Bila musim hujan, sudah tentu anak-anak seronok main hujan. memang seronok dapat main air hujan.
Namun air hujan ni jangan buat main, ia boleh menyebabkan seseorang itu demam, terutama kanak-kanak.
Nak tahu sebabnya, ikuti penjelasan Dr ini.
Hujan penyebab demam.
Betul ke bila kena hujan sure akan demam? Hurmm macam mana nak jawab ye.
Ok macam ni.
Pendedahan kepada hujan tidaklah akan terus menyebabkan demam.
Ads
Demam berlaku disebabkan oleh jangkitan kuman, tak kiralah bakteria ka virus ka parasit ka fungal ka atau apa sahaja jenis kuman yang wujud di dunia.
Jadi, apa kaitan bila kena hujan je ada sesetengah orang demam selsema batuk yada yada?
Macam ni. Bila hujan, suhu menjadi rendah aka sejuk. Bila suhu rendah atau keadaan sejuk, imun dalam badan kita jadi kurang bagus. Bila imun dalam badan jadi kurang bagus, kita mudah untuk jatuh sakit. Tapi kalau imun badan kita hebat, biaqlah suhu rendah pun, badan kita masih tetap utuh melawan kuman kuman yang menyerang.
Begitulah dengan ibadah dan iman. Jika hebat iman kita, datanglah dugaan lagha, kita tetap hebat menangkis segala hasutan syaiton. (Saja selingan hikhik)
Ads
Ok, berbalik kepada soalan tadi.
Ada yang tanya, ada petua mana tah dapat kata ayaq hujan ni bagus untuk kesihatan badan. Jawapannya adalah tidak. Nehi. Nyet. No.
Ada yang tanya lagi, di tempat depa tiada pencemaran, kawasan sekeliling di penuhi pokok pokok yang masih hijau. Jadi kalau hujan sure tak kotor. Jawapannya tetap tidak.
Anda kena faham yang mana atmosfera kita tak seperti dulu kala. Atmosfera kita sudah banyak dicemari oleh asap asap kotor. Contoh asap dari kilang kilang yang makin melata, asap dari kenderaan yang makin berlambak, asap dari rokok vape dan bahan tembakau lain, asap dari pembakaran secara terbuka dan asap dari hati yang marah. Ok tak lawak, saja cuba.
Ads
Sebab tu, dulu dulu bolehlah anda nak jemur bayi anda, tapi tidak lagi sekarang. Atmosfera yang kotor dan makin menipis menyebabkan kulit kita mudah terdedah dengan sinaran uv yang tinggi juga. Jadi, gunalah sunblock ya jika ada aktiviti luar.
Ok berbalik pada soalan hujan. Bila terdedah kepada hujan, kita tidaklah secara langsung akan dapat demam atau selesema. Namun, jika imun badan kita lemah, kita boleh dapat demam dan selesema akibat perubahan cuaca dan penurunan suhu badan.
Harap harap menjawab soalan ya?
Nota kaki : Biar badan basah kuyup dek hujan, dari hidup lencun dengan lagha dan dosa✌?
Nak kuatkan imun badan, makanlah makanan yang sihat (yang fresh ye tak perlu supplemen) dan bersenam?
Rupanya deodoran yang selalu kita gunakan untuk bahagian bawah lengan atau ketiak ini banyak fungsinya. Mungkin ramai yang merasakan produk ini hanya khusus dibuat untuk memastikan bawah lengan kita sentiasa kering sahaja bukan? Sebenarnya ia berfungsi lebih dari itu. Menarik!
Sifatnya yang lembap seperti jel ini berfungsi untuk mengatasi beberapa masalah lain juga. Malah ia turut memelihara kelembapan semula jadi pada kulit dan beberapa kawasan lain juga. Sila cuba!
1. Atasi Minyak Berlebihan Pada Wajah
Menurut laman web purewow.com, kandungan bahan dalam deodoran dapat mengatasi masalah minyak berlebihan pada kulit. Katakan anda mempunyai masalah kulit wajah berminyak, anda boleh oleskan sedikit deodoran pada zon T atau sekitar bahagian yang bermasalah.
2. Mengurangkan Masalah Melecet
Dek kerana seluar yang dipakai terutamanya jika dari material yang kasar seperti jeans, bahagian paha akan lebih mudah melecet. Apatah lagi jika seseorang itu mempunyai badan yang sedikit gempal, bahagian paha akan bergesel dan menyebabkan lecetan. Sapukan sedikit deodoran pada bahagian itu dan lecetan akan pulih dan dapat dikurangkan.
3. Mencegah Kulit Melepuh
Ini biasanya terjadi bila kita pakai kasut baru. Mulalah kaki melepuh atau ada bahagian tertentu yang melecet. Untuk mengatasi masalah ini, anda boleh oleskan sedikit deodoran pada bahagian yang bermasalah. Mungkin oles sedikit pada belakang kaki atau hadapannya. Kemudian, sarunglah kasut baru anda dengan penuh yakin!
4. Atasi Rasa Gatal Gigitan Serangga
Mungkin kedengarannya agak pelik, namun deodoran mampu menghilangkan rasa gatal yang ditinggalkan akibat digigit nyamuk atau serangga. Oleskan deodoran pada kaki yang terasa gatal selama beberapa kali dalam sehari, rasa gatal itu akan hilang dengan sendirinya.
5. Pintu yang Berbunyi
Pintu kita adakalanya berbunyi apabila ditolak. Mungkin kerana engselnya sudah lama, berkarat atau terlalu ketat. Jika tiada sebarang cecair yang menghilangkan karat, ambil sahaja deodoran lama anda dan letakkan pada engsel pintu ini. Bunyi-bunyian kurang enak pasti tiada!
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Mencipta keunikan dekorasi laman di kediaman keluarga ini, nyata memberi impak yang istimewa. Terlihat comel dan menarik dengan adanya aksesori unik yang diilhamkan sendiri oleh keluarga Sha Sha ini. Walaupun sekadar laman yang kecil, hanya di sudut kiri dan kanan pintu pagar rumah, namun laman ini mampu memberi rasa bahagia buat seisi keluarga.
Ketahui kisah lanjut keluarga ini bersama laman kesayangan mereka. Semoga perkongsian ini dapat memberi ilham buat anda yang suka berkebun bunga.
Deko di laman ini semua saya dan suami buat sendiri. Bercerita tentang idea, kadang-kadang kalau saya pergi jalan-jalan ternampak sesuatu yang cantik, saya dan suami cuba lah buat untuk letak di taman. Sering kali juga saya menyelak-nyelak majalah untuk lihat idea baru dan unik. Bukan itu sahaja, malah turut jadikan inspirasi laman-laman kawan yang cantik untuk direalisasikan di laman yang kecil ini.
Suami saya rajin jugalah bagi idea dan rajin tolong buat besi-besi deco, anak-anak pun ada yang tolong kalau cuti sekolah, tolong alih-alihkan pasu dan sebagainya.
Semua pokok-pokok ini pada mulanya saya beli di kedai-kedai pokok bunga yang berdekatan dengan tempat saya. Alhamdulillah, semuanya hidup segar dan rajin berbunga. Sebenarnya tiada tip tersendiri, cuma kena rajin bagi baja seminggu sekali dan siram pun 2 kali sehari. Selain itu, bila kita nak bubuh baja tu saya gembur-gemburkan tanahnya. Mana yang tanah kurang saya tambah, kemudian baru bubuh baja.
Rumah saya jenis teras lot tengah, jadi kawasan yang ada cuma di bahagian depan kiri dan kanan pintu pagar.
Alhamdulillah, dengan taman yang seadanya ini kami sekeluarga berasa happy dan memandang laman ini seakan terapi bagi saya sebagai suri rumah sepenuh masa. Bukan kami sekeluarga sahaja sukakan laman ini, malah ada juga orang yang lalu lalang di kediaman kami merakam gambar kerana tertarik dengan deko yang kami hasilkan.
Kunci rumah tangga bahagia yang pertama adalah saling memberi dan menerima. Dalam masa yang sama sedia terima kelemahan dan kelebihan pasangan itu. Kena saling faham, perkahwinan ini sepatutnya membesar bersama-sama dan mencoretkan ikatan kasih sayang antara satu sama lain.
Suami seharusnya menghargai segala pengorbanan yang dilakukan oleh isterinya. Usah bandingkan isteri dengan wanita lain. Layani seadilnya dan dalam melayari alam rumah tangga, komunikasi paling penting antara suami isteri.
Jangan disebabkan nak ‘menang’ hingga anda merendahkan pasangan sendiri, baik suami mahupun isteri Kena saling bertolak ansur dan jadi pasangan yang terbaik kerana dengan berkomunikasi secara berhemah dapat selamatkan perkahwinan anda.
Perkongsian dari saudara Firdaus Shakirin ada benarnya dan perlu dijadikan pedoman buat kaum suami di luar sana dalam menghargai pasangan anda.
Sayangilah isteri kita biarpun dia tidak secantik perempuan lain…Sayangilah isteri kita biarpun dia tidak sehebat perempuan lain…
Disebabkan dialah, kita menjadi seorang suami dan ayah pada hari ini…dia menerima kita seadanya diri kita dengan apa yang kita ada…
Cuba kalau dia tak nak orang muka macam kita, nak yang hensem lagi…cuba kalau dia tak nak duduk rumah sewa, nak duduk rumah sendiri…cuba kalau dia tak nak naik motor, nak naik kereta sahaja…cuba kalau dia tak nak lelaki gaji 2 ribu, nak lelaki gaji 10 ribu…cuba kalau dia tak nak lelaki kurus, nak lelaki sado…cuba kalau dia tak nak lelaki botak, nak lelaki ada rambut..
Pasti hari ini kita masih lagi bujang atau dah pun menduda disebabkan tiada seorang pun wanita yang sanggup menerima kita dengan apa yang kita ada SEADANYA…
Maka bersyukurlah dengan isteri yang dah kita miliki…kerana dia, kita jadi suami…kerana dia, kita jadi ayah…dan kerana dia, kita dapat mengecapi nikmat sesebuah perkahwinan…
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sebagai hadiah sempena Hari Raya dan bagi meringankan beban, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM500 kepada penjawat awam Gred 56 ke bawah.