Peribahasa air yang dicincang tidak akan putus, nyata selagi ada pertalian darah walau apa pun yang terjadi hubungan itu tetap akan bersatu. Tiada apa dapat memisahkannya walau sudah lama tidak dapat berhubung hatta hingga berbelas-belas tahun lamanya. Pasti ada waktunya akan bersatu kembali.
Seperti kisah empat adik beradik ini yang terpisah 15 tahun dapat dipertemukan semula dengan adik mereka (merupakan anak ketiga) setelah diserahkan kepada keluarga angkat.
Pun begitu apa yang lebih menyentuh perasaan, pertemuan mereka adik beradik berlaku setelah ibu mereka meninggal dunia baru-baru ini.
Bagi menunaikan impian ibu tercinta, Afeeq yang merupakan anak kedua keluarga ini bertindak mencari semula adik kembarnya dengan memuat naik video di aplikasi tiktok.
“Kami ada empat beradik, aku yang nombor dua. Arwah mama ada lahirkan kembar di bawah aku. Seorang mama aku jaga, seorang lagi baki dekat orang terus tak contact sampai hari ini dah 15 tahun”
“Arwah mama amanahkan kami suruh cari kembar adik kami, segala wasiat mama tak lupa nama dia”, tulisnya pada kepsyen video yang dikongsikan.
Hantaran video itu telah meraih tontonan 1.6 juta, apabila Afeeq turut meminta orang ramai membantunya untuk mencari adik kembarnya yang dikenali sebagai Haziq Iskandar Bin Jefarmi.
Benarlah dunia kini tanpa sempadan, hasil daripada viral video tersebut empat beradik ini berjaya dipertemukan semula tidak sampai tempuh 24 jam. Sungguh tidak disangka!
Adiknya yang terpisah itu tampil menghubungi Afeeq di ruangan DM dan memaklumkan bahawa dialah orang yang dicari oleh mereka selama ini.
Ads
Walaupun dipertemukan semula, namun menurut Afeeq adiknya itu berasa sedikit terkilan kerana tidak dapat melihat wajah ibu kandungnya buat kali terkahir. Pun begitu Afeeq sangat-sangat berterima kasih kepada semua warganet yang telah membantu menularkan video tersebut hingga mereka adik beradik berjaya disatukan semula.
“Terima kasih semua yang membantu dan mendoakan . Korang semua memang utusan Allah yang hebat,” ujarnya ikhlas.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Kesibukan dengan urusan kerja kadang kala menyebabkan ibu-ibu tidak punya waktu untuk fokus kepada kebersihan rumah. Adakalanya kita hanya menunggu hujung minggu untuk berbuat demikian baik membersih, mencantik dan mewangikan rumah daripada sebarang habuk dan kotoran.
Waktu inilah sahaja yang ada, itupun jika tiada sebarang temu janji atau majlis yang perlu dihadiri. Namun dalam kesibukan itu ada petua mudah untuk anda praktikkan bagi memastikan rumah terjaga cantik malah sentiasa wangi.
Begitu pun, jika anda sudah mempunyai anak remaja, tidak salah andai sesekali meminta mereka membantu mengemas rumah atau sekadar menyapu habuk atau sampah. Begitu juga dengan suami, kenalah ringan tulang membantu anda bukan!
Sebelum itu, jom semak 4 langkah mudah ini untuk memastikan kediaman anda dalam keadaan kemas dan cantik.
1.Habuk Tak Melekat Pada Perabot
Pening perabot dan rumah cepat berhabuk walaupun dilap berkali-kai. Ini petuanya.
Bahan-Bahan:
1 penutup pelembut fabrik
10 cawan air
Caranya mudah sahaja. Bancuh kedua bahan ini hingga sebati kemudian lapkan pada semua perabot kesayangan anda. Cara ini buat perabot tidak mudah lekat habuk malah rumah juga berbau lebih harum.
Lantai melekit memang buat rasa tak selesa lebih-lebih lagi apabila selepas proses memasak selesai. Jangan buang masa sebaliknya cuba cara ini sekarang.
Bahan-Bahan:
1 penutup pencuci lantai
Cuka
Air panas
Mulakan dengan menyapu sampah terlebih dahulu hingga sampah dan habuk dibersihkan. Satukan kesemua bahan di atas dan mulakan mengemop pada lantai. Hasilnya lantai lebih licin dan berkilat seperti baru menukar jubin. Kena cuba!
Selain menggunakan penyegar udara bagi membolehkan udara keluar masuk, cubalah gunakan petua ini untuk pastikan rumah anda lebih wangi dan selesa berada di dalamnya.
Bahan-Bahan:
1 penutup pelembut fabrik
Cuka
Senang sahaja iaitu dengan mencampurkan kedua bahan ini dan semburkan pada seluruh rumah anda. Gabungan dua bahan ini memberi bau dan memperbaiki udara yang lebih bersih. Pastikan langsir dan kesemua perabot berfabrik disembur dengan padu. Baunya tahan lebih lama. Paling penting wangi
Bahan-Bahan:
1 sudu kecil teh soda bikarbonat
1 sudu teh cuka
1 cawan air
Satukan kesemua bahan ini dan masukkan ke dalam penyembur. Semburkan ke seluruh bilik air setiap hari. Hasilnya bilik air rasa lebih segar dan harum.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tiada yang lebih memilukan seorang ayah apabila anak yang meninggal dunia secara tiba-tiba. Lebih mendukacitakan bila mana timbul andaian kononnya punca kematian disebabkan coronavirus.
Itu yang berlaku kepada Allahyarham Nur Izzah Izzati, 20, yang meninggal dunia ketika membeli aksesori telefon bimbit di tempat kerjanya di Seksyen 13, Shah Alam, 26 Januari lalu.
“Anak saya meninggal bukan kerana coronavirus. Itu tidak betul. Saya sekeluarga kesal dengan tindakan pihak yang menyebarkan maklumat tanpa usul periksa.
“Pada hari kejadian, arwah (Nur Izzah) cuti kerana menghadiri majlis pertunangan di Taman Seri Kapar, Sungai Pinang.
“Kemudian, selepas selesai majlis, arwah ajak saya ke tempat kerjanya untuk membeli aksesori telefon bimbit. Itu kali terakhir saya bersama arwah sebelum dia pergi buat selamanya.
Kata Norazlan, dia mengetahui Allahyarham pengsan selepas seorang rakan memaklumkannya sebelum bergegas mendapatkan Allahyarham.
“Kawan arwah memberitahu Nur Izzah pengsan dalam kedai. Saya masuk dan terus memeriksa nadinya. Waktu itu, saya lihat arwah tidak sedarkan diri.
“Saya angkat arwah masuk ke dalam kereta dan terus hospital yang kebetulan berhadapan dengan premis itu bersama rakannya. Tiba di hospital, doktor segera memberi bantuan perubatan, namun Allah lebih menyayanginya,” katanya.
Kisah sedih ini turut dimuat naik seorang rakan arwah Nur Izzah menerusi twitternya. Dalam perkongsian tersebut, dia bercerita kronologi bagaiamana kejadian itu berlaku sehinggalah merekia dikejutkan dengan kehilangan nur Izzah buat selamanya.
Assalamualaikum . Malam ni aku nak bagi detail pasal apa yang jadi berkenaan dengan Allahyarhamah Nurul Izzah Izzati Binti Norazlan . Firstly, dia kawan sekerja aku . Secondly, pada hari kejadian arwah tidak bekerja sebab menghadiri majlis pertunangan kawannya .
Arwah datang ke kedai bersama bapanya Norazlan dalam anggaran jam 4 petang sejurus selepas dia mengambil stock pakaian yang dia jual di ig https://t.co/FYnKXI5Hiu . Dia datang ke kedai sebab dia tertinggal powerbank dan berhajat untuk membeli cable sekali .
Pada masa itu , izzah mengalami kejutan dan wajahnya dalam keadaan pucat . Bibirnya biru dan pipi kanan arwah pun sama biru . Dan pada waktu kejadian berlaku . Aku ada dalam tandas . Aku keluar dan aku pelik sebab sunyi sangat kedai . Rupanya izzah pengsan dan aku tak perasan pun
Yang tu izzah . Sebab diorang semua dah longgarkan pakaian untuk bagi dia ruang dan udara . Supervisor aku pada waktu tu call pihak hospital shah alam . Dan menunggu ambulan datang . Aku yang tak nampak wajah izzah tengah pucat buat macam izzah pengsan yang biasa2 je .
Up until aku berdiri di kaki arwah , aku tengok badan dia tengah kaku keras kejung pipi pucat bibir pucat biru . Aku cakap dah tak boleh tunggu ambulan . Kene gerak sekarang ! Msu medical centre ada kat depan tu je !
Ayahnya setuju . Aku dan ayahnya angkat izzah dalam kereta ayah dia . Hana (assistant supervisor) ikut sekali . Aku lead the way sebab ayah dia taktau jalan . Sampai di msu medical centre aku tunjuk emergency punya department .
Sampai je kat situ ayah dia panggil nurse untuk bantu . Aku , hana dan ayah dia dukung izzah dari dalam kereta ke atas katil . And tu saat paling sebak bagi aku . Ayah dia dukung dia di bahagian ketiak dan cium pipi arwah sambil cakap “atie bangun lah nak” aku lemah teruk
Sebak on a whole new level . Sakit yang tak pernah aku rasa . Lepas dah selesai pindahkan dia kedalam redzone . Ayah dia serahkan kunci kereta untuk aku alihkan kat parking . Jadi aku setelkan part tu . And hana ke kaunter untuk register izzah as a patient .
Sumpah aku menggigil satu badan . Hana panggil aku sebab dia tanya ada nombor telefon izzah tak . Aku cakap ada . Aku tekan screen fon aku sambil shaking . Sumpah menggigil . Aku takut hilang kawan aku ! Perit ya Allah .
Supervisor aku bagi rakaman cctv pada waktu arwah jatuh pengsan di whatsapp group kerja kami . Dan selang 5-7 minit , doktor pertama keluar dan mengatakan izzah tak bagi sebarang respon dah dorang tengah buat CPR dan masukkan tiub dalam mulut izzah 😔
Aku tunjuk rakaman cctv tu dekat doktor . Doktor tanya dia ada sakit ke apa . Kami (aku , hana and ayah izzah) semua cakap dia takda sebarang penyakit yang teruk teruk pun sepanjang dia kerja dengan aku dari bulan 7 tahun 2019 sampai sekarang .
Aku dah dapat bad vibes masa tu . Aku duduk di ruang menunggu . Aku bertawassul . Aku doa banyak banyak . Aku mintak kalau pahala aku ada ni boleh bangunkan dia , tolong lah bangunkan . Kalau tak cukup , tolong lah aku nak pikul dosa dia asalkan dia bangun balik !
And lepas 10 min . Doktor pakar keluar . Dia jumpa ayah izzah dulu . Dia bagitau yang izzah takde harapan . Izzah tak bagi respon apa apa pun . Izzah dah pergi tinggalkan semuanya . And at that particular moment , empangan aku pecah . Aku and hana tak dapat tahan air mata dah .
Ayah izzah terima berita tu dengan redha dan sabar . Masih ingat Allah . Sebab dia terus pergi solat asar lepas tanyakan nurse mana surau . Dia nak solat . Tapi aku and hana tak dapat nak tahan . Aku keluar emergency room . Aku nangis teruk . Aku hilang kawan rapat aku .
The one yang salah seorang penghibur kat tempat kerja . The one yang aku anggap macam adik . Kuat merajuk . Aku hilang dia . Aku tak kuat . Fon aku diserbu dengan phone call daripada kawan kawan sekerja . Tanya izzah macam mana ? Izzah takde dah weh . Aku sebak yang amat sangat .
Agak lama jugak sebelum sepupu dan kawan kawan izzah sampai . Jadi aku tunggu je kat situ sampai jam 5 lebih . Sedara mara , kawan kawan dia , boyfriend dia sampai macam semut . Ramai sangat nak tengok dia . Ramai dapat attention dia .
Sebelum semua sampai , aku share rakaman cctv tu kepada ayah izzah sahaja . Dan the moment sedara mara dia sampai , ada seorang sepupu dia mintakkan kat aku rakaman cctv tu . Jadi aku bagi disebabkan dia sepupu izzah .
And aku tak pernah expect akan jadi macamni . Aku tak expect yang viral sampai macamni sekali . Macam macam spekulasi yang korang buat kat arwah . Dia kawan aku . Kawan kitorang . Sakit bila korang tuduh dia ada corona virus and so forth . Even indirectly pun still sama !
Kalau tak tahu berita yang sahih , tak boleh ke senyap je ? Tak boleh ke nak mind your own business ? Without doing some sensitive speculation at the wrong time and place ? Sampai ke facebook benda alah ni dibawa . Cukup lah . Arwah dah kat tempat yang baru .
Tolong bagi dia rehat dengan tenang . Tolong sangat sangat . Ni hasil post-mortem yang aku dapat daripada ayah izzah . Dan ni jugak cover report untuk izzah . So please stop simpan video arwah izzah . Aku mohon on behalf of ayah dan keluarga dan kawan kawan aku . pic.twitter.com/QOjTda2IQW
Aku mintak sangat sangat . Respect kami sebagai kawan2 dan keluarga dia . She’s a family to us . Stop spreading the false rumor . Please aku mohon sebarkan thread aku ni . Maaf sepanjang thread ni aku tak pandai cerita . Aku tak pernah buat thread panjang macamni . Thats all
Oh and just to clarify everything, dia tak pernah ada sakit yang kronik sepanjang dia kerja dengan aku . Never . Langsung tak pernah . Kami retail , 12 jam sehari kerja . 4 hari jumpa satu sama lain . So aku yakin dan bf dia pun bagitau benda yang sama . Thats all . Doakan dia ☺️
Mintak tolong report spam and misleading content . Put some comments too . Help me out fellow malaysian and fellow muslims . pic.twitter.com/PkHvEBdiZL
“Ya Allah. Engkau berilah keampunan bagi Nurul Izzah Izzati Binti Norazlan dan limpahkan rahmat kepadanya, dan selamatkan dia dan dan maafkan kesalahannya. Engkau muliakan kedudukannya, dan luaskan tempat tinggalnya, dan sucikan dia dgn air, salji dan air yang sejuk. pic.twitter.com/83iwMo8SE2
Engkau bersihkannya daripada kekotoran dosa sebagaimana dibersihkan pakaian yang putih dari segala kekotoran. Dan gantikan rumahnya dgn rumah yang lebih baik dan pasangan yang lebih baik. Masukkan dia ke dalam syurga dan lindungilah dia daripada azab kubur dan ujiannya serta ..
Menjaga kanak-kanak sememangnya sukar lebih-lebih lagi jika mereka sudah meningkat umur dan mula panjang akal. Jadi sebagai ibu bapa, kita seharusnya lebih peka dalam menjaga anak-anak lebih-lebih lagi dari faktor keselamatan.
Jangan hanya membiarkan anak-anak bermain tanpa pengawasan kerana di peringkat usia ini, mereka masih belum mengerti akan erti bahaya.
Kisah kanak-kanak maut kerana terkurung dalam mesin basuh sudah banyak kali terjadi dan ini seharusnya menjadi pengajaran buat para ibu bapa semua.
Seperti yang berlaku baru-baru ini, menerusi satu perkongsian di TikTok, wanita bernama Azura Sapari menceritakan detik cemasnya ketika sedang berada di sebuah kedai dobi.
Sewaktu menguruskan pakaian untuk dikeringkan, kebetulan terdapat seorang lagi ibu di sana bersama empat orang anak yang turut menggunakan mesin basuh layan diri yang lokasinya tidak dinyatakan.
Sementara menunggu pakaian siap dicuci di dalam kereta, Azura melihat kanak-kanak berkenaan sangat aktif bermain tolak bakul tanpa ditegur oleh ibu mereka yang ralit bermain telefon.
“Saya masuk baju (dalam mesin) untuk keringkan, kemudian saya masuk kereta yang menghadap bahagian dalam dobi. Jadi masa dalam kereta saya tengok budak-budak tu berlari-lari. Saya biar saja.
“Saya perasan mak mereka asyik melihat telefon. Saya tengok mak dia memang tak ada tegur atau buat apa-apa.
“Saya perhatikan anak-anak dia. Salah seorang duduk atas kerusi, dua orang sedang bermain,” ujarnya.
Pada mulanya Azura melihat salah seorang anak wanita tersebut sedang bermain buka-tutup pintu mesin basuh. Tetapi dia mula berasa bimbang apabila melihat si abang cuba mengangkat adiknya yang kecil untuk dimasukkan ke dalam mesin basuh.
“Ingatkan dia nak main buka tutup pintu saja. Tak terfikir pula dia nak masukkan adik dia dalam tu.
“Jadi saya pun tengok telefon semula sebab masa tu saya tengah video call dengan suami. Masa pandang semula (ke arah dobi) eh ada adik dia dalam tu.
“Saya terus keluar dan beritahu salah seorang kawan lelaki yang ada dekat dobi tu. Kawan saya pun terkejut masa tu. Selepas itu barulah wanita berkenaan perasan yang salah seorang anaknya sudah berada di dalam mesin basuh,” katanya.
Mulalah mak dia menggelepar cari telefon sampai terketar-ketar nak call. Ada juga yang cuba cari spanar untuk ketuk pintu mesin basuh tersebut.
Jelas Azura lagi, wanita itu lantas memarahi anaknya dianggarkan dalam lingkungan usia empat hingga lima tahun sebelum cuba menelefon pemilik dobi tersebut.
Mujurlah tiada sesuatu yang buruk terjadi dan mesin basuh yang terkunci itu boleh dibuka semula dengan selamat, cuma anaknya keluar dalam keadaan berpeluh akibat terkurung.
“Masa tu kita risau oksigen kurang ke apa. Lepas si ibu call tuan kedai barulah dia suruh tutup plug. Selepas beberapa minit pintu boleh dibuka,” imbas Azura lagi.
Tegas Azura, dia berharap agar kisah ini menjadi pengajaran buat ibu bapa di luar sana supaya sentiasa memantau anak khususnya saat berada di tempat awam.
Ibu bapa seharusnya mengutamakan keselamatan anak-anak tidak kira di mana mereka berada kerana risiko dan bahaya sentiasa ada tanpa mengira tempat atau lokasi.
Semoga kisah ini dijadikan ikhtibar buat para ibu bapa agar lebih berhati-hati dan peka terhadap anak-anak.