Zaman kanak-kanak ini kalau boleh semua benda ingin dicubanya, hatta ketika bermain sekali pun macam-macam perkara pelik boleh dilakukan. Tidak dinafikan gelagat mereka bermain bersama rakan-rakan ada yang melucukan dan tidak kurang juga hingga ada yang boleh mengundang bahaya pada diri sendiri.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Ini sepertimana satu kejadian yang tular di media sosial apabila ada seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun terpaksa berdepan detik cemas apabila kepalanya tersangkut pada kon hampir setengah jam dalam kejadian di sebuah sekolah gara-gara bermain dengan rakan.
Memetik laporan Sinar Harian, difahamkan Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II (KUP), Mohd Ezal Azman berkata, sepasukan enam anggota bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 1.28 petang semalam.
Ads
Katanya sebaik tiba, anggota bomba mendapati kepala mangsa tersekat pada kon. Mohd Ezal berkata rakan mangsa memaklumkan kanak-kanak berusia 10 tahun itu memasukkan kepala ke dalam kon dan menekan terlalu kuat sehingga tidak boleh ditanggalkan.
“Difahamkan kejadian berlaku ketika mangsa bermain dengan rakannya sewaktu hendak pulang dari sekolah.
“Rakan mangsa memaklumkan mangsa memasukkan kon terlalu kuat hingga tidak boleh ditanggalkan.
Ads
“Anggota bomba kemudian memotong kon itu menggunakan peralatan khas dan mengeluarkan kepala mangsa dalam keadaan selamat. Operasi ditamatkan pada jam 1.55 petang,” katanya.
Berpantang maut sebelum ajal, demikian yang terjadi ke atas seorang kanak-kanak selepas diselamatkan dengan mengeluarkan lapan jarum suntikan yang ditelannya tanpa disedari oleh orang tuanya.
Memetik berita lanjut yang dikongsikan ig Buletintv3, kejadian tersebut berlaku di timur laut Peru di mana seorang budak berusia dua tahun tertelan lapan jarum suntikan ketika bermain, lapor media tempatan.
Jarum itu digunakan untuk suntikan vaksin bagi haiwan ternakan di ladang, tempat ibu mangsa bekerja.
“Di dalam bilik bedah, kami membuka perutnya dan menjumpai batang logam itu sebelum menyedari ia adalah jarum,” kata Dr Efrain Salazar.
Budak yang tidak didedahkan identitinya itu difahamkan tinggal di kawasan pertanian Taratopo, kira-kira 622 kilometer dari ibu kota Lima.
Menurut ibu mangsa, kemungkinan anaknya menelan jarum berkenaan ketika dia bermain di ladang berkenaan.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet akui turut berasa bimbang jika kejadian tersebut berlaku pada anak mereka. Ini memandangkan kebiasaannya kanak-kanak memang suka mengutip apa sahaja yang mereka nampak dan memasukkan ke dalam mulut tanpa mengetahui bahaya perbuatan tersebut.
“Macam mana boleh detect ye anak makan? Risau la sbb anak sye suka mengutip 😭”, luah seorang ibu di media sosial.
“Benda org paling takut kene kat anak,” komen yang lain pula.
Semakin berusia semakin cantik, itulah pujian yang boleh diberikan kepada pelakon Laila Nasir. Dalam usianya yang sudah memasuki separuh abad, dia sangat rajin dan begitu mementingkan penjagaan kulit wajah.
Tatkala diminta berkongsikan rahsia kecantikan, ibu kepada dua orang anak lelaki ini jujur mengakui tiada petua khusus yang menjadi amalannya. Sebaliknya, dia hanya menggunakan cara biasa seperti iaitu minum air suam setiap pagi.
“Selain itu, saja juga mengamalkan minum sesudu madu yang dicampur dengen air masak setengah gelas.
“Saya juga rajin ambil jus pegaga yang dikisar sendiri. Dalam usia begini juga saya tolak terus untuk minum minuman berais dan air bergas,” ujar Laila yang masih lagi keihatan cantik dan sihat dalam usia begini.
Tambahnya lagi bagi menjaga kesihatan tubuh badan pula, dia rajin lakukan señaman ringan di rumah saja.
Kecantikan anugerah Allah
“Sudah masuk usia 50 an ini kenalah pandai jaga kesihatan. Bagi penjagaan kulit wajah pula, akan pakai masker daripada putih telur yang dicampur dengan madu.
“Selain itu malas sekalipun janganlah sesekali kita skip mencuci wajah dan pakai pelembap. Saya juga turut mengambil suplemen seperti vitamin C dan habbatussauda.
“Bagi saya kecantikan ini adalah anugerah Allah kepada kita, jadi amanah kita menjaga kecantikan diberi sebaik mungkin.
“Jangan menyalah gunakan kecantikan dan hati kita pun kena cantik maksudnya jangan ada sifat dengki dan sebagainya. Ini kerana saya percaya aura cantik seseorang itu datang dari hati yang cantik,” jelasnya memberitahu bukan semua orang ada aura cantik itu.
Jangan bangga dengan paras rupa cantik
Laila turut mengingatkan supaya jangan rasa bangga dgn kecantikan paras rupa kerana kecantikan rupa tidak akan kekal ia akan pudar mengikut usia kita, cuma yang perlu kita jaga adalah kecantikan dari dalam.
Laila yang juga ibu tunggal selepas kematian suami tercinta lapan tahun lalu berkata ia bukanlah perjalanan dan pilihan mudah. Namun bagi dirinya, menjadi kuat ibarat hanya pilihan yang tinggal.
Malah melihat dua anak di sisi membesar, pelakon watak Mona dalam drama rantaian fenomena Nur di TV3 itulah ibu dan pada masa sama bapa untuk heronya.
Anak Suntik Semangat
“Pada awalnya agak sukar sukar untuk saya membahagikan masa antara kerjaya seni dan tanggungjawab. Manalah nak uruskan anak dan ‘shooting’ selain berniaga.
“Menjadi ibu tunggal sekelip mata selepas suami meninggal dunia merubah segala-galanya. Tapi ketika itu saya bernasib baik kedua anak sudah bersekolah menengah. Jadi mereka sudah pandai bawa diri. Saya juga menjaga mereka tanpa bantuan sesiapa.
“Waktu itu ada ketika saya bagai lemah dan ‘lost’. Tapi anak jadi suntikan semangat untuk saya kerja lebih kuat. Tambah pula perjalanan mereka masih jauh dan saya tempat bergantung,” kata wanita kelahiran Machang, Kelantan itu.
Skeptikal gelaran ibu tunggal
Tambah pelakon filem Bayangan Maut dan Harry Boy itu, dia sendiri akur skeptikal gelaran dirinya sebagai ibu tunggal dengan pandangan serong mata masyarakat.
“Bukan senang nak mengharungi hidup tanpa suami. Dengan pandangan itu ini daripada masyarakat. Tapi saya tak larut dengan semua itu. Saya tanamkan semangat positif dalam diri.
“Dalam soal membesarkan anak, saya pasti mahukan yang terbaik untuk mereka tanpa fikir lelah. Kalau kita tak buat itu ini, ibarat takkan ada yang lakukan semua diingini. Maka dengan itu belajarlah buat semua sendirian.
“Keluarga saya terutama emak jadi nadi dan semangat. Mak terutamanya banyak membantu saya menjaga anak dan bagi semangat. Doa ibu itu kan sangat mukjizat,” katanya lagi.
Jadi Pemangkin Semangat
Baru menjadi antara penerima anugerah Kelantan Business Ikon Awards pada 17 Disember lalu yang mengangkat anak jati negeri itu yang berjaya dalam dunia keusahawanan, Laila atau nama sebenarnya Norlaila Nasir bersemangat untuk terus mengukuhkan jenama perniagaan minyak wangi dan pelbagai sambal bilis sejak 2014.
“Dengan dunia berlakon dan berniaga itulah saya dapat membesarkan anak serta meneruskan kelangsungan hidup,” katanya yang mengusahakan T’Lasabella Perfume by Lailanasir dan T’Lasabella Kitchen by Lailanasir.
Alangkahnya indahnya sebuah rumahtangga jika suami isteri saling tolong menolong antara satu sama lain. Sama ada mengemas, memasak, membasuh, menyidai kain dan hinggalah menguruskan anak, semuanya dilakukan bersama-sama.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Hal yang sama juga dilakukan oleh pasangan suami isteri yang juga penyanyi terkenal, Syamel dan Ernie Zakri. Pasangan ini selain sering dilihat berkongsi tentang perjalanan karier, malah mereka juga tidak lokek menunjukkan realiti kehidupan mereka bersama peminat melalui platform media sosial.
Bahkan baru-baru ini satu perkongsian live di TikTok cukup mencuri perhatian warganet. Dapat disaksikan Syamel ketika itu cuba membantu untuk buat kerja rumah dengan menyidai pakaian yang telah dicuci.
Namun apa yang lebih menariknya, telatah Syamel di dalam video itu yang asyik kerap bertanya kepada isterinya, Ernie Zakri dan cara penyanyi itu menyidai baju juga menjadi tumpuan peminatnya.
Bermula dengan tudung, Syamel sudah mula terkial-kial mencari cara untuk menyidainya. Malah pakaian yang seterusnya juga boleh tahan kelakar cara Syamel melakukan kerja tersebut.
Hasil tinjauan di ruangan komen pemilik akaun @sarangspider di dapati, rata-rata peminat Syamel turut memuji kerajinan seorang suami membantu isteri dalam membuat kerja rumah.