Begitulah yang dialami oleh pelakon, Enot atau nama sebenarnya Aliza Abdullah, 40 yang kini telah bergelar ibu mertua selepas anak perempuan sulungnya, Andriana Balqis sah diijabkabulkan hujung minggu lalu dengan jejaka pilihan hati. Majlis nikah ringkas buat anaknya dengan berbaju rona putih.
Menurut Enot, dia bagai tidak percaya anak sulungnya itu sudah besar dan berkahwin. Malah sehari sebelum majlis pernikahan anaknya, Enot mencoretkan luahan hatinya sebagai ibu. Malah tidak menyangka pada usia 40 tahun sudah bergelar ibu mertua! Antara kapsyennya,” i m still young 40 years dah dpt menantu!”
Tangisan anak ketika ibu atau bapa sedang menunaikan solat pasti mengundang rasa serba salah, lebih-lebih lagi apabila si kecil meragam dan memerlukan perhatian segera.
Situasi ini menyebabkan ada ibu bapa memilih untuk membatalkan solat bagi menenangkan anak. Tidak kurang juga yang tertanya-tanya sama ada mereka boleh mempercepatkan solat atau mendukung anak ketika masih menunaikan ibadah tersebut.
Menjelaskan perkara itu, pendakwah Ustazah Asma’ Harun berkata, hukum asal batal solat kerana anak menangis tanpa keuzuran yang diiktiraf syarak adalah haram.
Menurutnya, sekiranya anak hanya menangis seperti biasa dan tidak berada dalam keadaan berbahaya, ibu atau bapa hendaklah meneruskan solat dengan meringankan bacaan serta hanya melakukan rukun-rukun yang wajib.
“Wahai orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada Rasul Allah, dan janganlah kamu batalkan amal-amal kamu!”
Surah Muhammad, ayat 33
Ustazah Asma’ menjelaskan bahawa tangisan anak semata-mata bukanlah satu keuzuran yang membolehkan seseorang membatalkan solat fardu.
“Sekiranya anak hanya menangis kerana mahu didukung, mengantuk atau meragam tetapi tidak dalam keadaan yang membahayakan, maka hendaklah meneruskan solat,” jelasnya.
Bagaimanapun, batal solat kerana anak menangis dibenarkan sekiranya benar-benar berlaku kecemasan atau bahaya yang boleh mendatangkan mudarat kepada diri sendiri atau orang lain.
Antara keadaan yang diharuskan ialah:
“Bunuhlah dua binatang hitam ketika solat, iaitu ular dan kala jengking.”
Riwayat Abu Daud
Sekiranya anak menangis ketika ibu atau bapa sedang solat, mereka dibenarkan meringankan ibadah tersebut tanpa menjejaskan rukun wajib.
Antara caranya ialah:
Ustazah Asma’ turut memetik hadis daripada Anas bin Malik RA yang bermaksud:
“Aku tidak pernah solat di belakang imam yang lebih ringan dan lebih sempurna daripada solat di belakang Nabi SAW. Apabila Baginda mendengar suara bayi menangis, maka Baginda akan meringankan solat tersebut kerana dibimbangi akan menyusahkan ibunya.”
Muttafaqun ‘Alaih
Hadis tersebut menunjukkan Rasulullah SAW tidak memilih untuk batal solat apabila anak menangis. Sebaliknya, Baginda memendekkan bacaan dan meringankan solat demi memberi kemudahan kepada ibu bayi tersebut.
Dalam masa sama, Ustazah Asma’ menjelaskan bahawa ibu atau bapa dibenarkan mendukung anak ketika sedang menunaikan solat.
Perbuatan itu pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW ketika Baginda mendukung cucunya, Umamah binti Zainab RA.
Namun, terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi:
Sekiranya sukar untuk rukuk atau sujud sambil mendukung anak, ibu atau bapa boleh meletakkan si kecil terlebih dahulu di tempat yang selamat.
Anak kemudian boleh didukung semula apabila bangun berdiri dengan pergerakan yang terkawal.
Sebelum memulakan solat, ibu bapa juga digalakkan memastikan anak sudah kenyang, lampinnya bersih dan berada di kawasan yang selamat serta mudah dipantau.
Menjaga anak kecil ketika menunaikan ibadah sememangnya mencabar. Namun, Islam memberi kemudahan kepada ibu bapa untuk meringankan solat dan mendukung anak selagi syarat-syaratnya dipatuhi.
Secara umumnya, batal solat kerana anak menangis tidak dibenarkan jika tangisan itu hanyalah tangisan biasa tanpa sebarang bahaya. Sebaliknya, jika berlaku kecemasan yang boleh mengancam keselamatan anak, maka membatalkan solat adalah harus demi mengelakkan mudarat.
Apa yang penting, ibu bapa perlu menilai keadaan dengan tenang. Tangisan biasa boleh ditangani dengan mempercepatkan solat atau mendukung si kecil, manakala keadaan kecemasan memerlukan tindakan segera demi keselamatan anak.
Sofia Jane elak makan makanan ‘tertentu’ patutlah usia 50-an pun nampak masih jelita. Sofia Jane sering diberi julukan ‘vampire’ daripada sebilangan peminat kerana wajahnya yang tidak berubah walaupun menjangkau usia 50-an.
Masih kelihatan jelita dan bertenaga pada usia melangkaui angka jubli emas, antara tip dikongsikan pelakon Datin Sofia Jane termasuklah berhenti ‘menyentuh’ makanan berproses.
Kata Sofia atau nama sebenarnya Sofia Jane Hisham, 52, sesiapa sahaja boleh kekal awet muda asalkan terus menjaga pengambilan hidangan harian serta menjalani gaya hidup sihat dengan bersenam.
“Setiap hari bila saya bangun, saya akan pergi ke gimnasium untuk bersenam dan mengangkat beban.
“SAYA JUGA AMALKAN MAKANAN YANG SESIHAT MUNGKIN. SUDAH LAMA SAYA TIDAK AMBIL MAKANAN BERPROSES DAN MAKANAN SEGERA.
“Pada saya untuk mencapai semua ini hanyalah asas dan sangat mudah tapi ramai yang tidak percaya,” katanya.
Ujar Sofea lagi, dia menggalas tanggungjawab untuk menjaga kesihatan bagi membolehkannya kuat bekerja.
“Ketika ini, seperti menjadi satu obsesi orang ramai bila kita bercakap soal pengekalan kecantikan.
“SAYA MERASAKAN PADA USIA SAYA SEKARANG APA YANG MEMBUATKAN SAYA TERUS MELANGKAH ADALAH TAHAP KESIHATAN SAYA SENDIRI.
“Kalau saya ingin bekerja lebih lama lagi, saya mesti sihat secara mental dan fizikal. Pada ketika ini, itulah yang menjadi keutamaan saya,” ujarnya.
Ini antara nasihat Sofia terutamanya kepada pelakon wanita untuk sentiasa menjaga kesihatan. Hal ini kerana sebagai pelakon, perlu menggunakan tenaga tanpa mengira waktu.
“BUAT WANITA SEUSIA SAYA TERUTAMANYA YANG BERKECIMPUNG DALAM DUNIA SENI, TAHAP KESIHATAN KITA KENA SENTIASA BERADA DI TAHAP TERBAIK.
“Waktu kerja kita bukan dari 9 pagi hingga 5 petang. Kita kerja siang dan malam serta waktu yang tidak menentu.
“Malah, kesedaran terhadap kesihatan mental juga penting. Kerja kita memerlukan belajar, membaca dan memahami skrip, ada banyak perkara yang perlu diproses,” jelasnya.
Banyak khasiat Halba rupanya, bukan hanya digunakan dalam makanan, Halba yang dijadikan teh boleh bantu menurunkan berat badan serta mengembalikan keanjalan kulit. Itu antara kelebihan Teh Halba.
Bukan hanya untuk wanita, Teh Halba ini juga baik untuk kaum lelaki. Yang nak berhenti merokok itu apa kata cuba amalkan resipi. Mana tahu berkesan!
Hmmm..rasa tenang betul selepas minum teh halba ni. Wangi dan harum sangat. Ramai yang tak tahu rupanya halba ni boleh dibuat teh. Khasiatnya pun banyak. Lelaki, wanita, kanak-kanak semua boleh minum.
Iinilah resepinya. Senang sangat tau. Cuma perlu kan halba sebagai bahan utama.
Bahan-bahan:
1.Halba satu sudu kecil
2.Air segelas
3.Madu satu sudu besar(boleh ganti gula perang) guna sudu plastik tau. Ceq tak jumpa plak sudu plastik ceq pagi tadi.
4.Limau kasturi(option lemon, limau nipis, pati delima) tak nak masuk pun tak pe
Cara-caranya:
Rebus halba sehingga mendidih.
Biarkan sejuk
Kemudian masukkan madu dan perah jus limau. Kacau rata, dan terus minum. Amalkan setiap pagi, Inshaallah akan rasa perubahannya.
Khasiat teh halba:
1.Mencantikkan struktur kulit dari dalam serta memelihara keanjalan kulit makna kata lain awet muda secara semulajadi.
2.Mengurangkan berlaku pengumpulan lemak-lemak baru dalam badan seterusnya membantu mengurangkan masalah berat badan atau kegemukan.
3.Menambah tenaga seksual samada lelaki atau wanita.
4.Menguatkan fungsi jantung. Inshaallah tak rasa mengah-mengah lagi dah.
5.Merawat masalah sembelit dan buasir.
6. Melancarkan perjalanan darah.
7.Mengatasi masalah senggugut (kesakitan / ketegangan sewaktu haid & pra-haid).
8.Melegakan masalah sakit kepala / migrain
9.Menguatkan fungsi rahim, merangsang & menyuburkan rahim. Bagus sebagai ikhtiar untuk mereka yang ingin hamil.
10.Mengetatkan dan meremajakan rahim.
11.Menghilangkan lendir & sakit tekak.
12.Membantu mengurangkan ketagihan rokok.
13.Membantu kecerdasan kanak-kanak yang meningkat usia baligh, memelihara kekuatan badan & menggalakkan tumbesaran badan.
14.Memperbanyakkan air susu ibu. Mengaktifkan kalenjar susu, meningkatkan saiz payu dara secara semula jadi. Yang ni seriously berkesan. Tak perlu lagi ambil suplemen pelik-pelik. Kesan selepas 48 jam dah boleh rasa tau.
Khasiat berganda-ganda tak padan dengan saiz halba yang kecik. Harga pun murah. Anytime boleh buat. Selamat mencuba.
Kredit resepi kepada Sumaiyah Abdullah via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.