“Majlis Serba Ringkas Tapi Bermakna,” Tasha Manshahar Kongsi Majlis Aqiqah & Cukur Jambul, Dedah Nama anak

Share

Usai genap tujuh hari melahirkan anak kedua, penyanyi Tasha Manshahar dan suami mengadakan majlis aqiqah dan cukur jambul buat bayi lelakinya itu.

Majlis yang dibuat secara kecil-kecilan hanya dihadiri oleh keluarga terdekat. Begitu pun itu merupakan satu momen yang cukup bermakna.

“Alhamdulillah, di hari ke-7 kelahiran putera kedua kami, dapat kami adakan majlis aqiqah dan cukur jambul dihadiri hanya keluarga terdekat siang tadi.

“Majlis serba ringkas tapi sangat bermakna Alhamdulillah,” tulisnya.

Momen majlis tersebut dimuatnaik sendiri isteri kepada penyanyi dan bekas penyampai radio, Raqib Majid itu menerusi laman Instagramnya.

Menerusi entri yang sama, penyanyi lagu, Bukan Aku turut mengumumkan dia dan suami telah memutuskan untuk menamakan anaknya itu, Mateen Rizqi.

Dalam perkongsian yang sama, Tasha turut berkongsi dia dan suami  memilih untuk menamakan anak kedua mereka dengan nama, Mateen Rizqi.

Begitu pun pasangan suami isteri ini masih belum mahu mendedahkan wajah penuh anak mereka itu.

“Introducing adik Muammar yang kami namakan Mateen Rizqi bin Fahrur Raqib.

“Semoga Muammar Rafiqi dan Mateen Rizqi membesar sihat, soleh, cintakan ilmu, baik budi pekerti, menjadi insan yang bermanfaat kepada ummah. Aamiin,” kongsinya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, ramai menitipkan doa buat si kecil dan Tasaha sekeluarga.

babyfood_mamaadni Tengok mulut mateen cm muammar juga haha
endoisayang Welcome to the world Mateen Rizqi dear. Semoga menjadi anak soleh kebanggaan keluarga ❤️
bougasexpert baby nama mateen mmg cuteee eh semua🥺😩
anispiecasaidun Comel la muammar tu..dia senyum mcm tu
farhanafrancis Kenapaaaaaa muka berseri bak raja sehari. Muka ku lepas bersalin ya Allaahhhh
musfirahnorazli Happy bethollll dak muammar tu 😍 sonok ye jd abang! Hahahaa moga dedua baby mommy membesar dgn sihat & soleh amin!
fatihah256 Alhamdulillah. Tahniah. Semoga kedua duanya diberi kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan,semoga menjadi anak yang Soleh dan berjaya di dunia dan akhirat

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

IKLAN