Pelakon, Ezzaty Abdullah berkongsi khabar duka apabila kedua ibu bapanya dilaporkan positif Covid-19.
Dia kini sedang menjalani tempoh berpantang di kediaman ibu bapanya memandangkan rumahnya kini sedang didalam proses pengubahsuaian.
Dek kerana bimbang keselamatan cucunya, kedua ibu bapa Ezzaty memutuskan untuk keluar daripada rumah dan menjalani tempoh kuarantin di kediaman nenek pelakon berkenaan yang terletak di Ampang.
“Ya Allah, serba salah saya terpaksa berpantang di rumah parents sebab rumah saya belum siap. Bersepah dan berhabuk. Bising orang buat kerja lagi.
“Kesian baby saya kalau berpantang di rumah. Dengan tak ada dapur lagi. Tak boleh masak.
“Allah bagi ujian sebab Allah sayang. Parents saya dua-dua positif Covid-19.
“Mula-mula mereka kuarantin di tingkat atas tapi sebab risau dan terlalu sayangkan cucu-cucu, mereka yang keluar dari rumah untuk kuarantin di rumah arwah nenek saya di Ampang sebab tak ade orang di sana,” tulisnya.
Isteri kepada pelakon Azwan Kombos ini juga memohon orang ramai menitipkan doa buat ibu bapa serta seluruh ahli keluarganya dapat kembali sembuh dan terhindar daripada wabak Covid-19.
Ads
“Sedih, serba salah, terkilan, semua ade. Parents saya pula yg terpaksa keluar dari rumah mereka sendiri.
“Saya risau sangat keadaan anak-anak saya terutama baby saya yang baru dua minggu. Doakan saya dan anak-anak semua sihat dan tidak dijangkiti covid ye.
“Doakan kami semua negatif dan doakan ibu, bapa, nenek, adik dan seluruh ahli keluarga saya yang lain cepat sembuh,” kongsinya lagi.
Untuk rekod, Ezzaty tmendirikan rumah tangga bersama Azwan pada 16 Julai 2016.
Hasil perkongsian hidup tersebut pasangan ini telah terlebih dahulu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Harum Dalia yang kini berusia lima tahun.
Ads
Baru-baru ini, Ezzaty selamat melahirkan cahaya mata keduanya pada 11 Februari lalu.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Hari ini rakyat Malaysia digemparkan kisah yang menyedihkan apabila tular kejadian seorang murid lelaki darjah enam merogol kanak-kanak berusia empat tahun. Di katakan perlakuan itu berlaku ekoran kesan murid darjah enam itu melihat paparan video lucah dalam telefom bimbit ahli keluarganya.
Kejadian itu telah memberi impak kepada setiap ibu bapa sehingga melahirkan kerisauan kepada anak-anak.
Perkongsian lelaki ini sungguh inspirasi apabila membincangkan sejauhmana tindakan yang perlu ibu bapa lakukan. Info yang sungguh bermanfaat untuk memantau anak-anak apabila menggunakan telefon bimbit.
Murid Darjah 6 Rogol Budak 4 Tahun.
Ibu-bapa wajib belajar teknik pemantauan ini.
Menakutkan, mengejutkan dan menyedihkan. Itu 3 perkataan yang boleh kita gambarkan apabila terjadinya perkara yang menyakitkan ini.
Mencari siapa perlu dipersalahkan dan apa yang perlu dipersalahkan adalah perkara biasa dilakukan orang.
Apa kata kita kalih sedikit pandangan dan buka mata seluas-luasnya bagaimana kita boleh elakkan perkara ini dari terjadi lagi.
Dua aspek utama dalam penyelesaian sesuatu masalah adalah benda di luar kawalan dan di dalam kawalan. Di dalam kejadian ini, ramai yang menyalahkan gadjet, video, internet dan ada yang menyalahkan kerajaan kerana tidak menyekat sepenuhnya laman web pornografi dan aplikasi yang menjurus ke arah yang tidak baik.
Kebanyakan dari apa yang saya nyatakan di atas tidak boleh dikawal. Gadjet dan telefon pintar telah menjadi keperluan berbanding kehendak pada beberapa tahun yang lepas. Video yang dimuat turun dari internet atau dikongsi dari kawan juga kita tidak boleh kawal sepenuhnya dan capaian ke laman web pornografi sampai bila-bila pun kita tidak dapat sekat 100%.
Apa sebenarnya kanak-kanak yang tak dipantau ini tengok di telefon pintar mereka?
1. Gambar dan video lucah 2. Video wanita dan kanak-kanak berjoget di Tik Tok 3. Live video wanita seksi di Bigo Live 4. Berbual tanpa batasan dengan sesiapa pun tidak kira jantina.
Ini semua menjurus kepada keinginan untuk mencuba dan keseronokan yang mereka tidak cukup faham mengenai keburukannya.
Jadi, apakah kita tiada kawalan langsung? Pastinya ada tetapi memerlukan ibu-bapa sedikit celik dengan perkembangan teknologi telefon pintar dan aplikasi yang berkaitan.
Pertama sekali, kawalan dan pemantauan penggunaan telefon pintar anak. Set masa setiap hari untuk memeriksa telefon anak. Apa yang perlu kita periksa? Kita mulakan dengan aplikasi yang tidak baik dan menjurus ke arah pergaulan tidak baik dan seks.
1. Bigo Live 2. Tik Tok 3. Snapchat 4. Tinder 5. Tagged 6. Kik.
Kesemua aplikasi ini pada mulanya dicipta untuk tujuan yang baik tetapi akhirnya digunakan untuk bersosial secara melampau dan tiada batasan. Aplikasi live, aplikasi chatting ini kebanyakannya tidak dipantau oleh pembuat aplikasi yang seronok mengaut keuntungan dari iklan dan lain-lain jualan di aplikasi tersebut.
Jika ada yang menggunakan aplikasi itu dengan cara yang baik, itu hak anda, tetapi aplikasi itu tetap tidak sesuai untuk kanak-kanak yang tidak boleh menilai mana yang baik dan mana yang buruk.
Ada dua lagi kategori aplikasi yang perlukan lebih penerangan.
1. Wajib pantau semua aplikasi LIVE yang seakan Bigo Live. Ada aplikasi seperti itu yang tiada dalam playstore atau appstore dan kebarangkalian di masukkan dari perkongsian telefon kawan dan laman web. Cari aplikasi yang ada perkataan LIVE dan buka aplikasi itu dan periksa sendiri bagaimana ia berfungsi.
2. Aplikasi vault (peti besi). Aplikasi ini ada bermacam jenis dan nama. Fungsi utamanya adalah untuk menyorok fail dari pandangan orang lain yang menggunakan telefon itu. Contohnya folder rahsia yang di dalamnya mempunyai gambar-gambar dan video yang pemilik telefon mahu rahsiakan dari orang lain. Cari aplikasi yang mempunyai nama VAULT, SAFE, SECURE, FOLDER, SECRET, HIDE, HIDDEN, ARCHIVE, PERSONAL, PARELLEL DAN PRIVATE.
Ada juga kemudahan menyorok fail ini terbina dalam terus di dalam telefon dan tidak perlu download atau instal aplikasi untuk menggunakannya. Cari dan lihat apa yang disorokkan anak menggunakan aplikasi ini.
Samsung Secure Folder. Huawei Private Space. Xiaomi Second Space. Vivo Private Space.
Akhirnya, ada satu lagi cara licik yang memerlukan anda faham bagaimana ianya berfungsi. Ia tidak memerlukan apa-apa aplikasi pun. Tetapi semua gambar dan video boleh disorok di dalam folder itu.
Buka sahaja apa-apa file manager (contohnya MY FILES untuk samsung). Cari pilihan settings untuk “Show Hidden Files”.
Konsep hidden files di android mudah sahaja. Semua files dan folders yang ada NOKTAH atau TITIK di hadapan nama fail secara automatiknya dianggap sebagai “hidden file atau folder”. Mereka yang licik akan hide semua gambar dan video di dalam hidden folder ini. Mereka hanya perlu cipta satu folder baru dengan apa juga nama beserta titik di hadapan nama folder itu. Hasilnya, semua fail tak kira gambar atau video di dalam folder yang disorok itu tidak akan kelihatan di gallery.
Pilih untuk show hidden files dan carilah folder yang ada titik di hadapan. Bukan semua folder sebegitu dibuat secara sengaja untuk menyorok file, ada yang dicipta oleh aplikasi di telefon sendiri untuk kegunaan lain.
Sudah sampai masanya kita perlu lebih berilmu untuk tidak ketinggalan dan dipermainkan anak-anak kita. Umur 12 tahun ini walaupun otak mereka sangat cergas dan mudah mempelajari semua benda, tetapi konsep membandingkan apa yang baik dan buruk itu masih lemah.
Tanggungjawab itu masih di tangan ibu-bapa dan jalankanlah ia dengan baik. Jika anda tidak tahu berkenaan hal yang saya sebutkan di atas, ketahuilah yang kebarangkalian anak anda terjebak dengan aktiviti sosial yang tidak baik ini adalah tinggi dan tanpa pengetahuan anda.
Hasilnya, datang keinginan untuk mencuba dan meniru serta melakukan apa yang mereka lihat. Itu yang terjadi dengan kes budak darjah 6 merogol anak kecil berumur 4 tahun baru-baru ini.
Pantaulah anak anda, kenali kawan-kawan mereka dan ajar serta didik mereka mengenai apa yang baik dan tidak baik. Terangkan kenapa, mereka perlukan sebab. Jika tiada sebab, memang susah untuk mereka faham kenapa tidak boleh melakukan itu dan ini.
Akhir sekali, didik anak kita mengenai apa yang orang lain TIDAK BOLEH LAKUKAN terhadap dirinya. Contohnya seperti menyentuh dan memegang tempat sulit. Ajar juga mereka untuk meronta atau menjerit serta mengadu mengenai perbuatan itu.
Semoga anak-anak kita dilindungi sentiasa dan dijauhkan dari kejadian-kejadian yang buruk.
Kongsikan maklumat dan info penting ini supaya ibu-bapa lebih berilmu dan peka mengenai aktiviti anak di telefon bimbit mereka.
Semoga panduan ini menjadi rujukan ibu bapa bagi memantau penggunaan smartphone anak-anak.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pelbagai jenis baja berada dipasaran yang boleh dijadikan sebagai ‘makanan tambahan’ buat pokok-pokok mahupun tanaman kesayangan agar menjadi lebih subur, segar dan membesar dengan sihat.
Baja juga boleh dihasilkan sendiri dan menariknya ia cukup mudah didapati dan boleh dilakukan sendiri.
Bagi yang minat berkebun di rumah, tak payah nak beli baja untuk suburkan tanaman,. Guna bahan dari dalam rumah je. Ibu-ibu lepas ni, sila simpan kulit telur tu setiap kali lepas memasak.
Suami Nurulhidayah Ahmad Zahid terima Datuk Seri sempena Hari Ulang Tahun ke-85 Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang. Nurulhidayah menyifatkan pengiktirafan itu sebagai amanah besar untuk terus berbakti.